Monday, 3 December 2012

Inai di jari :)

Assalamualaikum, hai hai!

Happy sangat hari ni, dah berlalu hari yang menakutkan dan stress~ DONE assignment Kinesiology, submit pagi tadi, semalam macam zombie kot buat asgment, then pagi test CBR, ptg presentation n viva. 
ALHAMDULILLAH, lega sangat! THANKS ALLAH.
Tadi lepas present, rasa mcm nak peluk2 je dgn semua orang sbb happy sangat. hee :D *perempuan jelah :p

Weekend ni ada banyak sangat program under MPP, fakulti, tapi terpaksa tolak sebab merasakan aku lagi diperlukan dekat kg which is kat JB. Kadang-kadang kita susah nak buat keputusan, mana lagi penting, mana kita perlu utamakan. Tp percayalah, ikut kata hati. Memang semua pun penting, tapi kena tengok dekat mana kita diperlukan. :)

Sorry Auntyyy~ Masa mula2 minta jadi pengapit, tapi tak dapat nak comfirmkan awal2 balik ke tak sbb memang secara jujurnya memang weekend lepas bz sangat. Then balik jugak! Sebab tahu memang tak cukup orang, memandangkan tokmak dan tokyah dah tak ada :,(

Kuatkan hati, semuanya ada hikmahnya. Allah dah merancang yang terbaik untuk kita <3

Kadang2 rasa sedih bila teringat arwah tokyah, arwah tokmak~ Tapi apa yang kita boleh buat, sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk kesejahteraan mereka disana. :)

Apa-apapun ahamdulillah selamat diijab kabulkan Aunty Dayah n abang  Uncle Jiji :)

N majlis pun berjalan lancar walaupun tenaga kerja tak cukup, hee. Yang aku paling ingat, first time kupas kulit kentang 1 GUNI~ hahahaha. n kakak aku, buang kulit bawang 5 GUNI! pecah rekod!

hahaha, *tp seriousss busuk gila, bau bawang melekat, boleh tak pasni kalau kena lagi, guna google?
okayy now, aku malas nak cerita~ tengok jelah pic2 ni~ 




Majlis akad nikah :)

First2, tengok jelah dulu gambar2 sepupu2 yg cute1 ni, hee :D









shawl yang berserabut~ Haiyaa




bilaaaa? heee :p



dah rasmikan dulu, hahaha





hantu?



makan damai. CANTIK kAN? fresh flower :)




Hari bersanding :)


awal2 dah tunjuk kek~ OMG, suka sangat! tp sayang, balik awal, tak dpt merasa :(


bersedia menerima arahan. hahahha. tyme ni serve jemputan belah lelaki :)


goodies bag yang cute, PINK untuk girl :D


Banner sponsored by bakal kakak ipar <3
seriousss design cantik! 


flower girl? aku jelah tak kot? hahaha


okayyy, time ni lawak!, pantun2, silat2 ~ hahaha. 



sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki. hee



TOL TOL~ orang johor :)


time ni, lawak! hahaha :p aku pun join mintak tol~ haha





Family besar. Aku n kakak dah balik :(


Terubat rindu sebulan tak jumpa :,)

Semalam terpaksa balik awal, naik BAS~ tiket 3.30ptg. SEDIH, rasa mcm kejap je. Rasa tak puas jumpa family sbb smua bz dgn hal masing2. 

Dear mak, ayah:
Halalkan makan dan minum, minta maaf sekiranya terkasar bahasa. Mungkin yam bukan anak yang baik, tp yam try :,)

SAYANG MAK DAN AYAH, doakan yam untuk hari-hari yang mendatang :,)

(baru sehari dah homesick) :(

--> okay lepas ni aku nak buat entri pasal jodoh, hee. Lepas exam maybe. 



Sunday, 25 November 2012

Bola-bola ;)

Assalamualaikum, salam AHAD~

Act ni baru balik dari HIMPUNAN WANITA MUDA MALAYSIA dan KONVENSYEN PEMIMPIN NASIONAL. Huhh,, penat sangat~ tapi best! :D

At the same time aku PM untuk MDS intake diploma daripada 19-22/11 KPMD (kursus pemimpin minggu destini siswa) and 23- 28/11 MDS (minggu destini siswa), kalau yg bukan UiTM, MDS ni orentasi untuk junior baru masuk. 

