Saturday, 11 May 2013

Kita semua SAMPAH.

Assalamualaikum..

Wow, sampah? 

Actually ayat "kita semua sampah" daripada seorang sahabat. Masa tu kami sedang berbincang something about respect. Aku sendiri tertanya, kenapa "kita semua sampah? Hina sangat ke KITA?".. 

Macam ni ceritanya.. Dirahsiakan bila. :)

Aku rasa down disebabkan seseorang yang kata macam-macam tentang organisasi kami. Rasa sedih bila orang beranggapan macam tu. Kadang-kadang disebabkan orang lain, kami terkena tempiasnya. Biasalah, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Dimana-mana ada kawan, dimana-mana ada musuh. And tak kisah pun, hee. Who cares? I have my own life :p

Kadang-kadang tak terlintas pun nak menunjuk apa yang kita ada (act tak ada apa-apa pun, haha :p) tp orang boleh salah sangka. Itulah PHD bagi aku, perasaan hasad dengki. Tak boleh tengok orang lebih. Ada je tak kena, tengok orang lebih sikit dah tak senang duduk. Mcm mana nak ke hadapan jika asyik memikirkan hal orang?

Analoginya... Macam kita main game snake masa kecik-kecik dulu, perasan tak kalau kita asyik tengok markah kita, kita akan mati cepat. Tapi bila kita main dengan khusyuk, tak kisah markah berapa, masa tu lah kita akan dapat highest score. Betul tak?

Sama la jugak, jika kita asyik memandang orang tu mcm ni, org ni mcm ni. Sampai bila kita tak akan maju. Betul dak?

Kita semua sampah? Kenapa eh? Susah nak explain act.

Walau siapa pun kita, jangan sesekali rasa bangga dengan apa yang kita ada. Apa-apa la, jawatan, kekayaan, ilmu dan sebagainya. Anggaplah kita semua sampah, cuma yg berbeza kita sampah yang bagaimana? Yg boleh buat kraftangan, yg boleh recycle? Yang boleh memanfaatkan orang lain?
Atau sampah yg di tepi jalan? Yg disepak-sepak ditiup angin?

Kenal pasti diri. Kita semua sangat berharga, jangan sia-siakannya. Setiap orang punya impian masing-masing, walau sesusah mana nak capai, walau banyak halangan di hadapan. Please GO for it.

Nothing impossible. Jalan hidup kita, kita yang pilih. Jangan hanya bergantung "dah takdir", yes takdir tetapi siapa yang tentukan? Yes Allah. Tapi siapa yang menjalankannya??

K I T A....

K. demam. pening. berterabur. kbye

Thanks baca. Assalamualaikum. :)



Saturday, 4 May 2013

Berdebar.

Assalamualaikum, 

Esok hari mengundi, pastinya RAMAI yang dah tak sabar. Act td aku teman abg p KLCC untuk p pameran2, memang sangat lengang KL. Tak sangkaa, kosong sangat. Parents pun dah balik JB untuk mengundi, memang tersangat jammed semalam sbb mostly balik kampung smlm.

Sebenarnya, disini ada satu pengakuan, iaitu aku BELUM boleh mengundi. Sebabnya belum cukup beberapa bulan je untuk mengundi, tahun ni 21 tapi belum birthday. Sbb tu nak cakap banyak tentang politik, belum layak. Dan sbb tu juga bila dalam post, semua general. Bukan atas pagar k. :)

Pada awalnya memang aku jeles dengan sahabat-sahabat yang boleh mengundi. Tp memikirkan pilihanraya kali ni amatlah sengit menjadikan tugas dan amanah yg diberikan pada semua rakyat untuk memilih menjadi berat, TERAMAT BERAT.

Siapakah yang akan memegang tampuk pemerintahan kali ni?
Wallahhualam. 

PR ke BN? 
Jika nak pilih parti, janganlah pilih disebabkan parti tersebut, Tetapi pilih berdasarkan idea yang dibawa, dan juga CALON masing-masing. Ini tidak, calon pun tak kenal, sibuk nak berkempen parti-parti tp calon pun tak tahu siapa. Jika calon PR bagus atas observation kita sendiri dan idea pembawakan, pilihlah PR. Jika BN bagus dari segi idea dan pembawakan diri, pilihlah BN.

Yang akan membangunkan tempat anda sendiri, calon itu sendiri. Tak kiralah parti apa.
Dan siapa yg akan menjadi "kerajaan" sekarang ini?
Jika ramai calon PR yang menang, maka menunjukkan dalam PR ramai ahli yang bagus dari segi pembawakan dan idea.
Jika ramai calon BN yang menang dalam negara, maka BN la akan menjadi kerajaan,

Jika ditanya. 
Kalau diberi peluang maryam sokong mana?
Aku akan cakap jawapan kat atas. Bukan "playsafe" or "atas pagar", tapi itulah realitinya.
Itulah stand aku.
Jangan pilih berdasarkan parti semata-mata, tapi perlulah fikirkan CALON itu sendiri. Kenali calon di tempat masing-masing.

Tak guna pun nak bergaduh tentang ini.
Siapa yang menang? Actually SAMA.

Tapi kan, jika PR menang tak bermakna semuanya akan betul dan baik. Sebabnya pekerja tetap sama.
Jika rasuah? Contohnya nak tender apa-apa, kena bagi rasuah baru dapat? Tp bukankah org yg bekerja di bawahnya adalah SAMA. So, tiada perubahan boleh dibuat jika siapa-siapa menang, jika kita sendiri RAKYAT MALAYSIA tidak mahu berubah. Its all about CULTURE, MENTALITY.

Sesiapapun yang akan memerintah, orang di atas akan berubah. Tapi org dibawah? Means pekerja dan penggerak actually SAMA. Dan perkara2 rasuah dan sebagainya tak akan terhapus sekiranya dari bawah kita tak cantas. 

Maybe idea dan modus operandi parti masing-masing akan berbeza, tapi ia tetap takkan berubah jika rakyat kita, penggerak dan pelopor negara ini tak bertindak juga.

Dan satu nasihat, jika anda sokong parti A, janganlah benda yg betul jadi betul, benda yang salah pun akan jadi betul. Berfikir dan bertindak menggunakan akal. 
Kadang rasa berdarah telinga bila terlalu taksub sehinggakan buta mata hati, sokong benda yang secara terang-terangan salah. 

Tadi borak dengan kakak. Satu lagi perkara yang perlu diubah, adalah pendidikan awal kanak-kanak. Sgt tertarik dengan cerita kakak, dimana kanak-kanak seawal 3 tahun kalau di Korea dan masuk sekolah, cuma untuk belajar nilai-nilai murni. Benda simple je, 
Buang sampah.
Hormat orang tua.
Gotong royong.
Tolong menolong.
Dan sebagainya, sebab itu kalau dilihat negara Korea dan Jepun sangatlah membangun dengan pesat even negara mereka pernah jatuh lepas perang dunia kedua. Sebabnya EARLY EDUCATION.
Kalau dibandingkan dengan negara kita, sangat berbeza, kanak-kanak yg masuk tadika, terus belajar math, BM, BI, science. Mungkin ada yg ada, tp kebanyakannya tak ada utk nilai-nilai murni.
And satu lg, banyak kesan sebenarnya kalau awal-awal terus ajar math dll, awal-awal dan terap sikap menghafal, Sbb tu, budaya menghafal ni dah makin kritikal, bila kerja? Tak tahu buat. Hmm

Hope sesiapa pun menang, tukarlah sistem pendidikan negara kita supaya generasi masa akan datang lebih bernilai murni. 
Jika nak ubah dan lihat negara kita masa akan datang, tengoklah belia-belia di negara itu. 
Negara kita? Saban hari macam mana?

