Friday 28 June 2013

DONE!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah habis practical exam pediatric assessment yang cukup buat kami stress sepanjang minggu ni. Huhh *nafas lega :DD

2 hari berkurung dalam bilik, buat aku rasa kekok bila bercakap. Hmm. And tadi, rasanya okay cuma BI sangat berterabur nasib baik madam faham sebab angguk je even BI berterabur *OH MY ENGLISH!
Haha

First time, star jump, berlari, lompat-lompat dalam lab sampai aku sendiri tergelak bila jadi patient tadi. Madam and sir mmg nampak sangat tahan gelak. Even kelam kabut sbb 10 min je untuk 1 assessment, sampaikan nak terjatuh kerusi sebab terlampau kelam kabut tadi. Hmm.

Cuba bayangkan, dengan 10 minit nak cari semua barang assessment, manual, kena tanya nama, birthday, then buat assessment yg ada min 5 component, then nak kena scoring, kira-kira score then kena transfer semua benda refer manual. Mmg TAK SEMPAT!

Memang sangat kelam kabut sbb tadi start lambat, org lain dah start dulu sbb masa jadi patient jadi org last kena assess oleh madam. Orang lain dah fikir,ambil-ambil barang before start assessment. Ni aku, 10 minit tulah baru baca soalan, baru fikir and cari barang. Terkena pula 2 assessment yg guna banyak barang, melilau cari barang, cari tali, beads, doll, spoon, cards, blocks. Macam-macam. 

Tapi alhamdulillah, SEMPAT. :D
OT --> Creative, barang-barang semua tu mmg tak disediakan. pandai-pandai cari. 

And semua soalan dapat jawab, alhamdulillah. Tapi tak boleh berpuas hati sangat, ni baru berapa percent. Ada final paper lagi. InsyaAllah u can do it Maryam!

Allah tak akan menghampakan hambanya yang berusaha, TRUST ME!
Tak ada istilah "Tak sempat nak study". TAPI "Kita tak pandai bahagikan masa". 
Kita semua  sama, Allah bagi 24 jam, 7 hari seminggu. Terpulang pada kita nak bahagikan masa makan, masa borak-borak, masa berHuhA, masa study, masa beriabadat dan sebagainya. 

Memang aku pegang "Allah tak akan menghampakan hambanya yang berusaha", and tampal dekat bilik, depan meja study, cermin. Normallah, mesti semua pernah rasa down, rasa tak semangat, rasa nak "tawakal" jelah. Tapi tawakal tak ada guna jika kita tak cuba berusaha. 

I hate the feeling "Kalaulah aku.... mesti aku...". Please, avoid benda ni. Why not guna "Aku dah cuba yang terbaik". Jangan menyesal di kemudian hari. Perasaan menyesal ni memang akan dibawa sampai bila-bila. 

Bila dah lakukan yang terbaik, bagi reward pada diri sendiri. :)

Kalau aku --> Bila lepas test or apa-apa yg buat aku happy, aku akan beli rocky yang chocolate. Then makan dengan susu, bahagianya rasa. Serious! 

4 petang sudah. K, assalamualaikum <3 



Thursday 27 June 2013

Practical Exam

Assalamualaikum...

2 hari berkurung dalam bilik bergelumang dengan nota dan buku. Sampaikan boleh dikira berapa patah perkataan aku cakap dalam 2 hari ni. Lepas habis exam ni nak kena belajar bercakap balik, hahaha. Rasanya sahabat-sahabat terdekat dah kenal dah, bila time exam or ada test akan jadi pendiam yang tersangat pendiam. #FactAboutMe

Cuma bertemankan cerita zaman kecik-kecik, snow white, sleeping beauty, the princess and the frog, okay la tu. At least tak bosan sangat. Hahaha. Dengan masa-masa genting macam ni, lebih selesa belajar sorang-sorang tanpa gangguan handphone (Sorry kalau ada tak reply or tak angkat call), bilik berkunci. Maaf kalau ada yg ketuk tapi tak bukak maybe tak perasan. Hmm.

