Wednesday 31 October 2012

Masa amat mencemburui kita.

Assalamualaikum,

hari ini hari khamis, dan assignment masih BANYAK tak siap. Hmm,, penyakit malas melanda bila balik rumah. Biasalahh~~ 

Thingssssssssssssss to do untuk cuti ni.

1. Assignment paediatric conditions (presentation and individual)
2. Mandarin- Video
3. Payyperrrrwork- payyyperrrworkssss
4. Suratsssss- suratsssss
 5. Studyyy untuk 3 test.

Hmm,, agak2 siap ke tak ehh semua ni? kita nantikan.. haha
*stress melanda.

Sunday 28 October 2012

Happy Family ;)

Assalamualaikum,, 

Alhamdulillahhhhh first time beraya Aidiladha bersama sahabat MPP, daripada 50 orang, 12 orang yang join and sempat pergi 9 rumah :D

Berkumpul kat kolej seroja UiTM Shah Alam pukul 10.30pg, first rumah dalam pukul 11.30pg, and last rumah pukul 1.10pagi,.. wahh, first time beraya sakan macam ni, sampai rumah dekat pukul 3pagi~~~ hewhew, nasib baik parents tak marah,, hee :D




12 orang 6 kereta?? haha :p


First rumah: YDP kitaaaa,, Azraful Azman 
Menu: Nasi Lemak Su
*sedap sangat, boleh minta resepi, haha





Candid! :)
kak Sakinah? haha

Rumah 2: kimoe ( Akmalhakim Zakaria) :D
Menu: Spagheti 
menyelongkar segala pic family kimoe, untunglah adik beradik semua lelaki, hahaha




Oppss,, haha :p
*tersama pulak

Rumah 3: Alan (Azlan Zainal Abidin)
Menu: Domino`s pizza +mee kari+ pengat pisang yang sangat sedap
+ Daim chocolate(nak masuk jugak??) haha





Sembahyang Zohor berjemaah #rumah alan :)
*siapa yg ambil pic ni? hahaha

Rumah 4: rumah saya :p
Menu: Keropok ikan, hahahaahha :p
*perut dah full makan macam2 dekat rumah2 before ni, haha
masa nak balik hujan lebat teramat sangat~~
Thanks semua sebab sudi datang :,)
Walaupun tak ada buat menu sedap2, next raya jemput datang, mak saya masak sedap, 
saya? hmm,, hahaha



Rumah 5: Ara (Alyana Rafhana Ahmad)
Menu: macam-macam adaaaaaaa
Muffin dot-dot(yeke??) hahaha
yg paling best redvalvet :D




Apa la agaknya Farris buat? hahaha

Rumah 6: Muhd Faris Abd Hamid
Menu: Nasi goreng+ Meehun goreng+keropok
Dah ada anak buah~~ hee
Baru tahu Faris adalah "abg faris", hahaha



Rumah 7: Lina Nazihah
Menu: Puding buah (betul ke nama dia?) hee 
Family engineer, haha




Okay, Rumah 7: syuwwww ( Syuhadatul Asyikin)
Manu: Lasagna+cheese cake+ Big apple
Kat sini banyak sikit pic, hee :D
time kak lina dah tak follow sebab SAYA,, hewhew,, 
sorry bangat kakakakak! 










Family syuww yang sangat happening, ibuuuuu! rasa macam taknak balik, hee :)

Rumah 9: kak Cha (Siti Aisyah Zikri)
Menu: Asam pedas Johor yang sangat sedap :D
Masa: 1.10Pagi
Thanksssss a lot! pepagi buta masih menerima tetamu, hee :)



Tengok muka sorang2! hahaha,, 

Setiap rumah kami buat takbir, sampai mak cakap
"Semua nampak bagus-bagus, baik-baik je semua, boleh buat menantu" hahaha :p

Sempat pergi 9 rumah je, kalau ikut perancangan ada beberapa rumah lagi, TAPI tak sempat,  
rumah kak Alya(Bangi)
rumah kak Nik Husna(Bangi), 
rumah Dayah( sorryyy terlepas pandang tadi) ;(
harap jangan berkecil hati, InsyaAllah next time pulak k ;)

Rasa sangat happy, alhamdulillah, semoga ukhuwah yang dijalinkan ni berkekalan hingga hujung nyawa, insyaAllah :)

Harapan:
Hope dapat pergi rumah yang jauh2. Contoh: kelantan :)

