Friday, 10 August 2012

Doa Menghilangkan Susah Hati..

Assalamualaikum,,

hati susah~~ tak tahu kenapa..
rasa macam kosong,, (macam lagu Najwa latiff pulak) 
=,="

tadi cari-cari doa untuk hilangkan susah hati.. inilah hasilnya..


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ 



وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ 


الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia."





Thursday, 9 August 2012

Ayat-Ayat Cinta daripada Seorang Secret Admirer..

Assalamualaikum,

kepada kaum adam:

"hati-hati kaum adam, hati kaum hawa ni fragile, tolong jaga perasaan kami"

cinta manusia? apa yang ada?? cinta Allah pun kita masih mencari-cari, apatah lagi cinta manusia..
cantik? kacak? kaya? pandai? itukan semuanya sementara..
yang kekal hanyalah keikhlasan hati,, (cheyyhh, tetiba jiwang pulak)

possible tak minat dekat orang yang tak kenal kita? orang kata kalau kita minat dekat seseorang, orang tu akan minat jugak kat kita.. percaya tak? TAPI.. kalau orang tu tak kenal kita macam mana? and tak pernah perasan pun kewujudan kita? sedih kan...

possible tak kalau rindu dekat orang yang tak kenal kita, tp kita je secret2 minat? haiyaa, susah la macam ni..
aku tak pandai nak mulakan conversation kalau orang tak mulakan.. 
aku tak pandai nak MENGORAT orang~~ 
aku tak pandai nak meluahkan perasaan~~
aku tak pandai nak tunjukkan aku sayangkan seseorang..
AKU TAK PANDAI...

tapi percayalah,, bukan hati keras macam batu.. aku just malu,, aku tak reti and aku tak biasa..

so please la kaum adam, jangan mainkan perasaan kami, 
"kalau anda tak suka, jangan buat-buat suka..
kalau anda tak ikhlas, jangan buat-buat ikhlas..
jangan beri harapan pada kaum hawa.."


jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarlah ia mengalir mengikut alirah ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir dari ALLAH

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang  sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba- hamba sahayamu yang lelaki dan hamba- hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.”
 (QS. An Nuur: 32 )

tetapi jika kelemahan masih tidak mampu, maka bersabarlah.. berdoalah,,, berpuasalah...

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” 
( Hadis )

okay, yang bawah ni aku "jumpa" 


Cukup cintai dia dalam diam
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

 Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
 Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 
( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” 
(Umar Bin Khattab ra)
. . . 
masa kat matrik dulu selalu pagi-pagi buka lagu "PERMATA YANG DICARI" kumpulan DeHearty then part ni kteorang ikut sekali and angkat tangan doa.. hee :)



"Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu"

tapi kan...
maryam.. maryam.. hang calon pun takde, nak tujukan doa pun tak tahu kepada siapa =,="

haha :D








Tuesday, 7 August 2012

VERSUS (kecelaruan identiti??). . . . .

Assalamualaikum,

teringat novel HLOVATE, tajuk dia VERSUS.. best sangat..

nak berubah ni susah kan? tapi tak mustahil...
ikut pemerhatian aku, orang susah nak berubah sebab risau tanggapan orang sekeliling.. 

biasala,, kaum hawa, perempuan, wanita.. sukakan kecantikan. semua pun nak tunjuk.. 

halangan-halangan bagi kaum hawa:

1. Tudung

Bagi yang sebelum ni free hair, bila pakai tudung ada jugak yang tak percaya.. n cakap macam ni..


