First nak tanya.
Sampai tahap mana kita boleh korbankan sesuatu untuk SESUATU?
Jawab dalam hati.
Apa yang kita pernah korbankan untuk ibu bapa?
Cinta? Duit? Peluang?
Apa yang kita pernah korbankan untuk sahabat?
Apa yang kita pernah korbankan untuk kita sendiri?
Kadang dilemma, betul ke? Patut ke pengorbanan yang aku buat?
Untuk orang lain yang tak ada kepentingan langsung dalam hidup?
Untuk orang lain yang tak pernah menyumbang apa-apa dalam hidup?
Untuk orang lain yang pernah sakiti kita?
Bukan mudah. Bukan mudah untuk mencontohi Nabi Muhammad.
Tapi, kadang kita tak ada pilihan. Kadang kita memang PERLU berkorban. (Tak ada la sampai p bunuh diri :p)
Contohnya
Dalam sesuatu kerja. Kadang kita perlu korbankan masa kita untuk buat kerja orang lain.
Dalam berprogram. Kadang kita kena korbankan kelas-kelas untuk cover sahabat kita yang pergi kelas.
Dalam berhutang. Kadang kita terpaksa berhutang untuk cover sahabat yang belum bayar hutang kita.
Dalam assignment. Kadang kita perlu siapkan jugak part sahabat kita yang tak siapkan.
Kita saling berkorban untuk kebaikan satu sama lain. Jika anda tidak mahu berkorban untuk keluarga, sahabat, jangan berkawan, jangan berkeluarga. Duduk sorang-sorang.
Okay, ada kerja. Dah lama tak berbelog. Rindu.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment