Friday 17 October 2014

Hasil tangkapan 4 minggu :)

Assalamualaikum, selamat petang :)


Sebelum itu, nak minta maaf sebab entry sekarang tak ada gambar sebab setiap hari pakai uniform clinical. Hee

Alhamdulillah, berjaya mengharungi 4 minggu clinical sorang-sorang dekat sini. Masa mula-mula rasa nervous + scary, sebab fikir nanti lunch ke program apa-apa semua sorang-sorang. Then cakap dalam hati "Macam kau tak biasa je kan makan sorang-sorang, buat apa apa sorang-sorang". Haha.

Yela, sampai bila kita nak bergantung pada orang. Now, dah 4 minggu. Alhamdulillah, disebabkan sorang-sorang lah maybe dapat attention lebih. Kalau ada case yang rare, mesti therapist dekat sini panggil. Kalau ada therapist ada nak pergi job visit, home visit mesti di ajak. Kalau ada patient othopedic contohya untuk case spinal dekat ward, mesti kena ajak naik ward. Jadi macam-macam ward dah pernah naik, ward ICU,ward orthopaedic perempuan, ward orthopaedic lelaki, ward first class. Tingal ward diraja je belum jejak. Hee :)

Rasa untung dapat practical dekat HSA sebabnya, semua case satu Johor refer dekat sini sbb most specialist ada dekat sini. Untuk kami, yang untungya syarikat orthotics (kaki palsu) pun refer dekat sini. Jadi patient amputation semua akan dtg HSA utk kaki palsu. Then datang department OT untuk training kaki palsu.

Jadual,
Ahad: Outpatient orthopaedic
Isnin: Outpatient orthopaedic
Selasa: Pain clinic
Rabu: Rehab clinic
Khais: Rehab clinic

Untuk pain dan rehab clinic, kadang-kadang ikut sebab outpatient othopedic lagi memerlukan.
So, inilah antara hasil-hasil yang sempat ditangkap,

 
 
Heel protector, digunakan untuk mengurangkan risiko sore (luka) di bahagian buku lali atau tumit kaki. Yang ini memang 100% handmade, dicipta oleh Puan Laila, therapist yang menjaga case spinal injury. Bahan : kain bandage, span, strap.
 
 
Ini namanya splint, dibuat depend on type of injury and function. Yang ini,saya yang buat. Diperbuat daripada thermoplastic, direndam dengan air panas sehingga lembut. Akhirnya di "mould" di tangan patient. Splint ada macam-macam jenis, ini adalah "Thumb abduction splint". Digunakan untuk meningkatkan angle gengaman. Case uncle ini memang sangat menarik and sangat berani, uncle kena rompak, perompak acu pisau, uncle ini rampas pisau sampai terbelah tangan. Kena jahit, disebabkan parut, bukaan genggaman uncle ini kurang. Jadi, splint ini digunakan utk meningkatkan bukaan genggaman.


 
Ini namanya pressure garment, dipakaikan pada anggota badan yang terbakar. Kami ukur bahagian badan yang terbakar, ada pengiraan untuk dapatkan ukuran yang perlu dijahit. Semuanya handmade :)
 
 


Ini pun namanya splint,tapi function splint ini berbeza dengan yang tadi. Yang ini untuk patient kanak-kanak yang ada gross motor delay. Sangat complicated untuk buat jenis ini.

Okayyy, sampai sini perkongsian saya. Semoga bermanfaat :)

#OccupationalTherapistToBe

Tuesday 14 October 2014

#Sharing: Spina Bifida

Assalamualaikum :)

2 minggu tak berstory. Jadi malam ini nak story tentang seorang patient yang menghidapi spina bifida, En. Q bukan nama sebenar. Sebelum itu, kalau mana yang tak tahu scope kerja occupational therapist di hospital. Kami bukan sahaja assess physical patient, malah kami juga akan assess macam mana keadaan rumah, sekolah atau tempat kerja. Jadi untuk kisah En. Q, saya macam biasa akan ikut supervisor bagi case orthopaedic dan spinal. Untuk case En. Q, saya berpeluang untuk ikut home visit.

En. Q menghidapi spina bifida dan 2 kali amputation (potong kaki), yang pertama amputation sehingga bawah lutut dan yang kedua ini sampai atas lutut. Sebelum ini En. Q boleh jalan menggunakan crutches. Tapi sekarang, dia bergantung kepada wheelchair untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Tujuan home visit adalah untuk memastikan En. Q boleh menggunakan wheelchair di rumah dengan mengira keluasan pintu, curb, bilik air, bilik tidur, tinggi suis lampu, tinggi meja makan dan sebagainya.

