Wednesday, 30 January 2013

Maryam`s Laporan Mingguan 1

Assalamualaikum,

Dah lama sangat ni tak menaip, banyak benda yang tersimpan dalam hati. Hee, Nak update sebenarnya tapi internet tak okay, kat rumah pun tak okay. Memang susah tak ada internet ni, bagi aku fb bukan tempat untuk melangha lagi, tapi tempat untuk bekerja. Sementara tunggu facebook loading yg dah minit ke 20 agaknya and sebelum aku meletup sbb dah tak boleh sabar baik menaip. Hahaha


Tandas pun jadilahhh, keluar betul2 lepas habis practical exam semua :D



First, nak cerita tentang exam yg baru habis hari tu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!
Tak tahu nak cerita betapa bersyukurnya bila habis exam hari tu, practical exam~~~
Bila ingat balik psl practical exam, tetiba takut dengan result nanti. Untuk paper theory alhamdulillah okay je sampai 2-3 booklet. Practical hari tu agak teruk jugak lah, sbbnya tak pernah cuba pun alat tu, tak tahu scoring semua tu. Bila dapat tajuk tu, tawakal habis. Bila viva walaupun salah aku jawab dengan confident. Hahaha. 

Disebabkan 2 practical exam, sbb test dia sekali je. Malas nak cerita pasal exam hari tu. Kecewa~
Tak ada rezeki, nak buat macam mana, benda dah lepas. And bukan aku seorang je rasa mcm tu, rasanya ramai je yang rasa benda yg sama. Apa yg kte boleh buat doa, tawakal.

Yang lawaknya, bila keluar je lab pracical tu, nak balik bilik, jadi blurr tak tahu nak buat lagi. Haha, rasa free sangat. 

First sem jadi MPP, macam-macam ada. Pahit, manis, semua ada. Tapi alhamdulillah, aku harap sangat result aku maintain. Aminn :)

pagi sebelum exam, betapa berseleraknyaaaa meja. =,="

Sebabnya, aku dah buat yg terbaik, jadi tak kisah apa-apa pun result aku redha. 

Housemate2 aku jela tahu betapa hardnya aku study masa study week untuk exam kali ni. Sampaikan roomate tidur aku study lagi, dia bangun aku dah start study. Haha, and dinding aku penuh dengan nota-nota. Seriousssss PENUH~ A4 paper baru beli, dah tinggal setengah print notes2 tambahan, yg aku taip balik, buat shortnotes semua. Memang hardcore~

Nak kata study last minute TAK la sangat, maybe takut melebih kot. Haha, and alhamdulillah exam kali ni sihat, tak ada demam sebabnya b4 ni tiap kali exam aku demam. Haha :D

And aku kena exercise banyak2 sebab rasanya berat dah naik. Maybe kena bawak ogawa dekat kolej, hahaha.

Thanks mak, dari dulu sampai sekarang mak akan puasa sunat bila kami adik-beradik ada exam. Doa seorang ibu selalu berkat, serious rasa keberkatan tu sepanjang exam ni. 

Kak syaza dibelakangku, haha :p

Cerita ke-2 ---> Broga Hills

Alhamdulillah, 20/1 hari tu naik broga hills dengan roomate and the gang. SubhanAllah, indah sangat ciptaan Ilahi, masa naik tu terseksa gila! Haha, 

Masa naik bukit tu, aku terfikir, kejayaan kita ni umpama puncak bukit. Memang macam-macam kita lalui nak sampai atas, batu besar, pasir, licin, curam. At that point, mesti banyak kali terlintas nak berhenti sekerat jalan. Dengan godaan-godaan suruh berhenti lagi. Dengan jatuh lagi masa nak naik, kalau kita cekal, kuat kita akan teruskan jugak walaupun kaki sakit rasa nak tercabut lutut. Haha

Tak percaya, cubalah naik broga. Haha. :p

SubhanaAllah <3




First time subuh dekat atas bukit :D

Kak ecah memang supermommm bawak roti, tuna semua naik bukit. Haha :D


Cerita ke-3 --> KPO FSK 2.0, Leader`s legacy
21-24/1/2013

Memang penat, p broga 20hb, esoknya p kem dekat lenggong, Perak. Haha, Habis nak buat macam mana, 20hb tu first time keluar dengan roomate and mungkin last time utk dia spnjang study dekat palam, sebab sem depan dah practical. And 20hb tu betul-betul dia last paper. 