"kau ni buang tebiat ke pakai macam ni"
"mimpi apa ni"
"ikhlas ke pakai tudung ni"
"rambut dah buruk la tu" 
"AJARAN SESAT"

ish ish ish... tak baik menfitnah orang,.. patutnya kita ucap alhamdulillah tengok kawan kita dah berubah.. bukannya kutuk.. n aku sure ramai kaum hawa yang takut hilang kawan bila nak berubah pakai tudung kan? tp dengar ni,, kalau kawan kita tu sayang kita, ikhlas kawan dengan kita.. mereka akan sokong kita and sama-sama ikut jejak kita bukannya kutuk or pulaukan kita :)
Ada jugak gadis-gadis liberal yang suka pulaukan gadis-gadis yang bertudung yang dianggap ketinggalan zaman =,="
ada jugak gadis-gadis bertudung yang pulaukan gadis-gadis liberal yang dianggap bawa pengaruh tak baik.. =,="
hmm,, tapikan,, 
gadis yang tidak berhijab akan berasa malu bila disekeliling gadis yang berhijab.
TAPI
gadis yang berrhijab tak akan rasa malu bila bersama-sama gadis yang tidak berhijab

jadi kalau kita ada ilmu,, ada hidayah Allah.. why not kita tarik rakan-rakan kita daripada kita menambah dosa dengan mengumpat sana-sini kan?? :)

kalau rasa malu untuk start pakai hijab, buat apa malu dengan manusia.. malu lah dengan Allah..
kalau tak start sekarang,, BILA LAGI?? 

bila kawan-kawan pulau kita,, tak apa, kawan boleh dicari,, nanti kat kubur sorang-sorang jugak kan? tak ada orang nak tolong......



2. Baju
Bagi yang sebelum2 ni selalu pakai baju ketat-ketat, lengan pendek, ikut shape badan.. halangan utama nak berubah bila baju-baju tu sayang nak buang or bagi orang kan??
and lagi satu, bila baju2 banyak kena reject.. choices tinggal sikit je,, jadi kena beli baru..
pastu baju kat almari still penuh sebab baju-baju yang tak nak pakai sayang nak buang..
kalau mcm tu,, nasihat aku: BUANG JE!
bila tak buang,, nafsu nak pakai balik mesti ada.. kita kena lawan diri kita.. mesti rasa mcm ni kan..

"cantik la baju ni,, sayang nak buang"
"alaaa,, boleh pakai lagi ni, nanti aku pakai la inner"
"pandai-pandai la nanti aku adjust baju ni"
"labuhkan sikit tudung nanti okay la tu"
"simpan jelahh,, nanti pakai depan suami" (erk???? hahaha)

buat apa kita nak tunjuk-tunjuk pada orang? kesian suami kita nanti.. walaupun kita tak tahu siapa.. hahaha.. :D




3. Stokin
Aku pun baru-baru je berjinak-jinak sebenarnya.. sebelum ni on off pakai,, ikut mood... tp sekarang alhamdulillah on and tak off off.. haha.. nak tahu tak sebab apa? aku ada pergi satu usrah ni,, akak tu ckp macam ni

"jangan sampai kaki kita ni tarik kita ke neraka"

takut tak? masa dengar tu,, aku terus terdiam n terasa sangat dengan ayat tu.. something yang ramai orang pandang remeh temeh, tapi boleh bagi impak yang besar kat akhirat nanti.. aku tengok, ramai org selalu buat solat sunat, buat amalan sunat.. tapi benda yang wajib iaitu tutup aurat lagi-lagi kaki kita selalu kita lupakan.. 
masa mula-mula aku pakai stokin tak off2 ni ada jugak lah yang tegur..

"tak rimas ke"
"mcm berpantang lah pakai stokin" (haha)
"buruklah pakai stokin dengan kasut tu"

bukan senang, tapi tak mustahil kan,, memang kadang-kadang rasa mcm tak selesa,, lagi-lagi bila hujan.. aishh,, aku selalu pergi mana-mana bwk lebih stokin.. geli lah bila basah-basah~~~ =,="
kasut pulak ada jugak yang tak tutup depan, memang pelik laa bila pakai stokin.. haha.
tapi, ADA AKU KESAH?? hahha :p

4. Stongan (stoking tangan / hand sock)
Panas kan?? n kadang-kadang rasa macam ustazah pulak bila pakai.. haha.. ni lagi satu, baju yang kita pakai ni selalu tertarik and terselak kat tangan,, lagi-lagi bila angkat tangan,, memang mula-mula rasa macam susah, panas, rimas,, tapi lama-lama ok la tu.. :)

orang selalu amik mudah pasal benda ni tau,, tp tangan kita ni kan dikira aurat,, WAJIB kita tutup.. 


bila la kan aku nak jadi mcm ni?? 


kita selalu takut n risau orang tengok kita,, judge kita...
sampai kita "terlupa" PANDANGAN ALLAH..


