Alhamdulillah tadi buat visit ke PDK or Pusat Dalam Komuniti. Kali ni kami 17 org ke PDK Saujana Utama. :)
Sangat kagum dengan staf-staf dekat sini. Sangat peramah, and kalau nak tahu PDK ni di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kami Occupational Therapist mmg tidak bekerja disini full time tapi kami akan datang mengikut cases yang dirujuk dari hospital. Tapi kali ni kami pergi untuk subjek pediatric intervention. Act mmg dah lama nak buat clinical attachment or visit kat PDK tapi tu lah kan tak sempat.
First masa datang tadi, rasa kekok sbb tak pernah lagi handle or jumpa or observe or evaluate case kanak-kanak sbb sem ini baru belajar tentang kanak-kanak. Before ni just belajar theory. So tadi kena apply semua teori-teori dalam slides, buku-buku semua. Mmg agak mencabar sbb kena PEGANG sendiri kanak-kanak tu.
Tapi alhamdulillah. Masa mula-mula kekok, lama-lama okay. :)
Masa sampai, kami terus pergi ke mana-mana kanak-kanak untuk observe and analyse penyakit apa. Then, first task aku untuk kanak-kanak ADHD. Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Disebabkan identiti kena rahsiakan, aku guna nama Max. (Nama tak boleh bla) Haha :p
Siapa yang tak tahu, kanak-kanak yang susah nak duduk diam, tak boleh focus untuk satu task. Masa mula-mula panggil-panggil Max mmg susah, tak nak pandang langsung. Then aku peluk dia, bagi duduk diam. Bila dia dah diam baru bagi activity. Tp actually salah cara aku tu. Hmm
Apa yang aku perasan Max maybe ada masalah dengan proprioception. Dia tak rasa joint dia, sbb tu dia suka lompat-lompat, terbalikkan badan, ketuk kepala sbb dia tak rasa sense. Kesian..
Then, apa yang perlu dibuat adalah joint compression. Baringkan dia, then pegang tangan, nak cerita position susah la pulak. Flexed kan shoulder, elbow then tekan palm dia guna ibu cari untuk dia rasa sense. Tapi kena hold elbow supaya tak dislocated.
Use both hand, tekan shoulder, elbow, kepala pun sama. Tp benda ni kena practice, kalau silap mmg akan dislocated. and kena depends on condition apa.Then, bila dah buat joint compression, Max diam je. So masa ni lah bagi buat activity, first aku bagi buat puzzle. Dia tak ada masalah dalam vision, auditory semua. Ada 2 benda yang aku nampak perlu dibuat, perlu ajar untuk differentiate size and 3D construction. Yang lain okay. :)
Kebanyakan kanak-kanak yang ada ADHD ada masalah dengan proprioception, dia tak rasa joint sense sbb tu dorang suka lompat-lompat, or ketuk2. So kalau nak buat activity, buatlah joint compression.
Kanak-kanak lain banyak yang lebih kurang sama. Tp ada sorang ni ADHD jugak, yang ni agak severe sbb mmg tak boleh duduk diam. Siapa dekat semua kena ludah. Hmm, agak-agak kalau dia jadi patient aku nak buat apa eh. Kena banyak study lagi ni.
Ada jugak yang autism. Ada yang masih di realiti, ada jugak yang loss di dunia sendiri. Kalau kanak-kanak autism ni, jangan bagi duduk sorang-sorang without activity nnt makin severe. Ada sorang ni, diam je, tapi just nak balik tadi dia nangis, penat maybe.
Ada satu lagi cases yang aku try evaluate lepas kes Max. Ada perasan seorang ni, duduk dekat penjuru je sorang-sorang. Then main-main guna tangan lintas-lintas mata. Masa mula-mula serious tak tahu kenapaaaaaa. Sbb budak ni, anak mata gerak-gerak tak tentu. And tak sama kanan kiri, kejap okay kejap macam juling. Then asyik baring je tak nak bangun, tak berbunyi, tak cakap apa-apa.
Then Sir minta untuk tengok and assess dia kenapa. Apa yang aku nampak, dia ada masalah vision, nystagmus. Dia guna tangan lintas-lintas mata sbb dia nak nampak bayang-bayang. Then sir kata dia partially blind. Agak terkejut, serious. Yes, dia partially blind. Dia tak nampak apa-apa, dia just nampak bayang-bayang sbb tu dia akan pergi ke tempat yang ada cahaya then main-main guna tangan. Then sir minta dia jalan, okay observe pula cara jalan. Wide base, mungkin dia selalu baring, kurang berjalan so extensor muscle weak. Sbb tu muscle2 kaki and tangan kecil je. Then observe cara dia duduk, dia duduk W sitting. Yang ni mmg kena tukar, kalau tak akan permanent sampai besar, and akan effect posture and so on.
