Assalamualaikum,
Alhamdulillah habis sudah majlis perkahwinan abang dengan kak wanie :D
Majlis akad nikah, 30/3, 5ptg di Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Malamnya ada majlis berinai, then esoknya 31/3/13 majlis persandingan keluarga belah perempuan. Cantik sangat tarikh ni, mesti ramai juga yg buat majlis masa yg sama.
Actually jumaat (29/3) aku masih ada di Puncak Alam untuk forum pada malam. Ahli panel antaranya Usatazah Fatimah Sharha <3 lembut sangat suara dia, sampaikan bila cakap part ibu aku rasa nak menangis, seriouss :,)
Lepas program terus balik JB dengan kakak. 3 pagi singgah Negeri Sembilan, dlm 10pg(30/3) baru balik JB, agak kelam kabut la jugak and rushing masa tu, sampai terlepas majlis akad nikah, kami datang masa tu betul-betul dah habis. Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, abang sah menjadi suami orang :)
Dulu masa abang cakap nak kahwin, ramai mempertikaikan.
"muda lagi"
"kerja tak tetap lagi"
"simpanan tak banyak lagi"
"ekonomi tak stabil lagi"
Tapi mcm abg aku ckp, ekonomi stabil? Boleh ke kita pastikan ekonomi kte sentiasa stabil? Sampai bila nak stabil? Tanpa hiraukan apa org nak ckp, abg aku tekad. Kerja keras kumpul duit, jimat cermat, kerja siang malam.
And NOW, the dream comes true :)
Testing-testing phone baru kakak~ okay fine semua org dah ad phone baru, aku je yg dah bertahun-bertahun pakai sama. Act ni masa jammeddddd dekat depan plaza angsana sbb ada jom hebohh.
Masa ni semua org dah dah balik, and rushing, tp sempat ambil gambar sbb baju kak wanie sangat cantik!
Macam artis sangat~ haha
Then habis dari majlis tu kami p pasar karat~ kalau org JB tahu la kot, pasar karat ni macam-macam nama ada, tapi seriousss best! Pasar ni bukak malam je, kalau weekend bukak smpai pagi, and orang mmg sgtlah ramai tak putus2 orang, kalau barang yg dijual tu mcm-mcm ada, selalu dorang bentang je kain letak barang, seronok la p sana, dah lama tak p. Balik tu, PATAH KAKI sebab sampai rumah dalam pukul 2pg. Haha, masa berjalan mmg tak ingat dunia~~ =,="
Esknya majlis persandingan --> 31/3/13 (ahad)
First, masuk-masuk terkejut sbb ramai orang. And banyak TOL, haha. Total ada 5 TOL sebelum abg jumpa pengantin perempuan, hahaaha, nasib byk preapare duit rayaaaa, kalau tak cukup tak dptlah jumpa, hahaha :p
Time ni aku cakap --> "abang, perut cover, hahahha", main-main je ;p
Tetiba aku rasa akulah photographer yang terhebat, tukar course boleh? haha :p
Walaupun pakai kasut tinggi, still lagi pendek dari adik =,="
Inilah adik bongsuuuu, baru 7 tahun. :)
Masa ni dah lepas tol pertamaaaa, then duduk mcm ni, ada silat, salam dengan org silat baru masuk dewan :)
Bila dah lepas-lepas TOL tu, and bila kipas pengantin tu buka, nampaklah kak wanie dengan dress royal blue, mashaAllah CANTIKNYA! <3
Sambil pegang bunga ala-ala Hercules punya kot? Mmg serious cantik sangat!
Pastu tetiba ada BELON-BELON AIR yg mcm snow, menambahkan lagi kecantikan event ni. <3
Suka belon-belon ni <3
Lepas dah semua duduk-duduk, ada persembahan tarian oleh 3 gadis-gadis comel, rupa-rupanya adik beradik, hee.
Disebabkan terlalu ramai org, aku makan la dessert dulu sbb nmpak sedap, tetiba ayah panggil untuk makan beradab sama dengan pengantin, first time jugak masa ni, hee. Makan tak payah cakaplah, rasanya kena diet seminggu kot lepas ni??? :p
Makanan mmg AWESOME, serious terbaik! Tak tahu ada berapa menu, tp serious banyak gila, sampai rambang mata nak makan apa. Spaghetti, nasi briyani, kambing golek, cake, muffin cake, ada chocolate mountain lagi tu dgn marshmallow bentuk heart. Serious AWESOME, then baru teringat kak wanie mmg suka makan marshmallow, hee :)
And ni first time aku naik pelamin untuk renjis bunga2 dgn air mawar (betul ke?), tapi yg sedih nama aku emcee salah sebut --> JAMILAH????? hahaha :p
Beza sangat dengan MARYAM, haha.