*hope sangat ada org dpt guide aku, beri aku nasihat or apa-apa, tujuan post ini bukan nak berlagak baik or belagak pandai tentang hal agama, AKU JUGA MASIH BELAJAR and masih mencari-cari*

ILMU TAK AKAN DATANG KALAU KITA TAK CARI 
(am i right?)


bulan ramadhan ni, hopefully :)




Monday, 6 August 2012

pleaseee la jadi manusia yang bersyukur,,, :)

Asslamualaikum,,


kadang kita rasa happy, kadang kita rasa sedihh,, itu dah jadi lumrah kehidupan,, kalau tak ada semua benda ni, tak ada laa corak-corak n warna-warna kehidupan..

meletakkan harapan di tempat tinggi,, berusaha terbang lebih tinggi,, bila jatuh~~ fuhh, sakit..
macam subjek psychology masa sem 1 :

MORE MOTIVATED = MORE FRUSTRATED 

hidup kita ni macam roda,, kadang di bawah, kadang di atas.. roda- roda kehidupan kita semua berbeza-beza.. ada yang kecil, ada yang besar.. sebab tu ada org berada lama di atas, ada org berada lama dibwh..
apa yang kita buat, terimalah takdir n happy with our life whatever happen in our life..

kalau dibandingkan kenikmatan yang Allah beri kpd kita,, BANYAK..
tapi kenapa bila Allah beri kita SEDIKIT kepayahan, kita terus lupa semua kenikmatan yang Allah dah beri..

Allah saja nak uji kita,, jangan sedih,, La Tahzan..
semua ini perancangan dariNya

says Alhamdulillah~~
thanks to Allah.. susah sangat ke???

bila susah, time tu la nak berdoa,, minta macam-macam kat Allah..
bila senang ada buat sujud syukur ke, doa banyak-banyak ke??
bila susah time tu baru la nak baik-baik dengan orang lain..
bila senang ada ke nak mintak-mintak maaf dengan semua orang??
bila sedih baru la nak cari ibu bapa, baru lah nak cari kwn-kwn lama yang faham kita..
bila senang ada ke??

kadang bila tengok orang senang, timbullah rasa tak senang hati...
kadang bila tengok orang susah? ada kita rasa susah hati jugak??
itulah,, kita suka tengok orang berada di atas kita, sampai terlupa orang yang berada di bawah kita.
percayalah,, kekayaan, kecantikan, terkenal, ada kuasa, kecerdikan seseorang..
 itu semua dugaan daripada Allah, 
sama ada kita RETI BERSYUKUR ATAUPUN TIDAK..


MANUSIA NI MUDAH LUPA
lupa asal usul, bila berada ditempat tinggi terlupa nak pandang balik kat bawah..
bila dah lupa,, tak nak pulak berusaha nak ingat balik..
iman kita ni macam air,, kalau kita tak refill,, biar je,, lama-lama ia akan kering..

aku manusia biasa,, kadang kita terlupa nak refill iman kita..
kadang kita tertumpahkan air itu..
jadi,, tegurlah aku..
tegurlah aku..
tegurlah aku..
sama-samalah kita sentiasa mengingatkan satu sama lain.. 

