Thursday, 14 March 2013

Kenali diri sendiri.

Assalamualaikum,

Kaki dah baik, suara pulak tak ada. Apa yg dah jadi ni, huhhh. :(

Kalau aku update status macam ni, apa pendapat korang? 
Mesti yg akan cakap macam ni,

"Maryam, maryam selalu update status yg menunjukkan KELEMAHAN"
"Maryam, TAK BOLEH update macam ni"
"Maryam, status tu macam kita tak bersyukur"
"Maryam, terlalu banyak mengeluh"

Okay, thanks! :)

Takpunkan, kalau aku update blog or online or tweet or jalan-jalan. Org akan tanya,

"Maryam, sempat lagikan"
"Maryam, ada masa pulak nak buat benda-benda ni"

Okay, thanks again! :))

Kadang bila dah banyak sangat mulut-mulut yang 'menasihati", aku jadi rimas.

Seriously.

Aku selalu pegang "nobody cares about you", andd that`s TRUE.
Ini personal life aku, facebook aku, twitter aku, blog aku.
So, please jangan persoalkan apa yang aku buat selagi mana aku menjaga semua tutur kata, adab pergaulan dan menjaga agama Allah. :)

Kadang aku mencari diri sendiri, mencari mana diri aku yang dulu.

Takut "sesat" di jalan cerita orang lain. Jalan yang orang lain mahukan. 

Okay, disini aku nak perkenalkan diri aku. :))

Hye, saya Maryam Jamadi.
Saya berumur 2X tahun.
Saya beragama Islam,
Saya ada keluarga.
Saya ada mak, ayah, abang, kakak, adik lelaki 3 org. 
Saya juga seorang PELAJAR.
Saya mempunyai ramai kawan dan saya sayang mereka semua.
Saya suka sangat berprogram, hampir semua program saya nak join sampaikan kawan-kawan saya kata saya "workaholic".
Saya tidur sekali sehari, saya tak tidur petang.
Kalau purata masa saya tidur 4-5 jam sehari.
Sem lepas saya balik rumah 2 kali sahaja 1 sepanjang sem.
Cuti sem lepas saya balik rumah 3 hari sahaja. 
Saya sangat menghargai masa saya.
Impian saya adalah untuk buat semua orang SENYUM :))))
Harap awak dapat kenal saya dengan rapat.

Yes, aku "workaholic".
Aku sangat menghargai masa aku. Aku akan guna masa aku dengan sebaiknya. Aku suka bekerja.
Sampaikan bila ada masa free, aku blank tak tahu nak buat apa. Seriousss! 
And walaupun demam, aku akan pergi kelas or program yang ada. 

Tapi, aku juga seperti orang yang lain, yang seusia dengan aku. Masih remaja. 
Kadang terasa macam dah tua pulak. Hmm, susah ni. 

Cumanya, kita tak dapat nak puaskan hati semua org, dan aku akur semua ni. 
Buat A salah, buat B salah, tak buat apa-apa salah. 
Nobody cares about you. 

Dan disini, aku nak tekankan.
Masa aku,
Facebook aku,
Blog aku,
Twitter aku,.  :))))))))

Inilah personal life aku. :)))))

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, stay strong. :)))))

*disebabkan tak ada suara nak cakap langsung, sedih nak call mak pun tak dapat sbb tak ada suara :(
Thanks Mr. Blog, dapat cerita kat sini jelah, nak cakap tak ada suara. Haha :p

Kejap-kejap, bila baca balik post ni macam terlalu serius, tak bermaksud pun. Tp apa-apapun thanks sahabat-sahabat yang sentiasa disamping aku di saat susah senang. :D





Sunday, 10 March 2013

Pesanan ikhlas :))))

Assalamualaikum,

Okay, ni etri kedua untuk hari ni. Entahlah kenapa banyak sangat benda nak tulis, maybe sebab tak ada roomate nak cerita apa-apa. Barulah terasa bosan duduk sorang-sorang, kawan dengan laptop jelah. 
Cerita dengan laptop, makan dengan laptop, hav fun dengan laptop, study dengan laptop. Semua-semualahhhh dengan laptop. Hahaha

Act lepas group discussion, aku pergi melawat ex-housemate yang merupakan mantan JPK sekarang ni. Rindu~

Okay, apa yang aku cuba sampaikan ialah apa yang kteorang borak. 

