Sunday, 28 April 2013

Monolog dalaman.


Assalamualaikum,

Di pagi hari ni --> 1 pagi

Tak tahu kenapa, macam-macam perasaan ada. Bencampur-campur macam ABC.

So aku end up utk menaip.

Just nak cakap, untuk menuju kejayaan, tak penting kita cepat atau lambat yang penting kita CUBA :)

Tak kiralah orang nak cakap apa, yang penting kita ada impian untuk dituju dan dicapai.

Percayalah setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Ada orang yang Allah kurniakan otak yang cerdik macam professor atau saintis-saintis.
Ada orang yang Allah kurniakan tubuh badan sasa, jadilah macam pemain rugbi.
Ada orang yang Allah kurnikan suara yang merdu, jadilah macam Siti Nurhaliza.
Dah macam-macam, nak tulis banyak-banyak bosan pulak. Haha :p

Usahlah sedih jika kita rasa tiada kelebihan untuk kita macam orang lain. Tetapi percayalah rezeki masing-masing. Allah suka bagi surprise, Dia tak tunjuk sekarang, Dia tunjuk bila kita betul sedia :)

Actually naik cuti (yang tak berapa nak cuti) ni, jadual aku penuh untuk Mei dan Jun. Setiap weekend ada hal, program, kursus dll. Bila dah susun-susun, tak tahu nak letak masa study mana. seriouslyyy. 

Yes, aku boleh. Dan aku akan buat yg terbaik, tak kiralah untuk organisasi, fakulti atau study. *monolog dalaman.

Tolonggggg sangat-sangat kepada sahabat untuk ingatkan aku bila aku terleka. Diri ini hanyalah insan yang lemah, masih memerlukan bimbingan sahabat-sahabat. :,)

Teringat masa dulu, masa masih lagi jadi JPK. Program Grooming Workshop, masa ni aku pengarah program. Slot Dr. Nikki Syuhada, dia ajar teknik monolog dalaman. Dimana kami semua kena ada sorang partner, diri bertentangan. Cakap depan depan kelebihan masing-masing, cakap kuat-kuat. Macam cakap depan cermin, and yes benda ni sangat berguna untuk aku. 

Bila rasa down, sedih atau apa-apa lahh, cari cermin, senyum. Kalau duduk sorang, bolehlah cakap benda-benda positif pada diri sendiri. Kita manusia mmg sangat memerlukan motivasi.

Sbb tu, pernah dengar tak, "Di belakang seorang lelaki yang berjaya, ada wanita yang sentiada menyokongnya di belakang", ayat dia lain sikit kot? Haha, 

Aku percaya, sangat percaya. Kita memang memerlukan seseorang untuk motivate diri kita. Tapi disebabkan aku tak kahwin lagi, sooo motivate la diri sorang-sorang lagi-lagi dalam blog ni. kalau dah kahwin nanti mungkin tak rajin la kot nak update blog, sbb dah ada tempat nak meluahkan dan ada seseorang utk motivate aku. Hahaha :p

Dah la tu, cukup dah motivate diri sendiri. Now lagi semangat! Yesss,, hidup perlulah bersemangat! 
Hee :)

Selamat malam, ehh pagi! 

Assalamualaikum, selamat berkuliah esok, eh hari ni. :)

Thursday, 25 April 2013

Jalan-jalan

Assalamualaikum,

Hyeeee,,, alhamdulillah hari ni hari kedua duduk rumah :D
Heavennn, asyik rasa nak tidur je bila duduk rumah, hahaha, Sorry mak!

