Wednesday, 24 April 2013

Politik?

Assalamualaikum.

Dah lama jugak tak menaip panjang-panjang kan. Kali nak share tentang pendapat aku tentang politik memandangkan sekarang tengah musim PRU.

Mungkin rasa tak layak nak cakap tentang benda ni, tp aku masih nak jugak keluarkan pendapat aku.

Selalu kita dengar daripada rakan-rakan.

"politik kotor"
"tak tahu nak pilih mana"
"semua sama je"
"sekarang atas pagar'

Rata-rata bila ditanya, "apa stand korang untuk pilihan raya kali ni?", mostly akan cakap macam jawapan kat atas. Hmm,
kalau atas pagar kenapa tak buat research?
Kalau semua sama, apa yang sama?
Kalau kotor, apa yang kotor, politik or org or cara yang kotor?

Semua kemungkinan boleh berlaku lepas PRU ni, samada baik atau buruk, wAllahualam.

kadang-kadang pelik tengok fitnah sana, fitnah sini, masa ni la tetiba banyak "video lucah" keluar. Kes rasuah keluar. Macam-macam keluar, taktik pilihanraya mungkin. =,="

Kadang-kadang sedih bila agama Islam dijadikan isu, masa ni jugaklah macam-macam "fatwa" keluar yang sangat mengelirukan org ramai.

Dan kebanyakannya "keyboard warrior", comment itu ini, pung pang pung pang. Tapi bila tanya
kenapa? Senyap.
Bukti? Senyap.
Dah boleh mengundi? Senyap.

Come on lah, be matured. Tak guna pun nak bergaduh tentang ni.
Instead of memburukkan parti lain, lagi baik menunjukkan kebaikan parti sendiri.

Jadi, sebelum duduk share, comment, itu ini, buat research dulu. Means bukan dari satu pihak, tapi banyak pihak, untuk mengelakkan menyebarkan fitnah. 

Kalau tentang video "lucah" tu better tak payah la nak habaq satu dunia, mengaibkan org.

Kalau tentang beli "cincin", pergi sana sini tu. Pastikan berita sahih. 

Kalau tentang ada macam-macam asset tu yang dtuduh rasuah tu, kalau memang dia punya dan usaha dia sendiri macam mana? Yg duduk sebar tu, tak ke menyebarkan fitnah?

Satu je stand aku, back to basic --> Daripada memburukkan parti lain, lebih baik menunjukkan kehebatan parti masing-masing. :)

Bila anda memburukkan parti orang lain, sekaligus anda memburukkan lagi parti anda. Please kepada pengundi-pengundi, pilihlah dengan bijak kerana setiap undian anda berharga menentukan pemerintah kita. Jangan ada lagi "atas pagar", buat research, pastikan anda tahu anda di pagar yang mana. :)

Aku mengharapkan satu pilihan raya yang dimana lepas pilihanraya nanti, "pemenang" mengangkat tangan "pesaing"nya daripada sebelum ini "pemenang" mengangkat tangan "penolong"nya disaat meraikan kemenangan. Kitakan rakyat Malaysia. :)

Fahami maksud ini. 

MARYAM MOHD JAMADI
RAKYAT MALAYSIA :)

Peringatan: Ini pendapat peribadi, tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. General. 






No comments:

Post a Comment