"Apa perasaan bila dah lepaskan jawatan?"
"Macam mana sekarang"
"Result sem lepas macam mana"

Jawapan --> Rasa ringan, kepala rasa lapangggggg~ (Dengan muka bersungguh) Haha

Mungkin ada yang tak ada rasa apa-apa bila melepaskan jawatan. Rasa biasa~
Ada yang rasa sangat lapang, senang hati.

Semua berkaitan dengan keikhlasan hati, memang tak dinafikan ramai yang mohon apa-apa jawatan untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, keistimewaan, kolej, makan free??,
ataupun KUASA, ada jugak ataupun kebanyakan untuk SIJIL, letak dalam RESUME??

Kalau niat kita kerana SIJIL, sijil lah kita dapat.
Kalau niat kita kerana KOLEJ, kolej je lah kita dapat.
Kalau niat kerana KUASA, kuasa sajalah kita dapat.
Kalau niat kita kerana KEISTIMEWAAN, itu jelah kita dapat.
Kalau niat kerana MAKAN --> ada ke? Haha :p

Tapi~ Kalau niat kita kerana ALLAH, membantu orang lain, semua kita akan dapat.

Sebabnya, membantu orang lain juga dikira IBADAH. Anggaplah apa-apa yang kita buat sebagai IBADAH.

Ramai orang yang takut result jatuh, tak dapat cope,tak dapat bahagikan masa. 
Percayalah, kalau kita percaya akan diri kita, kemampuan kita. Selagi ada dekat universiti ni, involve lah, carilah segala pengalaman yang ada. Nanti lepas ni, susah dapat peluang macam ni.

Now rindu kak iffaz, ex-roomates aka kakak aka cikgu aka senior yang dah praktikal sekarang. Serious rindu. Hmm. 

Pesanan ikhlas jauh dari lubuk hati,
MARYAM JAMADI :))))

Saturday, 9 March 2013

Mak.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah seminggu start kuliah bagi sem ni. Assignmentsss dah ada, buku pun agak banyak kena beli sem ni. 

 Post yang sebelum ni "sakit", bila baca balik hyperbolaaaa je ayat. Tp seriouss sakit.

Alhamdulillah 2 hari berurut dengan mak, banyak tersalah urat sebab tu bengkak tak surut, sakit. Mungkin ada percanggahan antara tradisional and medical. Hmm.


Sampaikan mak aku cakap

"mak ni tak belajar tinggi pun boleh baikkan orang, kalau mak buka kedai urut boleh kayaaaaa" haha
aku malu seketika. :p

Sakit memang sakit la 2 hari ni, tahan jelah. Tapi alhamdulillah dah boleh jalan laju-laju macam biasa. Macam magic, 2 hari dah baik. Kalaulah tak balik, rasanya memang tak baik-baiklah. Mungkin sebab dah sebulan tak balik, start 10/2 hari tu rasanya dari before start jelajah sampailah naik sem pun tak balik. Allah itu maha mengetahui, kalaulah aku tak sakit memang tak balik rumah minggu ni sebab ada program fakulti. 


SUTRA --> Karnival Sukan Tradisional --> 9,10/3


Tahniahhhh semua SMF, committee yang lain, sorry tak dapat turun kelmarin and semalam. :(


Balik rumah kali ni rasa macam heaven, sampai rumah je mak dah masak-masak. Naik bilik, semua baru basuh. Kadang rasa sedih, kadang rasa terharu. Sampai rumah petang, petang tu jugak mak urut. Rasanya mak urut sampai nak tercabut kulit-kulit sebabnya tak ingat berapa kali urut, 4 kali jugaklah. And lamaaaa. Tahan jelah. Sepanjang tangan mak sibuk mengurut, banyak juga bebelan-bebelan dari mak. Entah kali ni, aku suka je dengar. Rindu mungkin. 