*insan yang lemah*






Thursday, 2 August 2012

Jadilah Si Baju Melayu yang Hensem :)

Assalamualaikum~~


lelaki bila pakai baju melayu or jubah nampak lagi hensem kan?? seriously~~ hee (gatal)
haishh,, bulan2 puasa ni,, jaga mata, jaga hati laa, tundukkan pandangan..
takpe,, aku curi-curi pandang je, ,, hahaha =,="
David Archuleta: wahhh~~~ hensemnye dia ni pakai baju melayu,, :D


lelaki suka comment pasal kaum hawa kan? haaa,,  ni aku nak comment~~ haha, sorry la kalau sensitif "sikit"

PERTAMA
Tak suka tengok dengan org yg bersukan contohnya main futsal, bola, or apa-apa laa pakai seluar pendek.. kalau compare aurat perempuan n lelaki, aurat perempuan lagi banyak,, semua nak kena tutup2,, ni lelaki cuma dari pusat ke lutut je~~ tu pun susah ke nak jaga.. contohnya kalau nak main bola ke apa, pakai la seluar yang tutup lutut tu,, kan sekarang ada jual, kan2?? hee 


alaa,, tak terang~~ yela,, copy org punya,, haha

KEDUA
Merokok, memang tak dapat dinafikan perempuan pun ada yang merokok,, TAPI,, majoritinya lelaki kan merokok? hmm,, kadang2, dah hensem dah, pakai baju melayu, ada yang pakai jubah pergi masjid or surau, hati sejuk tengok (haha?),, tiba-tiba, keluar masjid merokok.. REJECT! sejujur-jujurnyaaa,, walaupun hensem and baik mana pun lelaki tu dapat markah 100% ,, tapi bila merokok,, terus dapat 0%.. =,="

KETIGA
Mencarut or menggunakan kata-kata kasar~~ aishh,, ni allergic betul laa org yg suka mencarut ni.. Ni pun sama,, mmg perempuan pun ada la jugak yg suka mencarut carut ni,, TAPI,, still lelaki menang la kalau kira berapa ramai.. tak elok la kalau mencarut-carut ni,, lagi-lagi guna perkataan2 yang tak patut.. bila budak2 dengar,, terikut,, bila dah terbiasa, bukan senang nak buang tau,,, bila makan pun ada jugak yang nak mencarut, perkataan tu sume serap dalam makanan tu,, kalau kita ckp bodoh ,, jadilah mcm tu~~ huhh,, aku memang respect sangat2 kalau ada yang tak pernah nak mencarut-carut ni, satu dalam seribu kot?? :)

KEEMPAT
Pengotor or tak jaga kebersihan?? yg ni ada la sesetengah je kot,, hee,, Lagi-lagi yang tak basuh baju seminggu,, yang tak basuh cadar katil setahun (masa kat hostel) haha,, aishh,, pe nak jadi ni?? patutlahh kat asrama lelaki ramai yang kena kena kudis,  kesian kat org lain,, tak salah apa-apa, berjangkit~~ =,="
haaaa,, lagi satu berbau~~ tolong lahh pakai deodorant,,, brape hinggit je pun kat kedai,, haha 

KELIMA
Pemalas~~ lagi2 bila ada kerja group,, mmg best la kan kalau semua pun perempuan yang buat,, aishh,, tapi sesetengan jelah yang mcm ni,, ada yang rajin,, tapi satu dalam seribu laa kot?? haha,, tahniah la kalau rajin ye :)

KEENAM
Mata keranjang~~ kalau pandai main bola keranjang takpe lah jugak,, hahaha,,, TOLONGLAHH,, jangan pandang kaum-kaum hawa macam nak makan org,, jaga sikit pandangan tu.. n lagi satu yang aku benci,, aku sure kaum hawa yang lain pun tak suka jugak kot? suka tegur or "sweet2",, dah la tak kenal,, pastu tetiba je nak tegur2, kalau tegur dengan cara berhemah takpe lah jugak, guna lah ayat sopan sikit, or kias2 sikit ke~~ 
inilah contoh-contoh ayat yang dah lapuk?? =,="

"hye, macam kenal la??"  
"hye, comel la awak ni,, nak kenal boleh?" 
"hye, nak number phone boleh"
"hye, hye" (pastu block2 jalan org)"
"ehh,, phone saya dah mati, boleh pinjam??"

please laa jangan buat macam ni,, korang just buat org tu meluat, annoying,, and menakutkan tahu tak??
guna la ayat baik sikit~~ (pandai-pandai la fikir) haha