Tp actually kanak-kanak yg ada masalah vision, untuk baik mmg dengan kuasa Allah. Cuma apa yang boleh buat adalah adaptation, dia kena belajar and di exposed dengan striking colour. Macam bilik tidur semua kena striking colour, kena buat stimulation supaya dia recognise colour, kalau tak symptom ni akan jadi severe. Dia tak pandai cakap. Tadi dalam tengahari, dia mengamuk baling-baling kerusi. Rupanya dia nak susu. Hee
Then dalam 11 pg, ada seorang kanak-kanak datang dengan ayah dia. First tengok serious ingat cerebral palsy, sbb whole body muscle flaccid. Serious lembut sangat, takut nak pegang. Untuk cerebral palsy ada 2 jenis, ada yang flaccid means lembut, ada yang spastic means keras.
Rupanya, bukan cerebral palsy tapi CARLOS DANLOS syndrome. Mmg kes ni sangat rare, ikut kata ayah dia, ada 5 kes ni je dekat malaysia. Umur dia 15 tahun, kalau hantar pada OT mmg tak banyak boleh buat sbb tangan, kaki semua mmg sangat flaccid, and disebabkan kes ni rare, kena google, study dulu baru boleh buat apa-apa, takut ada lain-lain complication.
Tp apa yang aku observe and analyse masa duduk dengan dia, aku pegang semua joint dia, muscle, mmg sangat flaccid, tangan, kaki semua flaccid. Then ada dislocation dekat hip belah kiri, sbb bila tegakkan badan dia, lutut kanan and kiri beza. Dekat shoulder kiri pun sama, dislocated. Aku tanya sir, mmg macam tu, semua joint dia senang dislocate and senang nak masukkan balik bila tulang lari dari tempat asal. Dia jugak ada scoliosis, yang agak severe. Then bahagian rib cage abnormal sbb terlalu wide. Rupanya itu adalah complication apabila masa kecik-kecik tak ada sucking reflex. Means tak reti hisap susu.
Masa baby, ada beberapa reflex yang kita mesti ada. Kalau tak ada mungkin ada masalah. Sucking reflex salah satunya.
Lagi satu, bukan tulang-tulang lain je lembut tapi skull pun lembut. Disebabkan cara position tak betul, kepala dia agak senget ke kiri. Untuk toleh ke kanan, dia terpaksa guna tangan kanan untuk toleh. Alhamdulillah, walaupun tak boleh bangun, tangan kanan dia okay. Asyik nak salam je, haha.
Act banyak sebenarnya, macam yang down syndrome. Semua okay, cute-cute dorang ni. Ada sorang ni, asyik nak peluk je. Haha.
Panjang la pulak cerita kali ni. Ini visit, kami just observe, analyse. Kadang terfikir, macam mana eh nanti dah kerja, kena berhadapan, kena bagi treatment untuk kanak-kanak macam ni. Takut, berdebar rasanya. Tapi itulah realitinya. Kadang orang tanya OT itu apa, Over Time? Operation Theatre? Tak, kami Occupational Therapy.
Bagi aku, PDK ni mmg perlu diperbanyakkan untuk dekat kampung-kampung, kawasan pedalaman, bandar ke. Tak kisahlah, tapi mmg sangat perlu bagi pendedahan tentang ni terutamanya tentang kanak-kanak. Untuk parents yang educated, insyaAllah mereka akan perasan anak mereka bermasalah. Bagi yang tidak? Bgi yang mmg tak tahu? Contohnya yang ada ADHD, kalau ibu bapa yang tak tahu mesti macam-macam hukuman dorang beri, sbbnya dorang ingat kanak-kanak ni degil, nakal. Tapi sebenarnya tak, kanak-kanak cuma istimewa.
Kesian, serious kesian. Bila dengar ada parents abandon anak mereka bila tahu mereka istimewa.
:,(
Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Percayalah anak yang istimewa ini lah yang akan backup ibu bapa mereka bila dihadapkan di mahkamah Allah.
Okay dah dah. Rasa macam buat report. Mmg sangat minat dengan pediatric. InsyaAllah kalau diberi peluang sambung study nak sambung dalam area ni. InsyaAllah :)
Hope 3 subjek yang ada kaitan dengan pediatric untuk sem ini dapat score. Ada 2 minggu lagi, practical exam, hope dapat buat better. Dah kurang rasa takut nak pegang patient bila p visit ni. Hee.
Esok --> ORAL TEST MANDARIN II
Wish me luck.
Assalamualaikum. :)
:)
Macam best je ot ni kak maryam... Btw goodluck utk test:-)
ReplyDeleteMacam best je ot ni kak maryam... Btw goodluck utk test:-)
ReplyDelete