Wednesday, 27 February 2013

Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa 2.0

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai sudah jelajah di Kelantan, Terengganu dan Pahang. :D
Semua pengalaman ini akan aku simpan, pertama di Kelantan.

21 Februari 2013 (Khamis) ---> KELANTAN :)

Kami bertolak dari Shah Alam pada 9.00pg, sampai di Kota Bahru Kelantan pada 7mlm. Memang sangat penat sampai dah tak boleh tidur dahh. Haha. Hari kejadian, pada 21/2 kami bertolak pada 7pg ke UiTM kampus Kota Bahru. Disambut dengan meriah sekali, Dengan team-team konvoi, panjanggggg sangat! Ada upacara perasmian, potong riben oleh ayahanda VC.


Nampak tak aku?? Hee :D, gambar ni masuk paper metro tapi tak sure tarikh apa~ 



Cuba teka siapaa? Masa ni nak cari toilet, tersalah jalan. Haha, Tp sayang blurrr. 

Tempat first dekat Jelawat, kami ke pasar Jelawat, Bachok. Tp sekejap je, sbb kejar masa dan tempat. Kat sini, alhamdulillah dapat tarik 2 orang untuk program MDAB. Yg paling aku tak boleh lupa, masa di pasar di, aku duduk promote program mengubah destini anak bangsa dekat pakcik makcik dekat sini ada seorang nii, mungkin dia kerja dekat kedai makan dekat sini, asyik tengok-tengok aku. Mungkin sebab speck aku yang besarrr ni or ada benda pelik dekat aku, haha tp apa yang aku rasakan dia macam mengharap aku utk promote jugak MDAB ni, Then aku minta tolong teamate yang lain nak p sama-sama, tp tak dapat. :(

Mungkin bukan rezeki. :(


Masa dekat Jelawat, 

Keadaan di pasar jelawat.

Tp alhamdulillah, dapat tarik 2 orang. Yg betul-betul memerlukan. 

Lepas di jelawat, kami ke Jeli pulak. Sama jugak dekat pasar, ada satu peristiwa yang aku paling tak boleh lupa bila ada seorang makcik menangis bila cerita masalah pada aku. :,(


Jeli :)


Makcik ni berniaga dekat pasar sini, selalunya first perbualan aku akan tanya makcik ada anak yang lepasan SPM yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran tapi berminat. Makcik tu kata ada, anak sulong dia, pastu aku tanya pula berapa keputusan SPM dia, sebabnya kelayakan untuk masuk bawah program MDAB ini sangattt minima, 3 kredit sahaja. Tp yang sedihnya bila makcik ini cerita anaknya gagal kesemua subjek, ada sakit jantung dan sekarang tak bekerja. Ada 6 orang anak yang semua masih kecik, masa tu ada 2 org anak bersama dia, seorang masih kecik tidur dalam buaian. Makcik tu cerita kehidupan dia susah, dia kerja di pasar, suaminya kerja sebagai penoreh getah org lain. Bila dengar, apa yang aku mampu buat bagi kata semangat. Semoga dia terus kuat. 

Ada satu lagi dekat Jeli ni, yang aku paling happy bila dapat bantu seorang. Masa tu, nak gerak ke tanah merah, ada seorang makcik dan anak sedara tanya tentang program ni. Makcik ni kata, dia kerja dekat pasar. Masa aku terangkan semua ni, makcik ni minta aku jumpa ibu pada anak sedaranya ni, aku pun ikut makcik ni pergi pasar, aku terangkan semua tentang program ni. Anak dia pandai, PMR 9A, sekolah tahfiz. Trial pun ok, cuma yang paling aku tak boleh lupa bila makcik ni kata
"Dia ni anak sulong, ada ramai adik-adik, satu-satunya harapan makcik", masa tu rasa tersentuh bila dengar. Betapa besarnya harapan ibu bapa pada kita. Bila makcik tu cakap macam tu, mata adik ni nampak berkaca. Disebabkan masa tu semua dah ada dalam bas, terpaksa rushing. Kata-kata last aku, 
"adik, semoga berjaya dalam hidup, belajar sungguh-sungguh, adik harapan keluarga"
Lepas Jeli, kami ke Tanah Merah. Masa ni pelancaran kesukarelawanan. Ramaiiiii sangat org! Yg paling best masa VC datang, semua komander2 kesatria, BSM, JPAM semua beratur tabik springgg. Haha,

Tanah Merah, tak ingat la sekolah apaaa.


Thennnn tamatlahh cerita di Tanah Merah, Kelantan. Sehari je dekat kelantan cukup bermakna bagi aku. 

22 Februari 2013 (Jumaat) ---> TERENGGANU :)

Lepas kelantan, kami terus gerak ke Terengganu, bermalam dekat UiTM Dungun. Aku memang tidur mati dalam bas, tak perasan apaaa~ Memang penat, sbb habis program terus gerak, sampai terengganu dalam pukul 12mlm, pg dah kena bangun. Memang brape jam jelahh duduk dekat kolej ni, haha. 
UiTM Dungun memang sangat awesome! Depan ada pantai, kolej yg kami duduk pun baru. And mostly student sini naik basikal p kelas. Seriousss masa lalu nak balik, UiTM Dungun ni memang boleh dikatakan kampus taman rekreasi. Terbaik! 
UiTM Dungun :)


Program macam biasa, siswa p masuk kampung-kampung. Yg siswi stay je dekat dewan, untuk tujuan keselamatan. Haa, masa ni lah ada wartawan utusan datang amik gambar, ada 4 org termasuk aku. Tapi tak tahu bila keluar papernyaaa, almaklumlahh tak tengok tv and baca berita. Huhu. 