Hidup ini pilihan, kita yang pilih, kita yang corakkan. Cantik atau tidak, masa akan datang baru nampak hasilnya. Kadang-kadang banyak benda yg kita kena pilih, Bukan kadang-kadang tapi SELALU. :)

Alhamdulillah, kursus 4 hari bersama pemimpin-pemimpin FSK yang hebat-hebat belaka. :)
Teringat masa b4 kem aku ckp aku nak jadi peserta, sbb tak p KPO FSK 1.0. Haha
Memang masa kem tu aku agak serabut, banyak benda difikirkan. Ke aku memang serabut all the time? Hahaha :p

Tapi serious, banyak benda aku fikir sepanjang KPO tu. Tahniah kpd peserta-peserta pemimpin FSK berjaya mengharungi 4 hari. Memang sangat-sangat memerlukan kekuatan fizikal, mental. Walau pun aku bukan peserta, fasilitator, urusetia tapi sebagai pemerhati, seriouss pemerhati yang sangat senyap. Kagum sangat dengan fasi2 yang join. Pengalaman macam ni tak boleh dapat dekat mana-mana. 

Kalau seorang yang menentang kita, ingatlah banyak lagi yang menyokong kita di belakang kita, kata-kata seorang sahabat pd aku bila aku rasa down. Kalau perjuangan kita atas niat kerana Allah, ikhlas. InsyaAllah akn dipermudahkan oleh-Nya.

Mantan MPP, kak Musaadah pernah kata dulu. Anggap semua ni sebagai ibadah, perjuangan kita sebagai ibadah insyaAllah tak ada istilah SUSAH sepanjang memegang amanah. :)

Cuma kadang-kadang kita terlupa, itulah pentingnya seorang sahabat sentiasa mengingatkan. :)

And actually masa ni aku rasa sangat low self confident bila ada kat depan semua pemimpin-pemimpin ni, sampaikan dalam kepala banyak nak cakap tapi tak keluar. Haha, At last aku senyap je, lebih kepada memerhati. Yang pasti semua orang ada bakat masing-masing, rezeki masing-masing. Jangan expect semua orang boleh jadi sempurna, memang tak ada orang yg sempurna and kita kena kejar kesempurnaan tu tapi kalau itulah kelebihan kita ataupun kita memang tak boleh buat sesuatu perkara tu, janganlah rasa kecewa. ( Untuk diri sendiri)

Memang normal la kot, ada masa kita sangat bersemangat, ada masa sebaliknya. Betul tak? Hee

Tapi serioussss cantik sangat sungai dekat lenggong ni, air dia jernih. First day je ada night drop, kteorg urusetia, fasi  kena duduk hutan tu gelap2 utk jaga peserta berjam-jam, sampai tertido. Haha, and first time dalam hidup aku nampak kunang-kunang, dah la gelap gelita tetiba ada cahaya terang ke arah aku, memang terkejut gila, hahahhaa. Habis semua program dgn post moterm  lebih kurang 4.30pg



Then esok pg2 8pg masuk 8 gua,memang mencabar sangat, kena merangkak, jalan itik, meniarap semua ada sebab nak keluar lubang, haha. Baju memang kotor habis, tapi nasib baik tak kena lintah or pacat. Hee, 


Balik dari gua, memang penat habis sbb smlmnya tak cukup tdo. Ptg tu ada aktiviti benang emas, aku tak join sbb dah penat gila, bayangkanlahh broga, night drop, gua, tp yg plg penat broga lah, memang sakit-sakit semua. 

Then mlm tu ada kena naikkan bendera, time ni peserta kena uji fizikal, mental semua lahh. Esoknya ada 2 explorace, terbaiklah. Pg petang explorace, explorace pg tntg UiTM dihatiku, explorace ptg tntg kertas kerja, which is aku jadi VC untuk luluskan program antarabangsa. Hari ketiga ni jugak ada flying foz rentas sungai perak, and kteorg gantung tali dekat belakang, hahaha. First time main flying fox mcm tu, tapi memang sangat best. Masa awal-awal tu, memang sangat takut nak buat mcm tu. Bila nak turun tu, aku cakap "betul ke aku nak buat mcm ni????" hahhahaa, Tp serioussss best! rugi tak cuba, hahaha

Lepas flying fox :)


Malam terakhir dekat lenggong, 


Last day ada war game, debat dalam sungai. Semua kena berendam and berdebat, terbaikkklah :D

Semua nyanyi lagu UiTM Dihatiku sambil baring dalam sungai. Memang rasa sedih masa ni, Lagu UiTM dihatiku kalau dihayati betul2 memang boleh menangis. Lagi-lagi part "doa restu ibu bapa"