Sambil buat kerja, kami sempat bertanya ibu En. Q tentang kehidupan En. Q sebelum ini. En. Q menghidapi spina bifida daripada lahir (congenital disorder), kini beliau berumur 20-an. Disebabkan ada infection di kaki kirinya, terpaksa dipotong. Tapi apa yang saya kagum, walaupun ada masalah fizikal terpaksa pakai wheelchair untuk bergerak. Tapi semangat En. Q untuk sama seperti orang lain sangatlah tinggi. En. Q ada diploma in graphic. Ibu En. Q cerita, dia selalu marah kawan-kawannya yang malas nak sekolah, malas nak kerja.

En. Q sebelum ini bekerja dgn syarikat graphic swasta yang terletak di tingkat 3 atas kedai, setiap hari dia terpaksa naik tangga guna crutches. Kadang-kadang pergi kerja naik bas. Ibu En.Q seorang ibu tunggal dan berniaga kuih pada waktu pagi. Adik beradik 4 orang dan En. Q anak sulung.

Semakin hari, kaki En. Q semakin sakit mungkin disebabkan naik tangga 3 tingkat setiap hari. En. Q berhenti kerja dan cari projek di sekolah-sekolah. Ibu En. Q kata, " Dia kerja untuk ubat dia".

InsyaAllah, kami doakan yang terbaik untuk En. Q dan akan bantu sedaya upaya. Betullah kata lecturer, selalunya kami memang akan paling rapat dengan patient. Kalau patient dalam ward, setiap  kali seminggu tengok patient. Pergi rumah. Pergi tempat kerja.

Balik dari home visit, banyak yang saya fikir.
Ada orang, Allah uji dengan masalah fizikal.
Ada orang, Allah uji dengan masalah kesihatan yang lain,
Ada orang Allah uji dengan masalah kewangan.
Ada orang, Allah uji dengan masalah dalam pehubungan.
Ada orang, Allah uji dengan pelbagai ujian hidup.
Ada orang, Allah uji dengan semua diatas.

Jangan pernah mengeluh dengan masalah kita, kerana setiap daripada kita Allah bagi ujian yang berbeza :)

Setiap hari tidur awal, goodnight.

Monday 29 September 2014

#2 Sharing: Paranoia

Assalamualaikum, goodnight!

Haha :)

Okay, now cheq nak story tentang perasaan paranoid cheq setelah seminggu ber-clinical. Memandangkan 3 tahun study theory sahaja, untuk area orthopaedic memang sangat-sangat meluas. Mengikut pemerhatian saya, patient untuk area in adalah post-accident atau MVA (Motor-vehicle accident), diabetes then amputation, factory accident (Terpotong tangan), kes jenayah (Rompak). Walaupun baru seminggu ber-clinical, Alhamdulillah berpeluang jumpa semua case, paginya ikut supervisor untuk home visit patient spinal cord injury (C3-C4). Petangnya, turun naik ward first class then ke ward ICU untuk patient spinal cord injury, then ke ward orthopaedic lelaki dan perempuan.

Untuk case accident, kebanyakanya penungang motosikal. Ada 4 case yang saya ikut, details case seakan-akan sama iaitu lelaki, umur bawa 30 tahun, belum berkahwin, penunggang motosikal. Bila balik rumah, mesti pesan adik jangan naik motor sbb risau. 4 case ni adalah case spinal cord injury di bahagian cervical (bahagian leher). Untuk siapa yang bukan medical based, kalau tulang belakang kita patah ia akan effect dari paras tertinggi tulang itu patah. Jadi, untuk di bahagian cervical selalunya akan effect penafasan. Patient terpaksa bergantung sepenuhnya dengan breathing machine (mesen penafasan). Kadang kala percakapan pun akan terganggu dengan mesen penafasan di bahagian thorax. Patient lumpuh seluruh badan, mengikut condition dan tahap kecederaan tulang belakang.

Bila tengok case ini, teringat mak ayah pernah cakap "Kawan ke, girlfriend ke, boyfriend ke, semuanya tak kemana bila kita sakit". Sayu hati bila tengok ibu salah seorang patient spinal cord injury C3-C4 sentiasa ada disisi anaknya,
ibu itulah yang suapkan makanan,
ibu itulah yang mandikan,
ibu itulah yang pakaikan baju,
ibu itulah ibu itulah yang bagi semangat bila dia ditingalkan oleh bakal isteri.

Kagum....

