Saturday, 18 August 2012

Malam raya pertama TANPA...

Assalamualaikum,,

hmm,, td kami baru je habis buat tahlil antara family, tok mak dan atuk ayah aku yang baru sahaja kembali ke rahmatullah tahun ini,,, :,(
ini kali pertama raya tanpa mereka, td masa tahlil, rasa sebak sangat, huuuu~~
mcm mana ea mereka di alam barzakh sana, ok ke tak? sampai ke tak doa kami? 

aku beruntung masih punya ayah dan ibu, tp kepada yang dah tak ada ayah dan ibu mesti sedih kan masa malam raya, hari raya macam ni,, :(

tapi tak ada guna kita menangisi pemergian mereka, sesungguhnya yang hidup akan mati, kita juga..
apa yang kita boleh buat ialah dengan mendoakan mereka, baca kan surah Yaasin, TAPI bukan masa nak raya ni je, tapi selalu,, 

arwah atuk aku yg belah ayah dah lama meninggal, tp dari kecik nenek aku selalu ingatkan kteorang 

"arwah atuk tunggu-tunggu je doa dari cucu-cucu, anak-anak dia, setiap kali lepas sembahyang doakan lah, sedekahkan al-fatihah pada arwah atuk, setiap malam jumaat bila baca yaasin jangan lupa sebut nama arwah atuk"

setiap kali balik kampung nenek aku akan cakap macam tu, dan setiap kali balik kampung juga kteorg akan lawat kubur arwah atuk, bukan masa raya je..

walaupun dah lebih 10 tahun arwah atuk aku dah meninggal, and masa tu aku kecik lagi, tak ingat sangat. tapi nenek aku selalu ingat kan kteorg,. 

kadang-kadang aku terfikir, kalau dah tak ada, ada tak orang nak doakan aku, arwah atuk aku beruntung ada isteri macam nenek aku, yang selalu ingatkan cucu-cucu, anak-anak supaya doakan, melawat kubur, bersihkan kubur kalau ada rumput-rumput or lumut.. Aku pun nak jadi macam tu,, hopefully,,...

and aku terfikir, anak-anak aku macam mana ea, aku harap aku hidup panjang, lepas tu aku nak didik anak aku, nanti aku dah tak ada boleh la dia doakan untuk aku,,

“Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah ataupun ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya” 
(Hadith Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


aku harap sangat aku ada ketiga-tiga perkara ini,, and aku harap aku dapat jadi anak yang soleh yang boleh mendoakan mak dan ayah aku bila dorang dah tak ada,, 

buat apa jadi orang bijak pandai tapi mengaji Al-Quran pun tak pandai,
buat apa jadi orang kaya-raya tapi tak bayar zakat pun tak, sedekah pun tak..
buat apa ada anak yang ramai tapi tak ada seorang pun yang nak mendoakan ibu bapa yang sudah tiada??
BUAT APA???


SEMUA ITU KAN SEMENTARA, TAK BOLEH DIBAWA BILA KITA SUDAH TIADA...

sama-samalah kita saling ingat-mengingati.. aku juga masih belajar,,, and masih berusaha..
ingatlah..

"Penghuni alam barzakh akan sentiasa merindui dan menaruh harapan agar Allah akan mencucuri rahmat ke atasnya melalui doa anak yang soleh setelah semua amalannya terputus akibat kematian."


ingatlahhh sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.


okay lah,, tak guna sedih-sedih.. apa yang kita boleh doakan mereka,, mana tahu mereka lebih bahagia di alam sana kan?? hee :)

btw,,, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!

daripada: Maryam Jamadi dan Sekeluarga (hang macam kenal je? :p)



Wednesday, 15 August 2012

sweetnya mereka..!

Assalamualaikum,

hari ni, malam ini, aku nak balik kampung yang tercintaaaa,, weee ;)
tempat dirahsiakan,, hee :p
dari awal puasa sampailah hari ni aku kata nak balik kampung, dah akhir puasa baru la nak balik, kesian nenek and atuk,,

nenek and atuk aku sangat sweet wehh! atuk aku dah umur 80 tak silap, nenek aku 70,, tapi masih lagi sweet and romantik,,

1. Mereka masih lagi sms dan calling bila rindu,
ada sekali tu, atuk aku tak nak ikut kteorg p shopping dan jalan-jalan, nenek aku jelah yang ikut, atuk duduk rumah. Masa tu kteorg keluar sampai malam, sepanjang kteorg kat luar, atuk and nenek asyik sms2 je, pastu nenek aku senyum-senyum baca sms, hee :D (jeles gilaa,, aku pun tak ada mcm tu)
then, atuk call, borak-borak dengan nenek, (menambah kejelesan aku :p),
siap gurau-gurau lagi, yg aku curi-curi dengar.

atuk: ayang (pewwit!) bila nak balik?
nenek: malam nanti, ni jalan-jalan dengan budak-budak ni, hehe
atuk: kenapa tak balik esok je? tinggalkan kita sorang-sorang lama-lama
nenek: hehe,, sabarlah, nant kita balik la ni, hehe

haha,, sweet kan? banyak sebenarnya, and panjang lagi, tp ni jela yg aku dengar,haha :p
tapikan, berapa ramai yang masih lagi sweet macam ni walaupun dalam usia tua? kenapa nak malu, malu dengan pandangan org? inilah masyarakat kita, bila golongan tua buat macam ni nak gelak-gelakkan, bila org2 muda yang tidak halal lagi hubungannya dok cakap "sweettttttnyaaaa korang!". pastu dok post gambar-gambar, dok like2!, kena kencing manis baru tahu~~ haha :p


2. Mereka berpegangan tangan bila jalan-jalan.
huii,, bila kteorg jalan-jalan dekat taman, kteorg tinggalkan nenek and atuk berdua, biarlah dorang dating,, hehee,, tapi serius sangat sweet, happy tengok mereka,.. lantak p la org nak kata apa, macam td aku kata, bila org2 muda yang tak ada ikatan apa-apa jalan-jalan dating pegang-pegang tangan tak ada pula nak kata apa2, =,="

3. Mereka sentiasa bersama-sama
teringat ada sekali tu, masa tu atuk aku tertido, then nenek  aku p angkat baju. Pastu atuk aku bangun je, atuk aku terus pergi ke nenek aku and kata
"ayangg,, kenapa tak kejut abang, kata nak angkat baju sama-sama"
masa tu, aku terus "WOWWW!"
bukan itu sahaja, kalau sembahyang pun atuk la jadi imam, :)
aku cerita dekat cousin2 aku, dorang cakap memang biasa la macam tu,, hee :D
aww, sweet gilaaa,,! (gedik pulak tetiba)

4. Merajuk, pujuk~~
Atuk aku suka merajuk dan terasa dengan nenek, tp kejap je (merajuk sayang la tu) hee :p

inilah namanya CINTA SEJATI, CINTA KERANA ALLAH,,
bukan cinta kepada kekayaan, bukan cinta kepada paras rupa,,, tetapi cinta kerana ALLAH <3

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:

Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

mesti kita tertanya-tanya macam mana nak tahu seseorang tu cinta kita kerana Allah atau tidak, aku ada terbaca satu article ni



"Jika kerana bercinta dengannya, kita makin mendekatkan diri dengan Allah, makin cinta kepada Allah, makin rindu kepada Allah, makin banyak beribadat kepada Allah, makin takut melakukan maksiat, makin berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik, maka itulah buktinya kita mencintainya kerana Allah.."


"Sebaliknya, jika kerana kita bercinta dengannya, kita makin jauh dengan ALlah, makin berbuat maksiat, menambahkan himpunan dosa, bergayut di telefon sampai lupa ibadat, berchatting hingga tidur lewat sampai lalai melaksanakan solat subuh, berpegang tangan berpelukan melakukan maksiat, maka ini pula buktinya kita mencintainya bukan kerana Allah.."






*tak habis-habis aku ni~~ hewhew

okay laa,, hope semua pun jumpa laa org yg cinta diri kita kerana Allah,, bukan kerana paras rupa, bukan kerana nafsu, bukan kerana kekayaan, bukan kerana kepandaian~ (susah tu)

banyak sebenarnya "cerita cinta" nenek and atuk aku, sampai sini sajalah.. 

aku nak balik kampung! hee,,,, :D

Assalamualaikum, 
:)

Tuesday, 14 August 2012

6 tahun dah lari rumah :D

Assalamualaikum,,

bosan ouh malam ni,, ayah aku tak bagi bukak tv malam2~~ :(
sebab.. sebab.. lagha! haha,, bagus lah jugak, aku pun bukan tengok tv sangat, cuma adik2 aku jelah,, hee, dulu-dulu ayah aku pernah cakap 
"kalau tv ni rosak, tak payah beli lagi, tak ada tv lagi bagus, tv ni  mcm kotak syaitoon dalam rumah, suruh orang tinggal solat, suruh orang leka, suruh org tengok maksiat (opps, maksud aku tengok org2 yg tak tutup aurat n so on laa,, haha)

tajuk lain tetiba cerita lain,..
hmm,, bila teringat masa kecik2 dulu, buat aku gelak sorang-sorang.. act AKU MEMANG SUKA GELAK SORANG_SORANG, aku tak kisah pun org nak cakap gila ke apa~~ biar lahh :p

masa tu aku baru umur 6 tahun, aku sekolah kat tadika seri dewi (ingat lagi tu), taman universiti, johor,, 
aku, abg and kakak aku beza setahun je, kalau masa kecik-kecik dulu memang selalu gaduh2. bising gilaa!
yg kena buli,, aku lah,, teringat dulu kalau gaduh ngan kakak aku, dia suruh aku ckp,, "saya minta maaf",
cakap sampai nangis~ =,="
yelaa,, masa tu tak ada adik lagi, lama la jugak aku mengbongsu, aku nangis sampai suara serak-serak kot, JAHAT gila kakak aku~~ haha
rumah kteorg memang bising, lagi-lagi suara aku yg suka nangis n jerit-jerit masa kecik,, 
ada satu hari ni mak aku mengamuk sebab kteorg degil sangat, mak aku ckp nak bagi kteorg tiga org dekat lain-lain orang, aku kat rumah cina, kakak aku kat rumah india, abg aku kat rumah mana entah tak ingat..

sebab,, kteorg selalu gaduh~hahaha,, pastu mak aku keluar kejap, bibik aku pulak tengah tido kot tak silap,,    
kteorg plan nak lari rumah sama-sama sebab TAK NAK BERPISAH~ haha

siap kemas-kemas baju lagi tu, kemas pakai BEG PLASTIK merah kat pasar tu je pun~ haha
cuba bayangkan aku 6 tahun, kakak aku 7 tahun, abg aku 8 tahun bawak baju guna beg plastik merah tu, pastu letak kayu sekali, untuk angkat kat bahu (bajet mcm shin chan) hahahha

kteorg lari pergi taman je pun, mana lagi~~ hahaha,, dah la dekat je dengan rumah, tetiba masa kteorg jalan tu,, aku terlupa nak bwk epal, sanggup balik rumah senyap-senyap amek epal~~ hahaha

dah sampai kat taman, kteorg duduk dekat pondok, masa tu kteorg buat "meeting", macam mana nak hidup~~  =,="
abg aku pun mulalah sebagai "ketua keluarga baru", ckp "korang tidur kat sini, aku tidur kat sini, kita masak dekat bawah pondok ni, korang pergi sekolah, aku pergi cari kerja"
apabila budak 8 tahun berkata-kata~ haha

pastu kejap je, mak aku "jumpa" kteorg kat taman dekat rumah tu~~ 
rupa-rupanya mak aku saja je tipu kteorg, padahal kemas-kemas baju sebab nak balik kampung,, =,="
hahaha

memang sampai bila-bila aku tak lupa la benda ni, suasana masa tu semua aku ingat lagi,, hee

Alhamdulillah,, aku bersyukur sangat dapat kakak n abg macam dorang.. dorang lah kawan, girlfriend, boyfriend, abang and kakak.. :D


Monday, 13 August 2012

explorace di JALAN TAR ;p

Assalamualaikum~~

hewhew,,, sibuk sungguh kat sana~~ rambang mata tengok banyak-banyak baju n tudung.. nasib baik p masa bulan puasa, hee. :D
tp aku beli shawl jelah,, murah gilaa kot.. tp semua biasa-biasa jelah, susah nak cari yang labuh sikit,, aku beli untuk pakai raya je, maybe kena pakai 2 layer.. aku p ngan kakak aku naik bas sampai pasar seni, jalan-jalan kat petaling street, kat situ aku n kakak aku je yg bertudung (melayu), hahaha

agak takut la jugak sebab ada org ikut kteorg, (sape suruh pergi berdua je), then aku buat-buat masuk kedai tengok org tu dah pergi baru keluar balik~~ errrr,, seriuss takut! 

