Wednesday, 20 February 2013

Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa 1.0

Assalamualaikum,




Alhamdulillah baru je sampai Kota Bahru Kelantan. And ni first time aku jejak bumi kelantan, memang teruja sangat. First kagum dengan cara hidup yang berlandaskan Islam, papan-papan tanda semua ada tulisan jawi. Papan papan iklan semua yang menutup aurat. Wow! Kagum sangat.

Gerak dari Shah Alam pukul 9pagi tadi, singgah Bentong, Gua Musang. And aku tak ingat sangat banyak tertidur, haha. RnR Gua Musang sangat best sebab ada jual pizza dengan cheese yang melampau. :D

Kami menetap ni Kota Bahru malam ni, esok akan meneruskan perjuangan dalam mengubah destini anak bangsa, mencari sahabat-sahabat yang mempunyai semangat untuk sambung belajar tapi tidak berkemampuan di kampung-kampung.

Actually, ni negeri ketiga "dijajah" oleh kami. negeri pertama adalah PERAK.

14 Februari 2013

Kami gerak dari UiTM Shah Alam pada pukul 10pg, seramai 63 sukarelawan yang terdiri oleh MPP, JPK, HIMSAK dan pelajar terpilih dari UiTM Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana.




*wahh, macam buat laporan, sebenarnya nak tulis sempoi sempoi je tapi dah macam terformal, haha :p

Sampai Perak dalam pukul 4 petang, kami terus ke Bota, kat situlah first time jumpa team medic, optometri and dentistry. Masa ni jugak first time naik bas optometri, ada 2 bas. Bangga bila ada nama " FAKULTI SAINS KESIHATAN" dekat bas tu. :,)

Then, balik dari situ barulah check in kolej, siswi duduk dekat Kolej Anggerik 1, and aku rasa dorm yang kami duduk ni memang untuk pelawat. Sebab ada aircond :D
First night dekat perak, ada majlis makan malam dengan VC. Dewan UiTM Sri Iskandar memang sangat cantik! Macam dalam harry potter, hahhaa :)

15 Februari 2013

Esoknya, Majlis Perdana Menteri bersama orang asli, and sekali dengan program kami. Majlis ni start 3 petang. Paginya semua bergerak kerja, susun kerusi, raptai and so on. Cuba bayangkan, majlis ni untuk 15 ribu orang asli dari seluruh Malaysia, 250 bas. Cuba bayangkan betapa ramainya orang~~

Team Jelajah separate 2 team, ada yang bantu team medic, optometri and dentistry. Yang selebihnya duduk bersama orang-orang asli. Macam-macam kaum ada, rasa sangat teruja masa tu. Then aku duduk dekat tengah-tengah, ada lah borak-borak dengan seorang ni. Dia tegur "assalamualaikum, adik ni pelajar universiti ke?", kami borak-borak, abang ni macam interested nak sambung study tapi tak ada platform untuk dorang, masa tu aku cuba promote program mengubah destini anak bangsa ni pada abang ni. Then abang ni cakap "kami ni bukan taknak sambung belajar, tapi sebab kami punya mentaliti rendah, nak belajar tak pandai". Masa tu aku sangat speechless, aku just cakap "tak baik cakap macam tu, kalau kita fikir macam tu, macam tu lah sampai bila-bila, ilmu boleh ditambah, tak semestinya masuk Uni baru dapat tambah ilmu". Pastu aku keluar sebab ada hal lain. Yelah, kehidupan kita ni masing-masing, mungkin jalan cerita kita berbeza aku macam ni engkau macam tu.

Tapi Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu selagi kita tidak berusaha mengubahnya. Masa tu jugak, aku rasa penting sangat program yang UiTM bawak ni, Program Mengubah Destini Anak Bangsa, nak bantu bangsa kita. Dengan 3 kredit dah boleh sambung belajar, dengan asrama, yuran semua percuma plus dapat elaun.

Malamnya, memang sangat penat, dengan muka aku yang berbelang setengah, terbakar. Haha.

16 Februari 2013

Pagi-pagi lagi lepas subuh terus gerak, 5.30pagi dah tunggu bas, masukkan barang semua. Kami gerak ke SK Sungai Betul. Gerak dalam pukul 7pagi. Dalam bas tidur! Sebab malamnya tak cukup tidur, haha.

Sampai terus setup tempat, bahagikan kerja. Masa pagi tu aku duduk dekat tempat menunggu utk check gigi, ramai budak-budak. Semua sekolah rendah, masa tu saja je berlagak macam cikgu sekolah, haha. Seronok main dengan dorang,. Sekolah ni pelajarnya tak ramai, sikit je. Tapi nampaklah semangat cikgu sekolah ni, macam-macam ada. Aku ada masuk makmal sains sekolah untuk charge phone, aku tengok bahan-bahan, kerusi semua macam dah lama. Masa tu teringat adik aku yang darjah satu, untungnya adik aku berbanding dengan dorang.

Dalam tengahari, team kami berpecah dua, half separate masuk ke kampung-kampung area situ, pergi ke rumah rumah untuk promote program VC, cari sahabat- sahabat seusia untuk sambung belajar. Yang aku paling suka orang kampung sini, dorang sangat peramah, Pergi mana-mana jumpa orang senyum, salam. Beza sangat jika dibandingkan di bandar-bandar.Dannnn penduduk sini ramai naik basikal <3

Dalam 5ptg bertolak ke kedah pulak, sampai dalam 12malam. Serioussss owesome sangattt kolej UiTM Kedah. 

17 Februari 2013

Macam biasa, pagi-pagi lagi dah bangun, 7pg gerak ke Stadium Alor Setar. Masa ni serioussss ramai sangat orang, lagi-lagi student sekolah sebab ada karnival Jom Masuk U jugak, kalau karnival-karnival ni yang best dapat banyak bag, pen, buku. Haha, tapi kteorg datang bukan nak cari benda-benda tu tapi nak promote UiTM and program mengubah destini anak bangsa. Masa ni macam-macam orang aku jumpa, aku banyak attack lepasan SPM, pastu tanya result okay tak. Ada jugak yang datang karnival tu semata-mata nak jumpa VC sbb berminat dengan program mengubah destini anak bangsa,. Ada jugak yang sedih sebab tak lepas nak masuk UiTM. 

Hari yang panjang, banyak sangat benda masa hari tu. 

Petangnya, kami gerak balik UiTM Shah Alam.

Rest 2 hari, hari ni 20hb, sekaranggggg berada di Kota Bahru Kelantan :D

Perjuangan akan diteruskan sehinggalahhhh 2 Mac ni. Doakan perjalanan kami,.Lepas Kelantan, Terengganu. :)


Akan bersambungggggg....... zzzzz

No comments:

Post a Comment