Tuesday, 5 February 2013

Nobody cares about you.

Assalamualaikum,

Now dah pukul 3pagi and aku tak mengantuk sebab dah awal2 tidur bangun balik. Alhamdulillah aku baru balik rumah petang tadi, tadi pagi kami adik beradik berjumpa dengan ayahanda VC :)

Teringat kata penceramah masa kursus before ni  "nobody cares about you", berdiri di kaki sendiri.
Dalam kehidupan kita, kita semua dalam proses belajar, belajar mengenai erti kehidupan. Tak kisah ianya kisah yang cerah atau gelap, it`s about life. 

Setiap orang ada kisah hidup yang berbeza, ada novel kehidupan masing-masing. 
Kita tak akan sangka betapa gelapnya kisah silam seseorang itu walaupun kita sangka kita kenal dia, 
Kita tak akan sangka betapa peritnya kehidupan sesorang itu sehinggalah kita merasa. 
Kita tak akan sangka di sebalik senyum, tawa seseorang itu ada tangisan didalamnya. 
Kita tak akan sangka dalam diam seseorang, banyak yang dirahsiakan. 
Semuanya susah untuk ditafsirkan.

"Nobody cares about you", bukalah mata wahai sahabat-sahabat, tak ada orang kisahkan anda. Pegang kata-kata ini, be prepared! Anggaplah umpama kita berjalan di jalan yang sangat panjang, seorang diri, yang ada hanyalah cahaya bulan. 

Tapi jangan risau, kita ada Allah. Allah sentiasa bersama kita, tak kiralah siapa-siapa yang berada dengan kita, ibu ayah? Saudara mara? Guru-guru? Rakan-rakan? Semuanya akan tinggalkan kita bila dah sampai waktunya. 

Yang tinggal hanyalah kita, yupp kita seorang diri. 

Untunglah bagi mereka yg mempunyai mak ayah termasuk aku berbanding mereka yang sejak lahir tiada ayah atau ibu. 
Untunglah bagi mereka yang mempunyai sahabat yang sentiasa ada masa susah dan senang. 
Untunglah bagi mereka yang ada saudara mara yang sentiasa support antara satu sama lain tanpa hipokrit dan hasad dengki.
Untunglah bagi mereka yang sentiasa mendapat rahmat Allah tak kita dimana dia berada.

Jaga Allah, insyaAllah Allah akan JAGA kita :)

Amin....

-luahan perasaan- 

Saturday, 2 February 2013

Aku jealous, kau jealous?

Assalamualaikum,

Kita bertemu kembali, haha. :)


OKay, aku suka gambar ni, thanks abang :D

Okay maryam jangan nak start merepek, alhamdulillah ada kat rumah sekarang, tapi sekejap-sekejap je kena turun puncak alam or shah alam balik. Sampaikan ayah aku cakap "kenapa tak stay je shah alam", aku cakap "saja nak mengada balik rumah, kalau stay je memang tak balik rumah", haha.

Semalam borak-borak dengan family, tetiba bukak cerita masa kecik dulu aku suka jealous. Haha, kadang-kadang benda yang tak masuk akal. Lawak!
Ada tu, aku jealous kakak kena rotan sebab panjat gate, then aku pun panjat gate sebab nak kena rotan. Lawak kannnn? Hahhaahaha, 
Kalau kakak aku nangis, aku pun nangis jugak, kalau dia beli kasut, baju aku nak jugak, warna sama, corak sama. Sampai orang ingat kteorg kembar, hahaha. Rasanya sampai sekarang kot taste kteorang sama, beli apa2 sama. Hee, :p


nilah contohnyaaaa,, semua sama =,="

Jealous tu bagus kalau kita pandang pada side yang positive, ada jealous yang melebih yang memakan diri and orang lain tu trylahhh elakkan.
Tapi orang kata, perangai kita opposite bila dah besar, sebabnya aku takdelah nak jealous benda2 yg pelik mcm kena rotan tu. Aku just jealous kalau ada orang pakai apa2 warna pink yang cantik, hahhaa.:p

Rasanya tak ada orang yang tak pernah tak ada rasa jealous, betul tak? Melainkan dia gila or memang hati batu, haha.


Aku jealous dia lagi pandai dari aku,
Aku jealous dia lagi hebat dari aku,
Aku jealus dia lagi cantik dari aku,
Aku jealous dia lagi berjaya dari aku.

