Sunday 15 September 2013

Malaysia Day!

Assalamualaikum dan salam hari Malaysia!

Says Alhamdulillah first. :)
16 September 2013. 50 tahun negara kita dinamakan Malaysia, selepas penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada hari ini juga, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdekapada pagi 16 September 1963.

Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kitaNabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah MelayuUnited KingdomBorneo UtaraSarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor,Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri SelangorNegeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.
Daripada Google. Fahami teks ucapan diatas. 


Kadang-kadang, terlalu seronok dan lalai dengan apa yang kita ada sampai kita terlupa perkara yang dipinjamkan oleh Allah iaitu KEAMANAN. 

Sangat terkilan apabila ada yang menggunakan "syukur Malaysia masih aman" dalam nada sinis, bukannya memaksudkannya. Mungkin mereka tak sedar yang keamanan yang kita ada ini "dipinjamkan" bukannya milik hakiki kita. Bila-bila masa Allah boleh tarik, melalui pelbagai cara. 

Gempa bumi.
Banjir besar.
Serangan luar.
Serangan dalaman.
Bencana alam yang teruk.

Semuanya tak mustahil dapat berlaku sekelip mata. 

Keamanan yang kita ada ini, jagalah. Janganlah terikut dengan budaya negara lain, terutamanya demonstrasi jalanan. Ya, melakukan demonstrasi boleh, dengan syarat secara aman dan ada permit. Tetapi biarlah perkara itu pilihan terakhir. Memang jiwa anak muda suka memberontak, tetapi kalau perkara itu memudaratkan negara, orang lain dan diri sendiri. For what?

"Syukur Malaysia masih aman" ?

Jangan kita menjadi penyebab, "Malaysia tidak aman lagi". 

Fikir dan sayangkan negara, hayati pengorbanan orang-orang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. 
Sayang keluarga, pulanglah rumah dengan kejayaan bukannya surat gantung pengajian atau surat dibuang universiti. 
Kita tak tahu, ibu bapa dirumah setiap masa mendoakan kita, tolong jangan hancurkan harapan ibu bapa.
Kita tak tahu kita menjadi contoh untuk adik-adik.
Kita tak tahu, nama kita menjadi bualan dan kebanggaan guru-guru semasa sekolah. 

Jaga perlakuan, jaga kata-kata. Mana-mana pun kita pergi, kita bawa agama Islam, nama keluarga, nama bangsa, nama negara dan nama universiti. 

Jika kita tak sayang nama kita, sayanglah nama- nama lain diatas. 

Perkara ini memang tak akan habis jika berdebat sekalipun. Sebabnya, fahaman seseorang adalah sesuatu yang subjektif. Terpulang pada pandangan masing-masing. Ini pandangan peribadi, tak berminat untuk berdebat tetapi berminat untuk bertukar fikiran. :)

Fakta menarik: Kita mula bercuti bagi meraikan Hari Malaysia pada tahun 2010. 

Salam hari Malaysia. 






Jakarta Aku Datang :)

Assalamualaikum..

Selamat hari raya kepada semua Muslimin dan Muslimat. :)

Sepanjang bulan ramadhan ini, alhamdulillah aku berpeluang melawat 2 negara  untuk 2 program yang berbeza. 5 hari di Jakarta, Indonesia dan 7 hari di Manila, Filipina.

JAKARTA (14 - 18 JULAI 2013) 

Terima kasih yang tak terhingga kepada kepimpinan Fakulti Sains Kesihatan terutamanya Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) kerana telah menjayakan program antarabangsa yang buat julung kalinya dibuat di fakulti di bawah Exco Pengantarabangsaan. Alhamdulillah.

Pelbagai cara dibuat untuk mengumpulkan dana termasuklah mencari penaja, dengan menghantar lebih 100 surat penajaan kepada syarikat-syarikat di bawah biro penajaan. Bukan itu sahaja, jualan Jumbo Sales juga dibuat dengan mngumpulkan barang terpakai termasuklah teddy bear! Haha.




