Friday, 4 January 2013

JOM study --> perihal kanak-kanak 2.0

Assalamualaikum, okay disebabkan mengantuk and bosan asyik baca, tulis. Untuk subjek kanak-kanak ni, best pulak menaip :)

Hari tu masa test viva peads just CONGENITAL MALFORMATION dan MOVEMENT DISORDER.
Now nak cerita tentang subjek awal-awal sem, 

COGNITIVE DISORDER --> totally related to brain.

Yg ni ringkasan jelah tau, n aku tulis dalam bahasa melayu. Supaya adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yg bukan dlm science pun boleh faham :)
Yg dah tahu senyap, buat-buat tak tahu. Haha 

Okay, cognitive disorder ni maksudnya kognitif. Okay, tak lawak. Haha.

Cognitive ni adalah mental process, relate dengan semualah, attention, perception, memory, problem solving. Yg memang 100% dikawal oleh otak-otak kita.

Jadi, untuk kanak-kanak yg ada masalah dengan cognitive ni banyakkkk. Yg famous
1. Pervasive developmental disorders
2. Attention deficit disorder (ADHD)
3. Conduct Disorder
4. Learning disabilities
5. Mental retardation

Aku explain satu2 k.

1. Pervasive Developmental disorders. Nama pun dah pelik, haha.
Okay yg ni nama besar based on DSM-IV. Ada 5 types dalam ni,
a. Autism
2. Childhood Disintegrative
3. Pervasive DEvelopmental Disorder
4. Asperger`s disorder
5. Rett syndrome

Yg ditekankan dan best adalah autism, asperger`s disorder dan Rett's syndrome.

AUTISM 
Define --> Developmental disabilities that effects a child's communication, social interaction skills and patterns of behavior.

Rasanya ada yg dah tahu tentang penyakit ni. Kalau yg tak tahu, pernah tak tengok cerita hindustan "MY NAME IS KHAN"? Shah Rukh Khan berlakon, mungkin ada yg assume dia gila dalam cerita tu, tp sebenarnya tak. Nama penyakit tu autism, memang ada sejak lahir tp ikut la severity tu. Ada yg mild ada yg okay. Tp yg aku perasan kan, kanak-kanak autism ni ada speciality masing-masing and kadang-kadang lagi hebat dari kanak-kanak normal. Mcm power rangers kan, setiap org ada special masing-masing. :)

Itulah, Allah maha adil, setiap kekurangan ada kelebihan :)

Causes --> 
brain abnormalities
genetic event but not single gene/group account for all autism cases
not caused by one single factor
environmental factors

Selalunya causes untuk autism ni adalah genetic, sesiapa yg ada sejarah keluarga yg ada penyakit ni ada tendencies untuk dapat jugak. Dan selalunya kanak-kanak autism ni akan associated with other conditions mcm ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), OCD (obsessive Compulsive Disorder), learning disability, dowm syndrome, hyperlexia dll.

Tapi jangan risau, progressive of disablity boleh berkurang kalau selalu p treatment.

Kanak-kanak autism ada 3 area of impairment
1. IMPAIRMENT OF COMMUNICATION
- no shared attention
- inappropriate eye contact
- lack of communication intent
- repeating words
- pronoun reversal

LANGUAGE
- poor auditory skills
- difficulty with sequencing
- lack of understanding
dll

Act banyak sangat, kalau perasan, kanak-kanak ni memang susah sangat nak buat eye-contact dengan org lain dan kurang bercakap. Selalu berada di dunia sendiri.

2. IMPAIRMENT OF SOCIAL INTERACTION
- lack of attention to people
- treating people as inanimate objects
- not responding when addressed in group
- needing personal space
- inability to interact with others

Disebabkan kurang attention, kanak-kanak ni susah nak bersocial dan berkawan, even dengan family sendiri.

3. IMPAIRMENT OF FLEXIBILITY OF THOUGHT AND BEHAVIOR
- narrow interests and obsessions
- rigidity - difficult with changes
- unusual coping mechanism
- difficulty with generalization, problem solving

Kanak-kanak ni susah nak terima benda baru, contohnya kalau dia minat melukis, just tu je dia minta, dan tak suka changes.

