Thursday, 4 April 2013

Terima kasih?

Assalamualaikum,

Now aku ada dekat bilik gerakan, menyiapkan kerja-kerja disini sebelum pergi KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MAHASISWA esok di Perak, alhamdulillah pengangkutan untuk student asasi/diploma sabah dan sarawak settle, pengangkutan untuk program esok, istimewa menjadi gadis pun settle, esok sebelum gerak ke sana ada 3 benda kena settlekan :)

Hari ni "agak" stress sebab banyak yang perlu difikirkan untuk program, perkara-perkara minggu hadapan. Tapi malas nak cerita masalah-masalah ni bukan orang suka dengar, haha. Tapi alhamdulillah, sahabat sesama MPP semua pun ada and rajin duduk bilik gerakan, selalu buat keadaan stress menjadi happy :)

Entri kali ni --> terima kasih?

Mungkin ramai tak nampak kepentingan "terima kasih" ni. Kadang aku pelik, ringkas, pendek je pun "terima kasih", cuma 2 perkataan tapi masih susah nak kata. --> untuk diri sendiri jugak

Tanya pada diri sendiri
1. Bila mak ayah belikan or cakap apa-apa ada kita ucap terima kasih?
2. Bila orang memberikan sesuatu, ada kita ucap terima kasih?
3. Bila orang lain bantu kita apa-apa, ada kita ucap terima kasih?

Jika TIDAK, please lah rajin-rajin ucap terima kasih. Tak susah pun, cuma 2 perkataan :)

Cuba bayangkan,
Ada suatu hari yang sibuk, banyak benda nak fikir, banyak benda nak buat. Tapi tiba-tiba ada seorang sahabat minta tolong. Walau penat/letih/lapar/dahaga sebab tak sempat nak rehat, makan, minum. Kita tetap juga tolong dia. Lepas kita tolong dia, dia tak ucap apa-apa, even kata-kata penghargaan, terima kasih terus pergi macam tu je, malah bagi komen tentang apa yang kita buat. Apa perasaan kita? 
Jawab sendiri....

Tapi cuba kalau, dia cakap "TERIMA KASIH tolong saya", mesti rasa dihargai kan, segala penat semua hilang seketika. 

Memang jika kita membantu orang lain, first kena buat kerana ikhlas. Yes, kita ikhlas masa mula-mula nak bantu. Tapi bila dibalas dengan keburukan, ada lagi ke keikhlasan tu? Mungkin tinggal 50%?

Point yang aku nak highlight --> appreciate people :)

Terima kasih Allah
Terima kasih mak dan ayah
Terima kasih sahabat-sahabat :)

Ingatlah, orang tak ingat apa yang beri, apa yang kita buat. Tapi orang akan ingat impression yang kita beri pada dia, (translate jadi pelik) Haha 

Esok (Jumaat-Ahad) --> Kursus Pembangunan Kepimpinan Mahasiswa

Harap semua dipermudahkan oleh Nya. 

Dah maghrib, kepalaku pun dah pening, mlm ni simulasi. 
k assalamualaikum. Thanks baca (perlu ke) :)




No comments:

Post a Comment