then naik tren p jalan tar pulak~ main redah je, sebab tak pernah lagi pergi naik bas,, so tak tahu la pulak bas tu stop kat pasar seni,, haha,, 

masa kat jalan tar tu, agak sesak la jugak,, pening kepala aku~~ huiii, aku jalan laju gila sebab rimas,, sampai kakak aku pun cakap "weyhh,, slow2 la jalan, penat aku nak kejar kau" hahaha

bila panas je aku masuk kedai tudung yg ada air cond, buat-buat tengok2~ hee



then kat kedai tu, ada org tunjuk2 kat shawl yg aku pakai, aku terdengar dia ckp dengan kawan dia 
"cantik la selendang tu, aku nak cari macam tu lah"
banyak kali kot dia tunjuk-tunjuk kat aku~ =,="
malu pulak, hahaha :p

OMG OMG,, baru perasan eyebag yg dah teruk~~ haha, takpelah kalau sekali sekala jadi panda apa salahnya~~ :p

then kteorg jejalan la kat masjid India tu, tak ada benda yg menarik hati aku,, hewhew,,
macam dah malas nak shopping2, yg dah ada pun tak terpakai~~
yg menarik hati cuma MAKANAN AND AIR~~
ish2,, serius menguji keimanan betul,,
pukul 3 dah ada org jual2, aku tengok jelah, and ada org beli,, errrkkk?

masa jejalan tu,, aku jumpa satu benda ni, unik gilaaa,,

benda ni cool gila,, boleh design jadi bentuk apa2, pastu gerak2,,
kteorg beli untuk hadiah befday adik kecik aku 16hb ni,, hee :D

dah la tu, sampai sini jelah aku cerita~~ dah macam diari dah, semua benda nak cerita (biarlah blog aku, cerita aku lah) :p

yg paling best,,aku dapat jumpa bestfriend aku yg dah 4 tahun tak jumpa masa berbuka dekat masjid Putrajaya,, weee :D

k, assalamualaikum.. selamat berbuka!



Saturday, 11 August 2012

saya bakal menjadi OCCUPATIONAL THERAPIST :)

Assalamualaikum,,

Ada satu malam ni, aku pergi solat terawih. Masa moreh, di sebabkan tak ada kawan dekat kawasan sini, aku duduk jela dengan mak aku yang tengah borak-borak dengan kawan.. Masa borak-borak tu, tetiba kawan mak aku tanya, anak ni 


"TINGKATAN BERAPA??"

hahahahahha,, tergelak besar aku.. bukan itu je,, siap tanya,,


"yang ini yang tingkatan tiga yang belajar kat kedah itu ke??"


itu memang tak boleh tahan,, memang gelak jela masa tu,, first time beb~~ haa,, pastu aku ckp umur aku 20 tahun, mak cik tu tak percaya,, haha, maybe sebab mak aku nampak muda kot?? hmmm,,

then makcik tu tanya, "belajar mana sekarang ni??"
"UiTM Puncak Alam"
then tanya "course apa??"
aku dah teragak-agak nak jawab apa, then aku jawab jelah
"Fakulti Sains kesihatan"
makcik tu cakap "ohhh,, nanti jadi cikgu pendidikan jasmani la ni" =,="
aku gelak jelaa,, "tak lah, fakulti Sains Kesihatan tu banyak cabang,, saya course Occupational Therapy atau bahasa melayu Pemulihan CaraKerja"

soalan yang aku dah bosan nak dengar and jawab


"OCCUPATIONAL THERAPY (OT)  ITU APA???"

kalau malas nak jawab, aku cakap je "Occupational Therapy tu macam Physiotherapy je, kerja bawah department yang sama Rehabilitation"..

kalau rajin sikit nak jawab "Occupational Therapy tu lebih kurang macam Physiotherapy, TAPI Physiotherapy more to exercise,, kami lebih kepada aktiviti seharian, contohnya makan, mandi, berjalan, kerja, and macam2 lah.. kami bantu orang jadi lebih berdikari dalam aktiviti seharian" :)


kenapa tak pernah dengar??
nanti kerja apa?? ada kerja ke??
memang minta ke course ini??

hmm,, soalan ni biasa dah student OT dengar~~
yela,, sebab course ni baru lagi, kat Malaysia tak meluas lagi tp kat luar negara dah banyak dah,..

tak kisah la orang nak ckp apa, course aku KOS LELONG ke ape ke~~ yang penting kteorg semua tahu apa itu OCCUPATIONAL THERAPY, 
kitaorg memang apply course ini kalau nak kata course lelong,, and and requirement dia tinggi jugak~~
yang penting semua happy dengan course ini :D

dulu masa matrik, aku sains hayat,, memang kalau tanya student sains hayat , 
"pas ni nak amek apa??"
sure! mostly akan cakap "medic/dentistry/pharmacy"

memang course2 area sains kesihatan ramai tak tahu..
contohnya dietetic, optometry, medical imaging, and so on..
yang paling famous nursing, semua orang pun tahu,.. haha

dapat tahu drpd ayah, masa itu memang dah tak tahu nak amek apa, and masa itu aku apply dietetic sebab tentang makanan,, hee:D
tp tetiba ayah aku suggest ambil course ini and listkan byk benefits tntang course ni, and lepas tanya pak cik google, baca-baca blog2 tentang course ini,, lagi pun kalau degree course ni cuma ada dekat UKM and UiTM sahaja,.. hee

aku terus pilih first choices :)
sebabnya
- kerja office hour, pukul 5ptg dah balik
-course baru, so tak ramai lagi ----> less competition
-membantu org
-still baru, so tak banyak lagi center2 dibuka
-peluang kerja masih ada (insyaAllah) di dalam dan luar negara
-tak ada on call
-banyak cabang, boleh kerja kat hospital, stroke center, hospital sakit mental, special kids center, rumah kebajikan, syarikat guaman, syarikat keperluan OKU, and so on,,

yang ini buat daripada thermoplastic, bahan untuk buat splint (yg dah terbuang kitaorg guna) haha


alhamdulillah, sekarang nak masuk sem 3, degree of occupational therapy,, ada 3 tahun lagi~~




OT ni ada 4 cabang~~
1. Paedatric
case kanak-kanak, contohnya down syndrome, cerebral palsy, autism.. yang ini case yg famous la kat hospital, kalau kerja bahagian paedatric ni kena banyak sabar, and peramah,, tak boleh la nak garang2 ea.. haha :)
area ni pun minat jugak~~ main2 dengan budak2,, hee..
tapi kadang-kadang kesian tengok kalau ada baby yg sakit, ada sekali masa clinical attachment ada case brachial plexuses injury pada baby tu.. aku tak ada lah nak tanya banyak2, tapi selalunya case mcm ni terjadi masa delivered baby tu, bahu dia tersekat,, kesannya, tangan dia wrist drop (tak tahu nak explain mcm mana sebab nanti ada tak faham pula).. baby tu baru 3 hari dah kena pakai splint, :(



yang ini kat bilik peads, dah masuk tak nak keluar dah~~ haha

yang buaian ni bukan untuk main-main tau, yang ini untuk patient yg takut dengan tempat tinggi, selalunya yg ada learning disabilties selalu ada characteristic ni..

2. Psychiatric
yg ini patient yg ada masalah mental boleh refer kat OT department, contohnya schizophrenia (yg ada halusinasi), mood disorder.. kalau area ni pun best, selalunya kteorg kaitkan treatment dengan activity or permainan,, best sangat!

3. Medical neuro
contohnya patient yang stroke, Alzheimer, or Parkinson disease, tp kan banyak2 case dekat hospital case stroke, and treatment yg kteorg beri banyak jugak,, and selalunya patient yg hemiplegia maksudnya lumpuh separuh badan.

4. Orthopedic
haaa,, area ni aku paling suka, hee :)  area ni selalunya kes yang patah-patah, tendon cut (sendi terpotong or cedera), kalau yg takut-takut darah tak boleh la nak kerja area ni,, treatment yg diberi bukan macam Physiotherapy tau, bagi exercise, kurangkan sakit, kami guna ACTIVITY, contohnya kalau tendon cut, suggest bola untuk increase muscle strength,, area ni mencabar,, tapi best!


bilik orthopedic, :)


bilik snoozeland
untuk stress management, tp banyak lah kegunaannya, kanak-kanak suka laa,, :)

best tengok lampu-lampu macam ni, rasa mcm tak nak keluar,, hee

my super duper senior yang sweet and baik.. :)



OT jugak telah ubah diri aku, betul lah kata lecturer, cara OTs pandang seseorang lain berbanding orang lain.. (hmm,, jangan takut! haha)
contohnya bila tengok orang gila tengah jalan-jalan or buat apa-apa, org ramai akan takut and jauhkan diri, ada jugak yang gelakkan mereka. 
tp kami pandang mereka lain, kenapa jadi mcm itu, ada brain injury ke, mana penjaga dia, kenapa tak ada org jaga,..
EMPATHY, seriuss!

n bila nak dapat information tentang patient itu, kami tak guna cara paksa, kami tak mendesak, tp kami memujuk (sweet tak?? haha)

setiap treatment yg diberi mybe nampak mcm tak matang, nampak tak ada function.. tapi ADA sebenarnya.. :)

contohnya, masa aku pergi clinical visit.. ada satu patient ni, accident, kaki and tangan patah, kena guna plaster of paris (simen) . kepala dia ada bekas jahitan dekat frontal lobe (bahagian dahi). 
check2, rupanya kena wrist drop (pergelangan tangan jatuh), and ada masalah cognitive juga~~ nak check tanya

sekarang pukul berapa?
siang ke malam?
ni kat mana?
tahun berapa? bulan berapa?

yg soalan yg simple, untuk check cognitive (kesedaran), dia kata masa tu pukul 3 malam, kat rumah, tahun 2012 bulan 2 tapi masa itu bulan 6..

myb soalan yg macam itu nampak mcm soalan budak-budak.. tapi ada juga org yang tak dapat jawab.. patient itu pun mula-mula marah-marah kenapa tanya soalan mcm itu, kata dia "ingat aku bodoh tak tahu??"

sebab itu, kami bukan sahaja bekerja dengan fizikal seseorang, tapi dengan mental juga.. sebab itu, jadi OTs kena sabar :)

aku juga jadi seorang yg sgt concern bila ada org cedera kat mana-mana,, susah jugak! haha

tapi sem ini baru blajar orthopedic and surgical conditions, sem depan baru la medical neuro conditions,, tak sabar! :)



suka gambar ni, sebab semua nampak happy :D

*soo,, lepas ni jangan tanya lagi OT tu apa, penat nak jawab.. haha

p/s: sorry la kalau ada salah taip, bila baca balik teruk juga kan bahasa aku~~ kena pergi kelas sastera ni,, haha :D





Friday, 10 August 2012

Doa Menghilangkan Susah Hati..

Assalamualaikum,,

hati susah~~ tak tahu kenapa..
rasa macam kosong,, (macam lagu Najwa latiff pulak) 
=,="

tadi cari-cari doa untuk hilangkan susah hati.. inilah hasilnya..


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ 



وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ 


الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia."





Thursday, 9 August 2012

Ayat-Ayat Cinta daripada Seorang Secret Admirer..

Assalamualaikum,

kepada kaum adam:

"hati-hati kaum adam, hati kaum hawa ni fragile, tolong jaga perasaan kami"

cinta manusia? apa yang ada?? cinta Allah pun kita masih mencari-cari, apatah lagi cinta manusia..
cantik? kacak? kaya? pandai? itukan semuanya sementara..
yang kekal hanyalah keikhlasan hati,, (cheyyhh, tetiba jiwang pulak)

possible tak minat dekat orang yang tak kenal kita? orang kata kalau kita minat dekat seseorang, orang tu akan minat jugak kat kita.. percaya tak? TAPI.. kalau orang tu tak kenal kita macam mana? and tak pernah perasan pun kewujudan kita? sedih kan...

possible tak kalau rindu dekat orang yang tak kenal kita, tp kita je secret2 minat? haiyaa, susah la macam ni..
aku tak pandai nak mulakan conversation kalau orang tak mulakan.. 
aku tak pandai nak MENGORAT orang~~ 
aku tak pandai nak meluahkan perasaan~~
aku tak pandai nak tunjukkan aku sayangkan seseorang..
AKU TAK PANDAI...

tapi percayalah,, bukan hati keras macam batu.. aku just malu,, aku tak reti and aku tak biasa..

so please la kaum adam, jangan mainkan perasaan kami, 
"kalau anda tak suka, jangan buat-buat suka..
kalau anda tak ikhlas, jangan buat-buat ikhlas..
jangan beri harapan pada kaum hawa.."


jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarlah ia mengalir mengikut alirah ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir dari ALLAH

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang  sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba- hamba sahayamu yang lelaki dan hamba- hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.”
 (QS. An Nuur: 32 )

tetapi jika kelemahan masih tidak mampu, maka bersabarlah.. berdoalah,,, berpuasalah...

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” 
( Hadis )

okay, yang bawah ni aku "jumpa" 


Cukup cintai dia dalam diam
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

 Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
 Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 
( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” 
(Umar Bin Khattab ra)
. . . 
masa kat matrik dulu selalu pagi-pagi buka lagu "PERMATA YANG DICARI" kumpulan DeHearty then part ni kteorang ikut sekali and angkat tangan doa.. hee :)



"Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu"

tapi kan...
maryam.. maryam.. hang calon pun takde, nak tujukan doa pun tak tahu kepada siapa =,="

haha :D