Sepanjang 5 hari disana mmg pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Setiap saat, setiap masa diisi dengan perkara yang bermakna dan bermanfaat.
Status FB sebelum bertolak:



DAY 1 : 14 Julai 2013 (Sabtu)

Bertolak pada 14 Julai 2013 (ahad) pagi. Tapi kami, 11 malam dah berkumpul di bilik gerakan untuk check passport, dan barang-barang penting. Bukan itu je, ada wakil SMF yang bawa penimbang Herbalife untuk check berat beg takut lebih kapasiti. Haha. Sampai dekat airport dalam 12 malam. Cuba bayangkan 7 jam duduk airport, makan, duduk, borak, online, then makan lagi. Ada juga yang tidur, rupanya bukan kami je bermalam di airport, ramai.  Bila subuh je, terus ke surau, lepas solat terus berkumpul lagi. Bergambar. :)




Sebelum ni memang pernah ke Indonesia, Medan. Tapi masa tu ayah yang arrange semua, bila berkumpulan. Terlupa, sepatutnya 1 jam before terbang boleh check in. Tapi kami tunggu 40 minit sebelum. Then bila beratur, check semua, disebabkan beratur panjang, ambil masa. Sampaikan group kami banyak kali kena panggil dekat LCCT tu. Sampaikan terpaksa potong barisan, tapi cakap elok elok la dengan orang depan. Muka masing masing dah pucat takut tertinggal flight.

Bayangkan nak menjaga and pastikan tak ada yang tertinggal, 30 orang agak ramai. Sampai final call, kami semua berlari dekat airport. Masa tu rasa mcm dalam movie, dengan beg tariknya. Haha

Ingatkan dekat tempat check in dengan kapal terbang, punyalah masing masing lari sekuat hati. Serious jauhhhhh, sampai ada yang dah tak larat nak lari, jalan je. Haha. Memang pengalaman betullah. Bila dah sampai kapal terbang, pramugari tu cuma senyum je tengok semua dah tercungap cungap penat berlari. Masa nak kira cukup ke tak semua, memang agak mendebarkan. Tapi alhamdulillah semua cukup tak ada yang tertinggal. Moral of the story, kalau berkumpulan at least 2 jam sebelum dah masuk utk scan barang, check passport dan sebagainya.

Sampai je dekat airport, kami disambut oleh "mahasiswa pendamping" dan beberapa pensyarah. Memang sangat friendly! Masa tu terus bahagi group, act masa meeting terakhir sebelum terbang kami dah bahagikan  :)

Naik bas, tak sangka layanan "mahasiswa pendamping" sangat baik, sediakan 2 bas yang bagi aku agak mewah sebab bas tu drpd kementerian kesihatan. Kami menginap di"guest room" kementerian kesihatan. Alhamdulillah, memang sangat selesa.

Angkat beg, kemas barang terus berkumpul untuk jalan jalan tempat menarik dekat Jakarta. Pergi ke Merana Monash. Memang cantik. Kalau di Jakarta, menara ni macam KLCC di Malaysia. Suatu kebanggaan oleh rakyat Indonesia.


Menara Monash

Menara tu boleh naik, tapi memang beratur panjang. Jadi memang tak sempat, jadi kami masuk muzium utk kenal sejarah sejarah Indonesia. MP memang sangat baik dan sangat pakar dalam sejarah, bak kata org macam "buku sejarah bergerak", memang sangat hebat!


Kat sini banyak, ada yg berlakon hantu, askar, orang besi, ondel-ondel. ::

Menara ni pun ada dataran Monash, funfair, utk naik kuda semua ada. Yang menariknya, naik kapal yang macam dekat ICITY, dengan timbalan dekan pun join. Semua menjerit sebab macam goyang goyang and tempat pemegang tu tak lock. Haha


Serious, bahaya. 

Then naik kuda, berlima orang. Kesian kuda tu. Naik kuda bukan di kandang kuda, tapi dekat jalan raya yang sesak, apa lagi semua menjerit bila kuda tu buat u-turn. Haha

Gambar dari atas kuda.

Then balik bilik, siap-siap berbuka dekat Kedai Makan Minang. Yang masakan macam orang melayu, serious daging dendeng sangat sedap. Jenis makan orang Minang ni, hidang banyak banyak. then dia akn kira apa yang kita ambil je. Memang banyak sangat lauk.

Then habis buka puasa, kami solat maghrib dan isyak dekat Masjid paling besar di Jakarta. Masjid Istiglal, yang bertingkat tingkat dan Subhanallah memang sangat besar. Masjid ini berdepan dengan gereja yang agak besar juga.




Cerita dari MP, kalau hari raya, gereja tu juga akan digunakan untuk solat. Then kalau krismas, masjid itu akan digunakan juga. Disebabkan penduduk padat dan persefahaman antara berlainan agama sangat tinggi.