Bak kata YDP kita,
Bersahabat:
1. makan rumah sahabat
2. solat rumah sahabat
3. buang air dirumah sahabat
4. tidur rumah sahabat
5. bawa pasangan dirumah sahabat ( bagi yang dah berkahwin )

*betulkan kalau silap k :)

Seharian bersama korang, macam2 gelagat ada. Haha, rasa beruntung sangat kenal dengan semua. *serius! :)

To Jimy: Sorrrryyy sesangat! Sebab tak dapat nak ambil, sebab masa tu dah jauh and ada banyak rumah lagi tak pergi. Seriousslllyyyyyy.......... :(
Jangan sesedih tengok pic2 ni semua k, lain kali kita p lagi. Sorry sesangat, harap hubungan kita semua berkekelan. Amin :)

Work as a team
CLOSE as a FAMILY

InsyaAllah, walaupun dah habis term MPP, kita masih rapat seperti sekarang, Jika niat kita bersahabat kerana Allah.
:)

Thanks Allah for everything 
*happy :,)


LOve this pic :)

Tuesday 23 October 2012

I miss the old times :,)

Assalamualaikum,

Macam tak sangka dah cuti midsem~ :D
tapi jangan lupa buat asgment and study untuk test yang berderet lepas naik cuti ehhh! *talking to myself, 
perangai yang masih tak boleh ubah dari dulu sampai sekarang;
Kalau boleh semua buku nak bwk, penuh bag dengan buku, tapi TAK BUKA and TAK SENTUH, macam mana buku itu disusun, macam tulah dibawa balik lepas cuti. SORRYYYY lecturerss,, cikgu2, saya selalu "terlupa' nak study bila balik rumah jumpa family and kwn2. hee XD

Bila cerita pasal sekolah, zaman matriks~ RINDU sangat zaman2 tu, alhamdulillah, ingatan aku masih kuat dan ingat lagi kenangan2 zaman dulu2  even dari sekolah rendah :)

Masa tadika pun ingat lagi kot, hahahaha, Kalau boleh patah balik masa, aku nak hayati setiap saat. (jiwang pulak) haha

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah,, sejujurnya aku memang sangat AKTIF kat sekolah, kalau boleh semua benda nak masuk, ada orang kata aku GILA SIJIL, tapi aku tak kisah sebab masa takkan berulang, peluang datang hanya sekali. :)

Tadika:
Teringat masa umur 4 tahun aku masuk sekolah asrama arab ABIM, sampailah 5 tahun, pakai tudung labuh semua. Then masa 6 tahun masuk tadika English pakai skirt, SANGAT LAWAK bila teringat balik, hahaha. and teringat ada sekali tu aku pakai tudung sesaje je, but time tu pakai uniform tadika (skirt) haha,, Ni kot kenangan yg pling lawak yg aku ingat. Haaaaa,, 
lagi satu masa graduation day cikgu suruh aku masuk tarian, TAPI jadi lelaki sbb rambut pendek, memang menangis taknak jadi lelaki~~ hahahahha! and one more thing, masa tadika lahh first time and the last aku dapat number 1 dalam kelas *bangga kejap,haha :p

Sekolah rendah;
haa,, teringat, aku memang dari kecil banyak cakap, masa darjah 1 masa perhimpunan pagi, disebabkan aku sangat bising, potpetpotpet kat perhimpunan~~ pengawas tarik aku n suruh berdiri kat depan sambil tutup mulut guna tapak tangan, hahahaha, Balik kelas, aku menagis~~ MALU SANGAT masa tu! haha
Ish ish ish,, memang aku nakal sangat kot masa sekolah rendah,,, 

Masa darjah 3, aku buat persembahan nasyid untuk maal hijrah kat sekolah and jadi solo~~ Punyalah berlatih kuat sangat kot, time hari persembahan TAK ADA SUARA~~~ punyalah aku minta orang lain ganti, dorang taknak, at last, aku nyanyi je even suara serak2,, HAHAHA, 

Masa darjah 4, masuk tarian zapin, peingkat daerah, masa tu pertandingan dekat Plaza Angsana JB, Sedihh tak dapat top 3, dapat number 5, maybe sebab lagu terstop sekejap, tapi agak bangga sebab dapat number 5 daripada 30 tak silap, hee :D
Hmm,, aku memang pelik sebab semua benda nak masuk, tarian, nasyid pun masuk jadi solo AGAIN~ tapi kali ni ada suara lah,, haha

Masa darjah 5,Masuk lagi tarian and nasyid, tambah reka cipta :)
Darjah 6 masuk lagi nasyid, pindah rumah, pindah sekolah, UPSR, hee :)

serius rindu sangat zaman sekolah rendah, zaman gaduh2 sebab jutaria, zaman main ice-water dekat taman setiap petang, zaman main basikal ramai2 round taman,  buli-buli orang, gaduh sebab kawan, tapi sekarang bestfriend sampai sekarang, hahaha

Sekolah menengah:
Masa lower form, 
Rasa macam terlalu banyak benda yang aku masuk, merentas desa, olahraga, pengawas, nasyid, nyanyian, pengakap jadi ketua patrol satu-satunya melayu, explorace, debat, badminton.. TAK INGAT! huhh,, sebab banyak sangat, haha, Sorry ya kawan-kawan saya memang GILA SIJIL :D




Masa upper form,
pindah sekolah, banyak jugak aku masuk, haa,, kalau upper form ingat details, hee
1. Pengawas sekolah - Setiausaha (Setiap hari kena buat report, spotcheck) huhhh,
2. Presiden jurusan- Presiden pertama perempuan
3. Bendahari KRS- Masuk kawad dapat tempat ke-3 daerah *sunburn. haha
4. Setiusaha kelab badminton- Organize tournament yg paling tak boleh lupa. *sangat PENAT!
5. Biro keselamatan hostel. Tutup pagar, buka pagar, tidur paling lambat, bangun paling awal. *rindu :,)
6. Softball- KENANGAN PALING TAK BOLEH LUPA, coach yang sangat supportive dan baik :)
Team-mates yang sangat best, Serius rindu nak main lagi dengan korang~~~ 
7. Olahraga. Peringkat sekolah dapat 3 emas, 3 gangsa. Peringkat daerah, lari-lari buat-buat sakit sebab pesaing mostly memang wakil negeri and malaysia,, HAHAHAHa, Sorry cikgu,, hee
8. Tunas bestari: Dapat tmpat pertama :D



Bila buat sesuatu, buat betul-betul,
Bila study, study betul-betul,
Bila bersukan, sukan betul-betul,
Bila kawan, kawan betul-betul,..

Alhamdulillah, segala kenangan-kenangan akanku simpan sampai hujung nyawa, boleh cerita kpd anak, cucu cicit. Entahlah, rasanya aku berpuas hati dengan masa yang aku habiskan sepanjang zaman sekolah. Walau busy, tak ada masa, jeles dengan orang lain study, tapi semua tu aku anggap sebagai cabaran dan dari dulu aku pegang


 "KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI, PELUANG HANYA DATANG SEKALI"

Soo,, grab the chances, segala peluang yang ada, ambillahh,, tapi make sure kita MAMPU, kalau rasa tidak mampu, KERJA KERAS untuk pastikan kita mampu~~ 

Aku bukan macam aku sekarang tanpa melalui segala benda ni, terpulang pada orang nak describe diri aku macam mana.
apa-apa pun STUDY FIRST, walau macam mana sibuk pun kita, jaga hubungan dengan Allah, dengan ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, cikgu-cikgu, lecturers dll, 
*peringatan kepada diri sendiri.



Kadang-kadang aku tertanya mcm mana nak bahagikan masa, nak jaga hati semua orang. Sebagai HAMBA ALLAH, sebagai ANAK KEPADA MAK DAN AYAH, sebagai KAWAN, sebagai PELAJAR, sebagai PEMIMPIN..
Huhh,, susah jugak tu, tapi anggap ini sebagai proses belajar. *monolog dalaman,

Yang penting jangan menyesal dengan jalan yang kita pilih ;)

Hmm,, teringat LOVE=TIME, bak kata kaunselor UiTM Shah Alam. Kadang-kadang kita cakap sayang, tapi tak ada masa untuk kita luangkan untuk dia, huhh. 


Sorryy,, kalau aku bukan hamba, anak, student, kawan yang baik, tapi aku TRY :,)



Aku try untuk jaga hati semua orang, aku try untuk meluangkan masa dengan semua orang, TAPI,
Bila terlalu sibuk, masa untuk diri sendiri makin kurang, kadang-kadang tertanya  
WHERE AM I? 
WHO AM I? 
WHAT I`m SUPPOSED TO DO?