Seronok tengok persaingan sengit macam ini, bila ada perkara mcm ini mana-mana pihak akan bekerja lebih keras untuk memenangi hati rakyat. Tp sangat tak suka bila amalkan politik kotor. 
Please. Sangat tak suka khuatir fitnah menfitnah menjadi BUDAYA dalam negara kita.
Ya Allah, elakkanlah perkara macam ini berlaku.

Panjang jugak entri kali ni. Kadang teringat masa PRK (pilihanraya kampus) dulu, start dari ambil borang, penamaan calon, kempen, hari mengundi dan akhir sekali pengunguman pemenang.

Tp kalau dekat UiTM sistem online. Tu je beza. Rindu saat tu.
Masa pengunguman pemenang tu, takut seram sejuk semua ada. serious!
Dan masa diumumkan menang kerusi fakulti tu, macam-macam perasaan ada. Sebak, sedih, berat, sangat berat sebenarnya amanah yg dipikul. Tapi alhamdulillah dah berjaya tempuh sampailah ke hari ini.
Berita gembira masa sebelum cuti PRU ni, bas dah tambah dari 2 kepada 4. Alhamdulillah, terima kasih mendengar suara kami. UiTM Dihatiku <3

Inilah gambaran masa hari pengundian, :)





Cute kannn? Thanks google! :)
Kepada ayah, mak, abang, sahabat-sahabat, selamat mengundi!
Pilihlah yang terbaik.
Esok 8 pagi, walau tak mengundi. Aku tetap nak pergi tempat mengundi ikut abang, nak tengok suasana mcm mana. Tak sabar. :D

Hope sesiapa pun yang menang, terimalah dengan hati yang tenang. Marilah bersama-sama membantu kerajaan yang memerintah tak kiralah anda dari parti apa. :)

K, assalamualaikum. Selamat malam. 


Gambar ni paling awesome! Credit to Wan Adha Manipulation :)





Thursday, 2 May 2013

Selamat pagi Malaysia :)

Assalamualaikum,

Now 4 pagi, selamat pagi!

Minggu ini dan seterusnya agak sibuk bagi aku, tapi alhamdulillah dah berjaya tempuh untuk minggu ni! :)

Hope minggu depan dan depan depan aku berjaya tempuh dan gunakan masa dengan optimum. InsyaAllah. Yes i can do it!
Hmm, bagi aku tak ada alasan "tak ada masa', Allah beri kita sama 24 jam yang membezakannya adalah cara kita manfaatkannya. 

Setiap apa yang kita buat, yang penting niat kita. Jika niat itu baik maka Allah akan permudahkan jalan. 
Jangan sesekali terasa terbeban dengan kerja, kerana khuatir kerja yang kita buat akan jadi sia-sia tetapi anggaplah setiap apa yang kita buat adalah ibadah kepadaNya.

Tetapi... Kadang kita terlupa, kita terleka dengan urusan duniawi.
Disebabkan kesibukan duniawi, kita terlupa akhirat.
Kita solat dalam keadaan cepat, tak khusyuk.
Kita solat  bukan di awal waktu.

Disebabkan itu, Allah beri kesusahan kepada kita. Allah berikan kita jalan yang berliku-liku untuk berjaya dalan sesuatu perkara.
Pernah dengar tak "Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita".

Yes, betul tu. Aku dapat rasa benda tu. 

Pernah tak kita rasa kosong? Rasa buntu dalam buat keputusan, rasa loss tak tahu nak buat apa?
Kalau rasa macam ini, cuba fikir balik... Kita jaga tak Allah
Kalau ya Alhamdulillah. 
kalau tak, itulah salah satu puncanya.

--> peringatan pada diri sendiri.

Tak tahu kenapa pagi ni rasa sayu je, maybe sebab fikir macam-macam benda. Banyak yang aku fikirkan... Muhasabah diri, takut makin terhanyut dengan kesibukan dunia. Sebab itu iman kita ni macam air, kalau kita tak tambah ia akan kering. So, kita kenalah selalu topup, re-fill air tu.