DAY 2: 15 Julai 2013

Hari kedua, kami melawat Kedutaan Malaysia. Ada juga wakil pelajar Malaysia hadir masa majlis formal bersama pengarah. Disini, ucapan pengarah, ucapan Timbalan Dekan. Bangga apabila, nama UiTM dan Fakulti Sains Kesihatan itu sendiri kami bawa di negara lain, dan yang menariknya Kedutaan Malaysia di Indonesia adalah paling besar. :)


With roomate di Jakarta aka pengarah program :)


Sesi soal jawab pun sangat menarik.
Habis je sesi di Kedutaan Malaysia, kami pergi melawat Taman Mini yang agak tak mini sangat sebab sangat besar. Haha. Kalau siapa-siapa yang lawat Jakarta, kena pergi tempat ni sebab semua replika rumah yang sangat banyak ada dekat sini.



Kami terus ke Politeknik Kesehatan Kemenkes Jakarta II untuk majlis berbuka puasa bersama semua pensyarah dan Pengaran. Kalau dekat Jakarta, pensyarah ialah "dosen" :)

DAY 3: 16 Julai 2013 (Selasa)

Hari ketiga, lawatan ke sekitar kampus Politeknik Kesehatan Kemenkes II. Ada 4 fakulti dekat sini, Fakulti Pengimejan Perubatan (X-ray), part ni untuk course lain cuma tengok dan belajar. Group dibahagikan, at least ada seorang lead yang daripada course ni.

Timbalan Dekan HEP, FSK. 

Itu mayat yang diawet. 

Apa yang menariknya, patung yang mereka guna untuk belajar adalah mayat betul yang di-awetkan. (Serammm). Memang agak berhantu sikit kalau malam-malam. Nak comment tentang peralatan dekat sini tak arif sangat sebab course lain, tapi yang menariknya, bak kata student Medical Imaging, banyak machine lama yang mereka sendiri tak pernah tengok. Dan ada juga, yang tak guna machine tapi manual. Sesuatu yang menarik. Kat sini juga, ada pameran barang-barang ciptaan student final year yang sangat awesome!


Kegunaan X-ray. 


Presiden SMF dan Presiden BEM (Badan Eksekutif Mahasiswa), kedua-duanya dari Medical Imaging.

Mereka kena cipta teknologi baru kalau nak grad. Awesome! Project yang kami tengok pun memang sangat hebat, yang boleh dikira hebat sebab masih bergelar student. :)

Then lepas melawat Fakuti untuk Medical Imaging, kami melawat pula Fakulti untuk "persekitaran", kalau dekat FSK Environmental Health and Safety. Yang ini pun memang sangat menarik bila tengok project student final year mereka, lagi-lagi bila projeck yang agak besar. Awesome!

Then yang last untuk dekat kampus ini, Fakulti pergigian. Kalau sistem mereka lain dengan dekat Malaysia. Semua kena belajar Diploma Teknik Gigi, (buat braces) then baru ambil kedoktoran. Student sini sangatlah friendly, masa kami nak masuk, kami disambut dengan tarian. Memang sangat meriah.


Pelajar Fakulti Pergigian :)

Dalam tengahari, kami ke Politeknik Kesehatan Kemenkes III untuk Fakulti Fisioterapi, Makmal Teknologi, Dietetik. Nak cerita banyak mesti ramai yang tak tahu.

Phytas (Physiotherapy )


Fakulti Gizi (Dietetik)

Tapi apa yang aku nampak, di kedua-dua kampus ini. Semua mahasiswa dekat sini, sangat hebat dalam sejarah. Cerita je apa-apa or tanya sejarah setiap tempat dan apa yang berlaku dalam tarikh-tarikh tertentu. Semua dapat jawab.

Masa itu juga, kami dapat lihat betapa mewahnya kita di Malaysia, dengan kemudahan dan fasiliti yang universiti sediakan. Dengan teknologi-teknologi baru yang kita ada. Dengan pensyarah-pensyarah yang ramai lulusan luar negara. Kita sangat beruntung. Sampaikan, kita jadi malas disebabkan keselesaan yang diberikan.

Persatuan Mahasiswa dekat sini juga memang sangat kuat, banyak piala-piala aktiviti pelajar. Masa ni juga, dapat banyak contact badan perwakilan pelajar dekat sini. :)

Untuk hari ketiga, kami berbuka puasa di Malaysia Hall bersama pelajar Malaysia yang belajar dekat sini. Terharu dan terima kasih sangat sebab menerima kunjungan kami, walau musim exam. :)


Solat maghrib dan isyak berjemaah then barulah ucapan Presiden Presiden Pelajar Malaysia. Yang menariknya masa ni sesi kami macam usrah, duduk dalam bulatan then sharing tentang pengalaman mereka sepanjang belajar dekat sini. Masa ini juga, adakan perbincangan bertukar tukar pemikiran dengan Presiden Perwakilan Pelajar Indonesia, Eka Saputra. Agak hangat juga perbincangan kami. Lagi-lagi bila bincang isu mahasiswa.