Mesti korang ada rasa macam ni kan??
Aku pun,

Cumanya, kena betulkan niat. Jealous yang digalakkan,
1. Jealous dengan kejayaan orang lain dan berusaha nak samasama berjaya.
2. Jealous dengan kebaikan orang lain, amal ibadat seseorang.
3. Jeolous dengan kepandaian dan kerajinan orang lain.

Aku ada model yang terdiri daripada sahabat-sahabat aku untuk setiap kategori, cuma diorang tak akan tahu aku jadikan dorang idola aku, nanti kembang pulak, haha :D

Contohnya, dalam agama. Aku amat jealous dengan sahabat aku yang bertudung labuh dan amat menjaga aurat dan pergaulan dia, dan istiqamah contohnya, buat amalan sunat solat dhuha sebelum pergi kelas, dia jugak bangun malam untuk solat tahajud dan hajat, dia jugak selalu kejut kami bangun untuk solat subuh, dia jugak selalu baca quran bila stress or sebelum tidur, dia jugak kawan yang baik selalu tegur bila aku ada buat silap. Kagum sangat. Amat jealous dengan dia. Huhu, harap aku dapat jadi macam dia dalam mengubah diri aku ke arah yang lebih baik.


Dalam kategori kejayaan, aku ada juga sahabat yang sangat bijak, tak ada istilah B dalam hidup dia, semua A. Amat jealous, mana taknya, setiap masa study, dia guna masa dengan baik, dia susun jadual dan ikut semua masa-masa study dia. Dia amat tegas dalam pengurusan masa dia. Sebab tu dia berjaya, amat jealous dengan kejayaan dia. Harap dia dapat capai semua matlamat dia, aku "tiru" kerajinan dia untuk menjadi lebih rajin dalam study. :)

Dalam kategori kepimpinan, aku ada seorang sahabat yg aku sangatlah jealous dengan dia. Dia sangat hebat berdebat, sangat bijak buat keputusan, sangat bijak mengatur setiap ayat yang dipertuturkan. Sangat komitmen dalam buat apa-apa, bila bersama dengan dia, terasa aura kepimpinan dalam diri dia. Amat beza diri aku dengan diri dia, amat berbeza. Jealous dengan aura yang dia ada, tapi benda tulah yang buat aku lebih bersemangat untuk membaiki diri. :)

Dalam kategori sebagai seorang kaum hawa, aku sangat kagum dengan seorang sahabat ni, dia sangat lembut, semua orang akan selesa bila bercakap dengan dia. Sangat pandai membawa diri. Bila lihat wajah dia, rasa tenang je. Wait2, aku straight okayyy! hahha :p

Tapi ada jugak orang ambil sikap jealous ni benda yg negative yg akhirnya memakan diri sendiri dan orang lain. Huhh, 




Kita selalu cakap, "BE YOURSELF", memang betul tapi adakah anda berpuas hati dengan diri anda? Tak ada rasa nak memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik? Taknak ke berganjak dari A kepada Z? 
Aku ada terdengar or terbaca, kalau sesuatu tu kita amalkan selama 40 kali insyaAllah akan menjadi amalan kita. Jadi kan rasa-rasa boleh guna ke istilah "be yourself" tu? 

Maksud aku kat sini bukan menggalakkan kita menjadi orang lain, tapi try ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Itulah penting seorang model, idola dalam kehidupan kita. Challenge diri kita untuk jadi lebih baik dari idola kita, insyaAllah kalau niat kita kerana Allah akan termakbul juga. Tapi jangan secara mendadak, contohnya sebelum ni kita pendiam tetiba jadi riuh semacam, memang orang kata kita kena rasuklah kannn. Hhaha :p

Conclusionnya, jealouslahhhhh dengan siapa-siapa pun tak salah. :D 

Selamat berjealous :p

Kita tak sempurna, tapi kejarlah kesempurnaan selagi mampu :) 

Tetapi dalam mengejar kesempurnaan janganlah lupa bersyukur dengan apa yang kita ada -Untuk diri sendiri juga :)




Wednesday, 30 January 2013

Maryam`s Laporan Mingguan 1

Assalamualaikum,

Dah lama sangat ni tak menaip, banyak benda yang tersimpan dalam hati. Hee, Nak update sebenarnya tapi internet tak okay, kat rumah pun tak okay. Memang susah tak ada internet ni, bagi aku fb bukan tempat untuk melangha lagi, tapi tempat untuk bekerja. Sementara tunggu facebook loading yg dah minit ke 20 agaknya and sebelum aku meletup sbb dah tak boleh sabar baik menaip. Hahaha