Okay 10 minit menaip. Mengantukkkkk semalam tidur 3 jam. Tapi tak apa, minggu ni bakal berakhir. Esok lepas meeting last untuk minggu ni before cuti PRU nak qada` tidur. Hee :D

Assalamualaikum......

Sunday, 28 April 2013

Monolog dalaman.


Assalamualaikum,

Di pagi hari ni --> 1 pagi

Tak tahu kenapa, macam-macam perasaan ada. Bencampur-campur macam ABC.

So aku end up utk menaip.

Just nak cakap, untuk menuju kejayaan, tak penting kita cepat atau lambat yang penting kita CUBA :)

Tak kiralah orang nak cakap apa, yang penting kita ada impian untuk dituju dan dicapai.

Percayalah setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Ada orang yang Allah kurniakan otak yang cerdik macam professor atau saintis-saintis.
Ada orang yang Allah kurniakan tubuh badan sasa, jadilah macam pemain rugbi.
Ada orang yang Allah kurnikan suara yang merdu, jadilah macam Siti Nurhaliza.
Dah macam-macam, nak tulis banyak-banyak bosan pulak. Haha :p

Usahlah sedih jika kita rasa tiada kelebihan untuk kita macam orang lain. Tetapi percayalah rezeki masing-masing. Allah suka bagi surprise, Dia tak tunjuk sekarang, Dia tunjuk bila kita betul sedia :)

Actually naik cuti (yang tak berapa nak cuti) ni, jadual aku penuh untuk Mei dan Jun. Setiap weekend ada hal, program, kursus dll. Bila dah susun-susun, tak tahu nak letak masa study mana. seriouslyyy. 

Yes, aku boleh. Dan aku akan buat yg terbaik, tak kiralah untuk organisasi, fakulti atau study. *monolog dalaman.

Tolonggggg sangat-sangat kepada sahabat untuk ingatkan aku bila aku terleka. Diri ini hanyalah insan yang lemah, masih memerlukan bimbingan sahabat-sahabat. :,)

Teringat masa dulu, masa masih lagi jadi JPK. Program Grooming Workshop, masa ni aku pengarah program. Slot Dr. Nikki Syuhada, dia ajar teknik monolog dalaman. Dimana kami semua kena ada sorang partner, diri bertentangan. Cakap depan depan kelebihan masing-masing, cakap kuat-kuat. Macam cakap depan cermin, and yes benda ni sangat berguna untuk aku. 

Bila rasa down, sedih atau apa-apa lahh, cari cermin, senyum. Kalau duduk sorang, bolehlah cakap benda-benda positif pada diri sendiri. Kita manusia mmg sangat memerlukan motivasi.

Sbb tu, pernah dengar tak, "Di belakang seorang lelaki yang berjaya, ada wanita yang sentiada menyokongnya di belakang", ayat dia lain sikit kot? Haha, 

Aku percaya, sangat percaya. Kita memang memerlukan seseorang untuk motivate diri kita. Tapi disebabkan aku tak kahwin lagi, sooo motivate la diri sorang-sorang lagi-lagi dalam blog ni. kalau dah kahwin nanti mungkin tak rajin la kot nak update blog, sbb dah ada tempat nak meluahkan dan ada seseorang utk motivate aku. Hahaha :p

Dah la tu, cukup dah motivate diri sendiri. Now lagi semangat! Yesss,, hidup perlulah bersemangat! 
Hee :)

Selamat malam, ehh pagi! 

Assalamualaikum, selamat berkuliah esok, eh hari ni. :)

Thursday, 25 April 2013

Jalan-jalan

Assalamualaikum,

Hyeeee,,, alhamdulillah hari ni hari kedua duduk rumah :D
Heavennn, asyik rasa nak tidur je bila duduk rumah, hahaha, Sorry mak!