Penat, memang semua orang penat, memang minggu ni banyak sangat kerja, banyak sangat program. Bertindih-tindih program, meeting, test lagi~ kadang-kadang sampai dah tak tahu nak pergi mana, mana lagi penting, dilemma~ Tapi walau apa-apa pun, aku okay je :)

hmm,, mesti pelik dengan tajuk entri, bola-bola~ teringat satu kata-kata ni,

"People who fall the HARDEST, bounce back the HIGHEST"

Orang selalu guna RODA untuk describe kehidupan, "hidup kita macam roda, kejap di atas, kejap di bawah, bla bla bla" tapi kalau sekadar roda, yang tak ada usaha, just bergantung pada nasib, tanpa berusaha untuk mengubah nasib tu buat apaaaa??

SO, bagi aku~ (anologi sendiri) 
Hidup kita macam bola, semakin kuat hentakan kita terima, makin tinggi ia melantun balik.
Semakin banyak tekanan yang kita terima, semakin kita kuat :)


Kadang-kadang kita rasa lemah, kadang-kadang kita rasa kuat. Macam bola, memang ada suatu masa kita keras, kita kuat, bila dihentak melantun kuat. Ada masa kita lembik, kita lemah, bila dihentak-hentak, ditekan-tekan, makin ia lembik. 
Sebab itu, kita kena selalu pam bola, kena selalu isi dengan kerohanian, isi dengan self motivation. Barulah bola tu keras dan melantun kuat :)

(wahh,, tetiba malam-malam mcm ni bersastera pulak :p)

Macam iman kita, iman kita macam air, jika dibiar, ia akan kering. Sebab tu, kita kena selalu refill. 

Kadang-kadang bila ada masalah dan terasa nak ceritakan kepada orang lain, kita tak perlukan nasihat pun, kita tak perlu pun jalan penyelesaian, kita tak perlu pun bantuan, kita cuma perlukan pendengar yang setia :)

Betul tak? 

Apa gunanya kawan yang ramai, jika tak ada seorang pun yang ada masa kita susah? 
Apa gunanya kawan yang ramai, jika bila minta bantuan dia hilang? 
Apa gunanya kawan yang ramai, jika dia tak ada semasa kita memerlukan? 

Kita selalu cakap macam ni, TAPI adakah kita kawan yang baik? 
Adakah kita pendengar yang baik? 
Adakah kita penasihat yang baik? 
Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Sebagai kawan, aku pun masih belajar untuk jadi kawan yang baik. Masih belajar menjadi anak yang baik, masih belajar menjadi pelajar yang baik. Cuma kadang-kadang kita LUPA, kita LEKA. 

Cumanya, ingatkanlah aku bila aku terlupa~ 
Ingatkan aku jika aku tersasar~
Ingatkan aku jika aku menjauh~

Itulah gunanya KAWAN kan? :)

Kadang-kadang kita mengeluh, 
kadang-kadang kita rasa putus asa, 
kadang-kadang kita rasa AMAT PENAT.

Tapi ingatlah, apa yang kita buat adalah IBADAH. Yang penting niat kita, keikhlasan kita. :)

Untuk SMF yang disayangi, jangan rasa berat dengan amanah kita, anggap ia sebagai IBADAH. ( Musaadah Yusof, 2012)



Masa untuk menaip: 30 minit :)

*lama tak menaip, rasa lega sikit. Thanks KAWAN BARU kenal tadi yg follow blog saya. Balik terus update :)



Tuesday, 13 November 2012

Menangislah :,)

Assalamualaikum, dah lama rasanya tak menaip~ yakah? hee :p

Sejujurnyaaaa di cuti deepavali ni aku menggunakannya dengan dduk and menghadap buku dan laptop, daripada pkul 5.30pagi smpailah sekarang 5.30petang, hebat tak hebat tak? clap clap, hahaha

SERIUS DAH PENUH kepala, hope melekat la semua yg aku baca, aminn :)

okayy, tetiba nak tulis tentang menangis, sebab rasanya minggu ni aku banyak kali aku menangis~ hahahha =,="
SEBAB? Mata masuk habuk, haha

Orang suka ckp
" menangis menunjukkan kita lemah"
" air mata tak boleh selesaikan masalah"

TAPI, kalau betullah semua tu, kenapa Allah ciptakan air mata untuk kita? Kenapa? 

Status FB aku,

"Air mata yang Allah kurniakan kepada kita bukan untuk kita SIMPAN, bukan untuk kita PENDAM, tapi untuk kita luahkannya bersama semua masalah-masalah yang kita PENDAM dengan harapan semoga Allah tahu apa yang kita tangiskan dan meringankan segala beban yang dipikul"

Masa aku buat status ni, aku baru balik dari KPO MPP :)

Bila kita rasa kosong, bila kita rasa sedih, bila kita stress~~ 
Ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita, 
Lihat orang sekeliling kita, ramai sebenarnya orang sayang kita,

kadang-kadang segala rasa yang kita pendam, kita pendam and pendam,kita tahan, kita tahan, lama-lama sampaikan bila dah tak tertahan, mana-mana pun kita boleh menangis.

Perbezaan tangisan kita dengan Nabi Muhammad dan para sahabat, mereka selalu jadikan tangisan mereka sebagai hiasan dalam solat-solat, doa-doa and zikir-zikir sebab takutkan Allah, 
KIta???

hmm,, peringatan kepada diri sendiri. 







Aku ada baca satu artikal ni, purata perempuan menangis 64 kali setahun, lelaki 17 kali setahun.
Hahaha, boleh percaya kahh? Hmm kena kira balik ni, :p

okay, penat. :)

KPO MPP SeMalaysia :)
suka sangat pic ni <3




Wednesday, 7 November 2012

Bila S T R E S S....

Assalamualaikum,
Diminggu yang sangat sibukkksssss and stress disebabkan test, assignment, program, tugas-tugas.
B A C A    N I
Inilahh koleksi ayat-ayat pembakar semangat yg aku kumpul dari dulu and tengok balik bila stress.












Inilah ayat yang paling best dan bermakna :,)



Walau apa-apa pun, masih tak dapat tandingi ayat-ayat suci Allah
 AL- QURAN
:)

Goodluck!
*untuk diri sendiri jugak* huhh

InsyaAllah, esok ada Kursus pengurusan organisasi MPP selama 4 hari, sampai 11/11 (ahad)
esoknya, 12/11 (isnin) ada 2 test, medical neurology intervention and kinesiology,
14/11 (selasa) submit assignment paediatric yang BANYAK sangat tu, mungkin beratus page, tapi sekarang baru siap SIKIT.
Doakan aku berjaya menempuh semua ni k~~ 
*collapse

Wednesday, 31 October 2012

Masa amat mencemburui kita.

Assalamualaikum,

hari ini hari khamis, dan assignment masih BANYAK tak siap. Hmm,, penyakit malas melanda bila balik rumah. Biasalahh~~ 

Thingssssssssssssss to do untuk cuti ni.

1. Assignment paediatric conditions (presentation and individual)
2. Mandarin- Video
3. Payyperrrrwork- payyyperrrworkssss
4. Suratsssss- suratsssss
 5. Studyyy untuk 3 test.

Hmm,, agak2 siap ke tak ehh semua ni? kita nantikan.. haha
*stress melanda.

Sunday, 28 October 2012

Happy Family ;)

Assalamualaikum,, 

Alhamdulillahhhhh first time beraya Aidiladha bersama sahabat MPP, daripada 50 orang, 12 orang yang join and sempat pergi 9 rumah :D

Berkumpul kat kolej seroja UiTM Shah Alam pukul 10.30pg, first rumah dalam pukul 11.30pg, and last rumah pukul 1.10pagi,.. wahh, first time beraya sakan macam ni, sampai rumah dekat pukul 3pagi~~~ hewhew, nasib baik parents tak marah,, hee :D




12 orang 6 kereta?? haha :p


First rumah: YDP kitaaaa,, Azraful Azman 
Menu: Nasi Lemak Su
*sedap sangat, boleh minta resepi, haha





Candid! :)
kak Sakinah? haha

Rumah 2: kimoe ( Akmalhakim Zakaria) :D
Menu: Spagheti 
menyelongkar segala pic family kimoe, untunglah adik beradik semua lelaki, hahaha




Oppss,, haha :p
*tersama pulak

Rumah 3: Alan (Azlan Zainal Abidin)
Menu: Domino`s pizza +mee kari+ pengat pisang yang sangat sedap
+ Daim chocolate(nak masuk jugak??) haha





Sembahyang Zohor berjemaah #rumah alan :)
*siapa yg ambil pic ni? hahaha

Rumah 4: rumah saya :p
Menu: Keropok ikan, hahahaahha :p
*perut dah full makan macam2 dekat rumah2 before ni, haha
masa nak balik hujan lebat teramat sangat~~
Thanks semua sebab sudi datang :,)
Walaupun tak ada buat menu sedap2, next raya jemput datang, mak saya masak sedap, 
saya? hmm,, hahaha



Rumah 5: Ara (Alyana Rafhana Ahmad)
Menu: macam-macam adaaaaaaa
Muffin dot-dot(yeke??) hahaha
yg paling best redvalvet :D




Apa la agaknya Farris buat? hahaha

Rumah 6: Muhd Faris Abd Hamid
Menu: Nasi goreng+ Meehun goreng+keropok
Dah ada anak buah~~ hee
Baru tahu Faris adalah "abg faris", hahaha



Rumah 7: Lina Nazihah
Menu: Puding buah (betul ke nama dia?) hee 
Family engineer, haha




Okay, Rumah 7: syuwwww ( Syuhadatul Asyikin)
Manu: Lasagna+cheese cake+ Big apple
Kat sini banyak sikit pic, hee :D
time kak lina dah tak follow sebab SAYA,, hewhew,, 
sorry bangat kakakakak! 










Family syuww yang sangat happening, ibuuuuu! rasa macam taknak balik, hee :)

Rumah 9: kak Cha (Siti Aisyah Zikri)
Menu: Asam pedas Johor yang sangat sedap :D
Masa: 1.10Pagi
Thanksssss a lot! pepagi buta masih menerima tetamu, hee :)



Tengok muka sorang2! hahaha,, 

Setiap rumah kami buat takbir, sampai mak cakap
"Semua nampak bagus-bagus, baik-baik je semua, boleh buat menantu" hahaha :p

Sempat pergi 9 rumah je, kalau ikut perancangan ada beberapa rumah lagi, TAPI tak sempat,  
rumah kak Alya(Bangi)
rumah kak Nik Husna(Bangi), 
rumah Dayah( sorryyy terlepas pandang tadi) ;(
harap jangan berkecil hati, InsyaAllah next time pulak k ;)

Rasa sangat happy, alhamdulillah, semoga ukhuwah yang dijalinkan ni berkekalan hingga hujung nyawa, insyaAllah :)

Harapan:
Hope dapat pergi rumah yang jauh2. Contoh: kelantan :)

Bak kata YDP kita,
Bersahabat:
1. makan rumah sahabat
2. solat rumah sahabat
3. buang air dirumah sahabat
4. tidur rumah sahabat
5. bawa pasangan dirumah sahabat ( bagi yang dah berkahwin )

*betulkan kalau silap k :)

Seharian bersama korang, macam2 gelagat ada. Haha, rasa beruntung sangat kenal dengan semua. *serius! :)

To Jimy: Sorrrryyy sesangat! Sebab tak dapat nak ambil, sebab masa tu dah jauh and ada banyak rumah lagi tak pergi. Seriousslllyyyyyy.......... :(
Jangan sesedih tengok pic2 ni semua k, lain kali kita p lagi. Sorry sesangat, harap hubungan kita semua berkekelan. Amin :)

Work as a team
CLOSE as a FAMILY

InsyaAllah, walaupun dah habis term MPP, kita masih rapat seperti sekarang, Jika niat kita bersahabat kerana Allah.
:)

Thanks Allah for everything 
*happy :,)


LOve this pic :)