Act ptg tadi aku keluar p satu shopping mall ni (Dirahsiakan). P sana pun sbb nak settlekan bil celcom yang entah siapa pakai, number mana entah then guna nama aku. Dah sebulan org celcom duduk call, then aku malas nak pening-pening kepala terus p sana naik bas sorang-sorang sbb tak ada org nak jadi driver and kereta tak berani nak bawak and tak tahu jalan. Hmm =,="

Rasa lama jugak la tak naik bas kat sini, aku naik bas M_tr_, aku paling tak suka konduktor bas dia, naik-naik terus ajak duduk sebelah. Tak respon, tak pandang aku terus pergi duduk belakang. Dalam hati "Kau ingat aku apaaaa??? Nak duduk sebelah kauuu?". Then maybe aku tak perasan aku terbuat muka "marah" kot, dia macam malu masa nak bg resit.

Hmm, pleaseeee la jangan buat macam ni kat orang tak kenal, memalukan diri sendiri. Nak "mesra alam" pun kenalah bertempat. Hmm.

Tujuan aku datang sana just nak p celcom center dgn harapan semua settle, bila sampai, aku cerita apa dah jadi, pekerja dia cakap mcm ni 
"U kena pergi report polis, then dapat surat kenyataan hantar ke branch dekat petaling jaya"
, kalau lah datang jauh2 sebab untuk tahu benda ni kenapa tak ckp tru call je? Sbb operator tu kata bila p center terus settle, balik dengan perasaan hampa sbb datang jauh2 sbb nak tahu benda ni, *jadi lawak pulak ayat aku ni, hahaha :p

Dah alang-alang tu, aku pun pusing-pusing jelah masuk kedai, keluar kedai. Perhati gelagat orang, huhhh, lamaaa tak buat macam ni. Act before ni selalu je keluar sorang2, just untuk perhatikan gelagat orang. Best, serious best :)

Then masuk popular, baca-baca buku, terjumpalah buku "Biografi Syed Mokhtar Albukhary", terus beli sebab dah lama cari, 
maryam,,,, maryammm.. Buku yg Tun Mahathir yang tebal tu pun tak habis lagi baca, dah beli buku baru. Takpeeee, ilmu harus dicari. 

Sempat baca buku tu sepanjang kat sana sampailah tunggu bas balik rumah 80 pages! Bayangkan betapa lama aku tunggu bas tadi untuk balik rumah. 1 jam 30 minit kot?

Yg menariknya buku ni, Syed Mokhtar ni sgt pandai mencari peluang, Apa-apa peluang dia grab. Sooooo inspiring! 

Sebenarnya, banyak je bantuan yg kerajaan beri terutamanya masa zaman Tun Dr Mahathir, cuma mungkin ramai yg tak tahu. Syed Mokhtar ni sangatlah pandai dalam mengatur strategi perniagaan, daripada bisnes lembu, kambing, kepada syarikat pengangkutan lori, kepada pengedar beras, kepada pengedar kasut, seluar jeans, sampailah semua sektor dia involve. Dibawah beliau juga ada lebih 110 000 orang. Woww! Sangatlah ramai, beliau juga selalu buat amal kebajikan dan sangat merendah diri. Even dah kaya, tapi skrg masih guna kenderaan buatan malaysia, Proton Perdana. Sangat humble!

Kepada sesiapa yg minat bisnes wajib baca buku ni. :)






Wednesday, 24 April 2013

Politik?

Assalamualaikum.

Dah lama jugak tak menaip panjang-panjang kan. Kali nak share tentang pendapat aku tentang politik memandangkan sekarang tengah musim PRU.

Mungkin rasa tak layak nak cakap tentang benda ni, tp aku masih nak jugak keluarkan pendapat aku.

Selalu kita dengar daripada rakan-rakan.

"politik kotor"
"tak tahu nak pilih mana"
"semua sama je"
"sekarang atas pagar'

Rata-rata bila ditanya, "apa stand korang untuk pilihan raya kali ni?", mostly akan cakap macam jawapan kat atas. Hmm,
kalau atas pagar kenapa tak buat research?
Kalau semua sama, apa yang sama?
Kalau kotor, apa yang kotor, politik or org or cara yang kotor?

