Tuesday, 31 July 2012

untuk kaum hawa yg disayangi :)

Sekarang ni,, macam-macam boleh berlaku.. even dalam facebook pun org boleh curi gambar2 kita, letak dalam page yang entah apa-apa.. letak gambar2 kaum kita yang tak senonoh, menjijikkan, mengaibkan, :(


tp nak salah siapa?? salah kan admin tu sebab curi gambar tu?? 
tak,, bagi aku~~ salah kita sendiri.. so pleaseee,, jaga maruah kita sebagai kaum hawa.. 
nak pakai cantik-cantik,, nak posing mcm mana pun, BOLEH,, but please kalau benda itu menjatuhkan maruah sendiri buat apa kan?? 


mesti ada yg akan ckp "ishh,, nak cantik2 sikit pun tak boleh, nak pakai glamour pun tak boleh", "kolot lah pakai macam ini", "aku kan cantik, mestilah nak tunjuk"...
hmm,, takpe2,,,, tp baca ini dulu :)


terjumpa satu article yg menarik n amat bermanfaat untuk kaum hawa:


(http://ni5a.multiply.com/journal/item/58/Allah-telah-menjadikan-manusia-ini-berpasang-pasan...?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem)


Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. 
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. 
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. 


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.




Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, rasa semua orang tahu. 
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. 
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. 
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.


Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. 

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya.


maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki yang tidak berdosa itu, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 



Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.




Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya dengan tiga orang wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insya-Allah selamat dunia akhirat. 


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Wallahualam. Wassalam. Sekian. 

cute kan?? kan lagi manis kalau macam ni,, hee:)

*hope we can be a better muslimah, insyaAllah*


This is the real Me,, :)

I'm not perfect, I never tried to be. I've made mistakes. I've taken the easy way out. I've lied to my friends. I've hidden the truth so many times from so many people. I've hurt people, and I've even done it on purpose. I've left people behind. I've spread rumors. I've said things that I didn't mean. I'm no better than anyone, anywhere. I'm human. I have faults, and I'm not afraid to admit that. I want to change, but I won't. Because that's what we do. That's what we've always done. We list our faults like a grocery list, and we move on, expecting everything to somehow change itself. It never will. I will never change. I will never be perfect. I will always make mistakes. I'll, more often than not, take the easy way out. I will lie, hide the truth, hurt people, leave people behind, spread rumors, and say things I don't mean for the rest of my life..


kadang-kadang aku nampak kuat tapi sebenarnya tak
kadang-kadang aku nampak confident, tp sebenarnya tak
kadang-kadang aku nampak berani, tp sebenarnya takut
aku senyum depan cermin untuk dapatkan confident
kadang-kadang aku rasa aku kemas, kadang-kadang rasa selekeh

mencuba untuk menjadi sempurna, amat menyakitkan.. mencuba untuk menjadi yang terbaik amat menyedihkan,, mengharap sesuatu yang belum pasti amat memenatkan, mengimpikan sesuatu yang jauh, amat memenatkan..
serius,,~~ ada masa kita happy, ada masa kita sedih.. hidup kita masih panjang..

jangan give up~,, banyak lagi benda yang kita perlu lalui, ramai lagi org yg perlu kita jumpa.. jangan pernah putus harapan.. =)

kan best kalau ada doraemon, boleh guna mesen masa, kembali ke masa lalu, betulkan apa yang silap,,
kan best kalau ada superman,, rasa selamat je, 
kan best kalau jadi mcm jimmy neutron,, pandai, 

kan best.. kan best... tak penat ke fikir semua ni?? Allah kan ada,, Allah sentiasa ada dengan kita.. kenapa kita masih lagi tak bersyukur? kenapa kita masih lagi nak mengubah semua ini,, semua itukan dah tertulis..

hmm,, ,manusia mmg susah nak bersyukur..
dont judge book by its cover.. 
kenapa org suka sangat tengok luaran? suka sgt judge org.. adakah diri sudah sempurna??
haishh,, penat nak melayah kerenah orang.. buat aku malas nak baik-baik sgt dengan org.. huhu :(


