Saturday 11 May 2013

Kita semua SAMPAH.

Assalamualaikum..

Wow, sampah? 

Actually ayat "kita semua sampah" daripada seorang sahabat. Masa tu kami sedang berbincang something about respect. Aku sendiri tertanya, kenapa "kita semua sampah? Hina sangat ke KITA?".. 

Macam ni ceritanya.. Dirahsiakan bila. :)

Aku rasa down disebabkan seseorang yang kata macam-macam tentang organisasi kami. Rasa sedih bila orang beranggapan macam tu. Kadang-kadang disebabkan orang lain, kami terkena tempiasnya. Biasalah, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Dimana-mana ada kawan, dimana-mana ada musuh. And tak kisah pun, hee. Who cares? I have my own life :p

Kadang-kadang tak terlintas pun nak menunjuk apa yang kita ada (act tak ada apa-apa pun, haha :p) tp orang boleh salah sangka. Itulah PHD bagi aku, perasaan hasad dengki. Tak boleh tengok orang lebih. Ada je tak kena, tengok orang lebih sikit dah tak senang duduk. Mcm mana nak ke hadapan jika asyik memikirkan hal orang?

Analoginya... Macam kita main game snake masa kecik-kecik dulu, perasan tak kalau kita asyik tengok markah kita, kita akan mati cepat. Tapi bila kita main dengan khusyuk, tak kisah markah berapa, masa tu lah kita akan dapat highest score. Betul tak?

Sama la jugak, jika kita asyik memandang orang tu mcm ni, org ni mcm ni. Sampai bila kita tak akan maju. Betul dak?

Kita semua sampah? Kenapa eh? Susah nak explain act.

Walau siapa pun kita, jangan sesekali rasa bangga dengan apa yang kita ada. Apa-apa la, jawatan, kekayaan, ilmu dan sebagainya. Anggaplah kita semua sampah, cuma yg berbeza kita sampah yang bagaimana? Yg boleh buat kraftangan, yg boleh recycle? Yang boleh memanfaatkan orang lain?
Atau sampah yg di tepi jalan? Yg disepak-sepak ditiup angin?

Kenal pasti diri. Kita semua sangat berharga, jangan sia-siakannya. Setiap orang punya impian masing-masing, walau sesusah mana nak capai, walau banyak halangan di hadapan. Please GO for it.

Nothing impossible. Jalan hidup kita, kita yang pilih. Jangan hanya bergantung "dah takdir", yes takdir tetapi siapa yang tentukan? Yes Allah. Tapi siapa yang menjalankannya??

K I T A....

K. demam. pening. berterabur. kbye

Thanks baca. Assalamualaikum. :)



Saturday 4 May 2013

Berdebar.

Assalamualaikum, 

Esok hari mengundi, pastinya RAMAI yang dah tak sabar. Act td aku teman abg p KLCC untuk p pameran2, memang sangat lengang KL. Tak sangkaa, kosong sangat. Parents pun dah balik JB untuk mengundi, memang tersangat jammed semalam sbb mostly balik kampung smlm.

Sebenarnya, disini ada satu pengakuan, iaitu aku BELUM boleh mengundi. Sebabnya belum cukup beberapa bulan je untuk mengundi, tahun ni 21 tapi belum birthday. Sbb tu nak cakap banyak tentang politik, belum layak. Dan sbb tu juga bila dalam post, semua general. Bukan atas pagar k. :)

Pada awalnya memang aku jeles dengan sahabat-sahabat yang boleh mengundi. Tp memikirkan pilihanraya kali ni amatlah sengit menjadikan tugas dan amanah yg diberikan pada semua rakyat untuk memilih menjadi berat, TERAMAT BERAT.

Siapakah yang akan memegang tampuk pemerintahan kali ni?
Wallahhualam. 

PR ke BN? 
Jika nak pilih parti, janganlah pilih disebabkan parti tersebut, Tetapi pilih berdasarkan idea yang dibawa, dan juga CALON masing-masing. Ini tidak, calon pun tak kenal, sibuk nak berkempen parti-parti tp calon pun tak tahu siapa. Jika calon PR bagus atas observation kita sendiri dan idea pembawakan, pilihlah PR. Jika BN bagus dari segi idea dan pembawakan diri, pilihlah BN.