Jadi, malam2 before tidur muhasabah diri, fikir apa yang kita lakukan seharian,.insyaAllah kita JUMPA diri kita semula ;)

*untuk diri sendiri jugak*




:,)

p/s: Dear "jodoh", sorry sejujurnya dari sekolah sehingga sekarang saya tak ada masa untuk mencari awak, fikirkan tentang awak, teruskan menunggu, insyaAllah bila tiba masanya, tak kemana kan? :)


Ni baru zaman sekolah, zaman matrik next time :)
(ada ke orang nak baca =,=")




Monday 22 October 2012

Senyum :)

Assalamualaikum~~

Senyumlahh,, senyumlahh,, senyumlahhh,, ooohoiiii cik mek molek :)

Perasan tak senyum dapat mengubah persepsi orang kepada kita? Senyum jugak dapat memberikan positive aura kepada kita. Senyum jugak dapat mengubat hati yang sakit. Senyum jugak dapat menutup segala kesedihan hati. And jangan lupa senyum jugak dapat ditafsifkan sebagai negatif kepada sesetengah orang...

Jadi jaga-jaga dengan senyum andaaaa...

Senyumlah disaat hati gembira, senyumlah disaat kesedihan, senyumlah walau hati tak mampu tertahan. SENYUMLAH.. please~~~ :))

Ya, Allah, aku bersyukur dan gembira :D

Actually, sekarang tengah sangat berserabut~~ Mungkin Allah saja je nak bagi aku rasa mcm ni, supaya aku lebih dekat kepada Nya....

Alhamdulillah, dah habis presentation medical neurological intervention yg sangat lamaaa 2 jam 30 minit. N sedihh markah tak seperti yang diharapkan kami dah buat yang terbaik, korbankan masa lunch hour untuk practice, sbb tajuk kami more to practical.~~ slides more than 150+, tapi bila dapat markah, SEDIH~~ tapi apa-apa pun rasa lega sebab dah habis satu benda, lapang sikit kepala. Alhamdulillah, Thanks sahabat-sahabat~~ kita dah buat yang terbaik *belajar menerima :)

okayy,, sekarang dah 1pagi~~ and aku still menghadap laptop..
penat, sangat penat.. :,)

k, nyte, assalamualaikum 

Saturday 13 October 2012

Budi bahasa kan budaya kita :)

Assalamualaikum,

hari ni hari ahad, n saya baru nak update selepas seminggu~~
macam cepat je masa berlalu, tak sangka dah seminggu, macam tak rasa, seriussss rasa macam cepat!
huhu

jadual dah pack~ rasa macam zombie dah ni, tdo less than 5 hours, EVERYDAY!
next week pun seriouslyy pack, next week lagi raya haji :D
HOLIDAY! tapi bergelumang dengan asgment yang berlambak and nak kena submit naik cuti, haiyaaaa
*aipp,, maryam jangan mengeluh :D

okay, entri kali ni nak cakap pasal budi bahasa, hmmm..
kepada semua orang : PLEASE JAGA BUDI BAHASA ANDA, TAK RUGI APA-APA PUN KALAU CAKAP BAIK-BAIK :)

kalau bukan sekarang nak belajar "cara bercakap dengan baik" bila lagi?

1. Please hormat orang yang lebih tua
Susah sangat ka nak cakap baik, guna intonasi yang betul, jangan meniggi suara, walau apapun situasi nya, please jaga. Walaupun dia yang salah, please hormat and cakap baik-baik. Kalau di sini, di universiti, tunjukkan kita ni mahasiswa. Guna ayat yang sopan, kalau staf universiti, please jangan guna "PAK CIK", "MAK CIK", "KAKAK", "ABANG". Tapi gunalah "ENCIK" "PUAN", "CIK" "TUAN"
tak susah kan? kita tak rugi apa-apa pun, :)

hmm,, lagi satu, bahasa dengan ibu bapa kita~~ please jaga, Syurga kan dibawah tapak kaki ibu :)

2. Janganlah guna bahasa kasar. PLEASE!
Dari dulu, sejak lahir lagi *tolonglah! haha, aku memang elergic sangat dengan perkataan/bahasa kasar ni~~ aisshhh! malaslah nak tunjuk contoh, tapi banyak-banyak perkataan, paling tak suka perkataan "SIAL", hmm,, 40 kali kita cakap perkataan tu, memang JADILAH benda tu kat kita. Pelik sangat kenapa orang suka guna, lagi-lagi KAUM ADAM~~ hishh, REJECT nak buat calon suami terus, SERIOUSLY!
"SIAL" : bad luck, malang
nak ke kalau dimakbulkan, hidup kita menjadi malang?