Form 3

ntah laa bila~~~

matrik,, kimono~~ hee,, tyme ni menang pakaian tradisional,, 

raya haji 

Clinical visit

clinical attachment
hospital sultanah bahiyah ;)

raya 2011

study week ~~~ elergy :(

Monday, 30 July 2012

Ganu kita,,, senyum Sokmo,, heee:D

Assalamualaikum,, tanggal 29 Julai,, saya dan keluarga saya telah sampai ke Terengganuuu~~ buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sana,, hahaha,, (org selatan dtg pantai timur, jakun skit) haha,, :D


kami telah menetap di Hotel Seri Malaysia,, best la jugak, tp hotel ni sama je kan design susunan bilik sume kat mana-mana,, tp best laa,, kat sini banyak tempat shopping, n murah-murahhhh gilaaa,, mmg shopping sakan laa kteorg,, lagi satu yg lainnye,, kat sini semua signboard apa2 ada tulisan jawi,, bagus2,, even MCDONALD pun ada tulisan jawi tau! hahaha,,


first sampai2,, kteorg g Masjid Kristal,, hee,, subhanAllah, cantiknyeee,, :)

cantik kaannann,, tp kalau malam lagi cantik kot?? hee,,

durian pun murah2 tau~~~ yg ni 2 longgok Rm15,, mmg habiskan terus je kat situ,, sedap3, haha

haha,, malas nak rotate kan,, tp ni jela satunya2 gambar aku~~ 
yelaa,, pasni xnak jg photographer! haha

act bnyak je gmbar2,, tp malas nak upload,, internet lembab~~ hewhew,,




Thursday, 26 July 2012

Cinta kepada Allah adalah cinta yang paling hakiki :)

Assalamualaikum,, haisshh,, bosan la cuti ni tak buat apa-apa,, asyik nak menaip je, hee :)


Cinta? bila sebut cinta je,, msti ingat yg brlainan jantina,, cinta kpd "boypren??", cinta kpd "pakwee??"..
smpai kadang-kadang org terlupa ada juga cinta kpd sahabat, cinta kpd ibu bapa,, cinta kepada Allah,, :)


cinta kepada Allah adalah cinta yang palingggggg hakiki, percayalahh,, tak perlu mencari, ia akan datang sendiri,, ada juga org ckp, "jodoh tak akan datang kalau kita tak cari",, bila dgar mcm ni,, kadang-kadang takut la jugak jd "andartu" hahaha,, ayah pun asyik ckp je,


"cari lah mse tgh belajar ni, kat pejabat ayah tu brapa ramai yg dah tua pun tak kahwin lagi,, sekarang ni susah nak cari lelaki yg okayy,, pandai-pandai la pilih,,,"


ayah dah bagi green light, aku ni je~~ ramai ckp "maryam sombong!",, huhu,,
bukan aku nak jadi sombong, bukan aku berlagak, tapi aku just tak sedia lagi, aku rasa tak boleh nak terima mana-mana lelaki,, tak tahu kenapa,, aku lagi suka sorang-sorang, tak payah nak fikir nak jaga hati org la,, apa laa,, huhu


teringat masa sekolah, aku ANTI-LELAKI, nak tahu kenapa? sebab bagi aku lelaki ni sume sama, kawan-kawan yg baik-baik, bila couple habissss~~~ dari sekolah ayah n abg aku selalu pesan, BELAJAR< BELAJAR< BELAJAR...


kalau aku ckp aku tak ada suka sesiapa tipulah kan,, hahhaa,, adaaaa~~ tp secret, just simpan je, hee :)
aku tak ada cerita kat sape2, maluuuu,, org tu pernah luahkan perasaan kat aku,, tp aku buat bodoh,, sebab aku malu,, hahaha,,  then xbape lame, aku dpt tahu dia dah couple,, agak sedih la jugak, tp Alhamdulilah,, aku dpt elak diri aku drpd gejala couple2 ni,, Sweet kan Allah, suka bagi surprise, semua benda ada hikmahnya,, ;)


then, masa upper form, aku pindah skolah, kat sekolah tu, aku jd lagi laaa,, tak boleh nak berckp pun dgn lelaki,, takut dg senior,, hahaa,, awal-awal lagi, senior warning,


"maryam, jgn lalu kelas mechanical tau, jangan ckp2 dgn lelaki, jgn nak gedik2" 


aku pun jadi laaaaa anti-sosial,, hahaha,, then number phone aku tersebar,, bila ada org bg msg, aku mmg reply, tp mcm2 tu jela,, tak suka org ckp aku ni perasan la, sombong la,, huhu,, kadang-kadang aku confius,, nak reply ke x,, bila reply org kata gedik, bila tak reply org kata perasan, sombong,, huhu,, serba salahhh tahu tak??


