Thursday, 2 August 2012

Jadilah Si Baju Melayu yang Hensem :)

Assalamualaikum~~


lelaki bila pakai baju melayu or jubah nampak lagi hensem kan?? seriously~~ hee (gatal)
haishh,, bulan2 puasa ni,, jaga mata, jaga hati laa, tundukkan pandangan..
takpe,, aku curi-curi pandang je, ,, hahaha =,="
David Archuleta: wahhh~~~ hensemnye dia ni pakai baju melayu,, :D


lelaki suka comment pasal kaum hawa kan? haaa,,  ni aku nak comment~~ haha, sorry la kalau sensitif "sikit"

PERTAMA
Tak suka tengok dengan org yg bersukan contohnya main futsal, bola, or apa-apa laa pakai seluar pendek.. kalau compare aurat perempuan n lelaki, aurat perempuan lagi banyak,, semua nak kena tutup2,, ni lelaki cuma dari pusat ke lutut je~~ tu pun susah ke nak jaga.. contohnya kalau nak main bola ke apa, pakai la seluar yang tutup lutut tu,, kan sekarang ada jual, kan2?? hee 


alaa,, tak terang~~ yela,, copy org punya,, haha

KEDUA
Merokok, memang tak dapat dinafikan perempuan pun ada yang merokok,, TAPI,, majoritinya lelaki kan merokok? hmm,, kadang2, dah hensem dah, pakai baju melayu, ada yang pakai jubah pergi masjid or surau, hati sejuk tengok (haha?),, tiba-tiba, keluar masjid merokok.. REJECT! sejujur-jujurnyaaa,, walaupun hensem and baik mana pun lelaki tu dapat markah 100% ,, tapi bila merokok,, terus dapat 0%.. =,="

KETIGA
Mencarut or menggunakan kata-kata kasar~~ aishh,, ni allergic betul laa org yg suka mencarut ni.. Ni pun sama,, mmg perempuan pun ada la jugak yg suka mencarut carut ni,, TAPI,, still lelaki menang la kalau kira berapa ramai.. tak elok la kalau mencarut-carut ni,, lagi-lagi guna perkataan2 yang tak patut.. bila budak2 dengar,, terikut,, bila dah terbiasa, bukan senang nak buang tau,,, bila makan pun ada jugak yang nak mencarut, perkataan tu sume serap dalam makanan tu,, kalau kita ckp bodoh ,, jadilah mcm tu~~ huhh,, aku memang respect sangat2 kalau ada yang tak pernah nak mencarut-carut ni, satu dalam seribu kot?? :)

KEEMPAT
Pengotor or tak jaga kebersihan?? yg ni ada la sesetengah je kot,, hee,, Lagi-lagi yang tak basuh baju seminggu,, yang tak basuh cadar katil setahun (masa kat hostel) haha,, aishh,, pe nak jadi ni?? patutlahh kat asrama lelaki ramai yang kena kena kudis,  kesian kat org lain,, tak salah apa-apa, berjangkit~~ =,="
haaaa,, lagi satu berbau~~ tolong lahh pakai deodorant,,, brape hinggit je pun kat kedai,, haha 

KELIMA
Pemalas~~ lagi2 bila ada kerja group,, mmg best la kan kalau semua pun perempuan yang buat,, aishh,, tapi sesetengan jelah yang mcm ni,, ada yang rajin,, tapi satu dalam seribu laa kot?? haha,, tahniah la kalau rajin ye :)

KEENAM
Mata keranjang~~ kalau pandai main bola keranjang takpe lah jugak,, hahaha,,, TOLONGLAHH,, jangan pandang kaum-kaum hawa macam nak makan org,, jaga sikit pandangan tu.. n lagi satu yang aku benci,, aku sure kaum hawa yang lain pun tak suka jugak kot? suka tegur or "sweet2",, dah la tak kenal,, pastu tetiba je nak tegur2, kalau tegur dengan cara berhemah takpe lah jugak, guna lah ayat sopan sikit, or kias2 sikit ke~~ 
inilah contoh-contoh ayat yang dah lapuk?? =,="