Semua kemungkinan boleh berlaku lepas PRU ni, samada baik atau buruk, wAllahualam.

kadang-kadang pelik tengok fitnah sana, fitnah sini, masa ni la tetiba banyak "video lucah" keluar. Kes rasuah keluar. Macam-macam keluar, taktik pilihanraya mungkin. =,="

Kadang-kadang sedih bila agama Islam dijadikan isu, masa ni jugaklah macam-macam "fatwa" keluar yang sangat mengelirukan org ramai.

Dan kebanyakannya "keyboard warrior", comment itu ini, pung pang pung pang. Tapi bila tanya
kenapa? Senyap.
Bukti? Senyap.
Dah boleh mengundi? Senyap.

Come on lah, be matured. Tak guna pun nak bergaduh tentang ni.
Instead of memburukkan parti lain, lagi baik menunjukkan kebaikan parti sendiri.

Jadi, sebelum duduk share, comment, itu ini, buat research dulu. Means bukan dari satu pihak, tapi banyak pihak, untuk mengelakkan menyebarkan fitnah. 

Kalau tentang video "lucah" tu better tak payah la nak habaq satu dunia, mengaibkan org.

Kalau tentang beli "cincin", pergi sana sini tu. Pastikan berita sahih. 

Kalau tentang ada macam-macam asset tu yang dtuduh rasuah tu, kalau memang dia punya dan usaha dia sendiri macam mana? Yg duduk sebar tu, tak ke menyebarkan fitnah?

Satu je stand aku, back to basic --> Daripada memburukkan parti lain, lebih baik menunjukkan kehebatan parti masing-masing. :)

Bila anda memburukkan parti orang lain, sekaligus anda memburukkan lagi parti anda. Please kepada pengundi-pengundi, pilihlah dengan bijak kerana setiap undian anda berharga menentukan pemerintah kita. Jangan ada lagi "atas pagar", buat research, pastikan anda tahu anda di pagar yang mana. :)

Aku mengharapkan satu pilihan raya yang dimana lepas pilihanraya nanti, "pemenang" mengangkat tangan "pesaing"nya daripada sebelum ini "pemenang" mengangkat tangan "penolong"nya disaat meraikan kemenangan. Kitakan rakyat Malaysia. :)

Fahami maksud ini. 

MARYAM MOHD JAMADI
RAKYAT MALAYSIA :)

Peringatan: Ini pendapat peribadi, tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. General. 






Wednesday, 17 April 2013

Ukhuwah

Assalamualaikum, :)

Mencuri masa untuk menulis blog. Hee,

Ada something yang nampak dan nak share sebenarnya --> tentang ukhuwah.

Pendapat aku,

Walau seberat mana tanggungjawab yang dipikul, 
Amanah yang diberikan,
Pelbagai dugaan, onak duri, pancaroba
Ditambah dengan hinaan, dimakian, dicerca, difitnah,

Tetapi jika ukhuwah itu kuat antara sesuatu organisasi, semua akan menjadi ringan. InsyaAllah :)

Betullah macam perumpamaan, "bersatu teguh, bercerai roboh".

Okay tetiba serious pulak entri ni, hmm. 

Tak sabar nak balik rumah, sehari pun cukuplah dah bersyukur. 

Sbbnya aku dah rasa mata aku dah macam panda, tak apa tak kisah sebab panda kan cute, haha. :p

K, pendek je entri ni sbb aku dah mengantuk teramat sangat. Untuk mengelakkan makin menjadi kepandaan mata ni, kbye! :)








Monday, 15 April 2013

Weekend :)

Assalamualaikum, lama tak jumpa :)

Huhh, lama tak menaip, rindu pula. Hari ni alhamdulillah baru lepas test pediatric assessment. Lega :D

last entry psl KPKM day 1 weekend lepas, pastu senyap tak ada day 2, day 3. Haha, tak sempat nak menaip. Sebabnya minggu lepas banyak sgt program dekat Puncak Alam, and Shah Alam pun ada program tapi ikut mana priority, yang penting dah 2 minggu ni mmg balik malam sbb meeting, dan sebagainya. Tapi alhamdulillah dah lepas pun 2 minggu yang hectic :D