Tandas pun jadilahhh, keluar betul2 lepas habis practical exam semua :D



First, nak cerita tentang exam yg baru habis hari tu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!
Tak tahu nak cerita betapa bersyukurnya bila habis exam hari tu, practical exam~~~
Bila ingat balik psl practical exam, tetiba takut dengan result nanti. Untuk paper theory alhamdulillah okay je sampai 2-3 booklet. Practical hari tu agak teruk jugak lah, sbbnya tak pernah cuba pun alat tu, tak tahu scoring semua tu. Bila dapat tajuk tu, tawakal habis. Bila viva walaupun salah aku jawab dengan confident. Hahaha. 

Disebabkan 2 practical exam, sbb test dia sekali je. Malas nak cerita pasal exam hari tu. Kecewa~
Tak ada rezeki, nak buat macam mana, benda dah lepas. And bukan aku seorang je rasa mcm tu, rasanya ramai je yang rasa benda yg sama. Apa yg kte boleh buat doa, tawakal.

Yang lawaknya, bila keluar je lab pracical tu, nak balik bilik, jadi blurr tak tahu nak buat lagi. Haha, rasa free sangat. 

First sem jadi MPP, macam-macam ada. Pahit, manis, semua ada. Tapi alhamdulillah, aku harap sangat result aku maintain. Aminn :)

pagi sebelum exam, betapa berseleraknyaaaa meja. =,="

Sebabnya, aku dah buat yg terbaik, jadi tak kisah apa-apa pun result aku redha. 

Housemate2 aku jela tahu betapa hardnya aku study masa study week untuk exam kali ni. Sampaikan roomate tidur aku study lagi, dia bangun aku dah start study. Haha, and dinding aku penuh dengan nota-nota. Seriousssss PENUH~ A4 paper baru beli, dah tinggal setengah print notes2 tambahan, yg aku taip balik, buat shortnotes semua. Memang hardcore~

Nak kata study last minute TAK la sangat, maybe takut melebih kot. Haha, and alhamdulillah exam kali ni sihat, tak ada demam sebabnya b4 ni tiap kali exam aku demam. Haha :D

And aku kena exercise banyak2 sebab rasanya berat dah naik. Maybe kena bawak ogawa dekat kolej, hahaha.

Thanks mak, dari dulu sampai sekarang mak akan puasa sunat bila kami adik-beradik ada exam. Doa seorang ibu selalu berkat, serious rasa keberkatan tu sepanjang exam ni. 

Kak syaza dibelakangku, haha :p

Cerita ke-2 ---> Broga Hills

Alhamdulillah, 20/1 hari tu naik broga hills dengan roomate and the gang. SubhanAllah, indah sangat ciptaan Ilahi, masa naik tu terseksa gila! Haha, 

Masa naik bukit tu, aku terfikir, kejayaan kita ni umpama puncak bukit. Memang macam-macam kita lalui nak sampai atas, batu besar, pasir, licin, curam. At that point, mesti banyak kali terlintas nak berhenti sekerat jalan. Dengan godaan-godaan suruh berhenti lagi. Dengan jatuh lagi masa nak naik, kalau kita cekal, kuat kita akan teruskan jugak walaupun kaki sakit rasa nak tercabut lutut. Haha

Tak percaya, cubalah naik broga. Haha. :p

SubhanaAllah <3




First time subuh dekat atas bukit :D

Kak ecah memang supermommm bawak roti, tuna semua naik bukit. Haha :D


Cerita ke-3 --> KPO FSK 2.0, Leader`s legacy
21-24/1/2013

Memang penat, p broga 20hb, esoknya p kem dekat lenggong, Perak. Haha, Habis nak buat macam mana, 20hb tu first time keluar dengan roomate and mungkin last time utk dia spnjang study dekat palam, sebab sem depan dah practical. And 20hb tu betul-betul dia last paper. 