"hye, macam kenal la??"  
"hye, comel la awak ni,, nak kenal boleh?" 
"hye, nak number phone boleh"
"hye, hye" (pastu block2 jalan org)"
"ehh,, phone saya dah mati, boleh pinjam??"

please laa jangan buat macam ni,, korang just buat org tu meluat, annoying,, and menakutkan tahu tak??
guna la ayat baik sikit~~ (pandai-pandai la fikir) haha

KETUJUH
Bajet~~ bila jalan tu kalau boleh kepala tu nak pandang atas je,, paling tak suka bila baju yang berkolar tu nak naikkan ke atas~~ please laa, tak cool okayyyss?? tp myb ada je girls2 yang suka,, but not me~~(poyo tak?) hahaha


haaa,, thats all from me~~ sorrry sesangat kalau ada terasa or terkecik hati,, ini mmg jujur habis laa ni tau,, tapi sesetengan jela yang macam ni,, aku pun tidak sempurna, ada kekurangan jugak,, ini sekadar pendapt aku,, pendapat orang lain2kan?? tp tak salah kan kalau kita saling menasihati~~ hee


soo,, akhir kata,, jadilah lelaki yang HENSEM.. bukan pada luaran tapi dari segi semua aspek.. 
sama-sama lah kita KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI,, peace,, :)







RECIPE MOIST CHOCOLATE CAKE~~~ heee :D

Assalamualaikum,, ;)


inilahh my secret recipe untuk moist chocolate cake,, buat masa ni baru pernah buat 3 kali jelaa, (bajet mcm expert je) haha,,  tp alhamdulillah okayy laaa,,
SELAMAT BENCUBA:)


(cake) 


1/2 cawan susu pekat
2 cup tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 minyak masak or mentega
1 cup sugar
1 cup choc powder
3 biji telur
3 titik esen vanilla
1 cup air suam
2 sudu kecil baking powder..


1) ayak(betul ke term ni?) tepung gandum+ choc powder+ baking soda+ baking powder = ♥
2) (bekas lain) susu pekat+ minyak masak+ gula+ esen vanila+ telur= $ (kacau2,, guna mixer)
3) ♥ + air suam (selang seli) = @
4) @ + $ = kukus 1 jam~~~ dah jadi cake!


(choc for topping) ----> guna double boiling method (google je)

mentega 1/4 cawan
1 cawan susu pekat
choc powder ikut suka hati je nak rasa choc mcm mana ( suggestion 5 sudu)
evaporated milk( if rse cm pekat sgt) 



tadaaaa~~~ inilah hasilnyaaaa,,, 
biar tak cantik,, asalkan boleh makan dah laa kan kann?? :)


*kalau tak faham formula-formula math yg diberikannn,, bgtahu eaa* hee :)

Wednesday, 1 August 2012

tudung ohhhh tudung =,="

Assalamualaikum,,


aishh,, susah kan nak cari tudung bawal yang tak jarang, tak pendek~~
nak cari shawl yang panjang n lebar pun susah,, huhu :(
baju raya dah beli,, tapi tudung yang berkenan dihati tak jumpa-jumpa lagi,, 
honestly,, shawl yg sebelum2 ni ada aje,, tp yg panjang n selesa untuk dipakai ada beberapa je, asyik pakai yang sama je tau,, tudung bawal pun sama,, sbb banyak yang pendek-pendek and jarang gilaaa~~~

sorryy,, aku tak suka pakai inner neck la apa la,, panas tahu x?? bila beli tudung bawal mesti nak kena pakai inner,, menyusahkan~~ soo,, nak cari yang tak jarang n labuh sikit n cantik susah tau,, sampai sekarang tak jumpa..

kadang-kadang rasa macam nak jahit sendiri je,, tapi tak pandai?? hahahha
then,, yang shawl,, before ni mmg ada semua colour, tp pendek laaaa,, tak nak dah pakai shawl2 yg macam tu,,

sekarang ni nak yang panjang n lebar je, susah bangat nak cari,, kalau ada pun yang pashmina, punyalah tebal,, panas kot??? 

aku pelik tengok yg selalu pakai pashmina,, tak panas kaaa?? then belit2 lagi,, confirm panas gilaaa~~~ tp apa boleh buat,, pilihan tak ada,, yang ada jual banyak yang pendek2,, yang tudung2 sarung pun sekarang banyak jual yang pendek2,, tak tutup~~~ aisshh,, tak ada ke boutiq2 yang nak jual tudung yang labuh2 sikit tapi cantik haaa??

aisshh,, aishh,, aishhh


Tuesday, 31 July 2012

untuk kaum hawa yg disayangi :)

Sekarang ni,, macam-macam boleh berlaku.. even dalam facebook pun org boleh curi gambar2 kita, letak dalam page yang entah apa-apa.. letak gambar2 kaum kita yang tak senonoh, menjijikkan, mengaibkan, :(


tp nak salah siapa?? salah kan admin tu sebab curi gambar tu?? 
tak,, bagi aku~~ salah kita sendiri.. so pleaseee,, jaga maruah kita sebagai kaum hawa.. 
nak pakai cantik-cantik,, nak posing mcm mana pun, BOLEH,, but please kalau benda itu menjatuhkan maruah sendiri buat apa kan?? 


mesti ada yg akan ckp "ishh,, nak cantik2 sikit pun tak boleh, nak pakai glamour pun tak boleh", "kolot lah pakai macam ini", "aku kan cantik, mestilah nak tunjuk"...
hmm,, takpe2,,,, tp baca ini dulu :)


terjumpa satu article yg menarik n amat bermanfaat untuk kaum hawa:


(http://ni5a.multiply.com/journal/item/58/Allah-telah-menjadikan-manusia-ini-berpasang-pasan...?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem)


Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. 
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. 
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. 


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.




Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, rasa semua orang tahu. 
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. 
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. 
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.


Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. 

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya.


maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki yang tidak berdosa itu, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 



Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.




Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya dengan tiga orang wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insya-Allah selamat dunia akhirat. 


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Wallahualam. Wassalam. Sekian. 

cute kan?? kan lagi manis kalau macam ni,, hee:)

*hope we can be a better muslimah, insyaAllah*


This is the real Me,, :)

I'm not perfect, I never tried to be. I've made mistakes. I've taken the easy way out. I've lied to my friends. I've hidden the truth so many times from so many people. I've hurt people, and I've even done it on purpose. I've left people behind. I've spread rumors. I've said things that I didn't mean. I'm no better than anyone, anywhere. I'm human. I have faults, and I'm not afraid to admit that. I want to change, but I won't. Because that's what we do. That's what we've always done. We list our faults like a grocery list, and we move on, expecting everything to somehow change itself. It never will. I will never change. I will never be perfect. I will always make mistakes. I'll, more often than not, take the easy way out. I will lie, hide the truth, hurt people, leave people behind, spread rumors, and say things I don't mean for the rest of my life..


kadang-kadang aku nampak kuat tapi sebenarnya tak
kadang-kadang aku nampak confident, tp sebenarnya tak
kadang-kadang aku nampak berani, tp sebenarnya takut
aku senyum depan cermin untuk dapatkan confident
kadang-kadang aku rasa aku kemas, kadang-kadang rasa selekeh

mencuba untuk menjadi sempurna, amat menyakitkan.. mencuba untuk menjadi yang terbaik amat menyedihkan,, mengharap sesuatu yang belum pasti amat memenatkan, mengimpikan sesuatu yang jauh, amat memenatkan..
serius,,~~ ada masa kita happy, ada masa kita sedih.. hidup kita masih panjang..

jangan give up~,, banyak lagi benda yang kita perlu lalui, ramai lagi org yg perlu kita jumpa.. jangan pernah putus harapan.. =)

kan best kalau ada doraemon, boleh guna mesen masa, kembali ke masa lalu, betulkan apa yang silap,,
kan best kalau ada superman,, rasa selamat je, 
kan best kalau jadi mcm jimmy neutron,, pandai, 

kan best.. kan best... tak penat ke fikir semua ni?? Allah kan ada,, Allah sentiasa ada dengan kita.. kenapa kita masih lagi tak bersyukur? kenapa kita masih lagi nak mengubah semua ini,, semua itukan dah tertulis..

hmm,, ,manusia mmg susah nak bersyukur..
dont judge book by its cover.. 
kenapa org suka sangat tengok luaran? suka sgt judge org.. adakah diri sudah sempurna??
haishh,, penat nak melayah kerenah orang.. buat aku malas nak baik-baik sgt dengan org.. huhu :(


Form 3

ntah laa bila~~~

matrik,, kimono~~ hee,, tyme ni menang pakaian tradisional,, 

raya haji 

Clinical visit

clinical attachment
hospital sultanah bahiyah ;)

raya 2011

study week ~~~ elergy :(

Monday, 30 July 2012

Ganu kita,,, senyum Sokmo,, heee:D

Assalamualaikum,, tanggal 29 Julai,, saya dan keluarga saya telah sampai ke Terengganuuu~~ buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sana,, hahaha,, (org selatan dtg pantai timur, jakun skit) haha,, :D


kami telah menetap di Hotel Seri Malaysia,, best la jugak, tp hotel ni sama je kan design susunan bilik sume kat mana-mana,, tp best laa,, kat sini banyak tempat shopping, n murah-murahhhh gilaaa,, mmg shopping sakan laa kteorg,, lagi satu yg lainnye,, kat sini semua signboard apa2 ada tulisan jawi,, bagus2,, even MCDONALD pun ada tulisan jawi tau! hahaha,,


first sampai2,, kteorg g Masjid Kristal,, hee,, subhanAllah, cantiknyeee,, :)

cantik kaannann,, tp kalau malam lagi cantik kot?? hee,,

durian pun murah2 tau~~~ yg ni 2 longgok Rm15,, mmg habiskan terus je kat situ,, sedap3, haha

haha,, malas nak rotate kan,, tp ni jela satunya2 gambar aku~~ 
yelaa,, pasni xnak jg photographer! haha

act bnyak je gmbar2,, tp malas nak upload,, internet lembab~~ hewhew,,




Thursday, 26 July 2012

Cinta kepada Allah adalah cinta yang paling hakiki :)

Assalamualaikum,, haisshh,, bosan la cuti ni tak buat apa-apa,, asyik nak menaip je, hee :)


Cinta? bila sebut cinta je,, msti ingat yg brlainan jantina,, cinta kpd "boypren??", cinta kpd "pakwee??"..
smpai kadang-kadang org terlupa ada juga cinta kpd sahabat, cinta kpd ibu bapa,, cinta kepada Allah,, :)


cinta kepada Allah adalah cinta yang palingggggg hakiki, percayalahh,, tak perlu mencari, ia akan datang sendiri,, ada juga org ckp, "jodoh tak akan datang kalau kita tak cari",, bila dgar mcm ni,, kadang-kadang takut la jugak jd "andartu" hahaha,, ayah pun asyik ckp je,


"cari lah mse tgh belajar ni, kat pejabat ayah tu brapa ramai yg dah tua pun tak kahwin lagi,, sekarang ni susah nak cari lelaki yg okayy,, pandai-pandai la pilih,,,"


ayah dah bagi green light, aku ni je~~ ramai ckp "maryam sombong!",, huhu,,
bukan aku nak jadi sombong, bukan aku berlagak, tapi aku just tak sedia lagi, aku rasa tak boleh nak terima mana-mana lelaki,, tak tahu kenapa,, aku lagi suka sorang-sorang, tak payah nak fikir nak jaga hati org la,, apa laa,, huhu


teringat masa sekolah, aku ANTI-LELAKI, nak tahu kenapa? sebab bagi aku lelaki ni sume sama, kawan-kawan yg baik-baik, bila couple habissss~~~ dari sekolah ayah n abg aku selalu pesan, BELAJAR< BELAJAR< BELAJAR...


kalau aku ckp aku tak ada suka sesiapa tipulah kan,, hahhaa,, adaaaa~~ tp secret, just simpan je, hee :)
aku tak ada cerita kat sape2, maluuuu,, org tu pernah luahkan perasaan kat aku,, tp aku buat bodoh,, sebab aku malu,, hahaha,,  then xbape lame, aku dpt tahu dia dah couple,, agak sedih la jugak, tp Alhamdulilah,, aku dpt elak diri aku drpd gejala couple2 ni,, Sweet kan Allah, suka bagi surprise, semua benda ada hikmahnya,, ;)


then, masa upper form, aku pindah skolah, kat sekolah tu, aku jd lagi laaa,, tak boleh nak berckp pun dgn lelaki,, takut dg senior,, hahaa,, awal-awal lagi, senior warning,


"maryam, jgn lalu kelas mechanical tau, jangan ckp2 dgn lelaki, jgn nak gedik2" 


aku pun jadi laaaaa anti-sosial,, hahaha,, then number phone aku tersebar,, bila ada org bg msg, aku mmg reply, tp mcm2 tu jela,, tak suka org ckp aku ni perasan la, sombong la,, huhu,, kadang-kadang aku confius,, nak reply ke x,, bila reply org kata gedik, bila tak reply org kata perasan, sombong,, huhu,, serba salahhh tahu tak??


bila dah ramai org aku mcg2,, kawan aku kata aku PLAYGIRL.. padahal aku just  1 2 msg jawab salam je pun,, bukan nye aku mcg syg2 la, gedik2, ngada2,, mcg pun kau aku je,, huhuhu,, sedih gak la ada org ckp aku mcm tu,, bestfriend sndiri yg ckp,, then aku terus tak layan semua,, dahhh dorang kata aku sombong,,
last2,,


 "lantak korang la nak ckp apa,, janji aku bahagia, aku tahu jaga batas aku, aku tak buat apa-apa yang salah" huhhh :(


lagi satu aku fikir, kalau aku cari kat skolah,, agak-agak kekal ke smpai pelamin?? klau aku cari kat matrik dulu,, kekal ke? huhu,,


dulu masa matrik, aku rasa matrik tu da mcm tempat mencari pasangan je tau,, haha,, org lain dating sana-sini,, tp bg aku,, matrik setahun, kne struggle, kalau cari kat sini, nnti masuk U ntah mana-mana,, then kat U jumpa yg lagi baik, lagi cantik, kesian aku ni~~ hahhaa


then kat U, tmpat aku majoriti perempuan,, lagi la susah nak cari,, lagipun, aku bz dgn persatuan2, study,, tak sempat nak fikir2 sume ni,, jadilah anti-sosial AGAIN!


daripada dulu, aku fikir satu je,, aku nak cari someone yg the first and the last :)
macam-macam dugaan tahu tak jadi perempuan... macam-macam kena jaga,,
aku jaga semua ni untuk kamu sorang je tahu tak??
aku terlalu memilih ke eh?


*yelaa,, mestila memilih, nak sehidup semati kan,, nak hidup sama-sama sampai tua,, nak jadi ayah kepada anak-anak aku,, atuk kepada cucu-cucu,, mesti la kena pilih,,, betul tak?? hahahaha :)