Then 15minit je masa utk dorang semua bersiap utk penutup, bersama-sama dengan dekan, timbalan dekan. :)

Honestly, mcm2 aku rasa spnjg dekat lenggong, sebagai peserta, urusetia, fasi. Dapat rasa semua, bila balik tu dalam bas, banyak sangat benda yg aku fikir. Hmm,

Tahniah pengarah program, Syuhadatul Asyikin, proud or u :)

Masa ni duduk dekat tengah-tengah sungai atas batu, nasib baik tak ada buayaaaaa. Erk, 
Inilah pengarah program, partner MPP and now housemate baru, kakak syu ehhh adik syu,  memang riuhlah rumah. Haha :D

Cerita ke-4
25/1/2013, jumaat. 

Balik KPO malam, esoknya balik rumah, clearance, pindah bilik. Susah banyak sangat barang, memang kat sini dah mcm rumah pun sebab semua adaa. Haha

Bila balik rumah, first mak aku cakap "kenapa yam dah gelap"
Adik aku cakap" hitamnya muka akak yam"
yg paling kejam abg aku "buruknya muka kau" hahahhaa

Nak tahu sebab apaaaaaa,, sebab org lain sunburn satu muka, aku sunburn setengah mukaaaa. Memang lawak sangatttt, rasa tak sanggup nak tengok cermin. Hahhaha.

Masa tu aku ckp, "taknak keluar rumah selagi sunburn tak hilang" sebab memang obvioussss gila, setengah muka Hahha

Betapa happynyaaa aku bila masukkan buku2 nota2 sem 3 dalam kotak, haha :p

Cerita ke-5
27/1/2013 , kuantan mari :D

Hancur harapan nak stay rumah seminggu sebab nak hilangkan sunburm setengah muka. Haha
First time datang kuantan, jalan dia memang terbaik. Masa nak balik singgah pantai teluk cempedak, cantik! And meriah sangat dekat situ, bestnya kalau rumah dekat dengan pantai. Sayangnya msa tu aku pakai jubahhhhhhhh, memang org pandang pelik pakai jubah p pantai. Ada ku kesahh? Haha

Pantai Teluk Cempedak, kuantan. Suka awan dekat sini <3

Cerita ke-6
28/1/2013, UiTM Shah Alam
Teater Musikal Destini Anak Bangsa, ni pun first time tengok teater. Kesian kannnn? Haha,
Banyak benda first time tahun ni :D
FSK sponsor 155 tiket untuk teater ni, 5 bas dari puncak alam untuk ke teater ni. 
Bagi aku, semua student UiTM KENA TENGOK teater ni, memang bertambahh tebal la cinta kepada UiTM <3


Cerita ke-7
29/1/2013, PICC Putrajaya
Majlis Amanat Tahun Baru 2013 oleh Menteri Kementerian KPT.
5 ribu orang yg hadir majlis ni dekat PICC, banyak sangat amanat yg disampaikan sampaikan tak teringat and tak tertulis, dekat 1 jam Dato`Seri bagi ucapan. And yg paling aku ingat bilamana nama UiTM tertera dekat skrin besar PICC tntg program Mengubah Destini Anak Bangsa :)
Memang banyak sangat usaha-usaha, perancangan yg dah diatur untuk tingkatkan mutu kat semua uni. And byk peluang ditawarkan utk pastikan semua org dpt sambung belajar, macam kolej komuniti, 1 kredit SPM dah boleh masuk :)

Mlmnya meeting, jumpa semua adik beradik :D

Lepas exam pun dah ada plan utk setiap hari, itulah susah kalau suka sangat berprogram. Dari dulu sampai sekarang, apa-apa program yg ada aku MESTI join. Apa-apa pertandingan yg ok aku join, kalau tak, rasa rugi. 

Sangat tak suka rasa menyesal,
"menyesal aku tak join"
"menyesal aku tak pergi"
"kenapalahh dulu aku tak ambil ni"

benci sangat perasaan tu, mungkin sebab tu aku sangat susah nak buat keputusan. Fikir panjang sangat, kalau macam ni, kalau macam tu. Walau sibuk macam mana pun, aku still akan cuba join semua. Susahkan perasaan macam tu? Haha

And lagi satu, once dah involve dalam apa-apa pertandingan, aku akan pastikan dpt number 1, kalau dptlah kannn. Dari dulu lagi mcm ni even pertandingan hias basikal masa form 2 dulu punnnn. HAha