13/4: ISTIMEWA MENJADI GADIS 


Sabtu lepas (13/4) program Istimewa Menjadi Gadis, anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling, MPP dan PEERS. Alhamdulillah, semua okay and penceramah pun best, banyak input yg aku dpt :)

Tak sia-sia bergerak kerja sampai 11 malam untuk raptai dengan urusetia yg lain, utk make sure semua berjalan lancar.
Thanks to SMF FSK Hanis, Ama, Haniza yang datang tolong, sayang korang lebih :)

 Urusetia IMG --> tema PINK <3

Thanks semua :)

Input-input semua aku tweet terus masa program, malas pulak nak taip balik. 

Ni pendapat personal :

Kaum hawa memang sangat istimewa, sbbnya walau kita ni kaum yang lemah, penuh dengan emosi, tapi kita tabah. Wahai sahabat-sahabat yang disayangi:

1. Tutuplah auratmu sebagai tuntutan Allah. Semua benda yang berlaku ada hikmahnya, kenapa Allah minta semua kaum hawa tutup aurat? Sebabnya untuk mengelakkan fitnah. Selalunya kes-kes jenayah dorang salahkan siapa? Perempuan kan? Sebab apa? Cuba tengok pakaian, siapa yang goda siapa?

2. Jagalah tutur kata, tak manis bila nampak dah comel-comel tetiba keluarkan kata-kata kesat, tak jaga intonasi. Hmm

3. Jagalah tingkah laku. 

---> Peringatan kepada diri sendiri.

Kadang bila kita tak layan lelaki-lelaki kacau, dorang akan cakap "kita jual mahal",
biar mahal, jangan murah. U get what i mean? 

Jangan takut untuk jual mahal "nanti tak laku, jadi andartu", tapi percayalah dengan ketentuanNya. 

Aku paling tak suka/ benci lelaki yang;

1. Suka "sweet2" perempuan bila terserempak atau nak panggil.
-> Tolonglah weyyyy perempuan bukannya barang mainan korang, kami ada harga diri kalau nak panggil-panggil macam tu. Selama observation tentang lelaki yang macam ni, dorang ni memang tak boleh percaya dan tak hormat perempuan. 

2. Panggil perempuan as "pompuan", "minah".
-> Even sebagai short form (perempuan), boleh tak jangan tulis pompuan? Please. Rasa tak sedap mata memandang. And "minah", kalau kawan perempuan yg cakap okay, kalau lelaki yg cakap no wayy. Mungkin nampak remeh, tapi bab ni memang sensitif. 

3. Suka tarik-tarik tudung or bertepuk tampar.
-> Please kalau anda dah terbiasa bertepuk tampar dengan perempuan, please tengok dengan siapa anda bersama. Pleaseeeeee, kesian suami aku nanti. Hmm

Banyak sebenarnya, tapi pandai-pandai la fikir. Kalau anda tak mahu adik perempuan/ mak anda diperlakukan sesuatu perkara, samalah juga dengan kami. :)


Jadilah permata, jangan jadi kaca. Kita yang letak value diri kita. Kita yang menentukan harga diri kita. :)
#istimewaMenjadiGadis


DP baru, thanks to Hanis. :)
Act, gambar ni sesaje je, tak ada pun bagi talk or ceramah. Haha ;p


Ni pun sesaje. 


With PIKA-PIKA :)

Inilah Hanis, the best photographer, and dia sangat benci PINK, haha :)

Adik beradik :)
CURI dari kak naiem, hee


Sekitar program Istimewa Menjadi Gadis :)


14/4 : WEDDING ABANG

Lepas je program, mlm tu terus balik Johor untuk kenduri kahwin abang belah family kami pulak. Sampai dalam 2 pg.  Masa lepas program tu serious berbelah bagi samada nak balik atau tak, sebab first penat, tak cukup tidur. Second sbb isnin ada test dan tak study ada-apa lagi, manual assessement mmg tebal mcm satu bundle A4 paper. Dalam keserabutan dilemma, call mak, mak ayah cakap tak payah balik pun tak apa sbb hari tu dah balik masa nikah, persandingan belah perempuan.