Bila tengok case macam ini, munasabah diri. Jika Allah kata jadi, jadilah ia. Sekelip mata Allah boleh tarik, tangan kita, kaki kita, organ kita, kulit kita. Semakin umur kita meningkat, semakin tubuh badan kita merajuk dengan kita. Badan kita pun macam kereta, kena protect dari accident or calar, kena servis selalu, kena isi minyak, kena manjakan dia.

Untuk patient amputation pula, buat diri ini takut kena diabetes mellitus (DM). Jadi, pandai-pandailah jaga pemakanan. Sedih bila ada patient kata "rindu kaki" :(

Bayangkan berpuluh tahun kaki kita ada, then tetiba hilang. *Tengok kaki masing-masing
Kalau sayang kaki, kawallah pengambilan gula daripada sekarang.

Ok lah, memalam macam ni cerita tentang kaki, badan hilang pula. Sambung esok, assalamualaikum :)

Sunday 28 September 2014

#1 Sharing :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, dapat juga berjaga malam ni. Lepas solat maghrib mesti tertidur, baru nak adapt dengan kerja. Kerja lagi penat dari study, seriously. Sebabnya, bergerak ke sana ke mari then kalau ikut supervisor untuk in-patient memang akan turun naik ward. Sangat kagum dengan therapist dekat sini (tempat dirahsiakan:)), sebabnya kadang-kadang sampai lambat turun lunch sebab patient ramai. Kalau macam ada yang sangka semua government staff akan break pukul 10 pagi, dekat sini tidak sama sekali. Pukul 8 pagi, dah ada patient tunggu dekat luar. Straight, sampai pukul 1 petang baru department kosong. Sesi petang pun sama, lunch dan solat zohor 1 jam then 2 petang patient dah datang sampailah 5 petang. Untuk case orthopaedic memang selalu full, sampai kadang-kadang tak cukup tangan. Kagum juga therapist yang menjaga area orthopaedic untuk out-patient, dalam 1 jam boleh handle sampai 4 patient. Dalam 1 jam semua case berbeza, ada kena buat splint, ada kena buat pressure garment, ada kena train berjalan untuk patient amputation above knee or below knee.

Lupa nak explain, term dekat atas. Kalau in-patient adalah patient yang dalam ward. Kalau out-patient adalah patient yang ulang alik hospital. Pressure garment function dia banyak depends on case, secara ringkasnya macam stoking.

2 hari ni memang ramai patient amputation yang datang department, untuk pengetahuan amputation ni maksudnya tiada anggota kaki atau tangan. Jadi, untuk amputation bahagian kaki mostly adalah post-diabetes ataupun post-accident. Untuk post-diabetes kadang-kadang ada yang kali ke-tiga anggota kaki dipotong, mula-mula bahagian bawah lutut, selepas itu bahagian atas lutut hinggalah peha. Untuk case amputation, kami akan ajar patient untuk buat balutan pada bahagian luka (Stump), secara jujurnya hari ini baru kali pertama balut kaki patient yang amputation above knee. Pada mulanya, try buat balutan dalam keadaan patient duduk. Memang agak susah, position paling senang untuk buat stump bagi patient above knee amputation adalah dalam keadan baring.

Tujuan utama stump untuk mengurangkan bengkak. Selepas luka kering, kami akan ajar scar massage. Tujuan utama adalah mencantikkan parut luka. Selepas luka baik dan tiada bengkak, barulah patient tersebut dapat pakai kaki palsu :)

Selalunya, untuk patient amputation tak kira tangan atau kaki, akan ada phantom limb sensation (rasa kaki ada lagi atau rasa kaki yang sudah tiada bergerak) ataupun phantom limb pain (rasa sakit atau sensitive di bahagian kaki yang tiada). Jadi, untuk menghilangkan perasaan itu kami akan bagi tapping (guna 2 jari then tap dekat bahagian yang sakit) ataupun guna mirror therapy. Selain itu, walaupun bahagian kaki itu sudah tiada tetapi pergerakan untuk kedua-dua kaki memang penting walaupun patient akan gunakan kerusi roda. Tujuannya adalah memastikan kekuatan kaki maintain untuk transfer dari wheelchair ke katil, ke toilet.

Untuk patient amputation, memang banyak sangat therapy yang akan diberikan. Seperti apa yang saya kata dalam entri sebelum ini, therapy bukan sahaja urut-urut :)

Kami juga akan ajar patient untuk cara yang betul transfer dari wheelchair ke katil atau transfer dari wheelchair ke toilet. Perkara ini memang sangat penting untuk memastikan patient independent untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sendiri. Contohnya, kalau patient tinggal dengan anak yang bekerja, memang perkara ni sangat penting.