bila dah ramai org aku mcg2,, kawan aku kata aku PLAYGIRL.. padahal aku just  1 2 msg jawab salam je pun,, bukan nye aku mcg syg2 la, gedik2, ngada2,, mcg pun kau aku je,, huhuhu,, sedih gak la ada org ckp aku mcm tu,, bestfriend sndiri yg ckp,, then aku terus tak layan semua,, dahhh dorang kata aku sombong,,
last2,,


 "lantak korang la nak ckp apa,, janji aku bahagia, aku tahu jaga batas aku, aku tak buat apa-apa yang salah" huhhh :(


lagi satu aku fikir, kalau aku cari kat skolah,, agak-agak kekal ke smpai pelamin?? klau aku cari kat matrik dulu,, kekal ke? huhu,,


dulu masa matrik, aku rasa matrik tu da mcm tempat mencari pasangan je tau,, haha,, org lain dating sana-sini,, tp bg aku,, matrik setahun, kne struggle, kalau cari kat sini, nnti masuk U ntah mana-mana,, then kat U jumpa yg lagi baik, lagi cantik, kesian aku ni~~ hahhaa


then kat U, tmpat aku majoriti perempuan,, lagi la susah nak cari,, lagipun, aku bz dgn persatuan2, study,, tak sempat nak fikir2 sume ni,, jadilah anti-sosial AGAIN!


daripada dulu, aku fikir satu je,, aku nak cari someone yg the first and the last :)
macam-macam dugaan tahu tak jadi perempuan... macam-macam kena jaga,,
aku jaga semua ni untuk kamu sorang je tahu tak??
aku terlalu memilih ke eh?


*yelaa,, mestila memilih, nak sehidup semati kan,, nak hidup sama-sama sampai tua,, nak jadi ayah kepada anak-anak aku,, atuk kepada cucu-cucu,, mesti la kena pilih,,, betul tak?? hahahaha :)

in relationshipshipship,,, :p

Assalamualaikum,, ;)


kali ni nak ckp psal status "in relationship" lagi2 kat fb,,:


seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...


Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat..


*tp kalau nak letak "in relationship" dgn kwn2 prmpuan xpe kan?? heeeee ;)"*

Wednesday, 25 July 2012

Allah knows the best,, percayalahhh :)




So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.



setiap yang berlaku ada hikmahnya,, jangan pernah menyesal, jangan menangis, jangan bersedih, jangan marah,,, kerana, apa yg kita rasa ini akan berguna di masa hadapan,, percaya lahhh,,, Allah saja je nak bagi surprise kat kita,, :D

pergi pasar ke muzium?? haha




Assalamualaikum,, huiii3,, petang2 mcm ni, panas wooo,, bulan puasa lagi kan,, menguji kesabaran betul,, bila tengok cool blog td,,, hew3,, terliur kejap~~ hahahha


td p teman mak p giant beli barang2 dapur~ lawak laaa,,, aku rse mcm p muzium sbb secara jujurnya banyak nama-nama sayur aku tak tahu,, ikan pun sama,, tahu makan je~ kesian laa suami aku nnti,, hahaha


n lg satu,, pengakuan : AKU TAK PANDAI SIANG MENYIANG IKAN


fail la calon menantu mcm ni,, teringat dulu2 masa tu form 2 kot,, ayah aku la yeye je nak sruh aku n kkak blaja siang ayam n ikan,, aku n kakak siang ikan guna sarung tangan tmbah surat khabar kat dalam sbb tak suka licin2,, geliiiii~~ haha,, hampeh betul.. =,="


mak aku tgok,, tension je tgok kteorg, last2,, mak aku yg buat,, tu la first time aku siang ikan n kali terakhir,, sampai sekarang xde la nak siang2 ni,, hewhew,,


sayur pun aku xthu,, ade tu kankung n sawi aku konpius la yg mana,, daun sup n ketumbar pun xdpt bezakan,,
ade skali tu,, teruk gila aku ni,, mak aku sruh ptong serai kat belakang nak masak, aku amek daun diaaaa,,, hahahhaa,, tp skrg dah kenal laaaa,,


