Saturday, 4 May 2013

Berdebar.

Assalamualaikum, 

Esok hari mengundi, pastinya RAMAI yang dah tak sabar. Act td aku teman abg p KLCC untuk p pameran2, memang sangat lengang KL. Tak sangkaa, kosong sangat. Parents pun dah balik JB untuk mengundi, memang tersangat jammed semalam sbb mostly balik kampung smlm.

Sebenarnya, disini ada satu pengakuan, iaitu aku BELUM boleh mengundi. Sebabnya belum cukup beberapa bulan je untuk mengundi, tahun ni 21 tapi belum birthday. Sbb tu nak cakap banyak tentang politik, belum layak. Dan sbb tu juga bila dalam post, semua general. Bukan atas pagar k. :)

Pada awalnya memang aku jeles dengan sahabat-sahabat yang boleh mengundi. Tp memikirkan pilihanraya kali ni amatlah sengit menjadikan tugas dan amanah yg diberikan pada semua rakyat untuk memilih menjadi berat, TERAMAT BERAT.

Siapakah yang akan memegang tampuk pemerintahan kali ni?
Wallahhualam. 

PR ke BN? 
Jika nak pilih parti, janganlah pilih disebabkan parti tersebut, Tetapi pilih berdasarkan idea yang dibawa, dan juga CALON masing-masing. Ini tidak, calon pun tak kenal, sibuk nak berkempen parti-parti tp calon pun tak tahu siapa. Jika calon PR bagus atas observation kita sendiri dan idea pembawakan, pilihlah PR. Jika BN bagus dari segi idea dan pembawakan diri, pilihlah BN.

Yang akan membangunkan tempat anda sendiri, calon itu sendiri. Tak kiralah parti apa.
Dan siapa yg akan menjadi "kerajaan" sekarang ini?
Jika ramai calon PR yang menang, maka menunjukkan dalam PR ramai ahli yang bagus dari segi pembawakan dan idea.
Jika ramai calon BN yang menang dalam negara, maka BN la akan menjadi kerajaan,

Jika ditanya. 
Kalau diberi peluang maryam sokong mana?
Aku akan cakap jawapan kat atas. Bukan "playsafe" or "atas pagar", tapi itulah realitinya.
Itulah stand aku.
Jangan pilih berdasarkan parti semata-mata, tapi perlulah fikirkan CALON itu sendiri. Kenali calon di tempat masing-masing.

Tak guna pun nak bergaduh tentang ini.
Siapa yang menang? Actually SAMA.

Tapi kan, jika PR menang tak bermakna semuanya akan betul dan baik. Sebabnya pekerja tetap sama.
Jika rasuah? Contohnya nak tender apa-apa, kena bagi rasuah baru dapat? Tp bukankah org yg bekerja di bawahnya adalah SAMA. So, tiada perubahan boleh dibuat jika siapa-siapa menang, jika kita sendiri RAKYAT MALAYSIA tidak mahu berubah. Its all about CULTURE, MENTALITY.

Sesiapapun yang akan memerintah, orang di atas akan berubah. Tapi org dibawah? Means pekerja dan penggerak actually SAMA. Dan perkara2 rasuah dan sebagainya tak akan terhapus sekiranya dari bawah kita tak cantas. 

Maybe idea dan modus operandi parti masing-masing akan berbeza, tapi ia tetap takkan berubah jika rakyat kita, penggerak dan pelopor negara ini tak bertindak juga.

Dan satu nasihat, jika anda sokong parti A, janganlah benda yg betul jadi betul, benda yang salah pun akan jadi betul. Berfikir dan bertindak menggunakan akal. 
Kadang rasa berdarah telinga bila terlalu taksub sehinggakan buta mata hati, sokong benda yang secara terang-terangan salah. 

Tadi borak dengan kakak. Satu lagi perkara yang perlu diubah, adalah pendidikan awal kanak-kanak. Sgt tertarik dengan cerita kakak, dimana kanak-kanak seawal 3 tahun kalau di Korea dan masuk sekolah, cuma untuk belajar nilai-nilai murni. Benda simple je, 
Buang sampah.
Hormat orang tua.
Gotong royong.
Tolong menolong.
Dan sebagainya, sebab itu kalau dilihat negara Korea dan Jepun sangatlah membangun dengan pesat even negara mereka pernah jatuh lepas perang dunia kedua. Sebabnya EARLY EDUCATION.
Kalau dibandingkan dengan negara kita, sangat berbeza, kanak-kanak yg masuk tadika, terus belajar math, BM, BI, science. Mungkin ada yg ada, tp kebanyakannya tak ada utk nilai-nilai murni.
And satu lg, banyak kesan sebenarnya kalau awal-awal terus ajar math dll, awal-awal dan terap sikap menghafal, Sbb tu, budaya menghafal ni dah makin kritikal, bila kerja? Tak tahu buat. Hmm

Hope sesiapa pun menang, tukarlah sistem pendidikan negara kita supaya generasi masa akan datang lebih bernilai murni. 
Jika nak ubah dan lihat negara kita masa akan datang, tengoklah belia-belia di negara itu. 
Negara kita? Saban hari macam mana?

Seronok tengok persaingan sengit macam ini, bila ada perkara mcm ini mana-mana pihak akan bekerja lebih keras untuk memenangi hati rakyat. Tp sangat tak suka bila amalkan politik kotor. 
Please. Sangat tak suka khuatir fitnah menfitnah menjadi BUDAYA dalam negara kita.
Ya Allah, elakkanlah perkara macam ini berlaku.

Panjang jugak entri kali ni. Kadang teringat masa PRK (pilihanraya kampus) dulu, start dari ambil borang, penamaan calon, kempen, hari mengundi dan akhir sekali pengunguman pemenang.

Tp kalau dekat UiTM sistem online. Tu je beza. Rindu saat tu.
Masa pengunguman pemenang tu, takut seram sejuk semua ada. serious!
Dan masa diumumkan menang kerusi fakulti tu, macam-macam perasaan ada. Sebak, sedih, berat, sangat berat sebenarnya amanah yg dipikul. Tapi alhamdulillah dah berjaya tempuh sampailah ke hari ini.
Berita gembira masa sebelum cuti PRU ni, bas dah tambah dari 2 kepada 4. Alhamdulillah, terima kasih mendengar suara kami. UiTM Dihatiku <3

Inilah gambaran masa hari pengundian, :)





Cute kannn? Thanks google! :)
Kepada ayah, mak, abang, sahabat-sahabat, selamat mengundi!
Pilihlah yang terbaik.
Esok 8 pagi, walau tak mengundi. Aku tetap nak pergi tempat mengundi ikut abang, nak tengok suasana mcm mana. Tak sabar. :D

Hope sesiapa pun yang menang, terimalah dengan hati yang tenang. Marilah bersama-sama membantu kerajaan yang memerintah tak kiralah anda dari parti apa. :)

K, assalamualaikum. Selamat malam. 


Gambar ni paling awesome! Credit to Wan Adha Manipulation :)





No comments:

Post a Comment