Pertandingan yg aku ingat
1. Darjah 3, nasyid
2. Darjah 4, nasyid, tarian dpt tmpt ke-5 daerah JB
3. Darjah 5, rekacipta, nasyid, tarian
4. Darjah 6, nasyid, prtandingan lps upsr nyanyian johan, nyanyian group johan.
5. Form 1, nasyid 2 kali johan, koir, explorace, olahraga
6. Form 2, nasyid johan tak ingat berapa kali sbb masa ni banyak prtandingan, nyanyian, olahraga, johan masa smbutan merdeka
7. Form 3, nasyid, memasak johan even tak pandai masak, hahahhaa
8. Form 4, olahraga, ok banyak sangat masuk
9. Form 5, olahraga johan 400, 4x400, 800, daerah semua kalah. HAHA, johan catur bestari, sofbol, badminton, 
10. Matrik, anugerah utk pkaian tradisional masa tu pkai kimono,haha,  johan busana muslimah.
11. UiTM, walkathon naib johan.

Hmm. and masa sekolah dari sekolah rendah smpai habis sekolah pengawas. Memang susah kalau org yg gila sijil macam aku. And lagi satu dari form 1 sampai form 5 kedatangan penuh, agak-agak kalau aku hantar resume kerja benda-benda ni dapat kerja tak? Hahaha :p

Tp aku ada jumpa seorang, yg sama macam aku yg gila program ni. "kalau tak join rugi", memang prinsip kami. Haha

Tapi sekarang ni dah tak boleh masuk pertandingan lagi sebab selalu jadi penganjur, urusetia or pemerhati. =,="

okay, agak panjang lahh jugak entri ni, laporan mingguan ehhh. Bukan agak, MEMANG panjang!
Jangan nak komen sbb panjang sangat okay, tak paksa pun baca, haha :p

Dari hati ke hati :)
At least sahabat-sahabat yg rapat tahulah perkembangan walaupun tak selalu contact kan. Hmm 

Cerita kali ni tak best kan? Hmm, nantilah bila ada masa aku cerita best-best, minggu ni bakalan sibuk, samalah jugak minggu seterusnya. Okayyy, bye! Assalamualaikum, kalau ada silap dah salah sepanjang minngu ni minta maaf :)

Special entri --> farfar tak bayar bil air, hahaha :p




















Saturday, 19 January 2013

Kenapaa?

Assalamualaikum, okay fine FB tak boleh buka. Dah 2 hari. Sabar jelah. And blog pun tak boleh upload gambar. :(

Jadi 2 hari ni memang tengok movie jelah. Semua benda tak boleh buka, nak keluar ramai dah balik, yang tak balik lagi ada exam lagi. Siapa ada movie baru? Nak copy~~~ Haha
Tapi nak yang korea je, hee

Now, seriouss tak tahu nak buat apa. Rasa lain tak bz mcm selalu. Nak balik rumah, ada meeting. 
Okay bye! 


Friday, 11 January 2013

Dan apabila mengantuk. menguasai diri

Assalamualaikum, esok paper CBR. SANGAT mengntuk!

Tak tahu kenapa tak boleh focus, maybe sbb dah 3 hari berturut kan. 3 je lagi maryam, 3 je lagi.
:(
kbye 

Wednesday, 9 January 2013

Penat.

Assaamualaikum, okay tadi baru habis exam. Alhamdulillah.

PENAT tanganku menulis 2 jam tanpa henti. Sampai tak cukup booklet. Banyak sangat diminta, markah sikit. Tulisan yang buruk satu kebiasaan, sorry madam. Hee :D

Entri paling pendek. :p

Esok ---> KINESIOLOGY, please be nice to me. 

Kbye 2.0, Assalamualaikum.

Tuesday, 8 January 2013

Saya try untuk sabar.

Assalamualaikum,

Baru habis paper. FIRST PAPER. Esok ada paper, esok lagi ada paper, lusa ada paper. Betapa dekat-dekatnya paper aku. Ada 6 paper, 2 practikal exam.

Hmm, tadi ALHAMDULILLAH, Aku rasa akulah manusia yg paling pelik sebab paper habis 4.15pm. And aku terus balik dan terus menaip blog. Sebabnya, rasa nak share something dengan Mr. Blog.

Paper td 12 soalan, n semua essay. Ada 12 major diseases + semua jenis cancer. Banyak sangat! Sampaikan confius sign ni untuk condition mana, causes dia mcm mana, different dia. Huhh, seriouss rasa mcm nak lari ambil buku tadi. HAHA.