TAPI, walau banyak2 kekurangan untuk kanak-kanak ni, mereka lagi jujur drpd kita. Kalau minat kat something, mereka akan focus 100% dengan benda tu, dan strong visual performance skills. Ada yg jadi pelukis terkenal, ada yg jadi researhers, ada yg jadi programmer. Hebat kan? :)

ASPERGER'S DISORDER
Penyakit ni termasuk dalam autism jugak.
Kanak2 ni have a 

- few facial expressions

- have difficulty reading the body language of others

- they might engage in obsessive routines

- display an unusual sensitivity to sensory stimuli (for example, they may be bothered by a light that no one else notices; they may cover their ears to block out sounds in the environment; or they might prefer to wear clothing made only of a certain material).

- motor delays, clumsiness, limited interests, and peculiar preoccupations. 

TAPI, kanak2 asperger ni memeng sangat PANDAI, GENIUS. 




RETT`s SYNDROME

Define --> Rett syndrome is a disorder of the nervous system that leads to developmental reversals, especially in the areas of expressive language and hand use.

Mostly perempuan, sebab kalau lelaki memang akan berlaku keguguran masa mengandung.
Hmm, tak ada dalam nota. Kena study lagi tentang ni, nanti aku tambah. 



2. ATTENTION- DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDERS (ADHD)

Kalau ada anak/ adik/ anak sedara yg tak reti duduk diam  yg melompat sana sini, buat bising, suka makan gula-gula, tak boleh concentrate dalam kelas itulah salah satu symptome ADHD ni. 

Sebabnya ramai yg tak tahu tentang penyakit ni, kesian kanak2 tu. Kena marah, kena tengking, kena pukul? Sebabnya tak reti duduk diam kacau org. 

Causes --> GENETIC, lack of serotonin

INATTENTIVES, HYPERACTIVITy, IMPULSIVENESS

Symptom
1. INATTENTIVENESS
- lacks of attention to detail, make careless mistake
- has difficulty sustaining attention
- doesn seem to listen
- fails to follow/ fails to finish projects
- easily distract
- forgetfull

Selalunya kanak-kanak ADHD memang susah sangat nak focus. Bila study dekat sekolah, memang senang sangat distact dengan benda-benda lain dan senang khayal. 

2. HYPERACTIVITY, IMPULSIVITY
- leaves seat when inappropriate
- runs/ climbs extensively
- has difficulty playing quietlt
- often "on the go", or driven by a motor
- talks excessively

Huhh, memang susah nak jaga, Seriousss,, kanak-kanak ni suka panjat sana sini, menjerit-jerit, cakap tak henti-henti. Tp best jugak kan. Haha 

Primary problem, BRAIN. Diminish arousal of nervous system, then decreased blood flow to prefrontal cortex and pathaways connecting to limbic system (caudate nucleus, striatum)

--> masalah dekat otak, bahagian arousal (yg control attention), menyebabkan kurang peredaran darah ke bahagian depan otak yg control attention, limbic system (memory, emosi dll)

Treatment --> counseling, drugs, dll
Dannnn, kalau ada kanak-kanak yg disyaki hyperactive jangan bagi makan gula-gula banyak sangat. Nanti jadi lebih hyper.


3. LEARNING DISORDER
okayy, yg ni best. Siapa pernah tengok cerita hindustan Amir Khan? Dyslexia? 
Yg ada masalah dengan pembelajaran? Ada 8 jenis LD, dan dyslexia termasuk dalam ni.

1. Dyslexia - language and reading

2. Dyscalculia - arithmatic and math

3. Dysgraphia - writing

4. Dyspraxia - motor coordination

5. Central auditory processing disorder - processing, 
remembering language

6. Non-verbal learning disorders 

7. Visual perceptual - cannot copy, reverse letter

8. Language disorder (aphasia)


ANd aku, kena hafal setiap satu beserta symptom. Kalau kanak-kanak ni akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas, akan ada guru khas akan ajar mereka. :)

4. CONDUCT DISORDER
Okay, yg ni pulak BAHAYA. SANGAT BAHAYA. Kanak-kanak yg ada penyakit ni selalu melawan cakap parents, ada kemungkinan guna dadah, rokok, alcohol dalam usia yang SANGAT MUDA.
Kurang empathy kpd org lain dan jadi aggressive to animal and other people DAN tunjuk perasaan SUKA bila dah buat something tak elok kpd org/binatang.