Hidup ini pilihan, kita yang pilih, kita yang corakkan. Cantik atau tidak, masa akan datang baru nampak hasilnya. Kadang-kadang banyak benda yg kita kena pilih, Bukan kadang-kadang tapi SELALU. :)

Alhamdulillah, kursus 4 hari bersama pemimpin-pemimpin FSK yang hebat-hebat belaka. :)
Teringat masa b4 kem aku ckp aku nak jadi peserta, sbb tak p KPO FSK 1.0. Haha
Memang masa kem tu aku agak serabut, banyak benda difikirkan. Ke aku memang serabut all the time? Hahaha :p

Tapi serious, banyak benda aku fikir sepanjang KPO tu. Tahniah kpd peserta-peserta pemimpin FSK berjaya mengharungi 4 hari. Memang sangat-sangat memerlukan kekuatan fizikal, mental. Walau pun aku bukan peserta, fasilitator, urusetia tapi sebagai pemerhati, seriouss pemerhati yang sangat senyap. Kagum sangat dengan fasi2 yang join. Pengalaman macam ni tak boleh dapat dekat mana-mana. 

Kalau seorang yang menentang kita, ingatlah banyak lagi yang menyokong kita di belakang kita, kata-kata seorang sahabat pd aku bila aku rasa down. Kalau perjuangan kita atas niat kerana Allah, ikhlas. InsyaAllah akn dipermudahkan oleh-Nya.

Mantan MPP, kak Musaadah pernah kata dulu. Anggap semua ni sebagai ibadah, perjuangan kita sebagai ibadah insyaAllah tak ada istilah SUSAH sepanjang memegang amanah. :)

Cuma kadang-kadang kita terlupa, itulah pentingnya seorang sahabat sentiasa mengingatkan. :)

And actually masa ni aku rasa sangat low self confident bila ada kat depan semua pemimpin-pemimpin ni, sampaikan dalam kepala banyak nak cakap tapi tak keluar. Haha, At last aku senyap je, lebih kepada memerhati. Yang pasti semua orang ada bakat masing-masing, rezeki masing-masing. Jangan expect semua orang boleh jadi sempurna, memang tak ada orang yg sempurna and kita kena kejar kesempurnaan tu tapi kalau itulah kelebihan kita ataupun kita memang tak boleh buat sesuatu perkara tu, janganlah rasa kecewa. ( Untuk diri sendiri)

Memang normal la kot, ada masa kita sangat bersemangat, ada masa sebaliknya. Betul tak? Hee

Tapi serioussss cantik sangat sungai dekat lenggong ni, air dia jernih. First day je ada night drop, kteorg urusetia, fasi  kena duduk hutan tu gelap2 utk jaga peserta berjam-jam, sampai tertido. Haha, and first time dalam hidup aku nampak kunang-kunang, dah la gelap gelita tetiba ada cahaya terang ke arah aku, memang terkejut gila, hahahhaa. Habis semua program dgn post moterm  lebih kurang 4.30pg



Then esok pg2 8pg masuk 8 gua,memang mencabar sangat, kena merangkak, jalan itik, meniarap semua ada sebab nak keluar lubang, haha. Baju memang kotor habis, tapi nasib baik tak kena lintah or pacat. Hee, 


Balik dari gua, memang penat habis sbb smlmnya tak cukup tdo. Ptg tu ada aktiviti benang emas, aku tak join sbb dah penat gila, bayangkanlahh broga, night drop, gua, tp yg plg penat broga lah, memang sakit-sakit semua. 

Then mlm tu ada kena naikkan bendera, time ni peserta kena uji fizikal, mental semua lahh. Esoknya ada 2 explorace, terbaiklah. Pg petang explorace, explorace pg tntg UiTM dihatiku, explorace ptg tntg kertas kerja, which is aku jadi VC untuk luluskan program antarabangsa. Hari ketiga ni jugak ada flying foz rentas sungai perak, and kteorg gantung tali dekat belakang, hahaha. First time main flying fox mcm tu, tapi memang sangat best. Masa awal-awal tu, memang sangat takut nak buat mcm tu. Bila nak turun tu, aku cakap "betul ke aku nak buat mcm ni????" hahhahaa, Tp serioussss best! rugi tak cuba, hahaha

Lepas flying fox :)


Malam terakhir dekat lenggong, 


Last day ada war game, debat dalam sungai. Semua kena berendam and berdebat, terbaikkklah :D

Semua nyanyi lagu UiTM Dihatiku sambil baring dalam sungai. Memang rasa sedih masa ni, Lagu UiTM dihatiku kalau dihayati betul2 memang boleh menangis. Lagi-lagi part "doa restu ibu bapa"

Then 15minit je masa utk dorang semua bersiap utk penutup, bersama-sama dengan dekan, timbalan dekan. :)