Bila ckp mcm tu, dalam hati nak balik tp still 50%. Tanya sahabat, cerita semua, tetiba dia cakap
"Baliklah maryam, apa-apa pun family first, test ada byk kali, tapi majlis ni sekali je. InsyaAllah boleh buat punya, test tu", 

Tetiba rasa tersentap, terus call balik. "mak, yam balik :)"

Mcm biasa bwk punya la byk buku, manual semua, tp tak bukak. Haha, Alhamdulillah even balik tak sampai sehari, tapi keberadaan tu penting, mmg parents cakap "takpe, tak balik pun tak apa", tapi bile balik, rupanya mak dah siap bwkkan baju nak pakai, siap gosok lagi :,( *sebak.

Okay, sedih. Kbye :)

Alhamdulillah test dah buat, tawakal. 
Terima kasih mak ayah, abang, adik, nenek, pakcik makcik, sepupu, dua pupu. :,)


Yang ikhlas,
Maryam Jamadi.
15/4/2013 :)

Dah pukul 7mlm, mlm ni kena hantar assignment. Kbye :)

Tugas aku masa wedding ni, jaga untuk meja makan beradab :)

Benda yang aku paling suka untuk majlis ni sbb ada bacaan yaasin + marhaban. Majlis ni simple, tak ada persandingan :)


:)


Silat, macam biasa. Adat Johor :)

Kompang +gamelan.

Keluarga dah bertambah :)

Mereka berpegangan tangan, okay pelik masa mula-mula. Seriousss! Haha, sekejap je dah 2 minggu. Alhamdulillah, abang aku pun nampak berseri-seri je lepas kahwin ni. Hee
:)



Saturday, 6 April 2013

KPKM, Perak : Day 1 :)

Assalamualaikum,

Mesti tak tahu kan KPKM tu apa, KPKM --> Kursus Pembangunan Kepimpinan Mahasiswa :)

Kursus ni anjuran MPP Puncak Alam, Puncak Perdana. Peserta semua daripada Majlis Tertinggi atau wakil daripada semua persatuan berdaftar HEP. Total peserta 60 orang, and as usual mostly siswi. :)

Kursus ni 3 hari, 5,6,7 april 2013 dekat Pusat Latihan UiTM Kg Gajah, Perak. Teringat bila dalam bas call parents, inform la dah gerak ke Perak. Then ayah cakap

"2 minggu lepas dekat Pahang and Terengganu, minggu lepas majlis abang dekat JB, minggu ni dekat Perak pulak? Jalan-jalan je, belajar jangan lupa"

--> Baik ayah, yam bawak buku paling tebal pergi kursus ni, baca tak baca cerita ke-dua, haha. :p

Kami sampai sini dalam pukul 5ptg, sbb berhenti makan dan sembahyang jumaat. Pagi sebelum bertolak tu, sempat lagi p pejabat pengangkutan settlekan hal pengangkutan minggu depan and untuk pelajar sabah sarawak ke LCCT dan KLIA. Alhamdulillah semua settle sebelum p sini, seriouss tak dpt nak gambarkan perasaan tu bila benda dah settle, lapang kepala :)

Actually tempat ni dah pernah pergi masa Kursus Pemimpin Mahasiswa Destini Siswa (KPMDS) untuk orentasi pelajar baru intake sept 2012. Tempat ni memang best, sbb macam hotel. And bayaran dia pun berpatutan tapi service sangat mantap!



Makanan pun best. Hee, ohh lupa nak cakap, untuk kursus ni aku sebagai biro penempatan dan makanan. First time pegang biro makanan :)

Makanan awesome, serious! Stail hotel, baguslah. At least pemimpin-pemimpin yang kami bawa ni boleh juga belajar etika makan dan sebagainya.