Symptome 
- using WEAPONS in physical fight
- frequent lying
- criminal behavior ( stealing, lighting fires, breaking into houses)
- tendency to run away from hone
- suicidal tendencies

selalunya benda-benda ni disebabkan IBU BAPA itu sendiri. Drug addict semasa mengandung, family conflict, poverty, genetic. Kesian3. :(

MEMANG BAHAYA. 

5. MENTAL RETARDATION
define --> impaired cognitive functioning and deficits in two or more adaptive behaviors with onset before the age of 18.

Causes 
- infection
- chromosomal abnormalities
- environmental
- genetic
- toxic. trauma

Effct
Problems in learning, functioning due to intellectual disability
behavioral problems
sensory impairment
social problems, dll

Ada yg sampaikan parents kena jaga 24 kanak-kanak ni. Sebabnya kanak-kanak ni tak boleh independent dalam kehidupan harian mereka. Itulah tugas kami, as an Occupational Therapist untuk assist patient and caregiver. *tetiba

Org selalu tanya, kami as an occupational therapist buat apa. Kami belajar orthopedic, kami belajar tentang kanak-kanak, kami belajar tentang mental disorder, kami belajar semua sekali. Apa yg kami buat? Kami bantu mereka untuk jadi lebih independence dalam kehidupan harian, dalam semua sekali. And OT adalah pilihan pertama aku masa isi upu lepas matrik dulu. :)

Kalau tak pandai makan, tak pandai mandi, tak pandai pakai baju, tak pandai bersosial. KAMI AKAN AJAR DAN BANTU MEREKA SELAGI BOLEH.

Apa beza physiotherapy? Physiotherapy more tu physical, kami more to functional, Lain kan? :)

So, ambillah OT, semua benda korang kena belajar. A-Z, bukan theory je, Tp practical sekali, kena creative. Aku harap dapat terus belajar, terus belajar, terus belajar dalam OT ni. Walau susah, belajar susah, nak dapat DL susah, Tp aku suka cabaran :)

Kalau ada peluang sambung master then PhD. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Tetapkan dalam hati, BELAJAR KERANA ALLAH. :)

Okay, aku start benda ni dri 12.30tghari tadi dan berakhir 2.30ptg. 3 JAM! Patutlah lapar. Haha, Exam peads rabu ni (9/1/2013) hope dapat buat exam dengan tenang sambil senyum. Haha :)

Okay, Assalamualaikum. Selamat study and all the best! 

Tuesday, 1 January 2013

Hari esok. :)

Assalamualaikum,

Act tak ada apa2 pun hari esok. Cuma hari esok macam biasa, bangun study, makan, study, makan, study, study, study, tidur, bangun pagi esok. Hari tetap berlalu, tarikh tetap berubah, umur semakin meningkat, masa tetap berjalan, berlari meninggalkan kita.

Tapi yang lainnya, amalan kita setiap hari. Apa yang kita isi dengan masa tu. 



AKU 

TAKUT



Kadang-kadang rasa takut nak tidur, takut esok tak dapat mata.
kadang-kadang rasa kosong,
Kadang-kadang rasa semangat.

Takut--> nak exam :p

Hahaha, 

Semalam lama borak dengan roomate. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada diari kehidupan. Masa silam mengajar kita erti kehidupan. Jangan sedih, Allah sentiasa bersama kita.

Hari ini kita bangun dengan senyuman, hari esok siapa tahu. 
Hari ini kita rasa megah dengan kuasa yg ada, hari esok?
Hari ini kita mendapat hidayah, dilindungiNya. Hari esok?
Hari ini kita ketawa, hari esok?


ENJOY

YOUR LIFE


Impian? Dreams? Yesss, aku seorang dreamer. Teruskan bermimpi sahabat-sahabat selagi mampu, teruskan usaha selagi ada MASA. :)

Sebenarnya banyak sangat nak cerita, tp takut drag masa. Nanti-nantilah lepas exam, comfirm setiap hari~ :)


Act, aku tak tahu kenapa rasa macam nak luahkan sesuatu. Dan aku, lagi suka menaip daripada cerita.