KETUJUH
Bajet~~ bila jalan tu kalau boleh kepala tu nak pandang atas je,, paling tak suka bila baju yang berkolar tu nak naikkan ke atas~~ please laa, tak cool okayyyss?? tp myb ada je girls2 yang suka,, but not me~~(poyo tak?) hahaha


haaa,, thats all from me~~ sorrry sesangat kalau ada terasa or terkecik hati,, ini mmg jujur habis laa ni tau,, tapi sesetengan jela yang macam ni,, aku pun tidak sempurna, ada kekurangan jugak,, ini sekadar pendapt aku,, pendapat orang lain2kan?? tp tak salah kan kalau kita saling menasihati~~ hee


soo,, akhir kata,, jadilah lelaki yang HENSEM.. bukan pada luaran tapi dari segi semua aspek.. 
sama-sama lah kita KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI,, peace,, :)







RECIPE MOIST CHOCOLATE CAKE~~~ heee :D

Assalamualaikum,, ;)


inilahh my secret recipe untuk moist chocolate cake,, buat masa ni baru pernah buat 3 kali jelaa, (bajet mcm expert je) haha,,  tp alhamdulillah okayy laaa,,
SELAMAT BENCUBA:)


(cake) 


1/2 cawan susu pekat
2 cup tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 minyak masak or mentega
1 cup sugar
1 cup choc powder
3 biji telur
3 titik esen vanilla
1 cup air suam
2 sudu kecil baking powder..


1) ayak(betul ke term ni?) tepung gandum+ choc powder+ baking soda+ baking powder = ♥
2) (bekas lain) susu pekat+ minyak masak+ gula+ esen vanila+ telur= $ (kacau2,, guna mixer)
3) ♥ + air suam (selang seli) = @
4) @ + $ = kukus 1 jam~~~ dah jadi cake!


(choc for topping) ----> guna double boiling method (google je)

mentega 1/4 cawan
1 cawan susu pekat
choc powder ikut suka hati je nak rasa choc mcm mana ( suggestion 5 sudu)
evaporated milk( if rse cm pekat sgt) 



tadaaaa~~~ inilah hasilnyaaaa,,, 
biar tak cantik,, asalkan boleh makan dah laa kan kann?? :)


*kalau tak faham formula-formula math yg diberikannn,, bgtahu eaa* hee :)

Wednesday, 1 August 2012

tudung ohhhh tudung =,="

Assalamualaikum,,


aishh,, susah kan nak cari tudung bawal yang tak jarang, tak pendek~~
nak cari shawl yang panjang n lebar pun susah,, huhu :(
baju raya dah beli,, tapi tudung yang berkenan dihati tak jumpa-jumpa lagi,, 
honestly,, shawl yg sebelum2 ni ada aje,, tp yg panjang n selesa untuk dipakai ada beberapa je, asyik pakai yang sama je tau,, tudung bawal pun sama,, sbb banyak yang pendek-pendek and jarang gilaaa~~~

sorryy,, aku tak suka pakai inner neck la apa la,, panas tahu x?? bila beli tudung bawal mesti nak kena pakai inner,, menyusahkan~~ soo,, nak cari yang tak jarang n labuh sikit n cantik susah tau,, sampai sekarang tak jumpa..

kadang-kadang rasa macam nak jahit sendiri je,, tapi tak pandai?? hahahha
then,, yang shawl,, before ni mmg ada semua colour, tp pendek laaaa,, tak nak dah pakai shawl2 yg macam tu,,

sekarang ni nak yang panjang n lebar je, susah bangat nak cari,, kalau ada pun yang pashmina, punyalah tebal,, panas kot??? 

aku pelik tengok yg selalu pakai pashmina,, tak panas kaaa?? then belit2 lagi,, confirm panas gilaaa~~~ tp apa boleh buat,, pilihan tak ada,, yang ada jual banyak yang pendek2,, yang tudung2 sarung pun sekarang banyak jual yang pendek2,, tak tutup~~~ aisshh,, tak ada ke boutiq2 yang nak jual tudung yang labuh2 sikit tapi cantik haaa??

aisshh,, aishh,, aishhh