Entahlah, kadang rasa sebak pula. Taknaklah cerita banyak-banyak. Nanti banjir, Kbye, hahaha. <tutup cerita sedih> Mungkin sebab lama tak balik rumah. 


Sahabat-sahabat yang ada masa, ada peluang, masa terluang tu baliklah rumah. Aku jela kot yang rasa macam ni sebab org lain baru seminggu berpisah. Aku dah sebulan. Hmm.


Okayyy, now dah sampai Puncak Alam. Ada assignment perlu disiapkan submit selasa ni. 


Aku masih lagi menaip, copy paste untuk entri Gerak Gempur Besar Besaran MPP 12/13. Nantikan :)


Untuk entri tu, semua update tentang MPP Puncak Alam, Puncak Perdana, Shah Alam. Perancangan. Kempen-kempen semua akan dimasukkan. Dah setengah, tak siap lagi sebab panjang sangat~ 


Sem ini aku lebih fokus dalam hal kampus. Contohnya yg berkaitan fasiliti, pengangkutan, aduan dan sebagainya. 


Doakan kami, insyaAllah semester ini akan bekerja keras lagi dalam menjaga kebajikan pelajar disamping tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, pelajar dan kawan. 


InsyaAllah, semoga Allah memberkati perjuangan yang dibawa oleh kami. :)











Tuesday, 5 March 2013

Sakit.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ke-2 start kuliah.
Smlm first kelas pun dah belajar macam-macam. Rasa happy bila jumpa classmate, ex-housemate, SMF and sesiapa la yg kenal sbb lama cuti~ :)

Then jumpa timbalan dekan, EO baru, staff FSK yg lain. Rasa lama tak p fakulti.

Mana kaki tak makin sakit, asyik berjalan. Hmm.

Bila sakit, baru terasa Allah tarik nikmat jalan. Sebabnya b4 ni, dari blok turun tangga kejayaaan yg 248 anak tangga ni, plus naik tangga 5 tingkat, paling cepat 5 minit. Turun tangga laju-laju, jalan laju-laju. Tp  smlm and hari ni terasa lambat sangat, jalan dengan menahan sakit. Turun tangga pun macam nenek tua. Haha. 

Kadang-kadang terasa nak je tahan kereta mana-mana yg kosong, nak tumpang turun fakulti. Haha

Tulah manusia, bila sakit baru terasa kehilangan nikmat. Sekejap je Allah tarik. 

Ni dah seminggu kaki terseliuh, tak baik-baik lagi. Maybe sebab asyik berjalan even tak baik lagi. Tadi tunjuk la dekat sahabat yg pernah terseliuh sem lepas, then dia kata

"Maryam, kurangkan berjalan, letak ice, tinggikan kaki masa nak tidur, awal-awal ni kena la buat, kalau tak macam saya satu sem menanggung sakit"

Aku termenung je, takut pulak jadi macam tu. Okayy pasni kena kurangkan berjalan, kena terbanggggg.
Haha.

Seriousss sakit. Kadang kalau nak cepat ignore je sakit tu. Bila duduk, baru terasaaaaa.. Kalau aku diam or muka lain macam maknanya tengah menahan sakit la tu. Bila macam ni, semua benda yg nak buat tak boleh fokus. 

Time ni la teringat mak, teringat housemate lama. Hmm. 

Sakit itu ujian Allah. Okayss esok nak try p klinik physio, takut ada problem lain. Sebab sepatutnya seminggu dah baik. Harap tak ada apa-apa.

Esok kelas full. 8.30pg-4.30ptg.
Kbye. 

Sekarang 2.26a.m. bila malam berdenyut-denyut, nak tidur pun susah. :(

Thursday, 28 February 2013

Rumusan yang berapa nak rumusan.