And thanks Mr. Blog sudi mendengar. Hahahaa :)


Tahun 2012 tinggal kenangan.
Time --> akhir tahun 2012 --> 31/12/2012



Abaikan tudung aku, haishh~ Haha.



Sama je. =,="
Kuning sangat! Masa ni tengah tunggu adek beradik MPP syumie and nazreen untuk p BBQ akhir tahun MPP :)
*nampak sangat gambar ambil sendiri. Haha

Gambar banyak sangat masa BBQ tu. Nantilah upload. K, sambung study. Thanks Mr. Blog, nanti saya belanja cool blog. Haha :p

Assalamualaikum, kepada adik-adik sem 1. Goodluck paper ANP esok! :)
.
.
.
.
.

Tambahan --> act entri ni paling entah apa2, tak ada motif. Nampak tak keserabutan nak exam. Hmm~~ sejujurnya walau beribu kali dah exam, tp still takut~ 
And abaikan ayat yg berterabur. :D

Bila takut --> gelak --> haha --> okay balik
*tapi buat bila tak ada org k :p

Good Luck! 





Sunday, 30 December 2012

Bye 2012, Hye 2013!

Assalamualaikum~~ Hello hello! :)

Alhamdulillah, tahun 2012 bakal berakhir beberapa jam je lagi. Harap tahun depan lebih baik daripada tahun ini. :D

Umur meningkat, makin dekatlah kita dengan kematian. 

Adakah makin bertambah ataupun makin berkurang amalan kita pada tahun ni?
Adakah iman kita bertambah/berkurang bila meningkatnya umur?
Apa sumbangan kita pada diri sendiri? Keluarga? Masyarakat? Negara?

Kadang-kadang aku termenung sejenak, apa aku buat ehhh tahun 2012 ni?
Masa kita sama, 366 hari setahun, 1 bulan, 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Tapi apa aku buat dengan MASA tu?

Apa kebaikan yg aku buat, amalan aku cukup ke untuk tahun ni? Perubahan yg aku dah buat terhadap diri aku? Sumbangan aku sepanjang memegang jawatan? Jasa aku kepada mak ayah?

Kadang-kadang sedih, kadang-kadang happy bila ingat balik, muhasabah balik untuk sepanjang tahun ni.
Tapi alhamdulillah aku pasti, penghijrahan ke arah yg lebih baik masih lagi dalam proses. Thanks Allah beri aku peluang hidup hari demi hari untuk aku perbaiki semuanya.

Harap penghijrahan ini kekal sampai bila-bila, sampai saat aku menghembuskan nafas yang terakhir. Amin.
Kepada kaum hawa, berhijrah memang susah tapi tak mustahil., Hidayah Allah bukan datang dengan sendirinya, tapi KENA CARI.

1. Tudung
2. Pakaian yang menutup aurat
3. Stokin
4. Handsock
5. Pergaulan dengan kaum Adam.

SUSAH TAPI TAK MUSTAHIL :)

Post aku "untuk kaum hawa", ada cerita semua~
Tentang aurat kita --> "jangan sampai kaki kita tarik kita ke neraka kalau tak tutup aurat"

Okay tutup cerita tentang penghijrahan. 

Alhamdulillah tahun ni macam-macam benda yg belaku dalam hidup aku. :)
kenangan yang tak boleh lupa:

1. Jawatankuasa Perwakilan Kolej.
Pengarah program "Grooming Workshop"- Macam2 aku pengalaman aku dpt. Ada pahit, ada manis, tapi selalunya yg pahit akan jadi lebih manis pd masa akan datang :D
Dan banyak lagi program. 

2. Majlis Perwakilan Pelajar.
Ahamdulillah, kenangan berpilihanraya, kenangan berkursus, kenangan berprogram, kenangan ukhuwah bersama adik beradik tak akan dilupakan sepanjang tahun ni. (Nak cerita panjang sangat)

3. Study.
Baru teringat awal tahun hari tu adalah waktu exam jugak, kenangan dengan housemate yg gila-gila. Zana, ziela, fatimawati, shakira, nana, ifa dan roomate yg paling baik +rajin --> kak aza :)
Masa study week yg kelaparan sebab semua cafe tutup. Makan mcd, tunggu bas, kena kacau. Haha.
Masuk A Night Of Inspire, berlakon jd doctor yg tak ada ekspresi muka. Haha. 

