Friday, 28 June 2013

DONE!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah habis practical exam pediatric assessment yang cukup buat kami stress sepanjang minggu ni. Huhh *nafas lega :DD

2 hari berkurung dalam bilik, buat aku rasa kekok bila bercakap. Hmm. And tadi, rasanya okay cuma BI sangat berterabur nasib baik madam faham sebab angguk je even BI berterabur *OH MY ENGLISH!
Haha

First time, star jump, berlari, lompat-lompat dalam lab sampai aku sendiri tergelak bila jadi patient tadi. Madam and sir mmg nampak sangat tahan gelak. Even kelam kabut sbb 10 min je untuk 1 assessment, sampaikan nak terjatuh kerusi sebab terlampau kelam kabut tadi. Hmm.

Cuba bayangkan, dengan 10 minit nak cari semua barang assessment, manual, kena tanya nama, birthday, then buat assessment yg ada min 5 component, then nak kena scoring, kira-kira score then kena transfer semua benda refer manual. Mmg TAK SEMPAT!

Memang sangat kelam kabut sbb tadi start lambat, org lain dah start dulu sbb masa jadi patient jadi org last kena assess oleh madam. Orang lain dah fikir,ambil-ambil barang before start assessment. Ni aku, 10 minit tulah baru baca soalan, baru fikir and cari barang. Terkena pula 2 assessment yg guna banyak barang, melilau cari barang, cari tali, beads, doll, spoon, cards, blocks. Macam-macam. 

Tapi alhamdulillah, SEMPAT. :D
OT --> Creative, barang-barang semua tu mmg tak disediakan. pandai-pandai cari. 

And semua soalan dapat jawab, alhamdulillah. Tapi tak boleh berpuas hati sangat, ni baru berapa percent. Ada final paper lagi. InsyaAllah u can do it Maryam!

Allah tak akan menghampakan hambanya yang berusaha, TRUST ME!
Tak ada istilah "Tak sempat nak study". TAPI "Kita tak pandai bahagikan masa". 
Kita semua  sama, Allah bagi 24 jam, 7 hari seminggu. Terpulang pada kita nak bahagikan masa makan, masa borak-borak, masa berHuhA, masa study, masa beriabadat dan sebagainya. 

Memang aku pegang "Allah tak akan menghampakan hambanya yang berusaha", and tampal dekat bilik, depan meja study, cermin. Normallah, mesti semua pernah rasa down, rasa tak semangat, rasa nak "tawakal" jelah. Tapi tawakal tak ada guna jika kita tak cuba berusaha. 

I hate the feeling "Kalaulah aku.... mesti aku...". Please, avoid benda ni. Why not guna "Aku dah cuba yang terbaik". Jangan menyesal di kemudian hari. Perasaan menyesal ni memang akan dibawa sampai bila-bila. 

Bila dah lakukan yang terbaik, bagi reward pada diri sendiri. :)

Kalau aku --> Bila lepas test or apa-apa yg buat aku happy, aku akan beli rocky yang chocolate. Then makan dengan susu, bahagianya rasa. Serious! 

4 petang sudah. K, assalamualaikum <3 



1 comment:

  1. nice. janji ALLAH itu pasti :)

    ReplyDelete