Honestly, mcm2 aku rasa spnjg dekat lenggong, sebagai peserta, urusetia, fasi. Dapat rasa semua, bila balik tu dalam bas, banyak sangat benda yg aku fikir. Hmm,

Tahniah pengarah program, Syuhadatul Asyikin, proud or u :)

Masa ni duduk dekat tengah-tengah sungai atas batu, nasib baik tak ada buayaaaaa. Erk, 
Inilah pengarah program, partner MPP and now housemate baru, kakak syu ehhh adik syu,  memang riuhlah rumah. Haha :D

Cerita ke-4
25/1/2013, jumaat. 

Balik KPO malam, esoknya balik rumah, clearance, pindah bilik. Susah banyak sangat barang, memang kat sini dah mcm rumah pun sebab semua adaa. Haha

Bila balik rumah, first mak aku cakap "kenapa yam dah gelap"
Adik aku cakap" hitamnya muka akak yam"
yg paling kejam abg aku "buruknya muka kau" hahahhaa

Nak tahu sebab apaaaaaa,, sebab org lain sunburn satu muka, aku sunburn setengah mukaaaa. Memang lawak sangatttt, rasa tak sanggup nak tengok cermin. Hahhaha.

Masa tu aku ckp, "taknak keluar rumah selagi sunburn tak hilang" sebab memang obvioussss gila, setengah muka Hahha

Betapa happynyaaa aku bila masukkan buku2 nota2 sem 3 dalam kotak, haha :p

Cerita ke-5
27/1/2013 , kuantan mari :D

Hancur harapan nak stay rumah seminggu sebab nak hilangkan sunburm setengah muka. Haha
First time datang kuantan, jalan dia memang terbaik. Masa nak balik singgah pantai teluk cempedak, cantik! And meriah sangat dekat situ, bestnya kalau rumah dekat dengan pantai. Sayangnya msa tu aku pakai jubahhhhhhhh, memang org pandang pelik pakai jubah p pantai. Ada ku kesahh? Haha

Pantai Teluk Cempedak, kuantan. Suka awan dekat sini <3

Cerita ke-6
28/1/2013, UiTM Shah Alam
Teater Musikal Destini Anak Bangsa, ni pun first time tengok teater. Kesian kannnn? Haha,
Banyak benda first time tahun ni :D
FSK sponsor 155 tiket untuk teater ni, 5 bas dari puncak alam untuk ke teater ni. 
Bagi aku, semua student UiTM KENA TENGOK teater ni, memang bertambahh tebal la cinta kepada UiTM <3


Cerita ke-7
29/1/2013, PICC Putrajaya
Majlis Amanat Tahun Baru 2013 oleh Menteri Kementerian KPT.
5 ribu orang yg hadir majlis ni dekat PICC, banyak sangat amanat yg disampaikan sampaikan tak teringat and tak tertulis, dekat 1 jam Dato`Seri bagi ucapan. And yg paling aku ingat bilamana nama UiTM tertera dekat skrin besar PICC tntg program Mengubah Destini Anak Bangsa :)
Memang banyak sangat usaha-usaha, perancangan yg dah diatur untuk tingkatkan mutu kat semua uni. And byk peluang ditawarkan utk pastikan semua org dpt sambung belajar, macam kolej komuniti, 1 kredit SPM dah boleh masuk :)

Mlmnya meeting, jumpa semua adik beradik :D

Lepas exam pun dah ada plan utk setiap hari, itulah susah kalau suka sangat berprogram. Dari dulu sampai sekarang, apa-apa program yg ada aku MESTI join. Apa-apa pertandingan yg ok aku join, kalau tak, rasa rugi. 

Sangat tak suka rasa menyesal,
"menyesal aku tak join"
"menyesal aku tak pergi"
"kenapalahh dulu aku tak ambil ni"

benci sangat perasaan tu, mungkin sebab tu aku sangat susah nak buat keputusan. Fikir panjang sangat, kalau macam ni, kalau macam tu. Walau sibuk macam mana pun, aku still akan cuba join semua. Susahkan perasaan macam tu? Haha

And lagi satu, once dah involve dalam apa-apa pertandingan, aku akan pastikan dpt number 1, kalau dptlah kannn. Dari dulu lagi mcm ni even pertandingan hias basikal masa form 2 dulu punnnn. HAha