Then sem seterusnya, bulan 3-8. Housemate dengan JPK, macam2 kenangan. Berprogram, sampai tak sama2 tak tidur malam buat kerja,. Haha. Kehidupan yg sangat bz. Now semuanya kenangan :)

Sem ni, yg sangat bz~ sangat bz~ sampaikan tak jumpa roomate, bila balik bilik roomate dah tidur. Pg bangun awal, keluar, roomate belum bangun. Haha, Lawaklah!

Act banyak sangat benda yg berlaku dlm hidup masa tahun 2012 ni. :)

Tapi ada jugak benda yg belum tertunai.

1. Bisnes tudung/baju. Aku dah lama plan, tp tak sempat nak buat. InsyaAllah cuti sem ni. Doakan. :)
2. Menifesto yg belum tertunai. InsyaAllah cuti sem ni jugak settlekan semua. :)
3. My own car. :)
4. Berhijrah ke arah yg lebih baik dan bawa sahabat2 yg lain sekali :)
5. Study hard lagi untuk sem seterusnya. :)
6. Mengharumkan  nama MPP, nama UiTM Puncak Alam.nama UiTM.
7. Beri hadiah pada mak ayah --> kejayaan :)
8. Khatam Al-Quran untuk tahun 2013 :)
9. Solat sunat Dhuha, solat sunat lepas solat fardhu --> istiqomah 
10. Cari calon? Cari je. Haha :D

Okay fine yg number 10 memang open sangat? Sekarang memang tak ada masa, and malas nak fikir. Tapi kena jugak sebab ayah dah tanya, takut sangat anak dia sorang ni "andartu", hmm~

Habissss,, sambung study. Haha. sesiapa yg ada paper esok/ lusa. All the best! :)


Yang ni masa tahun 2011. 



Yang ni tahun 2012. Apa perbezaan? Haha 

Okay, assalamualaikum. 












Thursday, 20 December 2012

Hari yg sedihh :(

Assalamualaikum, :(

Sebab ---> tak dapat balik, haha?

Hari ni sepatutnya ada test,3 petang ni, test viva peads. Tapi POSTPONE ke next week, n kami baru tahu pukul 1.30petang. 

Nak tahu tak test VIVA tu macam mana?
Test viva ni, kami akan dipanggil seorang demi seorang masuk ke bilik kosong/ bilik lecturer dalam keadaan gelap , 
Then, akan ditanya 5 soalan cepumas tentang assignment yg kami buat. Individual assignmentss which is, aku punya assignment 66 pages!
Setiap satu yg korang buat, kena explain details, siap dengan evident-based, refer buku apa, siapa yg tulis. Hmm, amat menyeramkan. 

*act, biasa je,  hyperbola je aku ni. Cuma kena study banyak n baca banyak buku jela. 

Hari ni, semua org balik, stesen bas penuh dengan student2 asasi n diploma balik cuti mid-sem. N aku pun sepatutnya balik juga minggu ni, tapi tak dapat. *redha

Esok FINAL BPC, petang. Act, aku plan nak balik weekend ni sebab nak celebrate kejayaan adik aku dapat 8A PMR, then kakak aku yg bz pun balik jugak. N aku SAHAJA yg tak ada :(

Semalam adik mcg. "yam, balik tak esok?", aku serba salah nak reply "TAK" :(
Then adik aku call, terdengar suara Musa, adik yg umur 6 tahun, Ya, Allah rindunya!

Then, pagi ni, kakak mcg "aku balik hari ni, kau?", n AGAIN! aku serba salah nak reply "TAK". :(

Okay, memang lemah bab2 ni. :(

Sorry mak, ayah, abg, kakak, adik2, yam tak dapat balik masa study week ni *nada sedih :(

CUTI NI-- > STRUGGLE UNTUK FINAL, I KNOW U CAN DO IT!