hari tu ayah aku bwk buah langsat, then aku tanya,, "ayah ni ciku ke duku??"
hahaha,, adik aku pulak ckp, "ni langsat laaa!",, aku dengan berlagaknya "hahahhaa,, apelahhh ni duku laaa"aku tanya balik " ni duku ke ciku",, ayah aku ckp "ni ciku",, pastu fmly member aku yg len gelak besar kan aku,, hahahah


last2, ayah aku ckp " ni langsat laaa" aku tanya balik "ayah,, ciku tu apa? yang mana? lupa laa?
haishhh,, hahahahaha,, aku siap google lagi kot nak cari ciku yg mana,, hahaaha


*maryan,, maryam,,, bila la hang nak pandai masak* hewhew :)












Tuesday, 24 July 2012

Berfesyen tak salah yang penting menutup aurat :)

hye2,, assalamualaikum,, :)
tetiba nak ckp psl fesyen ni,, hmm,, td usha2 la page tudung2 yg latest kan,, then tgok la video model2 sume kan,,
Pelik dengan fesyen2 sekarang ni,, bukan nak kata fesyen aku bagus sangat or baik sangat,,~~
tp,,,,, pelik-pelik jela fesyen2 sekarang ni,, mcm sarang tebuan kat atas kepala pun ada jugak,, ada yg mcm berserabut gilaaa.. (ish,, tak baik kutuk, tp realiti)~~~ haha,,
kadang-kadang pelik, bila nak sembahyang susah kan nak bukak? tak panas ke pakai tebal-tebal kat kepala) tak berat ke pkai banyak2 berlapis2? contohnya macam ni, (pak cik google)



wanita... sanggup buat apa-apa untuk nampak cantik,, ada yg terlalu taksub nak cantik, sampaikan kadang-kadang terlupa ada limit,, fesyen, sapa je tak suka.. ada pattern baru je nak beli, nak try, last2 penuh la almari tu, nak tutup pun x muat, last, masuk bag, simpan dlm stor,, hahaha


dulunyaa,, aku mmg minat shopping, nampak benda cantik je nak beli,, nampak ada sale~ woww,, happy gilaa,, haha,, tp skrg, dah x lagi,, bosan dahhh,, pakai apa yg ada jelaa,, tudung, selendang pun pakai apa yg ada jelahh, malas dah nak ikut2 sgt,..


benda yg paling susah untuk org yg nak berubah ke arah yg lebih baik bg perempuan adalah, baju, tudung,,
drpd dulu mmg baju aku boleh dikatakan semuanya labuh, tp ikut shape, jadi bila sekarang, dah tak nak la pkai baju-baju tu semua,, nak yg sesimple yg boleh je sekarang,, serioussllyyy susah!


sebab, aku kena tukar semua baju2 tu,, kena beli baru,, tp alhamdulillah,, slow2 aku tukar skit2, huhu
then tudung? drpd selendang yg biasa-biasa ke yg lebih labuh,, seriouslyy susah jugak...
kadang-kadang rasa sayang bila tak guna,, mmg kena lawan la diri sendiri,, tp alhamdulillah,, slow2 jugak la aku tukar ke yg labuh sikit,, tudung pun kena pndai pilih,, mcm tudung bawal mostly jarang,, kena pakai inner neck, tu yg pakai selendang je sekarang,, bila pakai selendang boleh la nak buat labuh2,..
mmg rasa sgt selamat bila pkai tudung labuh2 ni tau,, kadang2 rasa mcm nak pkai telekung pun ada jugak,, heee :)
tp bila pakai selendang,, kadang2 rasa mcm over pulak bila pegi kelas,, tp nak buat mcm mana kan,, dah tu je yg ada n selesa,, ada sstengah org, pakai selendang berejam-jam,, tp aku,, sesimple yg boleh,, tak tgok cermin pun boleh (bajet la pulak) haha,, malas la nak berfesyen2 ni,, satu style je aku slalu pakai,,