Pertandingan yg aku ingat
1. Darjah 3, nasyid
2. Darjah 4, nasyid, tarian dpt tmpt ke-5 daerah JB
3. Darjah 5, rekacipta, nasyid, tarian
4. Darjah 6, nasyid, prtandingan lps upsr nyanyian johan, nyanyian group johan.
5. Form 1, nasyid 2 kali johan, koir, explorace, olahraga
6. Form 2, nasyid johan tak ingat berapa kali sbb masa ni banyak prtandingan, nyanyian, olahraga, johan masa smbutan merdeka
7. Form 3, nasyid, memasak johan even tak pandai masak, hahahhaa
8. Form 4, olahraga, ok banyak sangat masuk
9. Form 5, olahraga johan 400, 4x400, 800, daerah semua kalah. HAHA, johan catur bestari, sofbol, badminton, 
10. Matrik, anugerah utk pkaian tradisional masa tu pkai kimono,haha,  johan busana muslimah.
11. UiTM, walkathon naib johan.

Hmm. and masa sekolah dari sekolah rendah smpai habis sekolah pengawas. Memang susah kalau org yg gila sijil macam aku. And lagi satu dari form 1 sampai form 5 kedatangan penuh, agak-agak kalau aku hantar resume kerja benda-benda ni dapat kerja tak? Hahaha :p

Tp aku ada jumpa seorang, yg sama macam aku yg gila program ni. "kalau tak join rugi", memang prinsip kami. Haha

Tapi sekarang ni dah tak boleh masuk pertandingan lagi sebab selalu jadi penganjur, urusetia or pemerhati. =,="

okay, agak panjang lahh jugak entri ni, laporan mingguan ehhh. Bukan agak, MEMANG panjang!
Jangan nak komen sbb panjang sangat okay, tak paksa pun baca, haha :p

Dari hati ke hati :)
At least sahabat-sahabat yg rapat tahulah perkembangan walaupun tak selalu contact kan. Hmm 

Cerita kali ni tak best kan? Hmm, nantilah bila ada masa aku cerita best-best, minggu ni bakalan sibuk, samalah jugak minggu seterusnya. Okayyy, bye! Assalamualaikum, kalau ada silap dah salah sepanjang minngu ni minta maaf :)

Special entri --> farfar tak bayar bil air, hahaha :p




















Saturday, 19 January 2013

Kenapaa?

Assalamualaikum, okay fine FB tak boleh buka. Dah 2 hari. Sabar jelah. And blog pun tak boleh upload gambar. :(

Jadi 2 hari ni memang tengok movie jelah. Semua benda tak boleh buka, nak keluar ramai dah balik, yang tak balik lagi ada exam lagi. Siapa ada movie baru? Nak copy~~~ Haha
Tapi nak yang korea je, hee

Now, seriouss tak tahu nak buat apa. Rasa lain tak bz mcm selalu. Nak balik rumah, ada meeting. 
Okay bye! 


Friday, 11 January 2013

Dan apabila mengantuk. menguasai diri

Assalamualaikum, esok paper CBR. SANGAT mengntuk!

Tak tahu kenapa tak boleh focus, maybe sbb dah 3 hari berturut kan. 3 je lagi maryam, 3 je lagi.
:(
kbye 

Wednesday, 9 January 2013

Penat.

Assaamualaikum, okay tadi baru habis exam. Alhamdulillah.

PENAT tanganku menulis 2 jam tanpa henti. Sampai tak cukup booklet. Banyak sangat diminta, markah sikit. Tulisan yang buruk satu kebiasaan, sorry madam. Hee :D

Entri paling pendek. :p

Esok ---> KINESIOLOGY, please be nice to me. 

Kbye 2.0, Assalamualaikum.

Tuesday, 8 January 2013

Saya try untuk sabar.

Assalamualaikum,

Baru habis paper. FIRST PAPER. Esok ada paper, esok lagi ada paper, lusa ada paper. Betapa dekat-dekatnya paper aku. Ada 6 paper, 2 practikal exam.

Hmm, tadi ALHAMDULILLAH, Aku rasa akulah manusia yg paling pelik sebab paper habis 4.15pm. And aku terus balik dan terus menaip blog. Sebabnya, rasa nak share something dengan Mr. Blog.

Paper td 12 soalan, n semua essay. Ada 12 major diseases + semua jenis cancer. Banyak sangat! Sampaikan confius sign ni untuk condition mana, causes dia mcm mana, different dia. Huhh, seriouss rasa mcm nak lari ambil buku tadi. HAHA.