Sedih? Tengok cermin --> cakap "aku bersyukur dan bahagia, thanks Allah" --.> senyum :)
*tapi buat bila tak ada org tau, haha :p

Then, baca surat cinta Allah --> AL-QURAN :)


KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH MENENTUKANNYA
SEMUA BENDA ADA HIKMAHNYA, AND AKU TAHU AKU KUAT. :,)

ESOK --> Final BPC
Isnin --> TEST VIVA PEADS + TEST MEDNEURO INTERVENTION
Selasa --> FREE
Rabu --> TEST MEDNEURO ASSESSMENT + TEST KINESIOLOGY
Khamis --> TEST MEDNEURO CONDITION

TOTAL--> 6 TEST
N akan ada 1 kelas Community-Based-Rehabilitation, cuma tak tahu bila.

Okay, Maryam, kau boleh! :D
Sabar-sabar-sabar-sabar

Dear classmate, sabar jugak! Jangan sedih-sedih. :)
Kalau sedih, jom nangis sama-sama, Haha :D

Dear roomate, housemate, kalau balik, jangan habaq kat ceq, ceq sedih.ni. :)




ABANG AND ADIK


KAKAK



n aku --> nak balik


Wednesday, 19 December 2012

Engkau ada aku :)

Assalamualaikum~ 
Dah lamaaa rasanya tak update n meluahkan perasaan kat encik blog. Hee :p

1. SAF
Last update tentang SAF (Sukan Antara Fakulti) ---> perasmian :)
ALHAMDULILLAH, SAF dah habis. Fakulti Sains Kesihatan ranking 14/25. Kita dah buat yang terbaik.
Terbaikkkklahhhh FSK! :D



Sekitar majlis penutup SAF, *abaikan tudung aku~ lalala :p
cp --> Nabil Basaruddin (MPP ACC)


*Tabik springggg kepada team aerobik MEDIC, teruskan persembahan dalam hujan, sampaikan kami semua tertanya *MEDIC ke ni?" memang dah terbukti, MEDIC pun boleh buat jugak. Hee :)


2. A Night To Inspire (10/12/2012- ISNIN)
--> TAHNIAH Syahirah Jermadi and The Gang, dapat johan. Korang memang terbaik,
Terbukti, FSK pun boleh buat FILM, hee
TAHNIAH jugak kepada Phytas, berjaya anjurkan program macam ni. *Happy



Poster diambil daripada page PHYTAS :)

3. Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2012 (14-16/12/2012)

Alhamdulillah, pengalaman yang bermakna, dapat jumpa ramai orang-orang hebat. Mungkin jika dibandingkan diri aku dengan mereka, jauh sekali, tapi apa-apa pun, setiap masa ada peluang, ada masa untuk kita perbaiki diri kita, dari segi percakapan, emosi, penampilan, dan sebagainya. :)
Kagum sangat, lagi-lagi YDP MPP Se-Malaysia, sangat hebat dari segi percakapan, tersusun, teratur, bersemangat, memang terserlah sifat kepimpinan beliau. 
Disaat rakan-rakan lain bertukar-tukar bisnes kad, aku cuma mampu jadi pemerhati *ayat sedihhh, haha
Tak tahulah kenapaaa, masa ni aku lagi suka observe. :D

Kadang-kadang diam lebih baik dari berkata-kata, hee. 

Macam-macam aku observe, sorry la jadi observer je masa ni. Sebab fikir macam-macam masa ni. Tapi alhamdulillah, macam-macam aku dapat sepanjang konvensyen ni.  :)



Hari ke-2 :)
cp dari Fatheen Atheerah (MPP MEDIC)


Kadang-kadang, apabila berdepan/berjumpa dengan orang hebat, kita jadi diam.
Perasan tak, sikap kita berubah ikut keadaan, ikut dengan siapa kita berada.
*ke aku je yg rasa benda ni --> Bipolar? ehh? haha

Aku perasan satu perubahan dalam diri aku, nowww aku lagi suka diam, observe daripada bercakap-cakap. N lagi suka menulis daripada bercakap, kenapaaa ehh? Hmm. #peopleChange


_____________________________________________________



Okay3, tutup cerita pasal program2. Nak cerita tentang HARI INI,  HAPPY sangat, alhamdulillah. Sebab:

