Wednesday, 15 August 2012

sweetnya mereka..!

Assalamualaikum,

hari ni, malam ini, aku nak balik kampung yang tercintaaaa,, weee ;)
tempat dirahsiakan,, hee :p
dari awal puasa sampailah hari ni aku kata nak balik kampung, dah akhir puasa baru la nak balik, kesian nenek and atuk,,

nenek and atuk aku sangat sweet wehh! atuk aku dah umur 80 tak silap, nenek aku 70,, tapi masih lagi sweet and romantik,,

1. Mereka masih lagi sms dan calling bila rindu,
ada sekali tu, atuk aku tak nak ikut kteorg p shopping dan jalan-jalan, nenek aku jelah yang ikut, atuk duduk rumah. Masa tu kteorg keluar sampai malam, sepanjang kteorg kat luar, atuk and nenek asyik sms2 je, pastu nenek aku senyum-senyum baca sms, hee :D (jeles gilaa,, aku pun tak ada mcm tu)
then, atuk call, borak-borak dengan nenek, (menambah kejelesan aku :p),
siap gurau-gurau lagi, yg aku curi-curi dengar.

atuk: ayang (pewwit!) bila nak balik?
nenek: malam nanti, ni jalan-jalan dengan budak-budak ni, hehe
atuk: kenapa tak balik esok je? tinggalkan kita sorang-sorang lama-lama
nenek: hehe,, sabarlah, nant kita balik la ni, hehe

haha,, sweet kan? banyak sebenarnya, and panjang lagi, tp ni jela yg aku dengar,haha :p
tapikan, berapa ramai yang masih lagi sweet macam ni walaupun dalam usia tua? kenapa nak malu, malu dengan pandangan org? inilah masyarakat kita, bila golongan tua buat macam ni nak gelak-gelakkan, bila org2 muda yang tidak halal lagi hubungannya dok cakap "sweettttttnyaaaa korang!". pastu dok post gambar-gambar, dok like2!, kena kencing manis baru tahu~~ haha :p


2. Mereka berpegangan tangan bila jalan-jalan.
huii,, bila kteorg jalan-jalan dekat taman, kteorg tinggalkan nenek and atuk berdua, biarlah dorang dating,, hehee,, tapi serius sangat sweet, happy tengok mereka,.. lantak p la org nak kata apa, macam td aku kata, bila org2 muda yang tak ada ikatan apa-apa jalan-jalan dating pegang-pegang tangan tak ada pula nak kata apa2, =,="

3. Mereka sentiasa bersama-sama
teringat ada sekali tu, masa tu atuk aku tertido, then nenek  aku p angkat baju. Pastu atuk aku bangun je, atuk aku terus pergi ke nenek aku and kata
"ayangg,, kenapa tak kejut abang, kata nak angkat baju sama-sama"
masa tu, aku terus "WOWWW!"
bukan itu sahaja, kalau sembahyang pun atuk la jadi imam, :)
aku cerita dekat cousin2 aku, dorang cakap memang biasa la macam tu,, hee :D
aww, sweet gilaaa,,! (gedik pulak tetiba)

4. Merajuk, pujuk~~
Atuk aku suka merajuk dan terasa dengan nenek, tp kejap je (merajuk sayang la tu) hee :p

inilah namanya CINTA SEJATI, CINTA KERANA ALLAH,,
bukan cinta kepada kekayaan, bukan cinta kepada paras rupa,,, tetapi cinta kerana ALLAH <3

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:

Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

mesti kita tertanya-tanya macam mana nak tahu seseorang tu cinta kita kerana Allah atau tidak, aku ada terbaca satu article ni



"Jika kerana bercinta dengannya, kita makin mendekatkan diri dengan Allah, makin cinta kepada Allah, makin rindu kepada Allah, makin banyak beribadat kepada Allah, makin takut melakukan maksiat, makin berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik, maka itulah buktinya kita mencintainya kerana Allah.."


"Sebaliknya, jika kerana kita bercinta dengannya, kita makin jauh dengan ALlah, makin berbuat maksiat, menambahkan himpunan dosa, bergayut di telefon sampai lupa ibadat, berchatting hingga tidur lewat sampai lalai melaksanakan solat subuh, berpegang tangan berpelukan melakukan maksiat, maka ini pula buktinya kita mencintainya bukan kerana Allah.."






*tak habis-habis aku ni~~ hewhew

okay laa,, hope semua pun jumpa laa org yg cinta diri kita kerana Allah,, bukan kerana paras rupa, bukan kerana nafsu, bukan kerana kekayaan, bukan kerana kepandaian~ (susah tu)

banyak sebenarnya "cerita cinta" nenek and atuk aku, sampai sini sajalah.. 

aku nak balik kampung! hee,,,, :D

Assalamualaikum, 
:)

No comments:

Post a Comment