30 minit lg, aku ada 4 soalan lagi tak siap. Disebabkan TAK INGAT, tulah makan semut banyak sangat. Haha. 

Memang rasa mcm "kenapa aku lupa benda ni??", padahal dah banyak kali ulang, dah banyak kali tulis, dah banyak kali cakap. Itu namanya tak ada rezeki.

TAPI, 30 minit terakhir tu la teringat semua benda. Sampaikan ada satu soalan tak sempat. Huhh.

And banyak juga soalan yg reka buat ayat sendiri, ikut logic. Then habis exam terus balik sebab esok ada paper lagi and nak me"release" kan stress. Time naik tangga tu la aku check semua jawapan. Sebab risau sangat banyak salah sebab confius dengan banyak-banyak condition tu. Alhamdulillah, soalan yg aku hentam betul. Bersyukur sangat!

Tapi ada juga yg salah, tp tu biasalahh. Haha, kalau betul semua pelik la tu. :p

Lega sikit, thanks mak, ayah selalu doakan yam. Td before exam, call mak tak dapat. Selalu before test/exam call mak, minta mak doakan. Tapi kali ni tak dapat call. Tapi tetap rasa ada "doa seorang ibu" tu, alhamdulillah. Thanks Allah.

Aku percaya semua berkat doa parents yg bawa aku sampai tahap ni. Walau sibuk, tak ada masa nak study mcm org lain. Tp alhamdulillah td tak adalah kosong markah aku. Haha. Aku dah buat yg terbaik, and aku redha dengan apa-apa keputusan. :)

Seminggu meng"cover" semua chapter dalam sepanjang sem ni untuk 6 subjek memang BERAT sangat. Sampaikan rasa mcm kena LOW BACK PAIN and CARPAL TUNNEL SYNDROME sebab duduk lama sangat, menulis lama sangat. And mata pun dah makin rabun kot? Haha

Semalam la first time aku rasa sakit sangat belakang, dekat bahagian lumbar. Maybe duduk lama sangat and  kurang exercise, yelah seminggu ni duduk bilik menghadap buku. 

Then rasa mcm kena carpal tunnel syndrome sebab menulis lama sangat, bayangkan aku menulis balik semua possible question, semua lecture note a-z aku tulis balik. Sampaikan semalam rasa sakit, panas tangan ni, bila fikir balik yelah 3 jam aku menulis non-stop, sorry tangan sebab push awak sangat. Then aku stop tidur kejap, 2pg bangun balik sambung study.

Bila jawab exam, mcm blurr, mana tak sakit hati. Haha, atau maybe aku mkn tengahari then energy banyak digunakan untuk digestive system menyebabkan brain not functioning well. Haha. pengajaran --> jangan makan berat before exam. Bagus puasa :)

Tapi apa-apa pun, okay je td. Hyperbola je aku ni. Haha.
Dear brain, thanks a lot. :)
Memang redha dengan apa2 pun result. Yang penting aku dah USAHA, aku dah DOA, aku dah IKHTIAR. Sekarang tinggal TAWAKAL. *takut bangat, 

Hari ni punya semangat nak jawab first paper, aku pakai baju baru. Haha *over tak :p

Serious tadi time check jawapan, aku tergelak sorang2 dekat tangga sebab tak sangka apa yg dihentam betul. Hahaha. *jangan tiru aksi ini ditempat anda.

*Balik terus p mart dekat raffle, beli susu. Then balik bilik, baru ingat nak relax2 dengan susu + pasta ep15.
Tp susu dah  BASI! Okay, geram. 

Spoil mood. Huhh. 

Esok --> peads condition. 2.15pm
Hope dapat "hidayah" soalan apa yang keluar. Haha, 
Now perlu merehatkan Mr. Brain sebab dah bekerja kuat tadi, lepas maghrib baru start peads. Yeah, u can do it MARYAM! :)

*maybe musim exam ni, lebih suka diam dari bercakap, sebab tu cerita kat sini je. Sorry kawan2, saya memang mcm ni bila ada test or exam. Menghilang kejap, ada 9 hari je lagi saya mcm ni. *monolog dalaman. 

Tp saya okay je :)

Sorry kalau sesiapa yg tak suka baca entri ni sebab cerita hal personal. Tapi inilah gunanya blog ni bg saya/aku. :)