30 minit lg, aku ada 4 soalan lagi tak siap. Disebabkan TAK INGAT, tulah makan semut banyak sangat. Haha. 

Memang rasa mcm "kenapa aku lupa benda ni??", padahal dah banyak kali ulang, dah banyak kali tulis, dah banyak kali cakap. Itu namanya tak ada rezeki.

TAPI, 30 minit terakhir tu la teringat semua benda. Sampaikan ada satu soalan tak sempat. Huhh.

And banyak juga soalan yg reka buat ayat sendiri, ikut logic. Then habis exam terus balik sebab esok ada paper lagi and nak me"release" kan stress. Time naik tangga tu la aku check semua jawapan. Sebab risau sangat banyak salah sebab confius dengan banyak-banyak condition tu. Alhamdulillah, soalan yg aku hentam betul. Bersyukur sangat!

Tapi ada juga yg salah, tp tu biasalahh. Haha, kalau betul semua pelik la tu. :p

Lega sikit, thanks mak, ayah selalu doakan yam. Td before exam, call mak tak dapat. Selalu before test/exam call mak, minta mak doakan. Tapi kali ni tak dapat call. Tapi tetap rasa ada "doa seorang ibu" tu, alhamdulillah. Thanks Allah.

Aku percaya semua berkat doa parents yg bawa aku sampai tahap ni. Walau sibuk, tak ada masa nak study mcm org lain. Tp alhamdulillah td tak adalah kosong markah aku. Haha. Aku dah buat yg terbaik, and aku redha dengan apa-apa keputusan. :)

Seminggu meng"cover" semua chapter dalam sepanjang sem ni untuk 6 subjek memang BERAT sangat. Sampaikan rasa mcm kena LOW BACK PAIN and CARPAL TUNNEL SYNDROME sebab duduk lama sangat, menulis lama sangat. And mata pun dah makin rabun kot? Haha

Semalam la first time aku rasa sakit sangat belakang, dekat bahagian lumbar. Maybe duduk lama sangat and  kurang exercise, yelah seminggu ni duduk bilik menghadap buku. 

Then rasa mcm kena carpal tunnel syndrome sebab menulis lama sangat, bayangkan aku menulis balik semua possible question, semua lecture note a-z aku tulis balik. Sampaikan semalam rasa sakit, panas tangan ni, bila fikir balik yelah 3 jam aku menulis non-stop, sorry tangan sebab push awak sangat. Then aku stop tidur kejap, 2pg bangun balik sambung study.

Bila jawab exam, mcm blurr, mana tak sakit hati. Haha, atau maybe aku mkn tengahari then energy banyak digunakan untuk digestive system menyebabkan brain not functioning well. Haha. pengajaran --> jangan makan berat before exam. Bagus puasa :)

Tapi apa-apa pun, okay je td. Hyperbola je aku ni. Haha.
Dear brain, thanks a lot. :)
Memang redha dengan apa2 pun result. Yang penting aku dah USAHA, aku dah DOA, aku dah IKHTIAR. Sekarang tinggal TAWAKAL. *takut bangat, 

Hari ni punya semangat nak jawab first paper, aku pakai baju baru. Haha *over tak :p

Serious tadi time check jawapan, aku tergelak sorang2 dekat tangga sebab tak sangka apa yg dihentam betul. Hahaha. *jangan tiru aksi ini ditempat anda.

*Balik terus p mart dekat raffle, beli susu. Then balik bilik, baru ingat nak relax2 dengan susu + pasta ep15.
Tp susu dah  BASI! Okay, geram. 

Spoil mood. Huhh. 

Esok --> peads condition. 2.15pm
Hope dapat "hidayah" soalan apa yang keluar. Haha, 
Now perlu merehatkan Mr. Brain sebab dah bekerja kuat tadi, lepas maghrib baru start peads. Yeah, u can do it MARYAM! :)

*maybe musim exam ni, lebih suka diam dari bercakap, sebab tu cerita kat sini je. Sorry kawan2, saya memang mcm ni bila ada test or exam. Menghilang kejap, ada 9 hari je lagi saya mcm ni. *monolog dalaman. 

Tp saya okay je :)

Sorry kalau sesiapa yg tak suka baca entri ni sebab cerita hal personal. Tapi inilah gunanya blog ni bg saya/aku. :)

Friday, 4 January 2013

JOM study --> perihal kanak-kanak 2.0

Assalamualaikum, okay disebabkan mengantuk and bosan asyik baca, tulis. Untuk subjek kanak-kanak ni, best pulak menaip :)

Hari tu masa test viva peads just CONGENITAL MALFORMATION dan MOVEMENT DISORDER.
Now nak cerita tentang subjek awal-awal sem, 

COGNITIVE DISORDER --> totally related to brain.