Assalamualaikum,

Hari ni hari ke-3 balik dari program jelajah, dari 14hb smpailahh 26hb. 12 hari~~~
Penat dah berunsur hilang, tapi benda lain pulak dapat, kaki terseliuhhhh :(

Lepas berpenat-penat, kami pergi ramai-ramai ke sunway esoknya (27hb).
Kaki aku terseliuh masa p ice skating. Huhh. Macam-macam colour ada, merah ada, biru ada, purple ada. Terfikir mcm mana nak naik turun tangga palam and fakulti. Selalu aku yg bagi nasihat, letak ni, letak tu, pakai ni pakai tu. Bila kena diri sendiri, lost tak tahu nak buat apa. Haha.

Seharian bersama dgn team jelajah, yelah lepas ni susah nak jumpaa semua dah buat hal masing-masing, start kelas. Alhamdulillah, hubungan kami makin rapat :)

2 entri aku tentang Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa 1.0 dan 2.0 tentang perjalanan kami. Tapi yang dalam-dalamnya aku tak cerita sebab takut panjang sangat. Haha :p

Sepanjang perjalanan kami dari negeri ke negeri, kami lalu jalan kampung yang ada yang macam ular kena patuk. (betul kee?) aku memang suka duduk tepi tingkap, berangan, fikir, takpun tidur. Haha

Ada something aku belajar,

"tak semua orang susah itu susah"

Kadang kita tengok seseorang itu nampak susah, daif, kita kesian. Mungkin kita dapat rasakan kehidupan dia tak sesenang kita.

Bangun tidur,
cari makanan,
tengok tv,
bosan tidur,
ptg keluar pergi shopping mall kalau cuti,
malam makan dekat restoran mewah.

Mungkin ada diantara kita memang benda ni rutin setiap hari, tapi ada juga diantara kita

Bangun tidur awal sebelum subuh,
masak, buat kuih,
Menoreh getah pagi-pagi, berkebun di panas terik,
tghari tidur sekejap,
ptg meneruskan kerja,
bersusah untuk cari sesuap nasi.

Mungkin kita merasakan mereka susah, sebenarnya kita tak layak nak cakap macam itu jika itu memang rutin mereka.

Allah itu maha adil, mungkin ada yang macam ini,
Dia bagi kesusahan dibalas dengan kebahagian.
Dia bagi kesenangan tapi Dia balas kebencian.

Susah untuk ditafsirkan. Hmm.

Sepanjang jelajah ni, macam-macam orang aku jumpa.
Walau mulut penat bercakap, kaki penat berjalan. Tapi semua terasa berbaloi bila dapat bantu org. Seriousssslllyyyyy. :)

*Rajin nak bercerita sebab kaki sakit tak boleh keluar. Okay, sangatlah lapar! Macam mana nak keluar cari makanan ni~ Huhh =,="

Siapa ada tongkat? Nakkkk!

Wednesday, 27 February 2013

Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa 2.0

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai sudah jelajah di Kelantan, Terengganu dan Pahang. :D
Semua pengalaman ini akan aku simpan, pertama di Kelantan.

21 Februari 2013 (Khamis) ---> KELANTAN :)

Kami bertolak dari Shah Alam pada 9.00pg, sampai di Kota Bahru Kelantan pada 7mlm. Memang sangat penat sampai dah tak boleh tidur dahh. Haha. Hari kejadian, pada 21/2 kami bertolak pada 7pg ke UiTM kampus Kota Bahru. Disambut dengan meriah sekali, Dengan team-team konvoi, panjanggggg sangat! Ada upacara perasmian, potong riben oleh ayahanda VC.


Nampak tak aku?? Hee :D, gambar ni masuk paper metro tapi tak sure tarikh apa~ 



Cuba teka siapaa? Masa ni nak cari toilet, tersalah jalan. Haha, Tp sayang blurrr. 