At last, kat sini je tempat untuk aku bercerita anddd twitter. Haha. 

Esok practical exam ! Berdebar bila ingat, now ada beberapa assessment lagi yg perlu revise. Alhamdulillah berguna video-video assignment kami, :)))

Kira-kira ada 13 assessment nak kena hafal setiap manual, step by step, evident-based siap dengan validity and reliability. Ada satu tu paling banyak, ada 27 item, ada yg 3o item, tak terkira kalau combine semua item nak kena hafal. And PRACTIC.

Kalau dulu, roomate selalu jadi mangsa utk jadi patient, now.... I have no roomate. 

Rindu dengan ex-ex roomate, lain macam pulak. Hahhahaa

Hope sem ni boleh survive, maintain result above 3.00 pun dah ALHAMDULILLAH. 
Ya, Allah permudahkanlah urusanku. 

Letakkan pergantungan kepada Allah, insyaAllah semua akan berjalan lancar. Hope esok keluar assessment yg mmg aku ingat 100%. 

Aminn. 

Okay, cukup luahan perasaan. K, assalamualaikum :)))
*lega 

Friday 21 June 2013

Untitled :)

Assalamualaikum. Post kali ni mungkin panjang, jangan baca kalau taknak habiskan. AMARAN. Haha :p

Alhamdulillah segala test, assignment, presentation mak nenek semua dah siap. Settle segala kerja untuk sepanjang sem ini, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Minggu ni ada 5 test, mmg sangat hectic. Bila dah habis test terakhir tu, mmg rasa sangat lega. Cumaaaa, belum lagi habis final exam, jangan nak suka sangat la maryam! :p

Thanks sahabat, terutamanya HS2254A kerana banyak bantu aku sepanjang sem ini,
selalu ingatkan bila ada kelas or kelas cancel,
bila tak datang kelas selalu back up kan, means tolong inform lecturer,
bila aku rasa down or rasa lost dengan study, selalu ingatkan.
bila aku hantar assignment lambat, thanks sebab faham kenapa.
bila aku nampak macam tak tentu arah, thanks sebab tanya dan ambil berat.
THANKS A LOT! <3

Sahabat, aku tak percaya istilah "friendship forever" sbb aku yakin dan percaya tak ada pun sahabat yang akan ada bersama kita setiap masa. Yang ada cuma "part time friends". Cuba ingat balik sahabat kita masa sekolah rendah, sekolah menengah, matrik or universiti. Kita rapat dengan dia bila waktu kita bersama dengan dia, bila kita dah jauh, kita rapat dengan org lain, bila kita jumpa balik dengan dia, kita rasa kita rapat dengan dia tapi kita silap sebab kita tak tahu pun apa-apa perkembangan dia.

Tapi, alhamdulillah setakat ini aku try untuk jaga ukhuwah dengan semua orang. Kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan matrik dan now kawan universiti.

Kadang-kadang tak tahu buat macam mana, rindu memang rindu, nak jumpa memang nak jumpa tapi MASA. Makin kita membesar makin ramai kawan kita, makin banyak reunion kita nak pergi, serious!

Kalau ada 20-30 kelompok kawan kita, nak kena pergi 30 reunion dalam masa setahun. Takpe, tunggu jelah siapa-siapa buat kenduri kahwin, jumpa la nanti. Hee :p

------------------------------------------------------------------------------------------

Actually~~ post ni dah terpost hari tu tapi tak habis tulis, now sambungan.


Haa, sebenarnya masa aku tulis yg before ni jumaat (26/6), kami sekelas ramai-ramai keluar p Setia City Mall. Disaat kaum adam p solat jumaat, kami p tengok "Pee Mak", cerita thailand. Haha.