Berbuka puasa. 





With Presiden Persatuan Pelajar Malaysia-Jakarta dan Presiden Badan Eksekutif Mahasiswa Jakarta



DAY 4: 17 Julai 2013 (Rabu)

Hari ke-empat, kami melawat Hospital KPJ. Bangga apabila, KPJ Malaysia berjaya melebarkan sayapnya di Indonesia dengan membina hospital. Hebat! Lepas berdialog dengan Pengarah Hospital KPJ, Jakarta, kami bertolak ke Rumah Kebajikan.Agak Jauh perjalanan kami, kena bertolak awal.

KPJ Hospital, Jakarta

Keadaan agak hujan lebat, terpaksa meredah hujan. Paling terharu apabila, kami disambut dengan sangat meriah dan baik. Makanan pun agak banyak, serba salah, sebak, sedih semua ada. Tak sangka dilayan baik yang tersangat baik macam ini. Solat maghrib berjemaah, then baru makan berat. 

Ucapan Pengurus Rumah Kebajikan Jakarta

Tak sangka. pihak rumah kebajikan ini buat macam-macam persediaan. Ada macam-macam persembahan. Part ucapan pengurus, mostly menangis. Teringat kata-kata pengurus rumah ini, "Anak-anak ini tiada ibu bapa untuk dipeluk, jika kami tidak ambil dan bela mereka, mereka pasti akan dijual atau dijadikan memuas nafsu lelaki jahat". Sedih. 

Sangat kagum, anak anak ini yang masak semua makanan berbuka, kemas, buat persembahan tanpa ada guru pun, cuma tengok youtube, semua dapat cenderahati kuih raya buatan anak anak ini. Masa mereka sepanjang dekat sini, belajar, belajar kemahiran, hafaz Quran. Kutipan derma masa sebelum bertolak kesini, semua disalurkan kepada mereka. Walaupun tempat ini agak daif, tapi rasa tenang je sepanjang dekat sini. 

Bila nak berpisah, salam-salam dengan anak-anak ini, terpancar harapan untuk berjaya dan masuk ke universiti dari setiap mereka. Walaupun beberapa jam dengan mereka, tapi serius rasa dekat. 



Balik je bilik, masing masing kepenatan tapi pengalaman sepanjang di Rumah Kebajikan tadi, tak akan kami lupa sampai bila-bila. Malam terakhir sebelum balik Malaysia. 

DAY 5: 18 Julai 2013 (Khamis)

Untuk hari terakhir ini, kami tak ada lawatan ke mana-mana cuma masa ini sahaja yang ada untuk beli-beli barang cenderahati sebelum balik. Kami ke TANABANG. Yang sangat besar, yang sangat sesak, yang sangat murah dan sangat banyak pilihan, memang rambang mata. 

Cumalah berjam jalan cari barang, sampai sakit sakit kaki. Rupanya, perjalanan kami tu cuma suku je dari tempat shopping ni. 

Dalam 11 pagi, kami dah kena bertolak ke airport. Takut pengalaman lalu berulang lagi. Haha. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua Team, "Mahasiswa Pendamping", "dosen" Politeknik Kesehatan Kemenkes, Kedutaan Malaysia, Pelajar Malaysia-Jakarta, kerana menerima kunjungan kami di sana. Terima kasih yang tak terhingga kepada penggerak utama program antarabangsa ini yang banyak bekorban untuk menjayakan program ini. 




Gambar sebelum balik dengan "Mahasiswa Pendamping:, Jakarta :)





Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua Team, "Mahasiswa Pendamping", "dosen" Politeknik Kesehatan Kemenkes, Kedutaan Malaysia, Pelajar Malaysia-Jakarta, kerana menerima kunjungan kami di sana. Terima kasih yang tak terhingga kepada penggerak utama program antarabangsa ini yang banyak bekorban untuk menjayakan program ini. 

Minta maaf segala salah silap sepanjang disana. Tulisan ini adalah 2 bulan selepas ke sana, mungkin ada yang silap sebab berpandukan ingatan sahaja. Harapnya, yang membaca dapat manfaat daripada perkongsian ini. Terima kasih.Untuk pengalaman di Manila nanti, tunggu ada masa menaip lagi :)
Boleh tengok gambar-gambar kami di page ini https://www.facebook.com/hanisjoephotography/photos_albums 

Salam Jakarta. :)





MARYAM JAMADI