Yang akan membangunkan tempat anda sendiri, calon itu sendiri. Tak kiralah parti apa.
Dan siapa yg akan menjadi "kerajaan" sekarang ini?
Jika ramai calon PR yang menang, maka menunjukkan dalam PR ramai ahli yang bagus dari segi pembawakan dan idea.
Jika ramai calon BN yang menang dalam negara, maka BN la akan menjadi kerajaan,

Jika ditanya. 
Kalau diberi peluang maryam sokong mana?
Aku akan cakap jawapan kat atas. Bukan "playsafe" or "atas pagar", tapi itulah realitinya.
Itulah stand aku.
Jangan pilih berdasarkan parti semata-mata, tapi perlulah fikirkan CALON itu sendiri. Kenali calon di tempat masing-masing.

Tak guna pun nak bergaduh tentang ini.
Siapa yang menang? Actually SAMA.

Tapi kan, jika PR menang tak bermakna semuanya akan betul dan baik. Sebabnya pekerja tetap sama.
Jika rasuah? Contohnya nak tender apa-apa, kena bagi rasuah baru dapat? Tp bukankah org yg bekerja di bawahnya adalah SAMA. So, tiada perubahan boleh dibuat jika siapa-siapa menang, jika kita sendiri RAKYAT MALAYSIA tidak mahu berubah. Its all about CULTURE, MENTALITY.

Sesiapapun yang akan memerintah, orang di atas akan berubah. Tapi org dibawah? Means pekerja dan penggerak actually SAMA. Dan perkara2 rasuah dan sebagainya tak akan terhapus sekiranya dari bawah kita tak cantas. 

Maybe idea dan modus operandi parti masing-masing akan berbeza, tapi ia tetap takkan berubah jika rakyat kita, penggerak dan pelopor negara ini tak bertindak juga.

Dan satu nasihat, jika anda sokong parti A, janganlah benda yg betul jadi betul, benda yang salah pun akan jadi betul. Berfikir dan bertindak menggunakan akal. 
Kadang rasa berdarah telinga bila terlalu taksub sehinggakan buta mata hati, sokong benda yang secara terang-terangan salah. 

Tadi borak dengan kakak. Satu lagi perkara yang perlu diubah, adalah pendidikan awal kanak-kanak. Sgt tertarik dengan cerita kakak, dimana kanak-kanak seawal 3 tahun kalau di Korea dan masuk sekolah, cuma untuk belajar nilai-nilai murni. Benda simple je, 
Buang sampah.
Hormat orang tua.
Gotong royong.
Tolong menolong.
Dan sebagainya, sebab itu kalau dilihat negara Korea dan Jepun sangatlah membangun dengan pesat even negara mereka pernah jatuh lepas perang dunia kedua. Sebabnya EARLY EDUCATION.
Kalau dibandingkan dengan negara kita, sangat berbeza, kanak-kanak yg masuk tadika, terus belajar math, BM, BI, science. Mungkin ada yg ada, tp kebanyakannya tak ada utk nilai-nilai murni.
And satu lg, banyak kesan sebenarnya kalau awal-awal terus ajar math dll, awal-awal dan terap sikap menghafal, Sbb tu, budaya menghafal ni dah makin kritikal, bila kerja? Tak tahu buat. Hmm

Hope sesiapa pun menang, tukarlah sistem pendidikan negara kita supaya generasi masa akan datang lebih bernilai murni. 
Jika nak ubah dan lihat negara kita masa akan datang, tengoklah belia-belia di negara itu. 
Negara kita? Saban hari macam mana?

Seronok tengok persaingan sengit macam ini, bila ada perkara mcm ini mana-mana pihak akan bekerja lebih keras untuk memenangi hati rakyat. Tp sangat tak suka bila amalkan politik kotor. 
Please. Sangat tak suka khuatir fitnah menfitnah menjadi BUDAYA dalam negara kita.
Ya Allah, elakkanlah perkara macam ini berlaku.

