teringat novel HLOVATE, tajuk dia VERSUS.. best sangat..
nak berubah ni susah kan? tapi tak mustahil...
ikut pemerhatian aku, orang susah nak berubah sebab risau tanggapan orang sekeliling..
biasala,, kaum hawa, perempuan, wanita.. sukakan kecantikan. semua pun nak tunjuk..
halangan-halangan bagi kaum hawa:
1. Tudung
Bagi yang sebelum ni free hair, bila pakai tudung ada jugak yang tak percaya.. n cakap macam ni..
"kau ni buang tebiat ke pakai macam ni"
"mimpi apa ni"
"ikhlas ke pakai tudung ni"
"rambut dah buruk la tu"
"AJARAN SESAT"
ish ish ish... tak baik menfitnah orang,.. patutnya kita ucap alhamdulillah tengok kawan kita dah berubah.. bukannya kutuk.. n aku sure ramai kaum hawa yang takut hilang kawan bila nak berubah pakai tudung kan? tp dengar ni,, kalau kawan kita tu sayang kita, ikhlas kawan dengan kita.. mereka akan sokong kita and sama-sama ikut jejak kita bukannya kutuk or pulaukan kita :)
Ada jugak gadis-gadis liberal yang suka pulaukan gadis-gadis yang bertudung yang dianggap ketinggalan zaman =,="
ada jugak gadis-gadis bertudung yang pulaukan gadis-gadis liberal yang dianggap bawa pengaruh tak baik.. =,="
hmm,, tapikan,,
gadis yang tidak berhijab akan berasa malu bila disekeliling gadis yang berhijab.
TAPI
gadis yang berrhijab tak akan rasa malu bila bersama-sama gadis yang tidak berhijab
jadi kalau kita ada ilmu,, ada hidayah Allah.. why not kita tarik rakan-rakan kita daripada kita menambah dosa dengan mengumpat sana-sini kan?? :)
kalau rasa malu untuk start pakai hijab, buat apa malu dengan manusia.. malu lah dengan Allah..
kalau tak start sekarang,, BILA LAGI??
bila kawan-kawan pulau kita,, tak apa, kawan boleh dicari,, nanti kat kubur sorang-sorang jugak kan? tak ada orang nak tolong......
2. Baju
Bagi yang sebelum2 ni selalu pakai baju ketat-ketat, lengan pendek, ikut shape badan.. halangan utama nak berubah bila baju-baju tu sayang nak buang or bagi orang kan??
and lagi satu, bila baju2 banyak kena reject.. choices tinggal sikit je,, jadi kena beli baru..
pastu baju kat almari still penuh sebab baju-baju yang tak nak pakai sayang nak buang..
kalau mcm tu,, nasihat aku: BUANG JE!
bila tak buang,, nafsu nak pakai balik mesti ada.. kita kena lawan diri kita.. mesti rasa mcm ni kan..
"cantik la baju ni,, sayang nak buang"
"alaaa,, boleh pakai lagi ni, nanti aku pakai la inner"
"pandai-pandai la nanti aku adjust baju ni"
"labuhkan sikit tudung nanti okay la tu"
"simpan jelahh,, nanti pakai depan suami" (erk???? hahaha)
buat apa kita nak tunjuk-tunjuk pada orang? kesian suami kita nanti.. walaupun kita tak tahu siapa.. hahaha.. :D
3. Stokin
Aku pun baru-baru je berjinak-jinak sebenarnya.. sebelum ni on off pakai,, ikut mood... tp sekarang alhamdulillah on and tak off off.. haha.. nak tahu tak sebab apa? aku ada pergi satu usrah ni,, akak tu ckp macam ni
"jangan sampai kaki kita ni tarik kita ke neraka"
takut tak? masa dengar tu,, aku terus terdiam n terasa sangat dengan ayat tu.. something yang ramai orang pandang remeh temeh, tapi boleh bagi impak yang besar kat akhirat nanti.. aku tengok, ramai org selalu buat solat sunat, buat amalan sunat.. tapi benda yang wajib iaitu tutup aurat lagi-lagi kaki kita selalu kita lupakan..
masa mula-mula aku pakai stokin tak off2 ni ada jugak lah yang tegur..
"tak rimas ke"
"mcm berpantang lah pakai stokin" (haha)
"buruklah pakai stokin dengan kasut tu"
bukan senang, tapi tak mustahil kan,, memang kadang-kadang rasa mcm tak selesa,, lagi-lagi bila hujan.. aishh,, aku selalu pergi mana-mana bwk lebih stokin.. geli lah bila basah-basah~~~ =,="
kasut pulak ada jugak yang tak tutup depan, memang pelik laa bila pakai stokin.. haha.
tapi, ADA AKU KESAH?? hahha :p
4. Stongan (stoking tangan / hand sock)
Panas kan?? n kadang-kadang rasa macam ustazah pulak bila pakai.. haha.. ni lagi satu, baju yang kita pakai ni selalu tertarik and terselak kat tangan,, lagi-lagi bila angkat tangan,, memang mula-mula rasa macam susah, panas, rimas,, tapi lama-lama ok la tu.. :)
orang selalu amik mudah pasal benda ni tau,, tp tangan kita ni kan dikira aurat,, WAJIB kita tutup..
kita selalu takut n risau orang tengok kita,, judge kita...
sampai kita "terlupa" PANDANGAN ALLAH..
*hope sangat ada org dpt guide aku, beri aku nasihat or apa-apa, tujuan post ini bukan nak berlagak baik or belagak pandai tentang hal agama, AKU JUGA MASIH BELAJAR and masih mencari-cari*
ILMU TAK AKAN DATANG KALAU KITA TAK CARI
(am i right?)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete