Saturday, 11 August 2012

saya bakal menjadi OCCUPATIONAL THERAPIST :)

Assalamualaikum,,

Ada satu malam ni, aku pergi solat terawih. Masa moreh, di sebabkan tak ada kawan dekat kawasan sini, aku duduk jela dengan mak aku yang tengah borak-borak dengan kawan.. Masa borak-borak tu, tetiba kawan mak aku tanya, anak ni 


"TINGKATAN BERAPA??"

hahahahahha,, tergelak besar aku.. bukan itu je,, siap tanya,,


"yang ini yang tingkatan tiga yang belajar kat kedah itu ke??"


itu memang tak boleh tahan,, memang gelak jela masa tu,, first time beb~~ haa,, pastu aku ckp umur aku 20 tahun, mak cik tu tak percaya,, haha, maybe sebab mak aku nampak muda kot?? hmmm,,

then makcik tu tanya, "belajar mana sekarang ni??"
"UiTM Puncak Alam"
then tanya "course apa??"
aku dah teragak-agak nak jawab apa, then aku jawab jelah
"Fakulti Sains kesihatan"
makcik tu cakap "ohhh,, nanti jadi cikgu pendidikan jasmani la ni" =,="
aku gelak jelaa,, "tak lah, fakulti Sains Kesihatan tu banyak cabang,, saya course Occupational Therapy atau bahasa melayu Pemulihan CaraKerja"

soalan yang aku dah bosan nak dengar and jawab


"OCCUPATIONAL THERAPY (OT)  ITU APA???"

kalau malas nak jawab, aku cakap je "Occupational Therapy tu macam Physiotherapy je, kerja bawah department yang sama Rehabilitation"..

kalau rajin sikit nak jawab "Occupational Therapy tu lebih kurang macam Physiotherapy, TAPI Physiotherapy more to exercise,, kami lebih kepada aktiviti seharian, contohnya makan, mandi, berjalan, kerja, and macam2 lah.. kami bantu orang jadi lebih berdikari dalam aktiviti seharian" :)


kenapa tak pernah dengar??
nanti kerja apa?? ada kerja ke??
memang minta ke course ini??

hmm,, soalan ni biasa dah student OT dengar~~
yela,, sebab course ni baru lagi, kat Malaysia tak meluas lagi tp kat luar negara dah banyak dah,..

tak kisah la orang nak ckp apa, course aku KOS LELONG ke ape ke~~ yang penting kteorg semua tahu apa itu OCCUPATIONAL THERAPY, 
kitaorg memang apply course ini kalau nak kata course lelong,, and and requirement dia tinggi jugak~~
yang penting semua happy dengan course ini :D

dulu masa matrik, aku sains hayat,, memang kalau tanya student sains hayat , 
"pas ni nak amek apa??"
sure! mostly akan cakap "medic/dentistry/pharmacy"

memang course2 area sains kesihatan ramai tak tahu..
contohnya dietetic, optometry, medical imaging, and so on..
yang paling famous nursing, semua orang pun tahu,.. haha

dapat tahu drpd ayah, masa itu memang dah tak tahu nak amek apa, and masa itu aku apply dietetic sebab tentang makanan,, hee:D
tp tetiba ayah aku suggest ambil course ini and listkan byk benefits tntang course ni, and lepas tanya pak cik google, baca-baca blog2 tentang course ini,, lagi pun kalau degree course ni cuma ada dekat UKM and UiTM sahaja,.. hee

aku terus pilih first choices :)
sebabnya
- kerja office hour, pukul 5ptg dah balik
-course baru, so tak ramai lagi ----> less competition
-membantu org
-still baru, so tak banyak lagi center2 dibuka
-peluang kerja masih ada (insyaAllah) di dalam dan luar negara
-tak ada on call
-banyak cabang, boleh kerja kat hospital, stroke center, hospital sakit mental, special kids center, rumah kebajikan, syarikat guaman, syarikat keperluan OKU, and so on,,

yang ini buat daripada thermoplastic, bahan untuk buat splint (yg dah terbuang kitaorg guna) haha


alhamdulillah, sekarang nak masuk sem 3, degree of occupational therapy,, ada 3 tahun lagi~~