1, Assignment Mandarin (video) dah siap, and dah submit.
Bersama-samaaa dengan groupmate, isnin (17/12), aku stay luar, untuk siapkan assignment mandarin, edit2 video, letak subtitles, alhamdulillah, siappppp :D

Best jugak duduk luar, boleh masak, ada peti ais, ada mesin basuh. N hidup macam family ke2 dengan semua housemate, :) Terharu dengan groupmate sbb baikkk sangat, haha. Pagi esoknya, tak ada kelas, sooo, memasakkk untuk breakfast, chef Shubah n chef Ain :D


HOTDOG ROLL




Sedappppp :D


Cover CD :D
Pelakon:
Mira Jamil - Baju pink
Aku- seluar cream
Shubah- cardigan grey
Kak Alia- pegang duit
Ain- sweater coklat

Thanksss koranggg, sem depan Mandarin 2 boleh sambung MANJALARA 2.0,  hahaha :D

2. Assignment Assessment medicalneuro (video) dah siap jugak, bersengkang mata malam semalam buat untuk part aku. Video 24 minit~~ semalaman tunggu utk save. Hewhew. 
THANKS Yanti, Dila, Genevieve, kak nisa :D

3. DONE listening test mandarin. SOOO, mandarin dah settle untuk sem ni :D
Thanks Wu Laoshi :D

4. Adik dapat 8A untuk PMR.
TAHNIAH aman, :D



*Belajar itu pahit akarnya, kerana manis buahnya :)
RINDU zaman-zaman PMR dulu-dulu, hee. 

5. Dah menunaikan janji kepada sahabat :D
Alhamdulillah, JANJI TERTUNAI,
Hari ini--> 19/12 (lepas test Mandarin)
With--> Sya, ziqa
Venue --> Setia City Mall



Ziqaaaaa~ boleh jadi model John Pizza, haha :p


Time ni seriousss lapar gilaaa, haha
With --> Syaaaa

Licinnnn kteorg makan :p


Parkinsonnn~ 

Thanksss sahabat, sorryyyy dah lama sangattt tak keluar mcm ni, and ni first time keluar dengan korang untuk sem ni. *happy :,)
Hope persahabatan kita berkekalan sampai bila-bilaaaaa. Rindu, seriousss rindu. 
Tak lupa jugak Izzah, *tak dapat join sbb ada kerja. Seriousss rindu zaman dulu2, 
*mcm lama sangat je :p
Walau siapa pun kita, tanpa sahabat kita bukan siapa-siapa. Rasa free sangat, and lapang sangat kepala bila keluar tadi. Alhamdulillah, ketenangan Allah yang bagi, Thanks Allah!

Peringatan kepada diri sendiri:
Kita ada banyak tanggungjawab, banyak juga hati-hati yang kita kena jaga. Hati ibu-bapa kita, hati adik-beradik kita, hati sahabat-sahabat kita, hati kita sendiri. Jangan biarkan hati-hati ini terluka, jaga selagi kita mampu. :)

SEKITAR BEFDAYYY ZAIDIN + shooting mandarin  :) ---> 10/12/2012







Kenangan sem ni ---> SAVED :)

Anddddd lastlyyy, Thanksss kepada partner yang cute lagi berkaliber --> Syuhadatul Asyiqin 
(semalam --> 18/12)



Tekaaaa siapa lagi tua? haha :p


Okayy, kenapa muka bahagia sangat ni :p
Thanksss syuww, best partner i ever had :)


Tajuk entri --> Engkau ada aku :)

Sejujurnya aku memang heartless, muka tak ada ekspresi, hahaha. Jadi, aku lagi suka menaip, meluahkan semua dalam blog usang ni, untuk sampaikan segala yg disimpan dalam hati ni kepada orang-orang yang tertentu, orang-orang yang aku sayang, 
"bila mulut terkunci, jari dan tangan berkata-kata" ehh? :D

Sesibuk mana pun aku, aku tetap ada untuk korang semua. InsyaAllah, i will try my best :)

Good Luck Final! :D

Okayy, spent time dengan diri sendiri --> DONE

Jumaat- test viva peads
Sabtu- FINAL BPC
Isnin- Test assessment
Selasa- Test intervention
Rabu- Test Kinesiologi

First Paper ---> 8/1/2013

Ya Allah, permudahkanlah urusanku :)