Yang seronoknya, dalam wayang tu semua perempuan, so tak malulah nak ketawa/jerit/nangis dalam tu, sure ramai student palam. Haha. Memang terbaik, kena dengan masa, lepas 5 test, submit semua assignment. Huhh lega.

And ni first time kami keluar beramai-ramai sepanjang 2 tahun kat sini. #TrueStory

Then malamnya, OT`Day --> Appreciation Night
Seharian ber HS225. Dengan orang sama, hari yang sama, baju yang lain.
Alhamdulillah :)

Anugerah yang dibawah ni betul-betul tak sangka. Ramai sebenarnya yang layak dapat, suggestion lepas ni banyakkan anugerah biar semua org dapat.

Ada sahabat kata "Tahniah dan takziah, anugerah tersebut menandakan lebih banyak amanah dan tanggungjawab", aku ambil kata-kata ni untuk bersama-sama menaikkan nama Occupational Therapy di dalam negara kita seterusnya OT Malaysia di luar negara. InsyaAllah.




Sahabat yang dapat anugerah "Maryam Appreciation Award" . :)
Untuk Kepimpinan Terbaik (Perempuan)



Kak Ieda Masman --> Timb Presiden PPPCK (2011/2012)
Bendahari SMF FSK (2012/2013)
Pengarah Program bagi OTSCORE 2012


Kak Hidayatul Akma --> Timb Presiden PPPCK (2010/2011)
Timb Presiden II SMF FSK (2012/2013)

Orang ketiga adalah
Kak Nadwah Syafiqah --> SMF FSK (2011/2012)
Setiausaha Agong SMF FSK (2012/2013)

actually ada gambar tapi tak jumpa. Hmm. Tak apa, nanti akan diletakkan bila dah jumpa. :)

Ramai lagi sebenarnya antara penggerak dan tulang belakang bagi PPPCK dan FSK. Orang-orang yang banyak membantu, menyumbang tenaga, masa, dan banyak lagi demi OT dan fakulti. Sem ni senior part 6 akan keluar ber-practikal, tinggalkan kami batch 2011. Harapnya term depan lebih baik dari term sekarang. InsyaAllah :,)

Banyak sebenarnya perkara yang aku belum capai. InsyaAllah I will try my BEST. 

Tak lupa juga, mentor/kakak dalam OT. :)


Thanks KAKAK! :)

Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat se-batch, se-kelas dapat anugerah jugak. Setiap kategori ada wakil yang dapat. Hee.


Walaupun seorang je kaum adam dalam kelas kami, dapat jugak 
Anugerah Kepimpinan Harapan (Lelaki) --> Hakim Zainal (PPPCK 11/12 & 12/13)
Anugerah Kepimpinan Harapan (Perempuan) --> Izzah Aliah (YDP JPK 13/14)
Anugerah Atlet Terbaik (Perempuan) --> Khairunnisa Nawi (Bola Keranjang)
Anugerah Atlet Harapan (Perempuan) --> Fizz Faizah (Futsal)
Anugerah Kepimpinan Kerohanian (Perempuan) --> Nur Aida Shuhada 


Sahabat. :)
MARYAM - HAZIQAH - IZZAH - SYAHIRAH - IFFAH
Sem 1 --> NOW
Harapnya sampai --> Sem 8 --> Zaman kerja --> Zaman ada anak cucu --> Jannah 

Untuk final exam ini, lakukan yang terbaik. Selagi ada masa USAHA, USAHA, jangan menyesal di kemudian hari. Belajar itu pahit kerana manisnya kejayaan. :,)

Harap tak ada yg ganggu tarikh tersebut:
28/6 : Practical Exam Pediatric Assessment
2/7 : Pediatric Assessment
3/7: Pediatric Intervention
4/7 : Pharmacology
6/7: Special Education
9/7: Practical Exam + Viva Pediatric Intervention

Maaf sekiranya ada yg try contact dalam waktu-waktu terdekat ni, saya sedang FOKUS untuk final exam. Hal selain akademik yang tidak urgent insyaAllah lepas exam. Ini sahaja masa yang ada untuk cover semua. #trueStory

Mood: Study ON until 11/7

All the best semua! 
 Salam maghrib dan selamat berbuka bagi yang berpuasa. 
Assalamualaikum. :)

*maaf ayat berterabur, al-maklumlah terlalu banyak fact dalam kepala sekarang. Hmm







Thursday 13 June 2013

Monolog dalaman AGAIN.

