Alhamdulillah segala test, assignment, presentation mak nenek semua dah siap. Settle segala kerja untuk sepanjang sem ini, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Minggu ni ada 5 test, mmg sangat hectic. Bila dah habis test terakhir tu, mmg rasa sangat lega. Cumaaaa, belum lagi habis final exam, jangan nak suka sangat la maryam! :p
Thanks sahabat, terutamanya HS2254A kerana banyak bantu aku sepanjang sem ini,
selalu ingatkan bila ada kelas or kelas cancel,
bila tak datang kelas selalu back up kan, means tolong inform lecturer,
bila aku rasa down or rasa lost dengan study, selalu ingatkan.
bila aku hantar assignment lambat, thanks sebab faham kenapa.
bila aku nampak macam tak tentu arah, thanks sebab tanya dan ambil berat.
THANKS A LOT! <3
Sahabat, aku tak percaya istilah "friendship forever" sbb aku yakin dan percaya tak ada pun sahabat yang akan ada bersama kita setiap masa. Yang ada cuma "part time friends". Cuba ingat balik sahabat kita masa sekolah rendah, sekolah menengah, matrik or universiti. Kita rapat dengan dia bila waktu kita bersama dengan dia, bila kita dah jauh, kita rapat dengan org lain, bila kita jumpa balik dengan dia, kita rasa kita rapat dengan dia tapi kita silap sebab kita tak tahu pun apa-apa perkembangan dia.
Tapi, alhamdulillah setakat ini aku try untuk jaga ukhuwah dengan semua orang. Kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan matrik dan now kawan universiti.
Kadang-kadang tak tahu buat macam mana, rindu memang rindu, nak jumpa memang nak jumpa tapi MASA. Makin kita membesar makin ramai kawan kita, makin banyak reunion kita nak pergi, serious!
Kalau ada 20-30 kelompok kawan kita, nak kena pergi 30 reunion dalam masa setahun. Takpe, tunggu jelah siapa-siapa buat kenduri kahwin, jumpa la nanti. Hee :p
------------------------------------------------------------------------------------------
Actually~~ post ni dah terpost hari tu tapi tak habis tulis, now sambungan.
Haa, sebenarnya masa aku tulis yg before ni jumaat (26/6), kami sekelas ramai-ramai keluar p Setia City Mall. Disaat kaum adam p solat jumaat, kami p tengok "Pee Mak", cerita thailand. Haha.
Yang seronoknya, dalam wayang tu semua perempuan, so tak malulah nak ketawa/jerit/nangis dalam tu, sure ramai student palam. Haha. Memang terbaik, kena dengan masa, lepas 5 test, submit semua assignment. Huhh lega.
And ni first time kami keluar beramai-ramai sepanjang 2 tahun kat sini. #TrueStory
Then malamnya, OT`Day --> Appreciation Night
Seharian ber HS225. Dengan orang sama, hari yang sama, baju yang lain.
Alhamdulillah :)
Anugerah yang dibawah ni betul-betul tak sangka. Ramai sebenarnya yang layak dapat, suggestion lepas ni banyakkan anugerah biar semua org dapat.
Ada sahabat kata "Tahniah dan takziah, anugerah tersebut menandakan lebih banyak amanah dan tanggungjawab", aku ambil kata-kata ni untuk bersama-sama menaikkan nama Occupational Therapy di dalam negara kita seterusnya OT Malaysia di luar negara. InsyaAllah.
Sahabat yang dapat anugerah "Maryam Appreciation Award" . :)
Untuk Kepimpinan Terbaik (Perempuan)
Kak Ieda Masman --> Timb Presiden PPPCK (2011/2012)
Bendahari SMF FSK (2012/2013)
Pengarah Program bagi OTSCORE 2012
Kak Hidayatul Akma --> Timb Presiden PPPCK (2010/2011)
Timb Presiden II SMF FSK (2012/2013)
Orang ketiga adalah
Kak Nadwah Syafiqah --> SMF FSK (2011/2012)
Setiausaha Agong SMF FSK (2012/2013)
actually ada gambar tapi tak jumpa. Hmm. Tak apa, nanti akan diletakkan bila dah jumpa. :)
Ramai lagi sebenarnya antara penggerak dan tulang belakang bagi PPPCK dan FSK. Orang-orang yang banyak membantu, menyumbang tenaga, masa, dan banyak lagi demi OT dan fakulti. Sem ni senior part 6 akan keluar ber-practikal, tinggalkan kami batch 2011. Harapnya term depan lebih baik dari term sekarang. InsyaAllah :,)
Banyak sebenarnya perkara yang aku belum capai. InsyaAllah I will try my BEST.
Tak lupa juga, mentor/kakak dalam OT. :)
Thanks KAKAK! :)
Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat se-batch, se-kelas dapat anugerah jugak. Setiap kategori ada wakil yang dapat. Hee.
Walaupun seorang je kaum adam dalam kelas kami, dapat jugak
Anugerah Kepimpinan Harapan (Lelaki) --> Hakim Zainal (PPPCK 11/12 & 12/13)
Anugerah Kepimpinan Harapan (Perempuan) --> Izzah Aliah (YDP JPK 13/14)
Anugerah Atlet Terbaik (Perempuan) --> Khairunnisa Nawi (Bola Keranjang)
Anugerah Atlet Harapan (Perempuan) --> Fizz Faizah (Futsal)
Anugerah Kepimpinan Kerohanian (Perempuan) --> Nur Aida Shuhada
Sahabat. :)
MARYAM - HAZIQAH - IZZAH - SYAHIRAH - IFFAH
Sem 1 --> NOW
Harapnya sampai --> Sem 8 --> Zaman kerja --> Zaman ada anak cucu --> Jannah
Untuk final exam ini, lakukan yang terbaik. Selagi ada masa USAHA, USAHA, jangan menyesal di kemudian hari. Belajar itu pahit kerana manisnya kejayaan. :,)
Harap tak ada yg ganggu tarikh tersebut:
28/6 : Practical Exam Pediatric Assessment
2/7 : Pediatric Assessment
3/7: Pediatric Intervention
4/7 : Pharmacology
6/7: Special Education
9/7: Practical Exam + Viva Pediatric Intervention
Maaf sekiranya ada yg try contact dalam waktu-waktu terdekat ni, saya sedang FOKUS untuk final exam. Hal selain akademik yang tidak urgent insyaAllah lepas exam. Ini sahaja masa yang ada untuk cover semua. #trueStory
Mood: Study ON until 11/7
All the best semua!
Salam maghrib dan selamat berbuka bagi yang berpuasa.
Assalamualaikum. :)
*maaf ayat berterabur, al-maklumlah terlalu banyak fact dalam kepala sekarang. Hmm
No comments:
Post a Comment