Bahasa rojak, sebab tak tahu nak translate full dalam bahasa Melayu. Lain kali kita story lagi :)

Selamat malam.

Saturday 27 September 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Assalamualaikum double triple :)))

Dekat setahun tak update blog, mula-mula sibuk dengan Pilihan Raya Kampus, then sibuk dengan final exam. Jadi marilah kita start buku baru, buku tahun 2014. Kali ni, insyaAllah akan update blog setiap malam. Sebabnya setiap hari ada cerita baru nak kongsi tentang pengalaman clinical untuk final year ni. Rasa rugi kalau tak menaip, untuk rujukan diri sendiri juga pada masa akan datang :)

Alhamdulillah, sekarang bergelar "Pelajar Tahun Akhir", dulu masa tahun 1 tak sabar- sabar nak final year. "Bergelar" bukanlah boleh berlagak dekat semua orang dah jadi senior. Tapi, ada rasa batu dekat bahu sebab setiap pagi sebelum punch card mesti rasa berdebar sebab kita tak tahu hari ini ada kes apa. Terutamanya kes baru. Dulu, bila practical exam kalau buat silap tak apa. Sekarang, kalau buat silap melibatkan orang lain.

Mungkin ada yang tak tahu lagi Occupational Therapist buat apa, kalau dekat hospital patient selalu ingat kami doctor sebab pakai white coat, baca report, tulis report. Tapi kami bukan doctor, kami therapist. Doktor akan diagnose penyakit dan prescribe ubat dan treatment yang perlu diberikan. Occupational therapist terima report dari doctor, yang menyatakan patient ini kena xxxx. So, kami OT akan bagi therapy pada patient itu.

Therapy? Selalu orang ingat therapy ni cuma urut, relaxkan patient. Sebenarnya, ia sangat meluas. Ok, ada 4 general area dalam occupational therapy.

1. Orthopedic and surgical.
Area ni melibatkan patient yang mengalami semua kes-kes patah, kaki tangan patah, kes burn, kes amputation. Secara generalnya, kami akan terlibat secara langsung terhadap physical patient. Treatment yang akan dibuat banyak, common treatment untuk kes fracture adalah splint, strengthening activity. Sepanjang seminggu practical dalam area ni, memang banyak sgt jumpa kes fracture. Termasuklah spinal cord injury (Tulang belakang patah), untuk kes ni berbeza mengikut level of fracture. Kalau bahagian leher, akan menyebabkan penafasan terganggu dan selalunya patient akan bergantung dengan mesen penafasan. Nak cerita memang panjang. InsyaAllah, dalam next -next post akan cerita tentang ni :)

2. Medical Neurology
Untuk area ni, memang sangat meluas juga. Untuk sekarang tak nak story sangat, tunggu 2 bulan lagi. Tapi secara general, dalam area ni banyak melibatkan patient yang mengalami trauma di kepala (Traumatic Brain Injury), Parkinson disease, alzeimer, post-stroke. Seminggu clinical ni, jumpa banyak juga patient. Ada yang accident then mengalami TBI, ada juga yang kena tetak dengan parang. Area ni,banyak melibatkan patient yang mengalami masalah atau kecederaan di otak atau kepala.

3. Psychiarty
Sepanjang semester lepas study tentang psychiatry, memang sangat menarik untuk explore. Rasanya semua tahu kan? Dalam area ni, memang banyak roles of occupational therapist.

4. Pediatric
Dalam area ni, melibatkan semua kes kanak-kanak. Contohnya autism, cerebral palsy, down syndrome dan lain-lain.

Setahun practical dalam 4 area ni, satu area 2 bulan. InsyaAllah, segala ilmu akan dikongsi. Kalau larat untuk menaip waktu malam, adalah update, hee. Cumanya, segala silap dalam medical term silalah tegur yaa :)

Esok kerja, goodnight.

Tuesday 29 October 2013

Perjuangan belum selesai.

Assalamualaikum. :)

Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, setiap masa pun kita akan berjuang. Cumanya tahap perjuangan setiap orang itu berbeza. Perjuangan setiap org tak akan selesai selagi kita bernafas di buka bumi Allah ini. 

Thanks Allah, kerana memberi peluang untuk aku teruskan perjuangan ini. Di muka bumi ini. 
Dengan kudrat yg ada, akan aku gunakan untuk berbakti dan gunakan sebaiknya untuk kebaikan semua org.  :,)

Selama sebulan ini, selama setahun ini alhamdulillah Allah telah menemukan ramai orang-orang yang awesome muncul dalam hidup aku di samping mengekalkan sahabat-sahabat yang sememangnya ada disaat aku memerlukan. 