Entahlah kenapa bila naik pelamin, salam-salam speechless nak cakap apa, maybe still blink-blink kot tak sangka abang dah kahwin, Haha
Masa ni, tak dapat nak digambarkan perasaan aku, huhu. Banyak sangat fikir kot, and aku pun dah panas pakai tudung berlapis-lapis, hee.
Disebabkan rushing-rushing nak hantar adik yg sekolah mrsm TGB, jasin, melaka, then nak kena hantar aku balik puncak alam hari tu jugak sbb hari ni ada kelas sampai terlupa nak salam-salam dgn yg lain. Hmm, macam mana la ye dekat rumah ni,
Bila difikir balik, dunia ni sekejap je kan. Sekarang abang dah kahwin, lepas tu kakak pulak, then aku??? Lawak pula bila fikir pasal aku, haha
Lepas ni semua dah buat haluan hidup masing-masing, kalau dulu bergurau tak ingat dunia bila kadang-kadang dekat rumah, masa akan datang mungkin jarang dah sbb semua dah "matang".
Teringat masa kecik-kecik dulu, ayah selalu pangku2 kami adik beradik, and aku pun selalu je lari-lari taknak kena pangku, tp selalu je kena tangkap jugak dgn ayah. Bila tolak-tolak, try nak lari, ayah akan cakap mcm ni,
"Masa sekarang ni lah boleh gurau-gurau dengan korang, pangku-pangku macam ni, nnt dah besar mana boleh lagi nak manja-manja macam ni" *sebak
Entahlah sampai sekarang ingat benda ni, bila sekarang baru sedar. Betullah cakap ayah, skrg mana ada lagi pangku-pangku main-main jongkat-jongkit dgn ayah macam dulu-dulu. Semua dah besar, and ayah pun dah 50+, tak sangka cepat je masa berlalu.
Ayah selalu je cakap, "kalau ayah dah tak ada", "kalau mak dah tak ada", serious sedih bila ayah mak cakap macam ni. Tak dapat bayangkan, so selagi kita ada ibu bapa, ada nenek atuk, manfaatkanlah masa bersama mereka, walaupun dorang tak tunjuk kasih sayang kepada kita, tp percayalah apa-apa pun tindakan mereka, mereka sayang kita. *sebak lagi
Kalau duduk asrama lagi lah, jumpa parents pun kejap-kejap je masa weekend. Ada tu, bila kat rumah, sama-sama dengan family pun still tak manfaatkan, berkepit je dengan handphone, menghadap laptop. Sebab tu, kalau aku kat rumah selalu tak reply msg, tak angkat call sbb phone entah mana-mana.
Okay, panjang sgt ni. Dah pukul 5ptg, meeting :)
Assalamualaikum. Thanks kepada yg sudi baca blog ni, walaupun tak best and just melalui penceritaan aku. :)
Gambar-gambar lain :)
Ariq --> Bestfriend masa sama-sama kerja dekat angsana, kedai depan-depan, haha :)
The Legend :)
The Cousins :)
Family belah mak. Owhh time ni menyibuk duduk dengan pengantin :p
Aku rasa, aku tutup mata time ni, haha
Time ni, baling-baling duit syilling, gulagula, coklat, hahahhaha. Sangat meriah, tapi kepala kena jaga, :)
Abg and kak wanie mcm king and queen duduk dekat stage.
Haha, okay sangat suka ini photo wall <3
Haha :D
To kak wanie --> Welcome to our family, sorry tak dapat nak tolong-tolong sangat sebab balik kejap je. :(
And untuk abang --> Selamat pengantin baru, bahagia selalu-lalu, aku nak anak sedara cepat-cepat :p
*okay fine, bila tengok balik gambar-gambar. Aku perasan satu benda yg ketara --> aku dah gemuk. Kbye. =,="
congrate to your brother... im so happy hear that ur brother are married...
ReplyDeletei hope tht both of them can make in love and happiness...
hurry up to get a bby.. coz i know..u, maryam.. cant wait right?
i will be there at 14th this APR..( umah kat puchong ye?)
see u soon..:)