Tempat first dekat Jelawat, kami ke pasar Jelawat, Bachok. Tp sekejap je, sbb kejar masa dan tempat. Kat sini, alhamdulillah dapat tarik 2 orang untuk program MDAB. Yg paling aku tak boleh lupa, masa di pasar di, aku duduk promote program mengubah destini anak bangsa dekat pakcik makcik dekat sini ada seorang nii, mungkin dia kerja dekat kedai makan dekat sini, asyik tengok-tengok aku. Mungkin sebab speck aku yang besarrr ni or ada benda pelik dekat aku, haha tp apa yang aku rasakan dia macam mengharap aku utk promote jugak MDAB ni, Then aku minta tolong teamate yang lain nak p sama-sama, tp tak dapat. :(

Mungkin bukan rezeki. :(


Masa dekat Jelawat, 

Keadaan di pasar jelawat.

Tp alhamdulillah, dapat tarik 2 orang. Yg betul-betul memerlukan. 

Lepas di jelawat, kami ke Jeli pulak. Sama jugak dekat pasar, ada satu peristiwa yang aku paling tak boleh lupa bila ada seorang makcik menangis bila cerita masalah pada aku. :,(


Jeli :)


Makcik ni berniaga dekat pasar sini, selalunya first perbualan aku akan tanya makcik ada anak yang lepasan SPM yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran tapi berminat. Makcik tu kata ada, anak sulong dia, pastu aku tanya pula berapa keputusan SPM dia, sebabnya kelayakan untuk masuk bawah program MDAB ini sangattt minima, 3 kredit sahaja. Tp yang sedihnya bila makcik ini cerita anaknya gagal kesemua subjek, ada sakit jantung dan sekarang tak bekerja. Ada 6 orang anak yang semua masih kecik, masa tu ada 2 org anak bersama dia, seorang masih kecik tidur dalam buaian. Makcik tu cerita kehidupan dia susah, dia kerja di pasar, suaminya kerja sebagai penoreh getah org lain. Bila dengar, apa yang aku mampu buat bagi kata semangat. Semoga dia terus kuat. 

Ada satu lagi dekat Jeli ni, yang aku paling happy bila dapat bantu seorang. Masa tu, nak gerak ke tanah merah, ada seorang makcik dan anak sedara tanya tentang program ni. Makcik ni kata, dia kerja dekat pasar. Masa aku terangkan semua ni, makcik ni minta aku jumpa ibu pada anak sedaranya ni, aku pun ikut makcik ni pergi pasar, aku terangkan semua tentang program ni. Anak dia pandai, PMR 9A, sekolah tahfiz. Trial pun ok, cuma yang paling aku tak boleh lupa bila makcik ni kata
"Dia ni anak sulong, ada ramai adik-adik, satu-satunya harapan makcik", masa tu rasa tersentuh bila dengar. Betapa besarnya harapan ibu bapa pada kita. Bila makcik tu cakap macam tu, mata adik ni nampak berkaca. Disebabkan masa tu semua dah ada dalam bas, terpaksa rushing. Kata-kata last aku, 
"adik, semoga berjaya dalam hidup, belajar sungguh-sungguh, adik harapan keluarga"
Lepas Jeli, kami ke Tanah Merah. Masa ni pelancaran kesukarelawanan. Ramaiiiii sangat org! Yg paling best masa VC datang, semua komander2 kesatria, BSM, JPAM semua beratur tabik springgg. Haha,

Tanah Merah, tak ingat la sekolah apaaa.


Thennnn tamatlahh cerita di Tanah Merah, Kelantan. Sehari je dekat kelantan cukup bermakna bagi aku. 

22 Februari 2013 (Jumaat) ---> TERENGGANU :)

Lepas kelantan, kami terus gerak ke Terengganu, bermalam dekat UiTM Dungun. Aku memang tidur mati dalam bas, tak perasan apaaa~ Memang penat, sbb habis program terus gerak, sampai terengganu dalam pukul 12mlm, pg dah kena bangun. Memang brape jam jelahh duduk dekat kolej ni, haha. 
UiTM Dungun memang sangat awesome! Depan ada pantai, kolej yg kami duduk pun baru. And mostly student sini naik basikal p kelas. Seriousss masa lalu nak balik, UiTM Dungun ni memang boleh dikatakan kampus taman rekreasi. Terbaik! 
UiTM Dungun :)


Program macam biasa, siswa p masuk kampung-kampung. Yg siswi stay je dekat dewan, untuk tujuan keselamatan. Haa, masa ni lah ada wartawan utusan datang amik gambar, ada 4 org termasuk aku. Tapi tak tahu bila keluar papernyaaa, almaklumlahh tak tengok tv and baca berita. Huhu. 