Yg ni ringkasan jelah tau, n aku tulis dalam bahasa melayu. Supaya adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yg bukan dlm science pun boleh faham :)
Yg dah tahu senyap, buat-buat tak tahu. Haha 

Okay, cognitive disorder ni maksudnya kognitif. Okay, tak lawak. Haha.

Cognitive ni adalah mental process, relate dengan semualah, attention, perception, memory, problem solving. Yg memang 100% dikawal oleh otak-otak kita.

Jadi, untuk kanak-kanak yg ada masalah dengan cognitive ni banyakkkk. Yg famous
1. Pervasive developmental disorders
2. Attention deficit disorder (ADHD)
3. Conduct Disorder
4. Learning disabilities
5. Mental retardation

Aku explain satu2 k.

1. Pervasive Developmental disorders. Nama pun dah pelik, haha.
Okay yg ni nama besar based on DSM-IV. Ada 5 types dalam ni,
a. Autism
2. Childhood Disintegrative
3. Pervasive DEvelopmental Disorder
4. Asperger`s disorder
5. Rett syndrome

Yg ditekankan dan best adalah autism, asperger`s disorder dan Rett's syndrome.

AUTISM 
Define --> Developmental disabilities that effects a child's communication, social interaction skills and patterns of behavior.

Rasanya ada yg dah tahu tentang penyakit ni. Kalau yg tak tahu, pernah tak tengok cerita hindustan "MY NAME IS KHAN"? Shah Rukh Khan berlakon, mungkin ada yg assume dia gila dalam cerita tu, tp sebenarnya tak. Nama penyakit tu autism, memang ada sejak lahir tp ikut la severity tu. Ada yg mild ada yg okay. Tp yg aku perasan kan, kanak-kanak autism ni ada speciality masing-masing and kadang-kadang lagi hebat dari kanak-kanak normal. Mcm power rangers kan, setiap org ada special masing-masing. :)

Itulah, Allah maha adil, setiap kekurangan ada kelebihan :)

Causes --> 
brain abnormalities
genetic event but not single gene/group account for all autism cases
not caused by one single factor
environmental factors

Selalunya causes untuk autism ni adalah genetic, sesiapa yg ada sejarah keluarga yg ada penyakit ni ada tendencies untuk dapat jugak. Dan selalunya kanak-kanak autism ni akan associated with other conditions mcm ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), OCD (obsessive Compulsive Disorder), learning disability, dowm syndrome, hyperlexia dll.

Tapi jangan risau, progressive of disablity boleh berkurang kalau selalu p treatment.

Kanak-kanak autism ada 3 area of impairment
1. IMPAIRMENT OF COMMUNICATION
- no shared attention
- inappropriate eye contact
- lack of communication intent
- repeating words
- pronoun reversal

LANGUAGE
- poor auditory skills
- difficulty with sequencing
- lack of understanding
dll

Act banyak sangat, kalau perasan, kanak-kanak ni memang susah sangat nak buat eye-contact dengan org lain dan kurang bercakap. Selalu berada di dunia sendiri.

2. IMPAIRMENT OF SOCIAL INTERACTION
- lack of attention to people
- treating people as inanimate objects
- not responding when addressed in group
- needing personal space
- inability to interact with others

Disebabkan kurang attention, kanak-kanak ni susah nak bersocial dan berkawan, even dengan family sendiri.

3. IMPAIRMENT OF FLEXIBILITY OF THOUGHT AND BEHAVIOR
- narrow interests and obsessions
- rigidity - difficult with changes
- unusual coping mechanism
- difficulty with generalization, problem solving

Kanak-kanak ni susah nak terima benda baru, contohnya kalau dia minat melukis, just tu je dia minta, dan tak suka changes.

TAPI, walau banyak2 kekurangan untuk kanak-kanak ni, mereka lagi jujur drpd kita. Kalau minat kat something, mereka akan focus 100% dengan benda tu, dan strong visual performance skills. Ada yg jadi pelukis terkenal, ada yg jadi researhers, ada yg jadi programmer. Hebat kan? :)

ASPERGER'S DISORDER
Penyakit ni termasuk dalam autism jugak.
Kanak2 ni have a 

- few facial expressions

- have difficulty reading the body language of others

- they might engage in obsessive routines

- display an unusual sensitivity to sensory stimuli (for example, they may be bothered by a light that no one else notices; they may cover their ears to block out sounds in the environment; or they might prefer to wear clothing made only of a certain material).