Assalamualaikum.

6.57ptg. Lagi dekat 30min nak buka puasa. Perut dah berbunyi, kepala dah tak boleh terima apa-apa kerja menandakan aku kena STOP untuk tulis blog. Haha

Alhamdulillah kereta yang kena clamp dah buka. Turun naik pejabat kolej then pejabat polis bantuan untuk settlekan pasal kereta. Alhamdulillah settle. :)

Assignment peads untuk presentation selasa depan pun dah siap. Agak banyak la jugak part aku dekat 40 slides buat tadi. 

Pagi tadi --> PELANCARAN KEMPEN JOM NAIK TANGGA oleh PNC.

Nice sangat kempen ni, before ni kempen JOM BERATUR NAIK LIF. Mmg sangat berkesan. Kali ni kempen jom naik tangga hope berkesan jugak :)

Aku sangat bangga hari ni sbb aku guna masa dengan baik. Cuma satu je, homesick~

Lama tak balik rumah. Serious lama. :(

InsyaAllah before start final exam akan balik even sekejap. :)

Mmg minggu ini agak hectic and aku masih lagi try untuk kuatkan diri sendiri. Yes, u can do it Maryam! 

Untuk mengelakkan dan mengurangkan kepala yang tengah serabut, boleh dikatakan setiap masa aku pasang music. Instrument. Yiruma, kiss the rain. 

Ada orang kata macam lagu hotel? Haha. 

Untuk diri sendiri. 
Dear maryam, tiada apa yang mustahil. Jika Allah kata "jadi" maka "jadilah" ia. Bukan tak cukup masa, tapi cuma kita tak pandai menguruskan masa. Lupakan benda-benda yang tak penting, tumpukan pada benda yang penting. Ingat harapan mak ayah, tujuan kita datang ke universiti ni untuk apa. 

Okay.... :)

7.09malam. Cepatlah azan, tak sabar nak buka puasa. Haha

Homesick, tapi tak boleh buat apa. Just boleh tengok-tengok gambar.
:,)


Tak sabar nak habis exam. Nak balikk rumah. Nak happy-happy dengan family.
Okay bye. Assalamualaikum. Selamat berbuka. 

Tuesday 11 June 2013

Clinical visit --> PDK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tadi buat visit ke PDK or Pusat Dalam Komuniti. Kali ni kami 17 org ke PDK Saujana Utama. :)

Sangat kagum dengan staf-staf dekat sini. Sangat peramah, and kalau nak tahu PDK ni di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kami Occupational Therapist mmg tidak bekerja disini full time tapi kami akan datang mengikut cases yang dirujuk dari hospital. Tapi kali ni kami pergi untuk subjek pediatric intervention. Act mmg dah lama nak buat clinical attachment or visit kat PDK tapi tu lah kan tak sempat.

First masa datang tadi, rasa kekok sbb tak pernah lagi handle or jumpa or observe or evaluate case kanak-kanak sbb sem ini baru belajar tentang kanak-kanak. Before ni just belajar theory. So tadi kena apply semua teori-teori dalam slides, buku-buku semua. Mmg agak mencabar sbb kena PEGANG sendiri kanak-kanak tu.

