Monday, 15 April 2013

Weekend :)

Assalamualaikum, lama tak jumpa :)

Huhh, lama tak menaip, rindu pula. Hari ni alhamdulillah baru lepas test pediatric assessment. Lega :D

last entry psl KPKM day 1 weekend lepas, pastu senyap tak ada day 2, day 3. Haha, tak sempat nak menaip. Sebabnya minggu lepas banyak sgt program dekat Puncak Alam, and Shah Alam pun ada program tapi ikut mana priority, yang penting dah 2 minggu ni mmg balik malam sbb meeting, dan sebagainya. Tapi alhamdulillah dah lepas pun 2 minggu yang hectic :D


13/4: ISTIMEWA MENJADI GADIS 


Sabtu lepas (13/4) program Istimewa Menjadi Gadis, anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling, MPP dan PEERS. Alhamdulillah, semua okay and penceramah pun best, banyak input yg aku dpt :)

Tak sia-sia bergerak kerja sampai 11 malam untuk raptai dengan urusetia yg lain, utk make sure semua berjalan lancar.
Thanks to SMF FSK Hanis, Ama, Haniza yang datang tolong, sayang korang lebih :)

 Urusetia IMG --> tema PINK <3

Thanks semua :)

Input-input semua aku tweet terus masa program, malas pulak nak taip balik. 

Ni pendapat personal :

Kaum hawa memang sangat istimewa, sbbnya walau kita ni kaum yang lemah, penuh dengan emosi, tapi kita tabah. Wahai sahabat-sahabat yang disayangi:

1. Tutuplah auratmu sebagai tuntutan Allah. Semua benda yang berlaku ada hikmahnya, kenapa Allah minta semua kaum hawa tutup aurat? Sebabnya untuk mengelakkan fitnah. Selalunya kes-kes jenayah dorang salahkan siapa? Perempuan kan? Sebab apa? Cuba tengok pakaian, siapa yang goda siapa?

2. Jagalah tutur kata, tak manis bila nampak dah comel-comel tetiba keluarkan kata-kata kesat, tak jaga intonasi. Hmm

3. Jagalah tingkah laku. 

---> Peringatan kepada diri sendiri.

Kadang bila kita tak layan lelaki-lelaki kacau, dorang akan cakap "kita jual mahal",
biar mahal, jangan murah. U get what i mean? 

Jangan takut untuk jual mahal "nanti tak laku, jadi andartu", tapi percayalah dengan ketentuanNya. 

Aku paling tak suka/ benci lelaki yang;

1. Suka "sweet2" perempuan bila terserempak atau nak panggil.
-> Tolonglah weyyyy perempuan bukannya barang mainan korang, kami ada harga diri kalau nak panggil-panggil macam tu. Selama observation tentang lelaki yang macam ni, dorang ni memang tak boleh percaya dan tak hormat perempuan. 

2. Panggil perempuan as "pompuan", "minah".
-> Even sebagai short form (perempuan), boleh tak jangan tulis pompuan? Please. Rasa tak sedap mata memandang. And "minah", kalau kawan perempuan yg cakap okay, kalau lelaki yg cakap no wayy. Mungkin nampak remeh, tapi bab ni memang sensitif. 

3. Suka tarik-tarik tudung or bertepuk tampar.
-> Please kalau anda dah terbiasa bertepuk tampar dengan perempuan, please tengok dengan siapa anda bersama. Pleaseeeeee, kesian suami aku nanti. Hmm

Banyak sebenarnya, tapi pandai-pandai la fikir. Kalau anda tak mahu adik perempuan/ mak anda diperlakukan sesuatu perkara, samalah juga dengan kami. :)


Jadilah permata, jangan jadi kaca. Kita yang letak value diri kita. Kita yang menentukan harga diri kita. :)
#istimewaMenjadiGadis


DP baru, thanks to Hanis. :)
Act, gambar ni sesaje je, tak ada pun bagi talk or ceramah. Haha ;p


Ni pun sesaje. 


With PIKA-PIKA :)

Inilah Hanis, the best photographer, and dia sangat benci PINK, haha :)

Adik beradik :)
CURI dari kak naiem, hee


Sekitar program Istimewa Menjadi Gadis :)


14/4 : WEDDING ABANG

Lepas je program, mlm tu terus balik Johor untuk kenduri kahwin abang belah family kami pulak. Sampai dalam 2 pg.  Masa lepas program tu serious berbelah bagi samada nak balik atau tak, sebab first penat, tak cukup tidur. Second sbb isnin ada test dan tak study ada-apa lagi, manual assessement mmg tebal mcm satu bundle A4 paper. Dalam keserabutan dilemma, call mak, mak ayah cakap tak payah balik pun tak apa sbb hari tu dah balik masa nikah, persandingan belah perempuan.

Bila ckp mcm tu, dalam hati nak balik tp still 50%. Tanya sahabat, cerita semua, tetiba dia cakap
"Baliklah maryam, apa-apa pun family first, test ada byk kali, tapi majlis ni sekali je. InsyaAllah boleh buat punya, test tu", 

Tetiba rasa tersentap, terus call balik. "mak, yam balik :)"

Mcm biasa bwk punya la byk buku, manual semua, tp tak bukak. Haha, Alhamdulillah even balik tak sampai sehari, tapi keberadaan tu penting, mmg parents cakap "takpe, tak balik pun tak apa", tapi bile balik, rupanya mak dah siap bwkkan baju nak pakai, siap gosok lagi :,( *sebak.

Okay, sedih. Kbye :)

Alhamdulillah test dah buat, tawakal. 
Terima kasih mak ayah, abang, adik, nenek, pakcik makcik, sepupu, dua pupu. :,)


Yang ikhlas,
Maryam Jamadi.
15/4/2013 :)

Dah pukul 7mlm, mlm ni kena hantar assignment. Kbye :)

Tugas aku masa wedding ni, jaga untuk meja makan beradab :)

Benda yang aku paling suka untuk majlis ni sbb ada bacaan yaasin + marhaban. Majlis ni simple, tak ada persandingan :)


:)


Silat, macam biasa. Adat Johor :)

Kompang +gamelan.

Keluarga dah bertambah :)

Mereka berpegangan tangan, okay pelik masa mula-mula. Seriousss! Haha, sekejap je dah 2 minggu. Alhamdulillah, abang aku pun nampak berseri-seri je lepas kahwin ni. Hee
:)



No comments:

Post a Comment