Dengan wartawan Utusan. 




Team jelajah yang havoc, :D

23 Februari 2013 (Sabtu) --> PAHANG

okayy, habis je program kami terus gerak ke Jengka, Pahang. Sebelum tu singgah makan malam, Dinner kami makan ICT, mulamula tak faham ICT?? Dengar macam i-city shah alam. Haha. rupa-rupanya "ikan celup tepung", hahha,, Memang kena trolololll dengan driver bas masa tu. Haha


Kami sampai UiTM Jengka Pahang dalam 1pg. Masa nak masuk pagar kolej tu, siap ada MC sambut kteorg, masuk je pagar ada mercun yg selalu org buat surprise tu, bag, tudung semua kena benda2 colour tu. Haha, Terbaikklahh. Memang disambut dengan baik. :)

Masuk-masuk ada makanan, dah sejuk dah semua. Nmpak sgt dorang dah lama tggu kedatangan kami. Rektor Pahang pun ada bagi katakata alu-aluan pd kami. Mmg sangat teruja and kagum la. 
Kolej pun baru, memang sangat terbaik. :)
Pg tu, lepas subuh terus bertolak ke Bentong. Agak jauhh la jugak. And macam biasa, dalam bas semua tidur. Haha.
Masa sampai tu, kami disambut dengan marhaban oleh penduduk sini. Dah siap beratur panjang, dapat bunga telor lagi. Org-org sini sangat peramah. Yg paling best kat sini, ada merewang, masak-masak, ada cabutan bertuah. Macam-macam program kat sini, menampakkan semua penduduk sini sangat bersatu. Masa sampai semua dah siap, ada la beberapa squad jelajah tolong-tolong dekat belakang merewang dengan penduduk sini. Sampaikan makcik tukang masak masa tu menangis masa kami semua nak balik petang tu. 
Program macam biasa, check mata, gigi, kesihatan. Team siswa masuk kampung, kami yg siswi stay dekat situ. Best bila dapat dapat tolong 2 org masuk UiTM. Masa tu rektor pahang ada juga, bila kelulusan semua okay, layak masuk. InsyaAllah harapan tinggi untuk diterima masuk :)


Check mata :)



Check gigi :)

Kelas bahasa inggeris oleh Farris yayyaaya, akademi pengajian bahasa, English for professional COMMUNICATION . 

memang sangat meriah dekat sini :)

Kat sinilah ada peristiwa yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Kisah seorang kanak-kanak yang buat aku menangis. :,(
Tapi tak boleh cerita kat sini, kalau nak tahu private message.
Habis je dekat Pahang, kami terus balik Shah Alam, sampai shah alam malam, rehat sehari....


25 Februari 2013 (Isnin) ---> JOHOR :D

Esoknya, kami gerak ke Johor 8malam. Stay dekat UiTM Segamat. Tidur dalam beberapa jam, paginya gerak ke Daerah Pagoh. Program macam biasa, check mata, gigi, kesihatan, MDAB. 




Nak tahu tak, masa ni kteorg duduk atas kereta four wheel~ Masa nak p solat zohor. Haha, first time!

26 Februari 2013 (Selasa) --> MELAKA

Ptgnya kami terus gerak ke Melaka, kampus Lendu. Dalam pukul 6ptg sampai Lendu. Memang sangat terkejut bila dalam kampus ni ada tasik yang sangat besar and cantik! Masa pusing-pusing kampus ni, ada org tengah main bot control. Betul ke ni???? Haha, yg penting memang awesome la kampus Lendu. Mlm tu kami stay kolej baru, tingkat atas sekali. Masa tulah aku menyesal bawak bag besar2. Haha.

masa mulamula sampai UiTM Lendu, tasik dia sangat cantik~ :)

Pg tu, 6.30pg smua dah siap dalam bas. Team dari Melaka memang sangat ramai, tak sure berapa bas. Tp memang sangatttttt laaa panjang konvoi dari Lendu ke Bukit Katil. Haha. 
Thanks Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kampus Bandaraya Melaka sambut kami. :)

Alhamdulillah selesai menjelajah 7 negeri :)

Terima kasih team-team jelajah yang super awesome! Maafkan silap dan salah sepanjang program ni. Korang memang terbaik! :)

Kadang-kadang bila kita berada di atas, kita lupa orang yang berada di bawah kita. Bila nampak ada diantara sahabat kita terbang terlalu tinggi, tariklah dia bersama-sama dengan kita. Kita berasal dari tanah, ke tanah jua kita kembali. 
-muhasabah diri- 

Mengubah Destini Anak Bangsa
UiTM Dihatiku <3

Okay, serious lepas sampai Shah Alam dari Melaka, mlm selasa lepas (26hb), semua collapse. Register course semua-semua baru buat semalam. Ni baru dapat online lelama. Tp penat tak hilang lagi. Jelajah akan bersambung sabtu ni (2/3). 
Isnin dah start kelas, mukaku sunburn and beratku bertambah, haha~ Aishh, =,="








Wednesday, 20 February 2013

Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa 1.0

Assalamualaikum,




Alhamdulillah baru je sampai Kota Bahru Kelantan. And ni first time aku jejak bumi kelantan, memang teruja sangat. First kagum dengan cara hidup yang berlandaskan Islam, papan-papan tanda semua ada tulisan jawi. Papan papan iklan semua yang menutup aurat. Wow! Kagum sangat.

Gerak dari Shah Alam pukul 9pagi tadi, singgah Bentong, Gua Musang. And aku tak ingat sangat banyak tertidur, haha. RnR Gua Musang sangat best sebab ada jual pizza dengan cheese yang melampau. :D

Kami menetap ni Kota Bahru malam ni, esok akan meneruskan perjuangan dalam mengubah destini anak bangsa, mencari sahabat-sahabat yang mempunyai semangat untuk sambung belajar tapi tidak berkemampuan di kampung-kampung.

Actually, ni negeri ketiga "dijajah" oleh kami. negeri pertama adalah PERAK.

14 Februari 2013

Kami gerak dari UiTM Shah Alam pada pukul 10pg, seramai 63 sukarelawan yang terdiri oleh MPP, JPK, HIMSAK dan pelajar terpilih dari UiTM Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana.




*wahh, macam buat laporan, sebenarnya nak tulis sempoi sempoi je tapi dah macam terformal, haha :p

Sampai Perak dalam pukul 4 petang, kami terus ke Bota, kat situlah first time jumpa team medic, optometri and dentistry. Masa ni jugak first time naik bas optometri, ada 2 bas. Bangga bila ada nama " FAKULTI SAINS KESIHATAN" dekat bas tu. :,)

Then, balik dari situ barulah check in kolej, siswi duduk dekat Kolej Anggerik 1, and aku rasa dorm yang kami duduk ni memang untuk pelawat. Sebab ada aircond :D
First night dekat perak, ada majlis makan malam dengan VC. Dewan UiTM Sri Iskandar memang sangat cantik! Macam dalam harry potter, hahhaa :)

15 Februari 2013

Esoknya, Majlis Perdana Menteri bersama orang asli, and sekali dengan program kami. Majlis ni start 3 petang. Paginya semua bergerak kerja, susun kerusi, raptai and so on. Cuba bayangkan, majlis ni untuk 15 ribu orang asli dari seluruh Malaysia, 250 bas. Cuba bayangkan betapa ramainya orang~~