Tapi alhamdulillah. Masa mula-mula kekok, lama-lama okay. :)

Masa sampai, kami terus pergi ke mana-mana kanak-kanak untuk observe and analyse penyakit apa. Then, first task aku untuk kanak-kanak ADHD. Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Disebabkan identiti kena rahsiakan, aku guna nama Max. (Nama tak boleh bla) Haha :p

Siapa yang tak tahu, kanak-kanak yang susah nak duduk diam, tak boleh focus untuk satu task. Masa mula-mula panggil-panggil Max mmg susah, tak nak pandang langsung. Then aku peluk dia, bagi duduk  diam. Bila dia dah diam baru bagi activity. Tp actually salah cara aku tu. Hmm

Apa yang aku perasan Max maybe ada masalah dengan proprioception. Dia tak rasa joint dia, sbb tu dia suka lompat-lompat, terbalikkan badan, ketuk kepala sbb dia tak rasa sense. Kesian..

Then, apa yang perlu dibuat adalah joint compression. Baringkan dia, then pegang tangan, nak cerita position susah la pulak. Flexed kan shoulder, elbow then tekan palm dia guna ibu cari untuk dia rasa sense. Tapi kena hold elbow supaya tak dislocated.

Use both hand, tekan shoulder, elbow, kepala pun sama. Tp benda ni kena practice, kalau silap mmg akan dislocated. and kena depends on condition apa.Then, bila dah buat joint compression, Max diam je. So masa ni lah bagi buat activity, first aku bagi buat puzzle. Dia tak ada masalah dalam vision, auditory semua. Ada 2 benda yang aku nampak perlu dibuat, perlu ajar untuk differentiate size and 3D construction. Yang lain okay. :)
 Kebanyakan kanak-kanak yang ada ADHD ada masalah dengan proprioception, dia tak rasa joint sense sbb tu dorang suka lompat-lompat, or ketuk2. So kalau nak buat activity, buatlah joint compression.

Kanak-kanak lain banyak yang lebih kurang sama. Tp ada sorang ni ADHD jugak, yang ni agak severe sbb mmg tak boleh duduk diam. Siapa dekat semua kena ludah. Hmm, agak-agak kalau dia jadi patient aku nak buat apa eh. Kena banyak study lagi ni.

Ada jugak yang autism. Ada yang masih di realiti, ada jugak yang loss di dunia sendiri. Kalau kanak-kanak autism ni, jangan bagi duduk sorang-sorang without activity nnt makin severe. Ada sorang ni, diam je, tapi just nak balik tadi dia nangis, penat maybe.

Ada satu lagi cases yang aku try evaluate lepas kes Max. Ada perasan seorang ni, duduk dekat penjuru je sorang-sorang. Then main-main guna tangan lintas-lintas mata. Masa mula-mula serious tak tahu kenapaaaaaa. Sbb budak ni, anak mata gerak-gerak tak tentu. And tak sama kanan kiri, kejap okay kejap macam juling. Then asyik baring je tak nak bangun, tak berbunyi, tak cakap apa-apa.

Then Sir minta untuk tengok and assess dia kenapa. Apa yang aku nampak, dia ada masalah vision, nystagmus. Dia guna tangan lintas-lintas mata sbb dia nak nampak bayang-bayang. Then sir kata dia partially blind. Agak terkejut, serious. Yes, dia partially blind. Dia tak nampak apa-apa, dia just nampak bayang-bayang sbb tu dia akan pergi ke tempat yang ada cahaya then main-main guna tangan. Then sir minta dia jalan, okay observe pula cara jalan. Wide base, mungkin dia selalu baring, kurang berjalan so extensor muscle weak. Sbb tu muscle2 kaki and tangan kecil je. Then observe cara dia duduk, dia duduk W sitting. Yang ni mmg kena tukar, kalau tak akan permanent sampai besar, and akan effect posture and so on.

