Thursday, 2 May 2013

Selamat pagi Malaysia :)

Assalamualaikum,

Now 4 pagi, selamat pagi!

Minggu ini dan seterusnya agak sibuk bagi aku, tapi alhamdulillah dah berjaya tempuh untuk minggu ni! :)

Hope minggu depan dan depan depan aku berjaya tempuh dan gunakan masa dengan optimum. InsyaAllah. Yes i can do it!
Hmm, bagi aku tak ada alasan "tak ada masa', Allah beri kita sama 24 jam yang membezakannya adalah cara kita manfaatkannya. 

Setiap apa yang kita buat, yang penting niat kita. Jika niat itu baik maka Allah akan permudahkan jalan. 
Jangan sesekali terasa terbeban dengan kerja, kerana khuatir kerja yang kita buat akan jadi sia-sia tetapi anggaplah setiap apa yang kita buat adalah ibadah kepadaNya.

Tetapi... Kadang kita terlupa, kita terleka dengan urusan duniawi.
Disebabkan kesibukan duniawi, kita terlupa akhirat.
Kita solat dalam keadaan cepat, tak khusyuk.
Kita solat  bukan di awal waktu.

Disebabkan itu, Allah beri kesusahan kepada kita. Allah berikan kita jalan yang berliku-liku untuk berjaya dalan sesuatu perkara.
Pernah dengar tak "Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita".

Yes, betul tu. Aku dapat rasa benda tu. 

Pernah tak kita rasa kosong? Rasa buntu dalam buat keputusan, rasa loss tak tahu nak buat apa?
Kalau rasa macam ini, cuba fikir balik... Kita jaga tak Allah
Kalau ya Alhamdulillah. 
kalau tak, itulah salah satu puncanya.

--> peringatan pada diri sendiri.

Tak tahu kenapa pagi ni rasa sayu je, maybe sebab fikir macam-macam benda. Banyak yang aku fikirkan... Muhasabah diri, takut makin terhanyut dengan kesibukan dunia. Sebab itu iman kita ni macam air, kalau kita tak tambah ia akan kering. So, kita kenalah selalu topup, re-fill air tu.

Okay 10 minit menaip. Mengantukkkkk semalam tidur 3 jam. Tapi tak apa, minggu ni bakal berakhir. Esok lepas meeting last untuk minggu ni before cuti PRU nak qada` tidur. Hee :D

Assalamualaikum......

1 comment:

  1. solat tu macam kredit dlm hp.bila takda keredit kita akan rasa susah nak contact dgn org lain.solat tu topup kita,tak topup kita tak dapat contact dgn Dia :')

    ReplyDelete