OT ni ada 4 cabang~~
1. Paedatric
case kanak-kanak, contohnya down syndrome, cerebral palsy, autism.. yang ini case yg famous la kat hospital, kalau kerja bahagian paedatric ni kena banyak sabar, and peramah,, tak boleh la nak garang2 ea.. haha :)
area ni pun minat jugak~~ main2 dengan budak2,, hee..
tapi kadang-kadang kesian tengok kalau ada baby yg sakit, ada sekali masa clinical attachment ada case brachial plexuses injury pada baby tu.. aku tak ada lah nak tanya banyak2, tapi selalunya case mcm ni terjadi masa delivered baby tu, bahu dia tersekat,, kesannya, tangan dia wrist drop (tak tahu nak explain mcm mana sebab nanti ada tak faham pula).. baby tu baru 3 hari dah kena pakai splint, :(



yang ini kat bilik peads, dah masuk tak nak keluar dah~~ haha

yang buaian ni bukan untuk main-main tau, yang ini untuk patient yg takut dengan tempat tinggi, selalunya yg ada learning disabilties selalu ada characteristic ni..

2. Psychiatric
yg ini patient yg ada masalah mental boleh refer kat OT department, contohnya schizophrenia (yg ada halusinasi), mood disorder.. kalau area ni pun best, selalunya kteorg kaitkan treatment dengan activity or permainan,, best sangat!

3. Medical neuro
contohnya patient yang stroke, Alzheimer, or Parkinson disease, tp kan banyak2 case dekat hospital case stroke, and treatment yg kteorg beri banyak jugak,, and selalunya patient yg hemiplegia maksudnya lumpuh separuh badan.

4. Orthopedic
haaa,, area ni aku paling suka, hee :)  area ni selalunya kes yang patah-patah, tendon cut (sendi terpotong or cedera), kalau yg takut-takut darah tak boleh la nak kerja area ni,, treatment yg diberi bukan macam Physiotherapy tau, bagi exercise, kurangkan sakit, kami guna ACTIVITY, contohnya kalau tendon cut, suggest bola untuk increase muscle strength,, area ni mencabar,, tapi best!


bilik orthopedic, :)


bilik snoozeland
untuk stress management, tp banyak lah kegunaannya, kanak-kanak suka laa,, :)

best tengok lampu-lampu macam ni, rasa mcm tak nak keluar,, hee

my super duper senior yang sweet and baik.. :)



OT jugak telah ubah diri aku, betul lah kata lecturer, cara OTs pandang seseorang lain berbanding orang lain.. (hmm,, jangan takut! haha)
contohnya bila tengok orang gila tengah jalan-jalan or buat apa-apa, org ramai akan takut and jauhkan diri, ada jugak yang gelakkan mereka. 
tp kami pandang mereka lain, kenapa jadi mcm itu, ada brain injury ke, mana penjaga dia, kenapa tak ada org jaga,..
EMPATHY, seriuss!

n bila nak dapat information tentang patient itu, kami tak guna cara paksa, kami tak mendesak, tp kami memujuk (sweet tak?? haha)

setiap treatment yg diberi mybe nampak mcm tak matang, nampak tak ada function.. tapi ADA sebenarnya.. :)

contohnya, masa aku pergi clinical visit.. ada satu patient ni, accident, kaki and tangan patah, kena guna plaster of paris (simen) . kepala dia ada bekas jahitan dekat frontal lobe (bahagian dahi). 
check2, rupanya kena wrist drop (pergelangan tangan jatuh), and ada masalah cognitive juga~~ nak check tanya

sekarang pukul berapa?
siang ke malam?
ni kat mana?
tahun berapa? bulan berapa?