Team Jelajah separate 2 team, ada yang bantu team medic, optometri and dentistry. Yang selebihnya duduk bersama orang-orang asli. Macam-macam kaum ada, rasa sangat teruja masa tu. Then aku duduk dekat tengah-tengah, ada lah borak-borak dengan seorang ni. Dia tegur "assalamualaikum, adik ni pelajar universiti ke?", kami borak-borak, abang ni macam interested nak sambung study tapi tak ada platform untuk dorang, masa tu aku cuba promote program mengubah destini anak bangsa ni pada abang ni. Then abang ni cakap "kami ni bukan taknak sambung belajar, tapi sebab kami punya mentaliti rendah, nak belajar tak pandai". Masa tu aku sangat speechless, aku just cakap "tak baik cakap macam tu, kalau kita fikir macam tu, macam tu lah sampai bila-bila, ilmu boleh ditambah, tak semestinya masuk Uni baru dapat tambah ilmu". Pastu aku keluar sebab ada hal lain. Yelah, kehidupan kita ni masing-masing, mungkin jalan cerita kita berbeza aku macam ni engkau macam tu.

Tapi Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu selagi kita tidak berusaha mengubahnya. Masa tu jugak, aku rasa penting sangat program yang UiTM bawak ni, Program Mengubah Destini Anak Bangsa, nak bantu bangsa kita. Dengan 3 kredit dah boleh sambung belajar, dengan asrama, yuran semua percuma plus dapat elaun.

Malamnya, memang sangat penat, dengan muka aku yang berbelang setengah, terbakar. Haha.

16 Februari 2013

Pagi-pagi lagi lepas subuh terus gerak, 5.30pagi dah tunggu bas, masukkan barang semua. Kami gerak ke SK Sungai Betul. Gerak dalam pukul 7pagi. Dalam bas tidur! Sebab malamnya tak cukup tidur, haha.

Sampai terus setup tempat, bahagikan kerja. Masa pagi tu aku duduk dekat tempat menunggu utk check gigi, ramai budak-budak. Semua sekolah rendah, masa tu saja je berlagak macam cikgu sekolah, haha. Seronok main dengan dorang,. Sekolah ni pelajarnya tak ramai, sikit je. Tapi nampaklah semangat cikgu sekolah ni, macam-macam ada. Aku ada masuk makmal sains sekolah untuk charge phone, aku tengok bahan-bahan, kerusi semua macam dah lama. Masa tu teringat adik aku yang darjah satu, untungnya adik aku berbanding dengan dorang.

Dalam tengahari, team kami berpecah dua, half separate masuk ke kampung-kampung area situ, pergi ke rumah rumah untuk promote program VC, cari sahabat- sahabat seusia untuk sambung belajar. Yang aku paling suka orang kampung sini, dorang sangat peramah, Pergi mana-mana jumpa orang senyum, salam. Beza sangat jika dibandingkan di bandar-bandar.Dannnn penduduk sini ramai naik basikal <3

Dalam 5ptg bertolak ke kedah pulak, sampai dalam 12malam. Serioussss owesome sangattt kolej UiTM Kedah. 

17 Februari 2013

Macam biasa, pagi-pagi lagi dah bangun, 7pg gerak ke Stadium Alor Setar. Masa ni serioussss ramai sangat orang, lagi-lagi student sekolah sebab ada karnival Jom Masuk U jugak, kalau karnival-karnival ni yang best dapat banyak bag, pen, buku. Haha, tapi kteorg datang bukan nak cari benda-benda tu tapi nak promote UiTM and program mengubah destini anak bangsa. Masa ni macam-macam orang aku jumpa, aku banyak attack lepasan SPM, pastu tanya result okay tak. Ada jugak yang datang karnival tu semata-mata nak jumpa VC sbb berminat dengan program mengubah destini anak bangsa,. Ada jugak yang sedih sebab tak lepas nak masuk UiTM. 

Hari yang panjang, banyak sangat benda masa hari tu. 

Petangnya, kami gerak balik UiTM Shah Alam.

Rest 2 hari, hari ni 20hb, sekaranggggg berada di Kota Bahru Kelantan :D

Perjuangan akan diteruskan sehinggalahhhh 2 Mac ni. Doakan perjalanan kami,.Lepas Kelantan, Terengganu. :)


Akan bersambungggggg....... zzzzz