Panjang jugak entri kali ni. Kadang teringat masa PRK (pilihanraya kampus) dulu, start dari ambil borang, penamaan calon, kempen, hari mengundi dan akhir sekali pengunguman pemenang.

Tp kalau dekat UiTM sistem online. Tu je beza. Rindu saat tu.
Masa pengunguman pemenang tu, takut seram sejuk semua ada. serious!
Dan masa diumumkan menang kerusi fakulti tu, macam-macam perasaan ada. Sebak, sedih, berat, sangat berat sebenarnya amanah yg dipikul. Tapi alhamdulillah dah berjaya tempuh sampailah ke hari ini.
Berita gembira masa sebelum cuti PRU ni, bas dah tambah dari 2 kepada 4. Alhamdulillah, terima kasih mendengar suara kami. UiTM Dihatiku <3

Inilah gambaran masa hari pengundian, :)





Cute kannn? Thanks google! :)
Kepada ayah, mak, abang, sahabat-sahabat, selamat mengundi!
Pilihlah yang terbaik.
Esok 8 pagi, walau tak mengundi. Aku tetap nak pergi tempat mengundi ikut abang, nak tengok suasana mcm mana. Tak sabar. :D

Hope sesiapa pun yang menang, terimalah dengan hati yang tenang. Marilah bersama-sama membantu kerajaan yang memerintah tak kiralah anda dari parti apa. :)

K, assalamualaikum. Selamat malam. 


Gambar ni paling awesome! Credit to Wan Adha Manipulation :)





Thursday 2 May 2013

Selamat pagi Malaysia :)

Assalamualaikum,

Now 4 pagi, selamat pagi!

Minggu ini dan seterusnya agak sibuk bagi aku, tapi alhamdulillah dah berjaya tempuh untuk minggu ni! :)

Hope minggu depan dan depan depan aku berjaya tempuh dan gunakan masa dengan optimum. InsyaAllah. Yes i can do it!
Hmm, bagi aku tak ada alasan "tak ada masa', Allah beri kita sama 24 jam yang membezakannya adalah cara kita manfaatkannya. 

Setiap apa yang kita buat, yang penting niat kita. Jika niat itu baik maka Allah akan permudahkan jalan. 
Jangan sesekali terasa terbeban dengan kerja, kerana khuatir kerja yang kita buat akan jadi sia-sia tetapi anggaplah setiap apa yang kita buat adalah ibadah kepadaNya.

Tetapi... Kadang kita terlupa, kita terleka dengan urusan duniawi.
Disebabkan kesibukan duniawi, kita terlupa akhirat.
Kita solat dalam keadaan cepat, tak khusyuk.
Kita solat  bukan di awal waktu.

Disebabkan itu, Allah beri kesusahan kepada kita. Allah berikan kita jalan yang berliku-liku untuk berjaya dalan sesuatu perkara.
Pernah dengar tak "Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita".

Yes, betul tu. Aku dapat rasa benda tu. 

Pernah tak kita rasa kosong? Rasa buntu dalam buat keputusan, rasa loss tak tahu nak buat apa?
Kalau rasa macam ini, cuba fikir balik... Kita jaga tak Allah
Kalau ya Alhamdulillah. 
kalau tak, itulah salah satu puncanya.

--> peringatan pada diri sendiri.

Tak tahu kenapa pagi ni rasa sayu je, maybe sebab fikir macam-macam benda. Banyak yang aku fikirkan... Muhasabah diri, takut makin terhanyut dengan kesibukan dunia. Sebab itu iman kita ni macam air, kalau kita tak tambah ia akan kering. So, kita kenalah selalu topup, re-fill air tu.

Okay 10 minit menaip. Mengantukkkkk semalam tidur 3 jam. Tapi tak apa, minggu ni bakal berakhir. Esok lepas meeting last untuk minggu ni before cuti PRU nak qada` tidur. Hee :D

Assalamualaikum......