Selagi semua ini belum selesai, selagi itulah kepala akan sentiasa dibelenggu persoalan yang seakan-akan tiada jawapan. Selagi itulah kerutan di dahi sentiasa kelihatan. Selagi itulah senyuman yang diberikan kadang hanya ukiran di bibir. 

Banyak perkara yang ingin dibuat, banyak cita-cita yang perlu direliasasilan. Hope sempat dilaksanakan. 
Moga penat lelah ini diredhai Allah. Kehidupan ini bukan untuk mengumpulkan apa yang kita dapat tinggalkan, tetapi untuk kita kumpul bekalan di hari esok. 

Remember Allah, Allah will remember you.
Jaga Allah, Allah jaga kita. :)

Kadang, dalam kesibukan dunia. Kita leka, lalai dengan waktu solat, tak khusyuk dalam solat, solat dalam tergesa-gesa. Bila ada masalah, baru nak buka Quran, baru nak sujud lama-lama, adakah Allah akan terima kita? Terima doa-doa kita? :,(

Sesungguhnya aku manusia yang jahil.Sahabat.. Ingatkan aku jika aku terlupa. Kerana ingatan ini juga dipinjamkan oleh Allah. 

Selagi kita hidup. Selagi Allah pinjamkan anggota badan yang sempurna, jangan pernah serik berbakti untuk orang lain. Biar orang lain tak nampak, tapi Allah nampak sudah memadai. Ikhlaskan hati, nescaya kita akan rasa puas dengan setiap apa yang kita lakukan. 

Duhai hati, kuatlah. Jangan tewas. Hati lembut tak apa, jangan lemah. :)





Sunday 15 September 2013

Malaysia Day!

Assalamualaikum dan salam hari Malaysia!

Says Alhamdulillah first. :)
16 September 2013. 50 tahun negara kita dinamakan Malaysia, selepas penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada hari ini juga, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdekapada pagi 16 September 1963.

Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kitaNabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah MelayuUnited KingdomBorneo UtaraSarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor,Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri SelangorNegeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.
Daripada Google. Fahami teks ucapan diatas. 


Kadang-kadang, terlalu seronok dan lalai dengan apa yang kita ada sampai kita terlupa perkara yang dipinjamkan oleh Allah iaitu KEAMANAN. 

Sangat terkilan apabila ada yang menggunakan "syukur Malaysia masih aman" dalam nada sinis, bukannya memaksudkannya. Mungkin mereka tak sedar yang keamanan yang kita ada ini "dipinjamkan" bukannya milik hakiki kita. Bila-bila masa Allah boleh tarik, melalui pelbagai cara. 

Gempa bumi.
Banjir besar.
Serangan luar.
Serangan dalaman.
Bencana alam yang teruk.

Semuanya tak mustahil dapat berlaku sekelip mata. 

Keamanan yang kita ada ini, jagalah. Janganlah terikut dengan budaya negara lain, terutamanya demonstrasi jalanan. Ya, melakukan demonstrasi boleh, dengan syarat secara aman dan ada permit. Tetapi biarlah perkara itu pilihan terakhir. Memang jiwa anak muda suka memberontak, tetapi kalau perkara itu memudaratkan negara, orang lain dan diri sendiri. For what?

"Syukur Malaysia masih aman" ?

Jangan kita menjadi penyebab, "Malaysia tidak aman lagi". 

Fikir dan sayangkan negara, hayati pengorbanan orang-orang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. 
Sayang keluarga, pulanglah rumah dengan kejayaan bukannya surat gantung pengajian atau surat dibuang universiti. 
Kita tak tahu, ibu bapa dirumah setiap masa mendoakan kita, tolong jangan hancurkan harapan ibu bapa.
Kita tak tahu kita menjadi contoh untuk adik-adik.
Kita tak tahu, nama kita menjadi bualan dan kebanggaan guru-guru semasa sekolah. 

Jaga perlakuan, jaga kata-kata. Mana-mana pun kita pergi, kita bawa agama Islam, nama keluarga, nama bangsa, nama negara dan nama universiti. 

Jika kita tak sayang nama kita, sayanglah nama- nama lain diatas. 

Perkara ini memang tak akan habis jika berdebat sekalipun. Sebabnya, fahaman seseorang adalah sesuatu yang subjektif. Terpulang pada pandangan masing-masing. Ini pandangan peribadi, tak berminat untuk berdebat tetapi berminat untuk bertukar fikiran. :)

Fakta menarik: Kita mula bercuti bagi meraikan Hari Malaysia pada tahun 2010. 

Salam hari Malaysia.