- motor delays, clumsiness, limited interests, and peculiar preoccupations. 

TAPI, kanak2 asperger ni memeng sangat PANDAI, GENIUS. 




RETT`s SYNDROME

Define --> Rett syndrome is a disorder of the nervous system that leads to developmental reversals, especially in the areas of expressive language and hand use.

Mostly perempuan, sebab kalau lelaki memang akan berlaku keguguran masa mengandung.
Hmm, tak ada dalam nota. Kena study lagi tentang ni, nanti aku tambah. 



2. ATTENTION- DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDERS (ADHD)

Kalau ada anak/ adik/ anak sedara yg tak reti duduk diam  yg melompat sana sini, buat bising, suka makan gula-gula, tak boleh concentrate dalam kelas itulah salah satu symptome ADHD ni. 

Sebabnya ramai yg tak tahu tentang penyakit ni, kesian kanak2 tu. Kena marah, kena tengking, kena pukul? Sebabnya tak reti duduk diam kacau org. 

Causes --> GENETIC, lack of serotonin

INATTENTIVES, HYPERACTIVITy, IMPULSIVENESS

Symptom
1. INATTENTIVENESS
- lacks of attention to detail, make careless mistake
- has difficulty sustaining attention
- doesn seem to listen
- fails to follow/ fails to finish projects
- easily distract
- forgetfull

Selalunya kanak-kanak ADHD memang susah sangat nak focus. Bila study dekat sekolah, memang senang sangat distact dengan benda-benda lain dan senang khayal. 

2. HYPERACTIVITY, IMPULSIVITY
- leaves seat when inappropriate
- runs/ climbs extensively
- has difficulty playing quietlt
- often "on the go", or driven by a motor
- talks excessively

Huhh, memang susah nak jaga, Seriousss,, kanak-kanak ni suka panjat sana sini, menjerit-jerit, cakap tak henti-henti. Tp best jugak kan. Haha 

Primary problem, BRAIN. Diminish arousal of nervous system, then decreased blood flow to prefrontal cortex and pathaways connecting to limbic system (caudate nucleus, striatum)

--> masalah dekat otak, bahagian arousal (yg control attention), menyebabkan kurang peredaran darah ke bahagian depan otak yg control attention, limbic system (memory, emosi dll)

Treatment --> counseling, drugs, dll
Dannnn, kalau ada kanak-kanak yg disyaki hyperactive jangan bagi makan gula-gula banyak sangat. Nanti jadi lebih hyper.


3. LEARNING DISORDER
okayy, yg ni best. Siapa pernah tengok cerita hindustan Amir Khan? Dyslexia? 
Yg ada masalah dengan pembelajaran? Ada 8 jenis LD, dan dyslexia termasuk dalam ni.

1. Dyslexia - language and reading

2. Dyscalculia - arithmatic and math

3. Dysgraphia - writing

4. Dyspraxia - motor coordination

5. Central auditory processing disorder - processing, 
remembering language

6. Non-verbal learning disorders 

7. Visual perceptual - cannot copy, reverse letter

8. Language disorder (aphasia)


ANd aku, kena hafal setiap satu beserta symptom. Kalau kanak-kanak ni akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas, akan ada guru khas akan ajar mereka. :)

4. CONDUCT DISORDER
Okay, yg ni pulak BAHAYA. SANGAT BAHAYA. Kanak-kanak yg ada penyakit ni selalu melawan cakap parents, ada kemungkinan guna dadah, rokok, alcohol dalam usia yang SANGAT MUDA.
Kurang empathy kpd org lain dan jadi aggressive to animal and other people DAN tunjuk perasaan SUKA bila dah buat something tak elok kpd org/binatang.

Symptome 
- using WEAPONS in physical fight
- frequent lying
- criminal behavior ( stealing, lighting fires, breaking into houses)
- tendency to run away from hone
- suicidal tendencies

selalunya benda-benda ni disebabkan IBU BAPA itu sendiri. Drug addict semasa mengandung, family conflict, poverty, genetic. Kesian3. :(

MEMANG BAHAYA. 

5. MENTAL RETARDATION
define --> impaired cognitive functioning and deficits in two or more adaptive behaviors with onset before the age of 18.

