Says Alhamdulillah first. :)
16 September 2013. 50 tahun negara kita dinamakan Malaysia, selepas penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada hari ini juga, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdekapada pagi 16 September 1963.
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kitaNabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor,Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktmmad didalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Daripada Google. Fahami teks ucapan diatas.Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengistihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pualu Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.
Kadang-kadang, terlalu seronok dan lalai dengan apa yang kita ada sampai kita terlupa perkara yang dipinjamkan oleh Allah iaitu KEAMANAN.
Sangat terkilan apabila ada yang menggunakan "syukur Malaysia masih aman" dalam nada sinis, bukannya memaksudkannya. Mungkin mereka tak sedar yang keamanan yang kita ada ini "dipinjamkan" bukannya milik hakiki kita. Bila-bila masa Allah boleh tarik, melalui pelbagai cara.
Gempa bumi.
Banjir besar.
Serangan luar.
Serangan dalaman.
Bencana alam yang teruk.
Semuanya tak mustahil dapat berlaku sekelip mata.
Keamanan yang kita ada ini, jagalah. Janganlah terikut dengan budaya negara lain, terutamanya demonstrasi jalanan. Ya, melakukan demonstrasi boleh, dengan syarat secara aman dan ada permit. Tetapi biarlah perkara itu pilihan terakhir. Memang jiwa anak muda suka memberontak, tetapi kalau perkara itu memudaratkan negara, orang lain dan diri sendiri. For what?
"Syukur Malaysia masih aman" ?
Jangan kita menjadi penyebab, "Malaysia tidak aman lagi".
Fikir dan sayangkan negara, hayati pengorbanan orang-orang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.
Sayang keluarga, pulanglah rumah dengan kejayaan bukannya surat gantung pengajian atau surat dibuang universiti.
Kita tak tahu, ibu bapa dirumah setiap masa mendoakan kita, tolong jangan hancurkan harapan ibu bapa.
Kita tak tahu kita menjadi contoh untuk adik-adik.
Kita tak tahu, nama kita menjadi bualan dan kebanggaan guru-guru semasa sekolah.
Jaga perlakuan, jaga kata-kata. Mana-mana pun kita pergi, kita bawa agama Islam, nama keluarga, nama bangsa, nama negara dan nama universiti.
Jika kita tak sayang nama kita, sayanglah nama- nama lain diatas.
Perkara ini memang tak akan habis jika berdebat sekalipun. Sebabnya, fahaman seseorang adalah sesuatu yang subjektif. Terpulang pada pandangan masing-masing. Ini pandangan peribadi, tak berminat untuk berdebat tetapi berminat untuk bertukar fikiran. :)
Fakta menarik: Kita mula bercuti bagi meraikan Hari Malaysia pada tahun 2010.
Salam hari Malaysia.
No comments:
Post a Comment