KOMPLIKASI:
tak berjaya dalam hidup, apa-apa yang kita buat FAIL, apa-apa yang kita mahukan kita tak capai, apa-apa yang kita impikan HANCUR LEBUR? orang tak suka kat kita,  buat apa-apa semua tak berjaya, masuk pertandingan apa-apa KALAH, orang yang kita suka BENCI kita, kawan kita benci kita, family kita berpecah belah, NAK KE SEMUA INI TERJADI KEPADA KITA hanya disebabkan perkataan yang kita guna?

hmm,, tengok balik diri kita, check, RE-CHECK bahasa yang kita guna, boleh mempengaruhi hidup kita. Masih tak terlambat untuk kita ubah semua benda tu :)

3.Jangan terlalu argue tentang sesuatu perkara
Hmm,, ni lagi satu~~ orang cakap sikit, nak argue, orang belum habis cakap nak mempersoalkan, SABAR, SABAR~~ jangan terlalu suka menentang, FIKIR dulu, BUAT RESEARCH sebelum memperkatakan sesuatu, fikir KESAHIHAN fakta yang kita dapat~~ jika tidak: jangan salahkan sesiapa jika kita secara tak langsung menjatuhkan martabat kita, menjatuhkan maruah kita~~ hmmm
kalau tak puas hati tentang sesuatu perkara, buat research, guna cara yang betul untuk memperjuangkannya and memperbetulkan perkara tu k :)

Semua ni peringatan kepada diri sendiri jugak :)
Mungkin apa yang aku cuba nak sampaikan ni tak boleh diterima oleh sesetengan pihak, kita saling sama-sama mengingati k?, nobody perfect, but we can try to be perfect :)

okayy,, dah habis cerita pasal budi bahasa~~ nak cerita pasal ORENTASI JUNIOR :D
program start 12/10, jumaat petang sampailah malam semalam~ tapi aku cuma ada masa pagi and petang je :(

TAMAN BOTANI ----->

SUBHANALLAH <3
Menara Pandang Jauh *pandai jugak aku snap :p



cantikkan~~~


Button badge designed by FATIN ALIYA ;)


berhimpit dalam kereta sebab HUJAN LEBAT~
find meeeeee, hahaha


gene? what r u doing~~ hahaha


Junior sem 1 yang hensem-hensem, comel-comel, cantik-cantik belaka :)


Shaharah Sapary *bukan junior ehhh~ hahaha 

k k k k, cukuplah entri kali ni~~ hmm,, next week meeting, presentation, 2 test~~
pack, ya Allah permudahkanlah urusanku :,)

















Saturday 6 October 2012

Luahan hati saya :,)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah 2 minggu memegang dan menyandang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, berat ataupun tidak , hmm,, buat masa ni ok~

Alhamdulillah, aku bertuah ada 
sahabat-sahabat yg selalu support, 
ada parents yang sentiasa memahami aku, 
ada lecturer yang faham kalau masuk kelas lambat.
ada senior2 yang sentiasa beri tunjuk ajar kepada aku,
ALHAMDULILLAH, aku harap semua ini berterusan.

biasalah, kita hidup tak boleh nak puaskan hati semua orang, walau sesempurna mana pun orang tu, tetap ada musuh, tetap ada org yg berburuk sangka, ttap ada org yg ingin menjatuhkan kita, tetap ada org ingin mematahkan semangat kita. 

tetapi, SABARLAH, Allah kan ada, Allah sentiasa mendengar rintihan kita.

Benda ni memang aku pegang dan alhamdulillah, kata-kata yang beri aku semangat.



"If what`s ahead scares you, 

and what behind hurt you,

then just look above

ALLAH NEVER FAILS TO HELP YOU" 

Thank You Allah ♥




Ada juga pihak yang kata, MPP just nak nama, nak popular, nak baik dengan pihak atasan..
mungkin ada yang segelintir, TAPI percayalah, berada di posisi ini bukan mudah, bukan senang, bukan main-main, bukan saja-saja..

Kalaulah aku ada niat macam itu, mesti aku dah tarik diri masa mula-mula dulu. Tapi aku tetap pilih jalan ini, sebab aku nak buat PERUBAHAN, aku nak bantu org lain, aku nak mempertingkatkan diri aku,



Tapi, tak apa.. aku nak jadi seperti matahari, walaupun org tidak suka sinarannya, tetapi ia tetap bagi manfaat kepada org lain. Aku nak jadi macam pokok, walau dihina, dipijak, ia tetap membuahkan buah yang masak. INSYAALLAH ;)

Walau seperit mana, walau setension mana kita, walau sesedih mana kita, Allah tetap ada untuk kita.