Activity start 5.45ptg, taklimat oleh pengarah program and pegawai pengiring Tuan Hj Bahaman :)


Tuan Hj Bahaman, Pengetua Kolej Jasmine :)
Tapi Tuan Hj juga adalah lecturer Fakulti Sains kesihatan, my beloved faculty <3


Inilah pengarah program, angah :)
MPP Puncak Perdana
Fakulti Teater dan Animasi


Lepas sembahyang jamak maghrib dan isyak. Baru start ice breaking, and bagi aku dalam banyak-banyak ice breaking, kali ni PALING BEST! Yelahhhh, biro program dua-dua suka tengok running man, kreatif sangat and LAWAK ice breaking. And boleh dikatakan program semalam BERJAYA. Tahniah biro program!


Inilah Jimy! Mesti ramai kenal, sebab Jimy selalu join KPMDS and sangat hebat sebagai biro program :)
Azmifirdaus, panggil Jimy
MPP Shah Alam baru berpindah ke Puncak Alam
Fakulti Senireka dan Seni Lukis
Naib Yang di Pertua MPP Se-Malaysia

*Organisasi kami di Puncak Alam semakin meriah and ceria lepas ada Jimy *honestly :)
Anddddd kalau siapa ada perasan, dia pernah hack status FB tulis --> "sy akui Jimy comel"
hahahhaa =,="
Korang rasa? A: setuju, B: Tidak setuju :p




Inilah kak sofia, Biro Program yang awesome
MPP Puncak Alam
Fakulti Hotel dan Perlancongan. Exco NR. :)

*Kak sofia sangat bagus dalam gerak kerja, bagi je apa-apa kerja, sangat PANTAS!

Ice breaking kami sangat awesome and lawak. Nak cerita panjang sangat, haha, Tengok gambar jelah :)

Masa ni untuk pilih ketua, memang cara ni ada yg dah biasa. Tp kali ni serious beza sangat, orang yang tak disangka-sangka akan jadi ketua.

Macam-macam gaya ada, serious lawak~ haha

Masa ni dorang berlatih untuk cheers, macam-macam ada.Actually ada video, tp nntlah upload, Maybe akn buat montaj untuk program ni. Tp serious terbaiklah, semua sporting :)

Dah habisss dah cerita pasal program, now nak cerita tentang cerita di "SEBALIK PROGRAM" hee,


Special thanks to Boss, Azraful Azman. Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajat UiTM Se-Malaysia
Kerana turut bersama-sama kami disini. :)
Disebelahnya, Firdaus or kami selalu panggil Pdot.
MPP Shah Alam
Fakulti Ladang dan Agroteknologi 

kak Nik Farah Husna yang sangat comel and baik <3
MPP Shah Alam
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur
Thanks join kami disini :)


Di sebelah aku,
Kak Sakinah, MPP Shah Alam.
Fakulti Senireka dan Senilukis, cantikkan? Semua baju ceria, haha 

MPP Shah Alam, ada 2 orang lagi tapi tak ada gambar sama-sama, kak Aziemah and Azlan :)
Nanti la upload. Sabaq naaaa korang.

ALAN HANDSOME (hacked)

Ini semua poyoo! Hahaha



Inilah Nazreen Aziz, nama macam artis. 
MPP Puncak Perdana
Fakulti Pengurusan Maklumat
*Naz ni manja kot orangnya, ehh?


Meeya, syumi.
Meeya --> Nur Amira (Baju Hijau)
MPP Puncak Perdana
Fakulti Pengurusan Maklumat
*Meeya sangat hebat dalam menguruskan makanan, seriously!