Act ptg tadi aku keluar p satu shopping mall ni (Dirahsiakan). P sana pun sbb nak settlekan bil celcom yang entah siapa pakai, number mana entah then guna nama aku. Dah sebulan org celcom duduk call, then aku malas nak pening-pening kepala terus p sana naik bas sorang-sorang sbb tak ada org nak jadi driver and kereta tak berani nak bawak and tak tahu jalan. Hmm =,="

Rasa lama jugak la tak naik bas kat sini, aku naik bas M_tr_, aku paling tak suka konduktor bas dia, naik-naik terus ajak duduk sebelah. Tak respon, tak pandang aku terus pergi duduk belakang. Dalam hati "Kau ingat aku apaaaa??? Nak duduk sebelah kauuu?". Then maybe aku tak perasan aku terbuat muka "marah" kot, dia macam malu masa nak bg resit.

Hmm, pleaseeee la jangan buat macam ni kat orang tak kenal, memalukan diri sendiri. Nak "mesra alam" pun kenalah bertempat. Hmm.

Tujuan aku datang sana just nak p celcom center dgn harapan semua settle, bila sampai, aku cerita apa dah jadi, pekerja dia cakap mcm ni 
"U kena pergi report polis, then dapat surat kenyataan hantar ke branch dekat petaling jaya"
, kalau lah datang jauh2 sebab untuk tahu benda ni kenapa tak ckp tru call je? Sbb operator tu kata bila p center terus settle, balik dengan perasaan hampa sbb datang jauh2 sbb nak tahu benda ni, *jadi lawak pulak ayat aku ni, hahaha :p

Dah alang-alang tu, aku pun pusing-pusing jelah masuk kedai, keluar kedai. Perhati gelagat orang, huhhh, lamaaa tak buat macam ni. Act before ni selalu je keluar sorang2, just untuk perhatikan gelagat orang. Best, serious best :)

Then masuk popular, baca-baca buku, terjumpalah buku "Biografi Syed Mokhtar Albukhary", terus beli sebab dah lama cari, 
maryam,,,, maryammm.. Buku yg Tun Mahathir yang tebal tu pun tak habis lagi baca, dah beli buku baru. Takpeeee, ilmu harus dicari. 

Sempat baca buku tu sepanjang kat sana sampailah tunggu bas balik rumah 80 pages! Bayangkan betapa lama aku tunggu bas tadi untuk balik rumah. 1 jam 30 minit kot?

Yg menariknya buku ni, Syed Mokhtar ni sgt pandai mencari peluang, Apa-apa peluang dia grab. Sooooo inspiring! 

Sebenarnya, banyak je bantuan yg kerajaan beri terutamanya masa zaman Tun Dr Mahathir, cuma mungkin ramai yg tak tahu. Syed Mokhtar ni sangatlah pandai dalam mengatur strategi perniagaan, daripada bisnes lembu, kambing, kepada syarikat pengangkutan lori, kepada pengedar beras, kepada pengedar kasut, seluar jeans, sampailah semua sektor dia involve. Dibawah beliau juga ada lebih 110 000 orang. Woww! Sangatlah ramai, beliau juga selalu buat amal kebajikan dan sangat merendah diri. Even dah kaya, tapi skrg masih guna kenderaan buatan malaysia, Proton Perdana. Sangat humble!

Kepada sesiapa yg minat bisnes wajib baca buku ni. :)






Wednesday, 24 April 2013

Politik?

Assalamualaikum.

Dah lama jugak tak menaip panjang-panjang kan. Kali nak share tentang pendapat aku tentang politik memandangkan sekarang tengah musim PRU.

Mungkin rasa tak layak nak cakap tentang benda ni, tp aku masih nak jugak keluarkan pendapat aku.

Selalu kita dengar daripada rakan-rakan.

