Assalamualaikum,,
hmm,, td kami baru je habis buat tahlil antara family, tok mak dan atuk ayah aku yang baru sahaja kembali ke rahmatullah tahun ini,,, :,(
ini kali pertama raya tanpa mereka, td masa tahlil, rasa sebak sangat, huuuu~~
mcm mana ea mereka di alam barzakh sana, ok ke tak? sampai ke tak doa kami?
aku beruntung masih punya ayah dan ibu, tp kepada yang dah tak ada ayah dan ibu mesti sedih kan masa malam raya, hari raya macam ni,, :(
tapi tak ada guna kita menangisi pemergian mereka, sesungguhnya yang hidup akan mati, kita juga..
apa yang kita boleh buat ialah dengan mendoakan mereka, baca kan surah Yaasin, TAPI bukan masa nak raya ni je, tapi selalu,,
arwah atuk aku yg belah ayah dah lama meninggal, tp dari kecik nenek aku selalu ingatkan kteorang
"arwah atuk tunggu-tunggu je doa dari cucu-cucu, anak-anak dia, setiap kali lepas sembahyang doakan lah, sedekahkan al-fatihah pada arwah atuk, setiap malam jumaat bila baca yaasin jangan lupa sebut nama arwah atuk"
setiap kali balik kampung nenek aku akan cakap macam tu, dan setiap kali balik kampung juga kteorg akan lawat kubur arwah atuk, bukan masa raya je..
walaupun dah lebih 10 tahun arwah atuk aku dah meninggal, and masa tu aku kecik lagi, tak ingat sangat. tapi nenek aku selalu ingat kan kteorg,.
kadang-kadang aku terfikir, kalau dah tak ada, ada tak orang nak doakan aku, arwah atuk aku beruntung ada isteri macam nenek aku, yang selalu ingatkan cucu-cucu, anak-anak supaya doakan, melawat kubur, bersihkan kubur kalau ada rumput-rumput or lumut.. Aku pun nak jadi macam tu,, hopefully,,...
and aku terfikir, anak-anak aku macam mana ea, aku harap aku hidup panjang, lepas tu aku nak didik anak aku, nanti aku dah tak ada boleh la dia doakan untuk aku,,
“Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah ataupun ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya”
(Hadith Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
aku harap sangat aku ada ketiga-tiga perkara ini,, and aku harap aku dapat jadi anak yang soleh yang boleh mendoakan mak dan ayah aku bila dorang dah tak ada,,
buat apa jadi orang bijak pandai tapi mengaji Al-Quran pun tak pandai,
buat apa jadi orang kaya-raya tapi tak bayar zakat pun tak, sedekah pun tak..
buat apa ada anak yang ramai tapi tak ada seorang pun yang nak mendoakan ibu bapa yang sudah tiada??
BUAT APA???
SEMUA ITU KAN SEMENTARA, TAK BOLEH DIBAWA BILA KITA SUDAH TIADA...
sama-samalah kita saling ingat-mengingati.. aku juga masih belajar,,, and masih berusaha..
ingatlah..
"Penghuni alam barzakh akan sentiasa merindui dan menaruh harapan agar Allah akan mencucuri rahmat ke atasnya melalui doa anak yang soleh setelah semua amalannya terputus akibat kematian."
ingatlahhh sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
okay lah,, tak guna sedih-sedih.. apa yang kita boleh doakan mereka,, mana tahu mereka lebih bahagia di alam sana kan?? hee :)
btw,,, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!
daripada: Maryam Jamadi dan Sekeluarga (hang macam kenal je? :p)
No comments:
Post a Comment