Tp actually kanak-kanak yg ada masalah vision, untuk baik mmg dengan kuasa Allah. Cuma apa yang boleh buat adalah adaptation, dia kena belajar and di exposed dengan striking colour. Macam bilik tidur semua kena striking colour, kena buat stimulation supaya dia recognise colour, kalau tak symptom ni akan jadi severe. Dia tak pandai cakap. Tadi dalam tengahari, dia mengamuk baling-baling kerusi. Rupanya dia nak susu. Hee

Then dalam 11 pg, ada seorang kanak-kanak datang dengan ayah dia. First tengok serious ingat cerebral palsy, sbb whole body muscle flaccid. Serious lembut sangat, takut nak pegang. Untuk cerebral palsy ada 2 jenis, ada yang flaccid means lembut, ada yang spastic means keras.

Rupanya, bukan cerebral palsy tapi CARLOS DANLOS syndrome. Mmg kes ni sangat rare, ikut kata ayah dia, ada 5 kes ni je dekat malaysia. Umur dia 15 tahun, kalau hantar pada OT mmg tak banyak boleh buat sbb tangan, kaki semua mmg sangat flaccid, and disebabkan kes ni rare, kena google, study dulu baru boleh buat apa-apa, takut ada lain-lain complication.

Tp apa yang aku observe and analyse masa duduk dengan dia, aku pegang semua joint dia, muscle, mmg sangat flaccid, tangan, kaki semua flaccid. Then ada dislocation dekat hip belah kiri, sbb bila tegakkan badan dia, lutut kanan and kiri beza. Dekat shoulder kiri pun sama, dislocated. Aku tanya sir, mmg macam tu, semua joint dia senang dislocate and senang nak masukkan balik bila tulang lari dari tempat asal. Dia jugak ada scoliosis, yang agak severe. Then bahagian rib cage abnormal sbb terlalu wide. Rupanya itu adalah complication apabila masa kecik-kecik tak ada sucking reflex. Means tak reti hisap susu.

Masa baby, ada beberapa reflex yang kita mesti ada. Kalau tak ada mungkin ada masalah. Sucking reflex salah satunya.

Lagi satu, bukan tulang-tulang lain je lembut tapi skull pun lembut. Disebabkan cara position tak betul, kepala dia agak senget ke kiri. Untuk toleh ke kanan, dia terpaksa guna tangan kanan untuk toleh. Alhamdulillah, walaupun tak boleh bangun, tangan kanan dia okay. Asyik nak salam je, haha.

Act banyak sebenarnya, macam yang down syndrome. Semua okay, cute-cute dorang ni. Ada sorang ni, asyik nak peluk je. Haha.

Panjang la pulak cerita kali ni. Ini visit, kami just observe, analyse. Kadang terfikir, macam mana eh nanti dah kerja, kena berhadapan, kena bagi treatment untuk kanak-kanak macam ni. Takut, berdebar rasanya. Tapi itulah realitinya. Kadang orang tanya OT itu apa, Over Time? Operation Theatre? Tak, kami Occupational Therapy.

Bagi aku, PDK ni mmg perlu diperbanyakkan untuk dekat kampung-kampung, kawasan pedalaman, bandar ke. Tak kisahlah, tapi mmg sangat perlu bagi pendedahan tentang ni terutamanya tentang kanak-kanak. Untuk parents yang educated, insyaAllah mereka akan perasan anak mereka bermasalah. Bagi yang tidak? Bgi yang mmg tak tahu? Contohnya yang ada ADHD, kalau ibu bapa yang tak tahu mesti macam-macam hukuman dorang beri, sbbnya dorang ingat kanak-kanak ni degil, nakal. Tapi sebenarnya tak, kanak-kanak cuma istimewa.

Kesian, serious kesian. Bila dengar ada parents abandon anak mereka bila tahu mereka istimewa.
:,(

Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Percayalah anak yang istimewa ini lah yang akan backup ibu bapa mereka bila dihadapkan di mahkamah Allah.

