Tuesday, 23 July 2013

Pesanan daripada seorang ayah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tak sangka kita semua dah menempuh separuh bulan didalam bulan ramadhan :))

Ayah selalu pesan, selalunya masa otw balik kampus. Ta kiralah dari soal study sampailah soal dah tua nanti. Mungkin ayah nampak anak dia ni jarang balik rumah, ke sana ke mari, program itu program ini, meeting itu meeting ini. Kadang-kadang aku dapat rasakan perubahan pada diri. Jadi lebih serius, lebih senyap. Mungkin apa yang berlaku sekeliling aku buat aku lebih matang. Harapnya matang ke arah yang lebih baik.

Ayah selalu pesan. Dunia ni sementara, dunia di macam kertas ujian, dunia ni tempat kita mengumpul amal soleh. Apa yang kita ada akan dipersoalkan, setiap perlakuan kita akan dipersoalkan. Tapi kadang kita lupa, lupa dengan dunia. 

Bila sedih, ayah ada cakap "Hujan yang turun bukannya selamanya, panas terik tak akan terik selamanya", segala masalah pasti ada penyelesaian, setiap soalan pasti ada jawapan. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Aku sangat kagum dengan mak ayah, sebab tabah dengan segala apa yang berlaku selama ini. Tak pernah membalas, sebab kami percaya Allah akan balas segala perbuatan orang lain dengan caraNya sendiri. Biarlah orang membaling batu kepada kita asalkan jangan kita baling batu kepada orang, kerana percayalah pembalasan daripada Allah adalah lebih besar. 

Selalu ucapkan kata maaf kepada orang tak bermaksud kita kalah. Ingat tu. Ucapkan kata maaf memang mudah, memberi maaf memang mudah tapi tak akan melupakannya. Macam luka, luka memang akan sembuh tapi parut tak akan hilang. 

Ayah selalu pesan, apa-apa pun, kekayaan, darjat, kekuasaan, tak akan dapat gantikan dengan ketenangan. Walau apa-apa pun kita ada, semua tu tak guna jika kita tak tenang. Teringat ayah cakap "macam kita ada RM1, cuba banyangkan kita ada seringgit, itu sahaja kita ada untuk makan, adakah kita akan guna atau kita simpan, kalau kita guna, kita comfirm tak akan tenang sebab kita tahu masa akan datang kita akan lapar, tapi kalau kita simpan walaupun menahan lapar, hati kita tetap akan tenang sebab kita tahu kita akan selamat dari kelaparan masa akan datang".

Tentang pujian, ada satu cerita tentang kura-kura dan burung. Pada satu masa, mereka perlu berpindah ke tempat lain, jadi burung minta kura-kura untuk gigit sebatang kayu untuk bergayut dengan burung. Lalu di satu kawasan, penduduk kawasan tersebut semua mencaci kura-kura kerana tak pandai terbang dan mengharapkan burung, kura-kura rasa tercabar dan geram, maka kayu yang digunakan digigit dengan kuat. Lalu lagi di sebuah kawasan, penduduk kawasan tersebut beri pujian kepada kura kura kerana boleh  terbang. Kura-kura tersenyum dan terlupa kayu yang digigit untuk terbang. Kura-kura jatuh ke bawah.

Dengan kejian kita akan lebih kuat, dengan pujian kita akan jadi lemah. Pendek tapi bermakna.

Ayah suka bagi analogi untuk kaitkan dengan sesuatu, biar anak-anak fikir sendiri. Jadi mana-mana analogi yg tak berapa faham boleh je bagitahu. 

Okay rindu nak balik rumah. Hmm
Assalamualaikum. :)







2 comments:

  1. ayahku jarang berpesan denganku, namun ku tahu dr perbuatan dia sudah cukup memberi sejuta harapan untuk ankanya.
    menjadi lebih matang dan sentiasa menjaga diri adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan,
    kerana wanita itu tinggi sungguh nilainya dan amat payah untuk dijaga~

    ReplyDelete
  2. 1st time baca blog ni sampai ayat terakhir, haha.

    ReplyDelete