Causes 
- infection
- chromosomal abnormalities
- environmental
- genetic
- toxic. trauma

Effct
Problems in learning, functioning due to intellectual disability
behavioral problems
sensory impairment
social problems, dll

Ada yg sampaikan parents kena jaga 24 kanak-kanak ni. Sebabnya kanak-kanak ni tak boleh independent dalam kehidupan harian mereka. Itulah tugas kami, as an Occupational Therapist untuk assist patient and caregiver. *tetiba

Org selalu tanya, kami as an occupational therapist buat apa. Kami belajar orthopedic, kami belajar tentang kanak-kanak, kami belajar tentang mental disorder, kami belajar semua sekali. Apa yg kami buat? Kami bantu mereka untuk jadi lebih independence dalam kehidupan harian, dalam semua sekali. And OT adalah pilihan pertama aku masa isi upu lepas matrik dulu. :)

Kalau tak pandai makan, tak pandai mandi, tak pandai pakai baju, tak pandai bersosial. KAMI AKAN AJAR DAN BANTU MEREKA SELAGI BOLEH.

Apa beza physiotherapy? Physiotherapy more tu physical, kami more to functional, Lain kan? :)

So, ambillah OT, semua benda korang kena belajar. A-Z, bukan theory je, Tp practical sekali, kena creative. Aku harap dapat terus belajar, terus belajar, terus belajar dalam OT ni. Walau susah, belajar susah, nak dapat DL susah, Tp aku suka cabaran :)

Kalau ada peluang sambung master then PhD. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Tetapkan dalam hati, BELAJAR KERANA ALLAH. :)

Okay, aku start benda ni dri 12.30tghari tadi dan berakhir 2.30ptg. 3 JAM! Patutlah lapar. Haha, Exam peads rabu ni (9/1/2013) hope dapat buat exam dengan tenang sambil senyum. Haha :)

Okay, Assalamualaikum. Selamat study and all the best! 

Tuesday, 1 January 2013

Hari esok. :)

Assalamualaikum,

Act tak ada apa2 pun hari esok. Cuma hari esok macam biasa, bangun study, makan, study, makan, study, study, study, tidur, bangun pagi esok. Hari tetap berlalu, tarikh tetap berubah, umur semakin meningkat, masa tetap berjalan, berlari meninggalkan kita.

Tapi yang lainnya, amalan kita setiap hari. Apa yang kita isi dengan masa tu. 



AKU 

TAKUT



Kadang-kadang rasa takut nak tidur, takut esok tak dapat mata.
kadang-kadang rasa kosong,
Kadang-kadang rasa semangat.

Takut--> nak exam :p

Hahaha, 

Semalam lama borak dengan roomate. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada diari kehidupan. Masa silam mengajar kita erti kehidupan. Jangan sedih, Allah sentiasa bersama kita.

Hari ini kita bangun dengan senyuman, hari esok siapa tahu. 
Hari ini kita rasa megah dengan kuasa yg ada, hari esok?
Hari ini kita mendapat hidayah, dilindungiNya. Hari esok?
Hari ini kita ketawa, hari esok?


ENJOY

YOUR LIFE


Impian? Dreams? Yesss, aku seorang dreamer. Teruskan bermimpi sahabat-sahabat selagi mampu, teruskan usaha selagi ada MASA. :)

Sebenarnya banyak sangat nak cerita, tp takut drag masa. Nanti-nantilah lepas exam, comfirm setiap hari~ :)


Act, aku tak tahu kenapa rasa macam nak luahkan sesuatu. Dan aku, lagi suka menaip daripada cerita.

And thanks Mr. Blog sudi mendengar. Hahahaa :)


Tahun 2012 tinggal kenangan.
Time --> akhir tahun 2012 --> 31/12/2012



Abaikan tudung aku, haishh~ Haha.



Sama je. =,="
Kuning sangat! Masa ni tengah tunggu adek beradik MPP syumie and nazreen untuk p BBQ akhir tahun MPP :)
*nampak sangat gambar ambil sendiri. Haha

Gambar banyak sangat masa BBQ tu. Nantilah upload. K, sambung study. Thanks Mr. Blog, nanti saya belanja cool blog. Haha :p

Assalamualaikum, kepada adik-adik sem 1. Goodluck paper ANP esok! :)
.
.
.
.
.

Tambahan --> act entri ni paling entah apa2, tak ada motif. Nampak tak keserabutan nak exam. Hmm~~ sejujurnya walau beribu kali dah exam, tp still takut~ 
And abaikan ayat yg berterabur. :D

Bila takut --> gelak --> haha --> okay balik
*tapi buat bila tak ada org k :p

Good Luck!