bosan ouh malam ni,, ayah aku tak bagi bukak tv malam2~~ :(
sebab.. sebab.. lagha! haha,, bagus lah jugak, aku pun bukan tengok tv sangat, cuma adik2 aku jelah,, hee, dulu-dulu ayah aku pernah cakap
"kalau tv ni rosak, tak payah beli lagi, tak ada tv lagi bagus, tv ni mcm kotak syaitoon dalam rumah, suruh orang tinggal solat, suruh orang leka, suruh org tengok maksiat (opps, maksud aku tengok org2 yg tak tutup aurat n so on laa,, haha)
tajuk lain tetiba cerita lain,..
hmm,, bila teringat masa kecik2 dulu, buat aku gelak sorang-sorang.. act AKU MEMANG SUKA GELAK SORANG_SORANG, aku tak kisah pun org nak cakap gila ke apa~~ biar lahh :p
masa tu aku baru umur 6 tahun, aku sekolah kat tadika seri dewi (ingat lagi tu), taman universiti, johor,,
aku, abg and kakak aku beza setahun je, kalau masa kecik-kecik dulu memang selalu gaduh2. bising gilaa!
yg kena buli,, aku lah,, teringat dulu kalau gaduh ngan kakak aku, dia suruh aku ckp,, "saya minta maaf",
cakap sampai nangis~ =,="
yelaa,, masa tu tak ada adik lagi, lama la jugak aku mengbongsu, aku nangis sampai suara serak-serak kot, JAHAT gila kakak aku~~ haha
rumah kteorg memang bising, lagi-lagi suara aku yg suka nangis n jerit-jerit masa kecik,,
ada satu hari ni mak aku mengamuk sebab kteorg degil sangat, mak aku ckp nak bagi kteorg tiga org dekat lain-lain orang, aku kat rumah cina, kakak aku kat rumah india, abg aku kat rumah mana entah tak ingat..
sebab,, kteorg selalu gaduh~hahaha,, pastu mak aku keluar kejap, bibik aku pulak tengah tido kot tak silap,,
kteorg plan nak lari rumah sama-sama sebab TAK NAK BERPISAH~ haha
siap kemas-kemas baju lagi tu, kemas pakai BEG PLASTIK merah kat pasar tu je pun~ haha
cuba bayangkan aku 6 tahun, kakak aku 7 tahun, abg aku 8 tahun bawak baju guna beg plastik merah tu, pastu letak kayu sekali, untuk angkat kat bahu (bajet mcm shin chan) hahahha
kteorg lari pergi taman je pun, mana lagi~~ hahaha,, dah la dekat je dengan rumah, tetiba masa kteorg jalan tu,, aku terlupa nak bwk epal, sanggup balik rumah senyap-senyap amek epal~~ hahaha
dah sampai kat taman, kteorg duduk dekat pondok, masa tu kteorg buat "meeting", macam mana nak hidup~~ =,="
abg aku pun mulalah sebagai "ketua keluarga baru", ckp "korang tidur kat sini, aku tidur kat sini, kita masak dekat bawah pondok ni, korang pergi sekolah, aku pergi cari kerja"
apabila budak 8 tahun berkata-kata~ hahapastu kejap je, mak aku "jumpa" kteorg kat taman dekat rumah tu~~
rupa-rupanya mak aku saja je tipu kteorg, padahal kemas-kemas baju sebab nak balik kampung,, =,="
hahaha
memang sampai bila-bila aku tak lupa la benda ni, suasana masa tu semua aku ingat lagi,, hee
Alhamdulillah,, aku bersyukur sangat dapat kakak n abg macam dorang.. dorang lah kawan, girlfriend, boyfriend, abang and kakak.. :D
No comments:
Post a Comment