Actually, tak kisah pun apa org nak kata, sebab NO BODY CARES ABOUT YOU :p

Mungkin ada yang kata jadi MPP nak famous:

my answer: kalau sebab nak famous, nak banyak "LIKE" dekat fb, cuba tengok dekat post2 b4 saya jadi MPP. Bukan nak riak, tapi realiti. Terima kasih.

Mungkin ada yang kata jadi MPP nak rapat2 dengan pengurusan:

my answer: Alhamdulillah, b4 saya jadi MPP saya rapat je dengan pengurusan. Terima kasih. 

Mungkin ada yang kata, mungkin ada yang kata. Tak penat ke? Kita selalu terlalu fikir pandangan orang lain, pandangan ALLAH macam mana. Kita dah besar, boleh bezakan mana betul, mana salah, kalau betullah salah, keikhlasan hati itu semua tipu, Allah tahu, hati kita tak akan tenang. 

TETAPI, kalaulah kita tahu apa yang kita buat, kita tahu tanggungjawab kita, kita jalankan tanggungjawab dengan baik, insyaAllah, hati kita akan sentiasa tenang walau seberat mana cacian diberikan kepada kita.

Masa yang Allah beri sama setiap orang, cukup ataupun tidak terpulang kepada kita menguruskannya, bagi aku masa itu NYAWA, berlalunya masa, makin pendeklah usia kita.


Tapi, kita sebagai manusia, tak lari daripada kesilapan (ayat biasa :p)

Aku masih baru, aku masih "muda", aku masih merangkak-rangkak dalam bidang kepimpinan ini, bawalah aku, pimpinlah aku. Terima kasih kepada senior2, mantan2 yang selalu guide, selalu bagi nasihat :)

Terasa macam ada kakak, abang, ibu, ayah disini :)

(kakak, abang, mak, ayah: jangan JELES! haha :D)

Teringat masa first program jadi pengarah program, GROOMING WORKSHOP, under Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK), minggu tu ada 2 test yang subjek berat, nak kata susah tu, MEMANG SUSAH, tapi alhamdulillah dah lepas pun semua.


Cuma satu benda yang aku paling tak boleh lupa, ucapan pengarah program, BLUR, BLANK.. 

Tak tahu la kenapa, mungkin tak cukup tidur sebab tidur 2 jam je sebab malam tu ada masalah dengan buku program, memang tu kerja biro program, tapi semua pun stay up tolong2,  itulah pentingnya kerjasama, family~ <3

Memang tak boleh lupa ucapan pengarah program tu, MALU, SEDIH, LAWAK semua ada, turun stage rasa mcm nak menjerit kat belakang stage. MALU SANGAT! 

Walaupun demam hari tu, tidur 2 jam, kepala berserabut dengan test, muka pucat macam apa~~
TAPI, teruskan jugak, jangan mengalah, tebalkan je muka sebab buat ucapan macam entah apa-apa,
Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk teruskan, THANKS ALLAH <3

Serius, aku nak kata, lepas tu, aku jadi fobia n avoid nak cakap kat depan, rasa macam DOWN sangat, bila cakap kat depan, bagi ucapan apa2, tetiba pening kepala,, :(


Mungkin kena practice balik, still in re-learning proses :)


Okay, dah panjang lebar ni, satu benda nak kongsi, pengisian masa program tu, by Dr. Nikki Shuhada, bagi tips, bila bangun tidur cakap 



"AKU BERSYUKUR DAN BAHAGIA, SENYUM :)*

Alhamdulillah, berkesan kepada diri aku, sebab dapat rasa positive aura dalam diri, and sepanjang hari rasa dirahmati dan dipermudahkan semua urusan. Thanks Allah :)

aku suka buat stick note macam ni, n tampal merata-rata, :D
maaf la ye roomates, saya memang suka menampal dan mengcolour bilik :p


Tarikh terlupa nak tukar :p

Lagi satu tips, selalulah bermonolog dalaman macam aku buat ni, tulis blog or cakap dpan cermin, kata-kata semangat :)
and
yang penting kena selalu SENYUM :) :) :)
kalau nak tahu or memang tahu, semua org nampak cantik, comel, hemsem, kacak, macho bila senyum, SERIUS! ;)


terbukti saya gila stick notes :D


Masa diambil untuk menaip; 32 minit :D




Thursday 4 October 2012

Wordless

Assalamualaikum, :)

1.


2.





3. 





*WORDLESS :D

Ya Allah,, betapa colourfullnya tempat aku,, macam tadika :p