Okay dah dah. Rasa macam buat report. Mmg sangat minat  dengan pediatric. InsyaAllah kalau diberi peluang sambung study nak sambung dalam area ni. InsyaAllah :)

Hope 3 subjek yang ada kaitan dengan pediatric untuk sem ini dapat score. Ada 2 minggu lagi, practical exam, hope dapat buat better. Dah kurang rasa takut nak pegang patient bila p visit ni. Hee.

Esok --> ORAL TEST MANDARIN II
Wish me luck.

Assalamualaikum. :)






:)






Monday 10 June 2013

Pengorbanan.

Assalamualaikum. 

First nak tanya.

Sampai tahap mana kita boleh korbankan sesuatu untuk SESUATU?
Jawab dalam hati. 

Apa yang kita pernah korbankan untuk ibu bapa?
Cinta? Duit? Peluang?

Apa yang kita pernah korbankan untuk sahabat?
Apa yang kita pernah korbankan untuk kita sendiri?

Kadang dilemma, betul ke? Patut ke pengorbanan yang aku buat?
Untuk orang lain yang tak ada kepentingan langsung dalam hidup?
Untuk orang lain yang tak pernah menyumbang apa-apa dalam hidup?
Untuk orang lain yang pernah sakiti kita?

Bukan mudah. Bukan mudah untuk mencontohi Nabi Muhammad. 

Tapi, kadang kita tak ada pilihan. Kadang kita memang PERLU berkorban. (Tak ada la sampai p bunuh diri :p)

Contohnya
Dalam sesuatu kerja. Kadang kita perlu korbankan masa kita untuk buat kerja orang lain.
Dalam berprogram. Kadang kita kena korbankan kelas-kelas untuk cover sahabat kita yang pergi kelas.
Dalam berhutang. Kadang kita terpaksa berhutang untuk cover sahabat yang belum bayar hutang kita.
Dalam assignment. Kadang kita perlu siapkan jugak part sahabat kita yang tak siapkan.

Kita saling berkorban untuk kebaikan satu sama lain. Jika anda tidak mahu berkorban untuk keluarga, sahabat, jangan berkawan, jangan berkeluarga. Duduk sorang-sorang.

Okay, ada kerja. Dah lama tak berbelog. Rindu. 
Assalamualaikum. 

Pengalaman menjadi sejarah.

Assalamualaikum. Rasa dah sebulan tak update blog. Pecah record, kalau tak before ni paling lama at least seminggu mesti sekali aku update. Hmm

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Thanks Allah atas segala bantuan yang telah Engkau berikan disaat aku sangat memerlukan.
Thanks Allah atas segala ujian dan kenikmatan.

Sesungguhnya jika Allah berikan satu hari sedih untuk kita, insyaAllah akan diganti dengan satu hari gembira.

Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) dah habis. :)
Minggu Destini Siswa (MDS) dah habis. :)

Assignment mandarin dah siap walaupun tak membantu sangat just berlakon je. Sorry teamates. :(
Assignment video assessment pun dah re-do. Maaf jugak, just dapat buat skrip je. :(
Presentation research pun dah. Sorry just dapat datang untuk present je. :(
Sorry team mates. :(

Dah cuba buat yang terbaik. Untuk menggantikan semua assignmentss, akan buat manual peads intervention. Korang jangan risau and thanks faham. 
Thanks a lot, tak tahu nak balas macam mana. 
:,)

Kita merancang, Allah merancang tetapi perancangan yang terbaik adalah daripada Allah.

_______________________________________________________________________________

Tahniah kepada adik-adik asasi yang baru mendaftar. Serious masa pendaftaran rasa homesick. Masa pendaftaran ada yang ambil video, ada yang ambil gambar masa isi borang. Macam-macam ada. Dari hati setiap parents yang hantar anak-anak untuk belajar pasti ada harapan yang menggunung. Percayalah. :,)

Kadang tak sangka, teringat dulu-dulu masa daftar matrik. First time duduk jauh, sbb dulu sekolah asrama dekat johor, rumah dekat johor jugak. Masa matrik, dapat dekat melaka kira jauh la tu. Masa tu mmg sedih sangat masa parents nak balik. Then bila dah masuk, jarang balik sbb bz dengan kelas, program, PRD. Ada kadang 2, 3 bulan tak balik sbb tak sempat. 