yg soalan yg simple, untuk check cognitive (kesedaran), dia kata masa tu pukul 3 malam, kat rumah, tahun 2012 bulan 2 tapi masa itu bulan 6..

myb soalan yg macam itu nampak mcm soalan budak-budak.. tapi ada juga org yang tak dapat jawab.. patient itu pun mula-mula marah-marah kenapa tanya soalan mcm itu, kata dia "ingat aku bodoh tak tahu??"

sebab itu, kami bukan sahaja bekerja dengan fizikal seseorang, tapi dengan mental juga.. sebab itu, jadi OTs kena sabar :)

aku juga jadi seorang yg sgt concern bila ada org cedera kat mana-mana,, susah jugak! haha

tapi sem ini baru blajar orthopedic and surgical conditions, sem depan baru la medical neuro conditions,, tak sabar! :)



suka gambar ni, sebab semua nampak happy :D

*soo,, lepas ni jangan tanya lagi OT tu apa, penat nak jawab.. haha

p/s: sorry la kalau ada salah taip, bila baca balik teruk juga kan bahasa aku~~ kena pergi kelas sastera ni,, haha :D





16 comments:

  1. salam akak , kalau ambil sains gunaan ni.. perlu ke ambil sains tulen ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada anon di atas..course yang akak ni ambil dibawah fakulti sains kesihatan dimana hanya yang sihat2 je yang boleh minta..

      Delete
  2. time kasey banyak2 for sharing...time exam susah tak?subjek apa y paling susah..OT pun antara top choices saya apply masuk uitm..huhu...takooottt

    ReplyDelete
  3. utk diploma OT kat PALAM ni tinggal kt kolej kediaman mne?

    ReplyDelete
  4. Akak pointer utk lepasan matriks nak amek course fisiotherapy dan seangkatan dengannya brape ye , sbb minat sgt fisiotherapy tu

    ReplyDelete
  5. Akak,brpe pointer utk lpas msuk deg OT ni ?

    ReplyDelete
  6. Akak,brpe pointer utk lpas msuk deg OT ni ?

    ReplyDelete
  7. Kalau time matriks saya amik physical science boleh ke nk apply course ni? Sbb saya x ambil biology.. tp time spm ade lah.

    ReplyDelete
  8. Ya allah bestnyaaa baca blog akk �� Serius minat dgn course ni . Nak tanya , apa minimum requirements utk course ni yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First kena ada diploma sains apa-apa atau asasi/matrik sains fizikal atau hayat.Minimum requirement pointer masa batch akak 3.50 keatas. Macam sekarang tak sure. Sorry ye reply lambat sebab dah aktif blogging 😅😅

      Delete
  9. ❤️❤️❤️ Saje google tgk sbb ank sya pn tgh undergoing OT ni. Serius mmg buka minda sy ttg OT ni bla anak sdri yg kena pergi OT. Baru faham OT wlpon tak sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke, alhamdulillah. Saya pun dah lama tak blogging, banyak membebel dalam fb je sekarang 😊😊

      Delete
  10. Cabang tu mcm mana ye ? Cabang masa belajar ke masa nak kerja ? And kalau upu dye bawah bachelor ape ye ?? Tq 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrang ni kat upu dah ada diploma pemulihan carakerja kat uitm

      Delete
  11. Assalamualaikum. Masih belajar OT ke atau sudah graduate?

    ReplyDelete
  12. assalam..hi..
    maaf ye sy bertnya if pihak cik ade tahu mane2 info...sy skrg sedang mencari mane2 student OT yg hendak/sedang buat part time job (better student di tahun akhir) utk buat daily therapy utk ibu sy yg hidap stroke.. sbb skrg ibu sy sedang dptkan servis fisioterapi di dalam uitm puncak alam..
    kalo cik ada tahu mana2 pihak or ada info yg sy boleh dapatkan boleh email pd sy terus yee.. zue.8281@gmail.com

    tqqqqqqqqq

    ReplyDelete