"politik kotor"
"tak tahu nak pilih mana"
"semua sama je"
"sekarang atas pagar'

Rata-rata bila ditanya, "apa stand korang untuk pilihan raya kali ni?", mostly akan cakap macam jawapan kat atas. Hmm,
kalau atas pagar kenapa tak buat research?
Kalau semua sama, apa yang sama?
Kalau kotor, apa yang kotor, politik or org or cara yang kotor?

Semua kemungkinan boleh berlaku lepas PRU ni, samada baik atau buruk, wAllahualam.

kadang-kadang pelik tengok fitnah sana, fitnah sini, masa ni la tetiba banyak "video lucah" keluar. Kes rasuah keluar. Macam-macam keluar, taktik pilihanraya mungkin. =,="

Kadang-kadang sedih bila agama Islam dijadikan isu, masa ni jugaklah macam-macam "fatwa" keluar yang sangat mengelirukan org ramai.

Dan kebanyakannya "keyboard warrior", comment itu ini, pung pang pung pang. Tapi bila tanya
kenapa? Senyap.
Bukti? Senyap.
Dah boleh mengundi? Senyap.

Come on lah, be matured. Tak guna pun nak bergaduh tentang ni.
Instead of memburukkan parti lain, lagi baik menunjukkan kebaikan parti sendiri.

Jadi, sebelum duduk share, comment, itu ini, buat research dulu. Means bukan dari satu pihak, tapi banyak pihak, untuk mengelakkan menyebarkan fitnah. 

Kalau tentang video "lucah" tu better tak payah la nak habaq satu dunia, mengaibkan org.

Kalau tentang beli "cincin", pergi sana sini tu. Pastikan berita sahih. 

Kalau tentang ada macam-macam asset tu yang dtuduh rasuah tu, kalau memang dia punya dan usaha dia sendiri macam mana? Yg duduk sebar tu, tak ke menyebarkan fitnah?

Satu je stand aku, back to basic --> Daripada memburukkan parti lain, lebih baik menunjukkan kehebatan parti masing-masing. :)

Bila anda memburukkan parti orang lain, sekaligus anda memburukkan lagi parti anda. Please kepada pengundi-pengundi, pilihlah dengan bijak kerana setiap undian anda berharga menentukan pemerintah kita. Jangan ada lagi "atas pagar", buat research, pastikan anda tahu anda di pagar yang mana. :)

Aku mengharapkan satu pilihan raya yang dimana lepas pilihanraya nanti, "pemenang" mengangkat tangan "pesaing"nya daripada sebelum ini "pemenang" mengangkat tangan "penolong"nya disaat meraikan kemenangan. Kitakan rakyat Malaysia. :)

Fahami maksud ini. 

MARYAM MOHD JAMADI
RAKYAT MALAYSIA :)

Peringatan: Ini pendapat peribadi, tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. General. 






Wednesday, 17 April 2013

Ukhuwah

Assalamualaikum, :)

Mencuri masa untuk menulis blog. Hee,

Ada something yang nampak dan nak share sebenarnya --> tentang ukhuwah.

Pendapat aku,

Walau seberat mana tanggungjawab yang dipikul, 
Amanah yang diberikan,
Pelbagai dugaan, onak duri, pancaroba
Ditambah dengan hinaan, dimakian, dicerca, difitnah,

Tetapi jika ukhuwah itu kuat antara sesuatu organisasi, semua akan menjadi ringan. InsyaAllah :)

Betullah macam perumpamaan, "bersatu teguh, bercerai roboh".

Okay tetiba serious pulak entri ni, hmm. 

Tak sabar nak balik rumah, sehari pun cukuplah dah bersyukur. 

Sbbnya aku dah rasa mata aku dah macam panda, tak apa tak kisah sebab panda kan cute, haha. :p

K, pendek je entri ni sbb aku dah mengantuk teramat sangat. Untuk mengelakkan makin menjadi kepandaan mata ni, kbye! :)