Dengan wartawan Utusan. 




Team jelajah yang havoc, :D

23 Februari 2013 (Sabtu) --> PAHANG

okayy, habis je program kami terus gerak ke Jengka, Pahang. Sebelum tu singgah makan malam, Dinner kami makan ICT, mulamula tak faham ICT?? Dengar macam i-city shah alam. Haha. rupa-rupanya "ikan celup tepung", hahha,, Memang kena trolololll dengan driver bas masa tu. Haha


Kami sampai UiTM Jengka Pahang dalam 1pg. Masa nak masuk pagar kolej tu, siap ada MC sambut kteorg, masuk je pagar ada mercun yg selalu org buat surprise tu, bag, tudung semua kena benda2 colour tu. Haha, Terbaikklahh. Memang disambut dengan baik. :)

Masuk-masuk ada makanan, dah sejuk dah semua. Nmpak sgt dorang dah lama tggu kedatangan kami. Rektor Pahang pun ada bagi katakata alu-aluan pd kami. Mmg sangat teruja and kagum la. 
Kolej pun baru, memang sangat terbaik. :)
Pg tu, lepas subuh terus bertolak ke Bentong. Agak jauhh la jugak. And macam biasa, dalam bas semua tidur. Haha.
Masa sampai tu, kami disambut dengan marhaban oleh penduduk sini. Dah siap beratur panjang, dapat bunga telor lagi. Org-org sini sangat peramah. Yg paling best kat sini, ada merewang, masak-masak, ada cabutan bertuah. Macam-macam program kat sini, menampakkan semua penduduk sini sangat bersatu. Masa sampai semua dah siap, ada la beberapa squad jelajah tolong-tolong dekat belakang merewang dengan penduduk sini. Sampaikan makcik tukang masak masa tu menangis masa kami semua nak balik petang tu. 
Program macam biasa, check mata, gigi, kesihatan. Team siswa masuk kampung, kami yg siswi stay dekat situ. Best bila dapat dapat tolong 2 org masuk UiTM. Masa tu rektor pahang ada juga, bila kelulusan semua okay, layak masuk. InsyaAllah harapan tinggi untuk diterima masuk :)


Check mata :)



Check gigi :)

Kelas bahasa inggeris oleh Farris yayyaaya, akademi pengajian bahasa, English for professional COMMUNICATION . 

memang sangat meriah dekat sini :)

Kat sinilah ada peristiwa yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Kisah seorang kanak-kanak yang buat aku menangis. :,(
Tapi tak boleh cerita kat sini, kalau nak tahu private message.
Habis je dekat Pahang, kami terus balik Shah Alam, sampai shah alam malam, rehat sehari....


25 Februari 2013 (Isnin) ---> JOHOR :D

Esoknya, kami gerak ke Johor 8malam. Stay dekat UiTM Segamat. Tidur dalam beberapa jam, paginya gerak ke Daerah Pagoh. Program macam biasa, check mata, gigi, kesihatan, MDAB. 




Nak tahu tak, masa ni kteorg duduk atas kereta four wheel~ Masa nak p solat zohor. Haha, first time!

26 Februari 2013 (Selasa) --> MELAKA

Ptgnya kami terus gerak ke Melaka, kampus Lendu. Dalam pukul 6ptg sampai Lendu. Memang sangat terkejut bila dalam kampus ni ada tasik yang sangat besar and cantik! Masa pusing-pusing kampus ni, ada org tengah main bot control. Betul ke ni???? Haha, yg penting memang awesome la kampus Lendu. Mlm tu kami stay kolej baru, tingkat atas sekali. Masa tulah aku menyesal bawak bag besar2. Haha.

masa mulamula sampai UiTM Lendu, tasik dia sangat cantik~ :)

Pg tu, 6.30pg smua dah siap dalam bas. Team dari Melaka memang sangat ramai, tak sure berapa bas. Tp memang sangatttttt laaa panjang konvoi dari Lendu ke Bukit Katil. Haha. 
Thanks Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kampus Bandaraya Melaka sambut kami. :)

Alhamdulillah selesai menjelajah 7 negeri :)

Terima kasih team-team jelajah yang super awesome! Maafkan silap dan salah sepanjang program ni. Korang memang terbaik! :)

Kadang-kadang bila kita berada di atas, kita lupa orang yang berada di bawah kita. Bila nampak ada diantara sahabat kita terbang terlalu tinggi, tariklah dia bersama-sama dengan kita. Kita berasal dari tanah, ke tanah jua kita kembali. 
-muhasabah diri- 

Mengubah Destini Anak Bangsa
UiTM Dihatiku <3

Okay, serious lepas sampai Shah Alam dari Melaka, mlm selasa lepas (26hb), semua collapse. Register course semua-semua baru buat semalam. Ni baru dapat online lelama. Tp penat tak hilang lagi. Jelajah akan bersambung sabtu ni (2/3). 
Isnin dah start kelas, mukaku sunburn and beratku bertambah, haha~ Aishh, =,="








10 comments:

  1. best!!! program yang bagus dan hebat demi anak bangsa dan ditambah dgn team jelajah yang havoc2!! su pah awesomee!! <3

    ReplyDelete
  2. wow..jauhnye menjelajah :D cayalah mpp palam..hehe..

    ReplyDelete
  3. great detail about jelajah...BEST sangat bunyinye...mcm nk join jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, walaupun penat tapi semua berbaloi, ditambah dengan ukhuwah antara kami.
      Alhamdulillah :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Wey Sampah. English for Professional COMMUNICATION lah! haha! ngok!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. wah bestnye.. sy pon ada mohon mdab.. nti klu da msuk uitm boleh la jadi cam ne aee.. :)

    ReplyDelete