stokin dan handsock?
seriousllyyyy susah nak disiplin pakai,, tp alhamdulillah skrg ni, rasa lain bila tak pakai,, n sepanjang sem 2 ni, aku berjaya disiplinkan diri aku,, yeahhh  :)
kadang-kadang rasa panas bila pkai handsock berlapis2, kadang2 rasa tak selesa bila pakai stokin then hujan,, lembab2,, tp...
cuma satu je benda kena ingat,, panas kat dunia tak apa, jangan panas kat akhirat,, 
org selalu terlupa or buat-buat terlupa, yg kaki jugak aurat,, dah cantik dahh,, dari atas smpai bawah, tetiba kaki tak pakai stokin,, tak cukup cantik la kalau mcm tu,, 


environment mmg sgt penting nak disiplinkan diri,, kawan-kawan laa, alhamdulillah,, kwn-kwn aku sokong n saling ajak mngajak buat kebaikan,, 


hopefully i can be a better MUSLIMAH.. :)

sesungguhnya saya tak suka memasak,, kbye:)

kenapa perempuan je kena memasak, memasak je perempuan??
alhamdulillah,, td belajar masak ikan masak asam pedas,, weeee~~
tp. secara jujurnyaaa laaa kannn,, aku juz potong-potong je n masuk2 kan,, kacau-kacau jeee,, hahaha
aku paling tak suka potong bawang,, wahaiii pak cik bawang merahh, bawang besarr,, kenapa kau annoying haa? asal aku potong kau je, mata aku berair, asal aku lama-lama ngan kau je aku rasa nak nangis,, sobsob
haha,,


lagi satu tadi,, nenek kunyit,, dah la kecik, pastu susah pulak tu nak buang kulit~ aku asyik tanya je kat mak aku,, "mak,, nak buang jugak ke kulit ni?? dah la kecik,, susah laaaa,, masuk kan jela boleh?" haha,, then mak aku "ehhh,, mana boleh, sini lah mak buat" haha,,  bagus tak tektik aku?


haa,, sini aku nak kongsi, kalau korang tak suka masak kan,, korang wat-wat tak tahu je,, contohnya,,
tanya macam2 laa,, "mak, macam mana nak potong ni", "mak, susah la ni" , "tak pandai la nak buat ni"...
tanya je banyak-banyak kali, nnti lama-lama tak adalahh org nak paksa masak,,


kalau mak ckp "nanti nak kahwin macam mana ni??, ni kalau depan mak mentua kne reject habis" ckp la mcm ni,, "alaa,, kahwin lama lagi laa,, 5 tahun lagi mak,, calon pun tak ada" hahaha


asal balik rumah je, mak suruh masak, duduk dapur tengok mak masak~~ aisshhh,, sesungguhnyaaa,, aku tak suka memasak, bagi lah kerja lain, aku boleh ke buat kecuali memasak,, bosan kot!


tulaahh,, dulu, masa dalam perut mak, ayah nak anak lelaki, last-last dapat anak pmpuan, jadilah mcm aku~ hahaha, aku pelik satu je,knp first impression org pd aku "maryam ni lembut orgnya",, kepada org diluar sana,,, jgn salah faham, jangan tengok luaran kayy,, myb aku nampak lembut,, bila dah kenal baru tahu~~
hee :p (tak lembut, nakal je kot??)


tp bila fikir-fikir balik, aku still kena belajar memasak, suka tak suka kena jugak.. hmm,, yang aku bangga sikit la kan,, aku jarang n tak suka nak masak-masak ni,, tp bila sekali masak mesti jadi,, alhamdulillahhhh,,, hee:)


ada sekali tu, masa form 3, lps PMR, mcm biasa lahh,, ada je program-program, pertandingan apa2 la kan,, tyme tu ada pertandingan masak tau, aku n kwn aku msuk,, ada 16 group yg masuk, saje2 jela masuk, bosan2 kan,,


tp yg lawaknye, aku n kwn aku ni tak pandai n tak pernah pun masak,, kteorg rancang nak buat nasi tomato, dessert ace cream + jelly + chocolate + smooties,, pehhh,, sedap gilaaa kot,, hee
masa mlm ptndingan tu,, aku sruh mak aku ajar,, mak aku yg sediakan bahan, aku siap tulis cara-cara sume, bahan sume mak aku sediakan cukup-cukup, tinggal letak je,, hahha,,
then bila part, "nanti kena tumis",, aku tanya balik "mak,, tumis tu apa" hahahaha,, mmg hampehh betul,, tumis pun tak tahu,, mcm mana nak masak esok ni??? then masa ptndingan tu, aku masak nasi sume,, (tu pun act tak tahu, sukat jugak ikut sukatan mak, haha),, n aku yg tumis smbal sume, kawan aku goreng ayam n sediakan dessert je..
menu kteorg:
mknan berat: nasi tomato n ayam sambal
dessert: ice cream
buah: buah naga (wowww)
air : air roselle


