Saturday, 2 February 2013

Aku jealous, kau jealous?

Assalamualaikum,

Kita bertemu kembali, haha. :)


OKay, aku suka gambar ni, thanks abang :D

Okay maryam jangan nak start merepek, alhamdulillah ada kat rumah sekarang, tapi sekejap-sekejap je kena turun puncak alam or shah alam balik. Sampaikan ayah aku cakap "kenapa tak stay je shah alam", aku cakap "saja nak mengada balik rumah, kalau stay je memang tak balik rumah", haha.

Semalam borak-borak dengan family, tetiba bukak cerita masa kecik dulu aku suka jealous. Haha, kadang-kadang benda yang tak masuk akal. Lawak!
Ada tu, aku jealous kakak kena rotan sebab panjat gate, then aku pun panjat gate sebab nak kena rotan. Lawak kannnn? Hahhaahaha, 
Kalau kakak aku nangis, aku pun nangis jugak, kalau dia beli kasut, baju aku nak jugak, warna sama, corak sama. Sampai orang ingat kteorg kembar, hahaha. Rasanya sampai sekarang kot taste kteorang sama, beli apa2 sama. Hee, :p


nilah contohnyaaaa,, semua sama =,="

Jealous tu bagus kalau kita pandang pada side yang positive, ada jealous yang melebih yang memakan diri and orang lain tu trylahhh elakkan.
Tapi orang kata, perangai kita opposite bila dah besar, sebabnya aku takdelah nak jealous benda2 yg pelik mcm kena rotan tu. Aku just jealous kalau ada orang pakai apa2 warna pink yang cantik, hahhaa.:p

Rasanya tak ada orang yang tak pernah tak ada rasa jealous, betul tak? Melainkan dia gila or memang hati batu, haha.


Aku jealous dia lagi pandai dari aku,
Aku jealous dia lagi hebat dari aku,
Aku jealus dia lagi cantik dari aku,
Aku jealous dia lagi berjaya dari aku.

Mesti korang ada rasa macam ni kan??
Aku pun,

Cumanya, kena betulkan niat. Jealous yang digalakkan,
1. Jealous dengan kejayaan orang lain dan berusaha nak samasama berjaya.
2. Jealous dengan kebaikan orang lain, amal ibadat seseorang.
3. Jeolous dengan kepandaian dan kerajinan orang lain.

Aku ada model yang terdiri daripada sahabat-sahabat aku untuk setiap kategori, cuma diorang tak akan tahu aku jadikan dorang idola aku, nanti kembang pulak, haha :D

Contohnya, dalam agama. Aku amat jealous dengan sahabat aku yang bertudung labuh dan amat menjaga aurat dan pergaulan dia, dan istiqamah contohnya, buat amalan sunat solat dhuha sebelum pergi kelas, dia jugak bangun malam untuk solat tahajud dan hajat, dia jugak selalu kejut kami bangun untuk solat subuh, dia jugak selalu baca quran bila stress or sebelum tidur, dia jugak kawan yang baik selalu tegur bila aku ada buat silap. Kagum sangat. Amat jealous dengan dia. Huhu, harap aku dapat jadi macam dia dalam mengubah diri aku ke arah yang lebih baik.


Dalam kategori kejayaan, aku ada juga sahabat yang sangat bijak, tak ada istilah B dalam hidup dia, semua A. Amat jealous, mana taknya, setiap masa study, dia guna masa dengan baik, dia susun jadual dan ikut semua masa-masa study dia. Dia amat tegas dalam pengurusan masa dia. Sebab tu dia berjaya, amat jealous dengan kejayaan dia. Harap dia dapat capai semua matlamat dia, aku "tiru" kerajinan dia untuk menjadi lebih rajin dalam study. :)

Dalam kategori kepimpinan, aku ada seorang sahabat yg aku sangatlah jealous dengan dia. Dia sangat hebat berdebat, sangat bijak buat keputusan, sangat bijak mengatur setiap ayat yang dipertuturkan. Sangat komitmen dalam buat apa-apa, bila bersama dengan dia, terasa aura kepimpinan dalam diri dia. Amat beza diri aku dengan diri dia, amat berbeza. Jealous dengan aura yang dia ada, tapi benda tulah yang buat aku lebih bersemangat untuk membaiki diri. :)

Dalam kategori sebagai seorang kaum hawa, aku sangat kagum dengan seorang sahabat ni, dia sangat lembut, semua orang akan selesa bila bercakap dengan dia. Sangat pandai membawa diri. Bila lihat wajah dia, rasa tenang je. Wait2, aku straight okayyy! hahha :p

Tapi ada jugak orang ambil sikap jealous ni benda yg negative yg akhirnya memakan diri sendiri dan orang lain. Huhh, 




Kita selalu cakap, "BE YOURSELF", memang betul tapi adakah anda berpuas hati dengan diri anda? Tak ada rasa nak memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik? Taknak ke berganjak dari A kepada Z? 
Aku ada terdengar or terbaca, kalau sesuatu tu kita amalkan selama 40 kali insyaAllah akan menjadi amalan kita. Jadi kan rasa-rasa boleh guna ke istilah "be yourself" tu? 

Maksud aku kat sini bukan menggalakkan kita menjadi orang lain, tapi try ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Itulah penting seorang model, idola dalam kehidupan kita. Challenge diri kita untuk jadi lebih baik dari idola kita, insyaAllah kalau niat kita kerana Allah akan termakbul juga. Tapi jangan secara mendadak, contohnya sebelum ni kita pendiam tetiba jadi riuh semacam, memang orang kata kita kena rasuklah kannn. Hhaha :p

Conclusionnya, jealouslahhhhh dengan siapa-siapa pun tak salah. :D 

Selamat berjealous :p

Kita tak sempurna, tapi kejarlah kesempurnaan selagi mampu :) 

Tetapi dalam mengejar kesempurnaan janganlah lupa bersyukur dengan apa yang kita ada -Untuk diri sendiri juga :)




4 comments:

  1. "Saya xKan Cemburu Awak Suka Dia kerana Dia Kacak Dari Saya, Saya xKan Cemburu Sebab Dia Lagi Berharta Daripada Saya, Dan Saya Akan Cemburu Jika Awak Suka Dia Sebab Dia Lebih Baik Dan Soleh Berbanding Saya"
    ~ p0k uCu ~

    ReplyDelete
  2. okey, saya jealous dengan kak maryam sbb selalu pergi jalan ! grrrr !

    ReplyDelete
  3. Nice! Sbnr nye saya pun jeles sbb smua kwn2 sya sng je dpt msuk itu ini, dpt intview itu ini, tpi sya ni. Hmm ape la hikmah nye

    ReplyDelete