Tp serious, zaman matrik paling best. :)

MDS kali ni jugak ramai ex-asasi yang join, ada 37 orang. Rasa macam adik-adik sendiri. Entah dapat jumpa lagi ke tak, yelah lepas ni dah bawa haluan masing-masing. Mana yang masuk UiTM jumpa la lagi. Mana yang masuk uni lain, kalau ada jodoh jumpa la kita. :)

Sedih bila nak berpisah semalam. Huhh.

Kepada semua PMDS. Thanks and sorry for everything. Nobody perfect. Setiap apa yang dilakukan atau diperlakukan kadang-kadang adalah balasan daripada Allah atas apa yang kita pernah lakukan sebelum ini. Masa malam last tak sempat pergi pada seorang-seorang untuk cakap benda ni sbb nampak semua bz dengan biro masing-masing. Al maklumlah tak ada biro kan. 

Macam apa yang aku pernah post sebelum ini, kadang tangan yang menaip lagi mudah untuk sampaikan sesuatu daripada mulut yang berkata-kata. 

Segala silap dan salah sepanjang menyandang jawatan pengarah kolej untuk MDS kali ini, saya mohon maaf. Sesungguhnya amanah yang diberikan sangat berat, 111 PMDS, 3008 pelajar baru. Tapi alhamdulillah dah lepas semua, baru la dapat bernafas dengan tenang. :)


........ To be continued .....

10 Jun 2013

Sambungan~~ Hari tu tak sempat habiskan. Hee

Now, berada di bilik gerakan. Baru habis lab.
Bila pergi kelas tadi rasa sangat awkward sbb macam dah berminggu tak pergi kelas. Act tak ada la teruk sampai tahap tu, Haha. Tp maybe sbb cuti gawai seminggu then terus MDS. Tu yg rasa lama. 

And honestly minggu lepas aku p 2 kelas je, sbb ada presentation n test. 
Tadi p kelas, tanya-tanya ketua untuk setiap subjek mana yang tertinggal. Gather balik semua benda yang tertinggal, update tarikh submit assignment, test bagai bagai. InsyaAllah, dah nampak cahaya. Kalau tak semalam, duduk termenung tak tahu nak start mana. Haha

Thanks sahabat. HS225. Korang the best. Rasa terharu. Serious. :,)

InsyaAllah minggu ni akan focus untuk test. Ada 4 test minggu ni. 2 assignment kena submit. Yes, you can do it Maryam! :)

Tak sangka lagi 2 minggu je nak FINAL. Rasa berdebar. Tp tak ada benda mustahil. Jangan mengalah selagi kita belum berusaha. 2 minggu, macam-macam boleh study, boleh buat. Jika kita hargai masa kita dengan baik. Setiap saat, minit, jam, hari sangat berharga. Serious.

Tadi ada sesi taklimat bersama pelajar baru diploma untuk FSK. Tahniah dan selamat datang kepada adik-adik! Sorry tak dapat nak join sbb ada kelas. 

Kepada sahabat. Hope baca.

Dont give up. Dont give up.
Selagi ada masa, selagi itu ada jalan. InsyaAllah. 
Allah tidak akan menguji hambanya luar dari kemampuan.
Ujian yang Allah bagi ini adalah sebagai peringatan supaya kita lebih ingat kepadaNya.
Nothing impossible. 
We are here to support you. :,)
You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have. 

Sorry la entry ni berterabur sikit. Sbb tulis sikit-sikit then sambung-sambung.
K, assalamualaikum.

"Dont pray for life to be easy but pray for yourself to be strong"