act, sume tu mmg fav aku,, buah naga mmg group kteorg je yg buat,, then susun cantik2,, siap ada lada besar, bawang goreng utk hias,, aku mmg puas hari laa ngan hasil kteorg,, rasa mcm tak sangka dpt buat sume tu,,, tgok group lain sume buat gempak2, ada wat soup la, nasi bukhari la,, briani la,, mcm2, mmg tak mengharap pun nak menang masa tu sbb sume group pun hebat,,
bilaa,, pngumuman pemenang,, group aku dapat tempat pertama~~~
mmg rasa mcm nak lompat-lompat je masa tu,, hahahaa,, alhamdulillah :)
knangan manis la, menang pertandingan memasak tp tak pandai masak,, haha,,


insyaAllah,, even tak suka nak memasak, aku still belajar,, nanti dah kahwin, tak la mkn kat luar je, tak bagus, kesian bakal suami aku nanti,, tak pasal-pasal cari lain~~ hahahahaha


haaa,, teringat pulak tadi....


td kat dapur, mak aku crita pasal adik aku,, mcm ni,,, adik aku tengok upin ipin, pasal sungai, dorang ckp, air hujan tu mengalir ke sungai jadilag air paip,, then adik aku tanya balik
"mak, kalau air hujan mengalir ke sungai, pastu jadi air paip, sungai kan ada ikan, kenapa air paip tak keluar ikan pun??" hahahahahha,, terbahak-bahak aku gelak kat dapur ngan mak aku td..


aishh,, kalau fikir-fikir balik, betul jugak kan??? aku pun xterfikir pun,, BIJAK BIJAK,, hahaha :)





Monday, 23 July 2012

TENANG vs KAYA??

Assalamualaikum,, again~~ :)
tetiba rasa mcm nak menaip pulak,, dah lama rasanya tak tulis apa2,, 
hari ini third day puasa,, happy sangat sebab satu family dapat brkumpul hari ini,, Alhamdulillah,,
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah,, walau sekecil zarah kenikmatan Allah bagi kepada kita, kita kena bersyukur,, td ada baca kat satu post ni, Allah bagi kita bernafas hari ini pun sudah cukup beruntung. tp kenapa kita masih tak bersyukur?? 
rasa bahagia kan tengok gambar ni,, hee:)


bagi aku, ketenangan benda paling penting dalam hidup kita.. 
kalau kaya, banyak harta, banyak rumah, bayak aset,... tp~~ tak tenang ape gunanya,,
kalau cantik, ramai peminat, dipuja-puja.. tp~~ hati tak tenteram ape gunanya,
kalau famous, jadi public figure, pergi mana-mana org kenal,, tp~~ hati takut ape gunanya,

kenapa ea, manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada (peringatan kpd diri semdiri jugak)
Allah bagi anggota badan yg sempurna pun dah beruntunglah, ada tubuh badan yg sempurna ni pun masih ada yang malas nak kerja, bergantung dengan orang, tipu duit org sana-sini.. 

orang selalu kaitkan bahagia dengan harta,, asal banyak harta je, bahagia,, asal org tu kaya je, nak cakap "untunglah", dengan harta tu boleh beli ke kebahagiaan? 
~~everything need money, but money cant buy happiness~~ 

kaya dengan menjatuhkan orang lain, kaya dengan guna duit rasuah, kaya dengan guna sumber yang haram,..
ingat dengan harta tu boleh bawak ke alam barzakh ke? hati tenang ke?
dengan harta tu, beri makan anak-anak dan isteri,, berkat ke kalau macam tu?
huhhh,, 

please la sedar ye pak cik mak cik sekalian,,
ya Allah, bukakan lah hati-hati mereka,, berilah mereka hidayah dan petunjukmu ya Allah,..


hewhew~~~ everyday new story begins,, =)

assalamualaikum,,
baru je delete semua post-post sebelum ini,, tutup buku lama buka buku baru,, =)
dah 1 sem x update blog ni, then delete semuanya,, hee,,