Thursday, 21 March 2013

Beraturlah :)

Assalamualaikum,

Selamat petangggggg~~ :)
Lepas-lepas asar ni tak elok study, tak elok tidur. Yg elok just beriadah, tp malas~ haha

 Story kali ni, inalah untuk kempen jom beratur.
Kempen ni baru start semalam, alhamdulillah memang sangat BERKESAN. Kalau before ni dekat lif FSK6 org bersesak-sesak, berhimpit-himpit, tolak-tolak dengan berlainan jantina, sekarang ni alhamdulillah smooth je and tenang je bila nak naik lif bila semua orang pun beratur.

Sepatutnya kempen ni dah lama ada, or sepatutnya kempen ni tak payah langsung ada sebab kita kan mahasiswa, mahasiswa, dah matang. Ada juga yg compare dengan universiti lain, and ada jugak yang compare dengan UiTM cawangan lain. Sebabnya tempat lain tak ada pun kempen-kempen ni, dorang memang dah beratur. Memang terbaik!

And mostly bagi positive feeback tentang kempen ni, tak kurang jugak yang bagi negative feedback. 

"merepeklah kempen ni, buat kelas lagi lambat"
"tak boleh nak selit-selit lagi"
"kalau kami masuk lambat, kempen ni punya pasal"

Cuba kita fikir balik, secara rasionalnya, sebenarnya sama je masa yg diambil untuk beratur and masa untuk bersesak-sesak. Act sama, tapi tu la kan, norma masyarakat, tak suka tunggu, tak suka beratur.

Padahal benda tu simple je, and sepatutnya tak payah ada kempen-kempen, semua boleh fikir sendiri, siapa datang awal, dialah yang dapat naik dulu, siapa yg dtg lambat, tunggu la. Mungkin kalau yg bukan study dekat sini akan tertanya, "kenapalah dorang duduk bising pasal lif, hal remeh temeh je"

Okay, actually situasi dia macam ni, dekat bangunan FSK6, ada 6 lif untuk 17 tingkat, and selalu lif rosak, jadi bila peak hour memang sangat penuh and sesak, sampaikan ada lecturer pun terkena sekali, lelaki perempuan berhimpit sama-sama, alhamdulillah kelas aku tingkat 4,5,6 je, selalu kami naik tangga je, *banyangkannnnnn

Dari bilik, jalan p tangga, turun tangga kejayaan yang tinggi tu, then jalan terus ke fakulti, naik tangga pulak sampai tingkat 4,5,6. Sebab tu student FSK tak pakai makeup kot, sbabnya belum sampai kelas dah cair~ hahaha :p

Selalu rasa nak naik lif, tp tengok lif penuh, sesak-sesak, penat-penat pun naik jelah tangga =,='
Kalau naik lif sampai tingkat 4,5, ada jelah yang nak perli "tingkat 5 pun nak naik lif", ada jugak bila dah sampai "siapa yg tingkat 5 ni? naik jelah tangga, kesian orang lain", kadang nak je cakap "kalau macam tu, baik kita buat naik lif start dari tingkat 5, semua naik tangga sampai tingkat 5", pastu gelak kuat-kuat, hahaha 

And tadi, selalu kalau 8.20pg, mmg peak hour memang kat tempat lif sangat sesak, tapi tadi pagi alhamdulillah tak sesak langsung, terus naik lif. Alhamdulillah, harap budaya ni terus menerus, malu bila ada pihak luar datang, then tengok semua bersesak-sesak. 

Lupa nak cakap, kempen ni anjuran Fakulti Sains Kesihatan dan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Holel dan Pelancongan. Tahniah FSK, tahniah SMF :)

Sebab tu, apa yang MPP kali ni bawa "ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi', bukan bergelar mahasiswa, tetapi menjadi mahasiswa, fahami maksud ini, amat mendalam.....

Okay, 10minit je tulis entri ni~ gambar simulasi tak transfer lagi, nantilah entri lain, hee :)



No comments:

Post a Comment