Syumi --> Nur Syuhada Tarmizi
MPP Puncak Perdana
Fakulti Teater dan Animasi
*Syumi S/U 3 MPP Shah Alam, S/U MPP Puncak


Kak Sofia-Pika-Meee

Pika --> Syafika Husin
MPP Puncak Alam
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Exco Keusahawan MPP
*sangat bz orangnya, dia tak dapat join last minute sbb hal yg mmg tak dapat dielakkan. 

Chacha!
Siti Aishah Zikri
MPP Puncak Alam
Fakulti Hotel Dan Perlancongan
Sangat hebat dalam membuat surat. S/U Program ni, menetap di bilik gerakan. :)


Nazrin Mazlan
MPP Puncak Alam
Fakulti Farmasi
:)


Nadzleen
MPP Puncak Alam
Fakulti Farmasi
Presiden MPP Puncak Alam Puncak Perdana
Kami semua panggil Nadzleen --> ABAH! :)



Simulasi semalam, hahahaa. Nantikannnn. :)


Thursday, 4 April 2013

Terima kasih?

Assalamualaikum,

Now aku ada dekat bilik gerakan, menyiapkan kerja-kerja disini sebelum pergi KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MAHASISWA esok di Perak, alhamdulillah pengangkutan untuk student asasi/diploma sabah dan sarawak settle, pengangkutan untuk program esok, istimewa menjadi gadis pun settle, esok sebelum gerak ke sana ada 3 benda kena settlekan :)

Hari ni "agak" stress sebab banyak yang perlu difikirkan untuk program, perkara-perkara minggu hadapan. Tapi malas nak cerita masalah-masalah ni bukan orang suka dengar, haha. Tapi alhamdulillah, sahabat sesama MPP semua pun ada and rajin duduk bilik gerakan, selalu buat keadaan stress menjadi happy :)

Entri kali ni --> terima kasih?

Mungkin ramai tak nampak kepentingan "terima kasih" ni. Kadang aku pelik, ringkas, pendek je pun "terima kasih", cuma 2 perkataan tapi masih susah nak kata. --> untuk diri sendiri jugak

Tanya pada diri sendiri
1. Bila mak ayah belikan or cakap apa-apa ada kita ucap terima kasih?
2. Bila orang memberikan sesuatu, ada kita ucap terima kasih?
3. Bila orang lain bantu kita apa-apa, ada kita ucap terima kasih?

Jika TIDAK, please lah rajin-rajin ucap terima kasih. Tak susah pun, cuma 2 perkataan :)

Cuba bayangkan,
Ada suatu hari yang sibuk, banyak benda nak fikir, banyak benda nak buat. Tapi tiba-tiba ada seorang sahabat minta tolong. Walau penat/letih/lapar/dahaga sebab tak sempat nak rehat, makan, minum. Kita tetap juga tolong dia. Lepas kita tolong dia, dia tak ucap apa-apa, even kata-kata penghargaan, terima kasih terus pergi macam tu je, malah bagi komen tentang apa yang kita buat. Apa perasaan kita? 
Jawab sendiri....

Tapi cuba kalau, dia cakap "TERIMA KASIH tolong saya", mesti rasa dihargai kan, segala penat semua hilang seketika. 

Memang jika kita membantu orang lain, first kena buat kerana ikhlas. Yes, kita ikhlas masa mula-mula nak bantu. Tapi bila dibalas dengan keburukan, ada lagi ke keikhlasan tu? Mungkin tinggal 50%?

Point yang aku nak highlight --> appreciate people :)

Terima kasih Allah
Terima kasih mak dan ayah
Terima kasih sahabat-sahabat :)

Ingatlah, orang tak ingat apa yang beri, apa yang kita buat. Tapi orang akan ingat impression yang kita beri pada dia, (translate jadi pelik) Haha 

Esok (Jumaat-Ahad) --> Kursus Pembangunan Kepimpinan Mahasiswa

Harap semua dipermudahkan oleh Nya. 

Dah maghrib, kepalaku pun dah pening, mlm ni simulasi. 
k assalamualaikum. Thanks baca (perlu ke) :)